Kuntum Jan 2020

Page 6

Nak Tahu? Tanya...

Fokus Utama

Penjimatan Sumber Alam‌ M

elestarikan alam sekitar adalah tugas kita semua pada hari ini. Ya, bumi sudah semakin meningkat usia dan semakin tenat. Tentunya, cabaran hari ini adalah untuk membendung kepincangan yang berlaku tentang alam sekitar yang makin teruk. Bumi yang kita duduki sudah banyak berubah dari tahun ke tahun. Kita dapat membuat perbandingan dan melihat bagaimana dalam masa yang singkat alam sekitar sudah tercemar dan musnah. Dewasa ini banyak perkara yang menjadi masalah kepada negara berpunca daripada masalah sikap masyarakat kita juga. Sekiranya masyarakat bersikap acuh

tidak acuh, membuang sampah sarap dan segala benda dibuang ke dalam sungai tanpa rasa bersalah, sudah tentu ia akan merosakkan ekosistem. Mungkin anda tidak dapat melihat kesannya pada hari ini, tapi anak cucu kita yang menerima impaknya kelak. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna yang berada di sekeliling kita. Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi di sekeliling kita.

Sumber tenaga merupakan elemen penting dalam memacu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Tenaga juga bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian, pencahayaan dan sebagainya. Sukar dibayangkan sekiranya negara kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan. Suri rumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalan raya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi lantaran ketiadaan elektrik. Justeru, tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia kini.

ISI 3

4

202

0

ED

Pentingnya Sumber Tenaga


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Kuntum Jan 2020 by thestar - Issuu