Majoriti 7 - 28 December, 2023 - 3 January, 2024

Page 1

RM 8.00 28 Disember, 2023 – 3 Januari, 2024 PP19711/06/2022 (035324) No. 63

ISSN 2990-9511

0 0 0 63 >

9 772990 951006



2 KANDUNGAN MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

13

Terima pengiktirafan

KPJ Healthcare Berhad terima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai hospital pertama laksana inisiatif pengasingan sisa klinikal di Malaysia.

16

Pengalaman temani ibu bangunkan syarikat jualan langsung

12

Pertumbuhan positif

“Kami bermula bukan mahu terus jual produk tetapi tarik pengedar yang mahu jual produk kami. Kami sudah memahami kehendak pasaran dengan mengetahui apa yang diperlukan pengedar. Dalam tempoh awal itu juga pencapaian pengedar kami memberangsangkan hingga mencecah pendapatan lima angka.”

Jumlah tuntutan takaful meningkat. Industri takaful bayar RM7.02 bilion pada tahun lalu.

Miliki 500 emas

Pengalaman beli-belah luar biasa

Penjawat awam, Adam Fahmi mengakui hobinya mengumpul emas membantu digunakan untuk membayar deposit rumah.

Butik barang kemas Bakhache kini dibuka di gedung Seibu yang terletak di dalam The Exchange, TRX. Secara tidak langsung bakal menjadi tumpuan peminat dan pengumpul barang kemas lama.

26

WARTAWAN

PENOLONG PENGARANG

Izyan Liyana Mohd Darif SUB EDITOR

Najibah Hassan

KETUA PEREKA GRAFIK

Mustakim Ramli Fatin Shahar Nur Iftitah Rozlan Izwan Ramlan

KREATIF & REKA LETAK

Mohd Adznam Sabri

Lokasi pilihan

PENGARANG EKSEKUTIF

Tung Eng Hwa

Agoda guna teknologi AI senaraikan 10 lokasi tumpuan dunia bagi menyambut tahun baharu.

PENGIKLANAN, PRODUK & INOVASI

PENGURUS BESAR KANAN

Chung Eng Lee PEREKA GRAFIK

Mohd Hariz Abdul Rani Siti Khairani Khirul Bahri Nurul Amni Mat Ariffin Mohd Khairul Muhamad Asharah Kamarul Zulhaimi Baharuddin

47

41

Tujuh selebriti tempatan termasuk bekas ratu cantik genggam gelaran Doktor Falsafah (PhD).

Suzie Adnan

Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini berkeupayaan membaca minda manusia. Perkara berkenaan dikesan saintis Institut Sains dan Teknologi Kuantum Kebangsaan (QST).

44

Pentingnya menuntut ilmu

PEMIMPIN REDAKSI

Penggunaan makin meluas

22

Faiz Salleh, Pengasas AG Nutrition.

EDITORIAL

14

PENOLONG PENGURUS BESAR

Hazel Lee

UNIT PEMASARAN & JENAMA PELANGGAN

KETUA PEGAWAI PEROLEHAN

Lydia Wang

UNIT PENGEDARAN & PERCETAKAN

PENGURUS BESAR KANAN, CETAK

Kembali bangkit

Homebois jadikan JDT sebagai motivasi untuk menyinar pada 2024.

Untuk maklum balas editorial, anda boleh hubungi 03-79671388 (general line) samb. 1192 atau emel: editorial@

majoriti7.com.my

Goh Kok Soo

PENGURUS PENGEDARAN

Karthigesu Muniyandi Shalini Gunnasan

PENOLONG PENGURUS, OPERASI PERCETAKAN

Khairul Nizam Ya’akub

Diterbitkan oleh: IMPIAN IKON SENDIRIAN BERHAD; Menara Star, 15, Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya Selangor Hak cipta terpelihara. Semua bahan yang diterbitkan kekal menjadi hak milik Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T)

