
1 minute read
Tip Pelajar Hebat
from Kuntum Jan 2020
by thestar
Tip Pelajar Hebat
Oleh: Cikgu Rina Pemimpin Cilik, Peribadi Unggul!
Sikap kepimpinan perlu dipupuk, disemai dan dibentuk sejak kita dilahirkan dan usaha murni itu perlu digalas seterusnya ketika berada menjadi contoh dan teladan kepada
dalam alam persekolahan. Tugas sebagai pemimpin cilik bermula apabila pelajar mula menonjolkan bakat di sekolah. Sebagai pemimpin pelajar, mereka perlu menunjukkan ciri-ciri istimewa bagi membuktikan kepercayaan pihak sekolah melantik mereka menerajui unit-unit di sekolah
Setiap pemimpin pelajar perlu mempunyai peribadi yang terpuji sehingga adalah tepat.
Sahsiah Terpuji
Pemimpin pelajar seperti pengawas, ketua kelas, pengerusi persatuan dan sebagainya perlu mempunyai sahsiah yang terpuji. Sahsiah yang terpuji sememangnya kriteria utama bagi seseorang pelajar untuk dipilih sebagai pemimpin kerana mereka akan menjadi teladan kepada pelajar yang lain.
Amalan sahsiah yang terpuji seperti patuh pada peraturan sekolah, sentiasa menghormati guru, sentiasa melakukan kebajikan dan ikhlas dalam menjalankan tugas, pasti mereka akan dihormati oleh para pelajar lain. Tindakan mematuhi peraturan sekolah amat penting demi menjaga imej mereka sebagai duta sekolah dan

Kepimpinan Melalui Teladan
Falsafah ini perlu menjadi pegangan setiap pelajar yang diberi tanggungjawab sebagai pemimpin kerana mereka perlu seluruh warga sekolah.
wakil kepada guru. mampu mempengaruhi orang lain untuk mencontohinya.
Kebolehpercayaan
Setiap pemimpin pelajar mempunyai skop tugas mengikut jawatan masing-masing. Untuk membina kebolehpercayaan sebagai seorang pemimpin, kriteria utama yang perlu dijadikan sandaran ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tersebut tanpa sebarang alasan.
Mereka juga perlu sentiasa bersedia dalam melaksanakan segala tugas yang diberikan oleh pentadbir sekolah dengan penuh amanah. Sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan ini akan melahirkan generasi pemimpin negara yang lebih berkualiti. Kata-kata motivasi bulan ini. “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang” Cecil B. DeMille
E D I S I 3 47