Bagi tujuan pengiklanan sila hubungi hazellee@majoriti7.com.my sementara urusan langganan, anda boleh mendail 1-300-88-7827 atau

khidmatpelanggan@majoriti7.com.my


RM 8.00 28 Disember, 2023 – 3 Januari, 2024 PP19711/06/2022 (035324) No. 63

ISSN 2990-9511

0 0 0 63 >

9 772990 951006

Pesona

metropolitan setahun Kuala

Lumpur


7

4 METROPOLITAN MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

pencapaian dan kejayaan KL

TAHUN 2023 bakal melabuhkan

tirainya, maka wajarlah bagi kita merenung kembali 12 bulan yang lalu bagi menilai semula segala telah ditempuhi dan dipelajari. Walaupun ramai antara kita mungkin tidak sabar-sabar lagi mahu menyelak lembaran bagi memulakan tahun baharu, luangkan sedikit masa untuk melakukan penilaian sendiri agar hala tuju tahun mendatang lebih jelas dan meyakinkan. Saban minggu, Majoriti 7 merakam setiap pencapaian, kemajuan dan kejayaan yang dilakar Kuala Lumpur sebagai antara bandar raya Asia paling prolifik. Selari dengan tagline, Adrenalin Metropolitan, Majoriti 7 melaporkan isu-isu terkini mengenai ibu negara Malaysia, terus daripada nadinya. Antara rumusan tahun ini menyaksikan aspek kemampanan menjadi bahan diskusi penting dan topik itu diberikan keutamaan dalam hampir

> LIHAT HALAMAN 6

setiap institusi. Perkembangan tersebut amat positif menjadi bukti kepada kejayaan kepada segala usaha dan kempen kesedaran mengenai alam sekitar yang semakin menghampiri objektifnya. Perspektif kelestarian berkenaan diadaptasi oleh generasi muda masa kini dengan cemerlang dan mentaliti sebegini, sekali gus terserlah dari segi perkembangan komuniti ibu kota yang dipacu oleh minda dan tenaga muda progresif. Tahun 2023 menyaksikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya dinamik, bertenaga dan menjadi melting pot kepada seni dan budaya – hasil daripada kebangkitan generasi yang lahir di tengah-tengah kemajuan digital. Dengan rantaian informasi tanpa henti, pemikiran global yang diadaptasi oleh generasi terbabit menjadi dasar kepesatan ibu kota. Bercakap mengenai teknologi, kehidupan lebih mudah dengan sega-

la kemudahan di hujung jari. Sekali lagi aspek kemampanan menjadi sebahagian daripada agenda apabila stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) semakin bertambah, seterusnya menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik yang mesra alam sekitar. Zaman berubah dan minat anakanak muda hari ini terhadap e-sukan yang menerima sokongan swasta dan kerajaan. Bagaimanapun, keinginan warga kota untuk terus menikmati gaya hidup sihat telah mendorong ramai menerokai kehijauan alam berdekatan. Latar belakang kepada Kuala Lumpur juga bertambah meriah dan megah dengan pembukaan beberapa mercu tanda baharu yang turut tercatat sebagai antara bangunan tertinggi di dunia. Setelah sekian lama KLCC mendominasi langit Kuala Lumpur, kini struktur TRX dan PNB118 turut megah berdiri sama.

Di celah-celah pembangunan dan usaha ke arah modenisasi, warisan seni, budaya dan tradisi juga terus dipelihara. Malah, banyak inisiatif seperti pesta dan festival telah dianjurkan dengan jayanya dalam mencipta impak dalam kalangan anak muda agar jati diri tidak pudar dan terus mati. Tahun ini turut menyaksikan bagaimana kuasa komuniti mengubah situasi. Sekecil mana pun sumbangan kita ia adalah sebahagian daripada sebuah perubahan besar yang seterusnya menjadi sebahagian daripada inti pati minda masyarakat maju berdaya saing dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi. Sebagai menutup tirai 2023, Majoriti 7 menyenaraikan tujuh perkara menjadi tunjang kepada kemegahan Kuala Lumpur sebagai metropolis masa depan serba moden dan kaya budaya.



6 METROPOLITAN MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 > DARI HALAMAN 4

1.Seiring Hab seni perkembangan terknologi,

dunia digital kini membuka peluang kepada artis untuk mempromosi dan menjual karya seni masing-masing. Salah satunya adalah dengan memuat naik karya digital di lapangan NFT (non-fungible tokens). Katun menjadi artis grafiti dan ilustrator Malaysia pertama yang berjaya menjual hasil kerjanya di NFT sehingga mencecah jutaan ringgit dalam masa singkat. Misalnya, koleksi NFT pertamanya, Apes Stand Together dan kedua, ARU-Apes R Us telah pun habis dijual. Abdul Hafiz Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Katun, menjadi artis pertama melancarkan NFT di Superfarm, platform mata wang kripto yang diasaskan bersama oleh EllioTrades. Karya-karya Katun nyata unik lagi berani. Subjeknya tertumpu kepada ilustrasi seekor monyet yang kini menjadi signatur kepada seninya. Terang Katun, hasil karyanya datang dalam pelbagai bentuk daripada agresif dan tenang kepada blok-blok warna garang. Harapan Katun ingin mewujudkan sebuah komuniti seni yang selamat dan telus buat semua yang ingin berkongsi hasil kerja seni dan visi mereka. “Kami berharap untuk membina sebuah pasaran khusus untuk mendidik dan membantu artis berkembang dan memanfaatkan pengalaman masing-masing sebagai komuniti pencinta dan apresiasi seni. “Ketika ini kami sedang berusaha untuk membina ekosistem ARU (ApesRus). Dengan teknologi, kami mahu memudahkan para artis untuk beralih dan melibatkan diri dalam NFT. Kami mengembangkan IP kami di peringkat antarabangsa.” katanya.

ArtsFAS anjuran Yayasan Hasanah.

Saya berharap agar Kuala Lumpur akan sentiasa menjadi lokasi pilihan untuk acara-acara seni budaya dengan lebih banyak pada tahun 2024. Ini bagi memberi semangat cinta akan seni dan mengekalkan budaya warisan yang sedia ada walaupun kita berada sebuah bandar yang maju.” Shamsul

Keretapi Sarong yang diadakan sempena Hari Malaysia baru-baru ini.

2.ArtsMerai tradisi for All Seasons (ArtsFAS) anju-

ran Yayasan Hasanah ini merupakan program kebudayaan yang memberi ruang baharu kepada mereka yang ingin terus berkarya. Dalam masa sama, menerima pendapatan demi kelangsungan hidup. ArtsFast dilihat akan terus berkembang dalam dunia seni, budaya dan warisan dengan menerima geran terbesar sektor tersebut. Malah menjadi salah satu platform disebut-sebut sejak dari 2022. Dana tersebut digunakan atas tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan arena seni tanah air dengan potensi peluang ekonomi bernilai RM4.15 juta. Disamping itu, Keretapi Sarong 2023 juga adalah sebuah acara yang berjaya mengumpulkan lebih 10,000 peserta anjuran sebuah pertubuhan bukan kerjaan (NGO), Locco.

Dengan bertemakan Etnik dan Perpaduan, acara tersebut telah memeriahkan suasana di sekitar kawasan Kuala Lumpur dengan mengenakan pakaian tradisional setiap kaum oleh peserta yang terlibat. Malah acara ini membuktikan betapa bersatunya masyarakat Malaysia memiliki kepelbagaian budaya tidak kira agama dan bangsa. Pengarah Locco dan Keretapi Sarong, Shamsul Bahrin melahirkan rasa gembira dengan perkembangan bandar Kuala Lumpur pada 2023 menerusi acara yang dianjurkan tahun ini. Beliau melihat sokongan dari segi pergaulan sosial dan ekonomi dalam kalangan warga setempat dapat meningkatkan taraf hidup bandar dan mengeratkan hubungan semasa masyarakat. “Saya sebagai penganjur serta peminat seni dan budaya sangat gembira dengan acara yang pernah diadakan


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

METROPOLITAN 7

3.Tahun Hibur & libur 2023 menghiasi dunia hibu-

Katun menjadi artis grafiti dan ilustrator Malaysia pertama yang berjaya menjual hasil kerjanya di NFT.

di sekitar Kuala Lumpur pada tahun ini. Baik acara jualan barangan tempatan mahupun acara seni budaya, ia membuktikan rakyat Malaysia terutamanya warga Lembah Klang aktif dalam aktiviti sosial yang membantu menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup bandar. “Paling penting dapat mengeratkan hubungan rakyat Malaysia dan mengenali budaya masing-masing untuk hidup lebih harmoni dalam kalangan masyarakat. “Saya berharap agar Kuala Lumpur akan sentiasa menjadi lokasi pilihan untuk acara-acara seni budaya dengan lebih banyak pada 2024. Ini bagi memberi semangat cinta akan seni dan mengekalkan budaya warisan yang sedia ada walaupun kita berada sebuah bandar yang maju,”katanya Sementara itu, Presiden Majlis Kraf (MCC), Nik Faiz Nik Amin memaklumkan Industri seni dan budaya

2023 menunjukkan prestasi yang memberansangkan dan melihat ramai sokongan diberikan dari pengiat seni tanah air dengan pelbagai aktiviti diadakan. “Jika dilihat aktiviti seni dan budaya di Malaysia pada 2023, ia agak memberangsangkan di mana telah ramai penggiat-penggiat dan penyokong dalam sektor ini mula mengambil inisiatif untuk menyemarakkan serta memartabatkan industri tersebut. “Permainan, persembahan dan pemakaian seni budaya tradisional telah dikembalikan serta diberi nafas baru mengikut peredaran trend semasa. Agensi dan badan kerajaan serta swasta telah banyak menyokong dan mendokong usaha murni untuk menjadikan industri seni dan budaya ini sebagai salah satu produk pelancongan dan tarikan kepada pengunjung luar mengenai budaya Malaysia,” jelasnya.

Tempat-tempat di bawah selian PSM ada saya mahu jadikan satu pengalaman yang berharga buat penonton walaupun mereka bayar tiket RM20 apabila ke stadium. Ia adalah satu malam hiburan. Tugas saya jadikan stadium ini tempat hiburan untuk rakyat Malaysia.” Hans Isaac

ran dengan pelbagai konsert hebat dianjurkan. Antara yang hangat diperkatakan adalah konsert kumpulan rock Britain, Cold Play yang pertama kali beraksi di Stadium Bukit Nasional Bukit Jalil pada November lalu. Malah, konsert tersebut mencatatkan kehadiran peminat tertinggi iaitu 75,000 orang, memintasi rekod Datuk Siti Nurhaliza dengan kehadiran 70,000 orang ketika konsert beliau pada 2004. Lokasi yang sama turut melakar sejarah apabila julung kalinya kumpulan Blackpink membuat persembahan di Malaysia, semasa kempen jelajah Blackpink Born Pink World Tour Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memaklumkan selain dipertanggungjawabkan untuk menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara sukan, program berbentuk hiburan turut diadakan di beberapa lokasi bawah seliannya. Menurut badan pengurusan stadium itu, pihaknya mempunyai kemudahan yang canggih dan terkini di negara ini, yang mampu melaksana sebarang jenis aktiviti, dari bola sepak dan badminton hingga konsert dan pameran. Berdasarkan perkongsian di laman sesawang, dua lokasi yang menjadi tumpuan bagi acara berbentuk hiburan adalah di Axiata Arena dan Stadium Nasional, iaitu kedua-duanya terletak di Bukit Jalil. Axiata Arena misalnya, boleh memuatkan 16,000 penonton. Manakala Stadium Nasional memuatkan hingga 85,000 penonton. Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac ketika mula dilantik mengetuai perbadanan itu menyatakan hasrat membawa lebih banyak program dari luar negara khususnya dalam acara sukan dan juga konsert antarabangsa serta tempatan. Katanya menerusi podcast Harimau Malaya, sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur adalah menjadi satu kerugian jika tidak dianjurkan sebarang aktiviti berikutan Bukit Jalil mempunyai pelbagai fasiliti dan kemudahan. “Pada zaman Rom ada gladiator yang beraksi di arena, kenapa ada? ia adalah arena hiburan dari segi sukan. Sekarang gladiator kita adalah pemain bola sepak, ahli-ahli sukan. Sukan itu adalah hiburan, jadi di mana mereka nak persembahkan? di stadium yang kosong? jadi perlukan tempat. “Tempat-tempat di bawah selian PSM ada saya mahu jadikan satu pengalaman yang berharga buat penonton walaupun mereka bayar tiket RM20 apabila ke stadium. Ia adalah satu malam hiburan. Tugas saya jadikan stadium ini tempat hiburan untuk rakyat Malaysia,” katanya. Turut mencatat sejarah tempatan, satu-satunya festival makanan ikonik rakyat Malaysia iaitu Nasi Kandaq Festival. Acara itu mengumpulkan lebih 10 nasi kandar popular kepada pengunjung yang hadir ke Sunway Putra Mall pada 23 dan 24 September lalu.

> SETERUSNYA HALAMAN 8


8 METROPOLITAN MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 > SAMBUNG DARI HALAMAN 7

4.Pembinaan Mercu tanda pusat beli-belah The

Exchange TRX adalah salah satu yang menjadi perhatian warga kota. Premis yang dilancarkan pada November lalu merupakan sebuah destinasi gaya hidup bertaraf dunia. Ia menempatkan lebih 700 jenama dan butik terkenal seluruh dunia. Bukan itu saja, ia juga diiktiraf oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) sebagai Bangunan Tertinggi Di Malaysia mengatasi KLCC dengan ketinggian 453.6 meter. Menurut Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Runcit Lendlease Malaysia, Mitch Wilson, kadar penyewaan yang kukuh itu membuktikan keyakinan yang kuat oleh jenama utama antarabangsa dan tempatan terhadap konsep runcit baharu diperkenalkan Lendlease kepada pasaran di The Exchange TRX. “Sebagai komponen sosial daerah kewangan antarabangsa (Tun Razak Exchange), kami telah mewujudkan ruang komunal dalam premis ini. Diharapkan The Exchange TRX dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi yang akan dilengkapkan dengan tarikan TRX City Park, taman awam atas bumbung terbesar di Kuala Lumpur buat masa ini,” ujarnya. Selain itu, terdapat dua taman tema yang dibangunkan oleh Gamuda Berhad iaitu Taman Tema Air Splash Mania di Gamuda Cove dan Skyline Luge Kuala Lumpur di Gamuda Luge Garden. Malah, Kwai Chai Hong atau Lorong Panggung yang terletak di Chinatown, Kuala Lumpur turut diberi wajah baharu. Lorong yang ubah suai sejak 2019 dengan pemulihan 10 buah rumah kedai kini menjadi sebuah lokasi kepada umum untuk bersantai. Dengan gelaran Taman Mata Air Puisi, tempat itu telah dinaiktaraf dengan memperkenalkan konsep budaya kaum Cina dan menjadi lokasi Instagrammable yang menarik. Hiasan seni kaligrafi Cina, mural dan cahaya lampu tanglung turut mewarnai lorong tersebut pada waktu malam menjadikan suasananya lebih meriah. Bukan itu saja, jika sebelum ini ia dikenali sebagai sebuah panggung wayang, premis yang dinamakan RexKL telah dijadikan sebagai sebuah

Darren

Banyak restoran hebat di Malaysia menerima pengiktirafan global tahun ini.

Wilson

kedai buku moden untuk orang awam. Di samping itu, gudang terbengkalai terletak di Lorong Ampang, Jalan Bukit Nanas turut bertukar wajah menjadi sebuah pusat kesenian. Gudang tersebut diubah suai dan kini dikenali sebagai Godown menawarkan pengalaman mengasyikkan seperti pameran, persembahan, bengkel, pasar seni dan banyak lagi. Kepada si pencinta seni, ruang itu sesuai dikunjungi apabila anda ingin menghargai dan mengambil bahagian dalam persada seni tempatan.

RexKL telah dijadikan sebagai sebuah kedai buku moden.

5.Dalam Pengiktirafan gastronomi kerancakan dunia kulinari

tanah air yang menyaksikan kemunculan banyak restoran hebat dan cef-cef tempatan menerima pengiktirafan global, penganjuran Michelin Guide Kuala Lumpur ternyata memberi anjakan positif kepada perkembangan industri ini. Terdapat empat restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah dianugerahkan bintang Michelin pertama di Malaysia. Dua restoran di Kuala Lumpur yang diiktiraf dengan satu bintang Michelin ialah Dewakan yang berjaya mengadunkan selera Malaysia asli dengan olahan cita rasa kontemporari. Pengalaman gastronomi yang diterajui oleh Chef Darren Chin di restoran DC. By Darren Chin mempamerkan ketelitian perisa berkualiti tinggi, kombinasi menu klasik Perancis yang disuntik dengan pengaruh masakan Jepun. “Ini adalah peristiwa penting bagi arena gastronomi di Malaysia apabila kita berjaya menghasilkan panduan Michelin sendiri,” kata Chin yang turut memperoleh Anugerah Khas Sommelier untuk restorannya. Terdapat 93 restoran lain berjaya dimuatkan dalam panduan Michelin, dengan 32 daripadanya (17 di Pulau Pinang dan 15 di Kuala Lumpur) dianugerahkan Bib Gourmand yang mengiktiraf sajian makanan enak pada harga sederhana. Salah satu restoran berada dalam senarai Bib Gourmand adalah De. Wan 1958 yang diterajui oleh cef selebriti, Datuk Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.



10 METROPOLITAN MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 > SAMBUNG DARI HALAMAN 8

6.GayaKomuniti cergas hidup sihat menjadi keutamaan

warga kota dan banyak acara skan komuniti menerima sambutan hangat. Contohnya Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM). Acara yang sudah bermula sejak 2009 ini menerima penyertaan dari dalam malah luar negara. Tahun ini, sempena meraikan KLSCM edisi ke-15, acara larian jarak jauh itu telah dianugerahkan sebagai Label Perlumbaan Jalan Raya (Road Race Label) yang berprestij oleh badan induk Olahraga Dunia. Pencapaian tersebut menjadikan KLSCM sebagai acara larian pertama berjaya menerima pengiktirafan tersebut di Malaysia dan kelima di Asia Tenggara. Larian melibatkan laluan trek Lebuh Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Dataran Merdeka, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Jalan Kuching itu berjaya mengumpul lebih 40,000 peserta. Pada sisi lain dunia sukan, permainan komputer dalam talian telah menjadi fenomena luar biasa bukan sahaja dalam kalangan peminat sukan elektronik di serata dunia, tetapi juga di Malaysia. Fenomena itu turut memperlihatkan industri sukan berkenaan memiliki prospek dan bagus untuk diceburi. Laporan Industri Permainan Asia Tenggara 2021 mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai pasaran permainan ketiga terbesar di rantau ini bernilai AS$786 juta (kira-kira RM3.6 billion). Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir memaklumkan, pihaknya menjadi agensi peneraju pelaksanaan program menerusi Esports Integrated (ESI) untuk memangkin ekosistem e-sukan dengan rancak, mampan dan inklusif menerusi penciptaan struktur di bawah Pelan Strategik KBS untuk Pembangunan E-sukan 2020-2025. “Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, ESI menganjurkan 64 program berpandukan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS

Jumlah stesen pengecas EV semakin bertambah di sekitar Kuala Lumpur.

Laporan Industri Permainan Asia Tenggara 2021 mendedahkan bahawa Malaysia mempunyai pasaran permainan ketiga terbesar di rantau ini.

dan mencapai penyertaan hampir 67,000 peserta dengan rekod lebih 3.8 juta tontonan termasuk capaian. “Program dijalankan termasuk dua edisi Malaysia Esports Championship dan dua lagi Malaysia Esports League bertujuan memupuk komuniti e-sukan mampan dan membolehkan generasi muda meneroka e-sukan sebagai kerjaya berdaya maju. “ESI juga melancarkan platform e-sukan, esukan.gg dan membangunkan hab esports, ESI Hub di Spacerubix, Puchong,” jelasnya.

eraan elektrik semakin diberi perhatian. Ini kerana ia adalah suatu perkara baharu dan sedang berkembang di seluruh dunia. “Mahu atau tidak, kita kena terima kehadiran kereta elektrik dalam kehidupan. Kereta elektrik saya anggap kereta gaya hidup melainkan tiada lagi subsidi untuk harga minyak,” jelasnya. Dalam pada itu, hasil kaji selidik Google dan TNS Tinjauan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih di Asia menunjukkan secara purata pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya tujuh aplikasi dalam sehari. Perkara itu secara nyata memberi gambaran bahawa masyarakat tempatan antara pengguna aplikasi paling aktif di rantau Asia dan secara tidak langsung membantu pemilik perniagaan menarik perhatian lebih ramai pelanggan membeli produk atau perkhidmatan mereka. Presiden Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Ong Chin Seong berkata, penggunaan mudah alih semakin meningkat dengan melihat pada data Jabatan Perangkaan Malaysia yang melapor-

7.Gelombang Memanfaatkan teknologi kereta elektrik (EV) dili-

hat semakin menunjukkan kemajuan dari segi keluaran model terbaharu termasuk penglibatan jenama kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz dan BMW. Pelaburan kereta EV Tesla di Malaysia sedikit sebanyak menaikkan profil Kuala Lumpur sebagai antara lokasi pasaran utama. Jumlah stesen pengecas EV juga semakin bertambah di sekitar Kuala Lumpur. Misalnya di pusat beli-belah Sunway Velocity, Mid Valley, KL East dan lain-lain. Selain itu, sistem pengecasan elektrik itu juga mula dipraktikkan di kediaman baik di rumah teres mahupun bertingkat seperti kondominium. Industri berkenaan dilihat mampu mengubah gaya hidup penduduk bandar dan berpotensi besar dalam menggalakkan warga kota untuk memiliki kereta tersebut. Menurut Pengarah Urusan GYL Media, Gan Yong Li, penerimaan kend-

Ahmed Faris KLSCM antara sukan tahunan yang dinantikan oleh setiap penggemar sukan maraton.

Chin Seong

kan 99 peratus individu pada 2022 menggunakan telefon bimbit. Di peringkat global, menurut statitik pada 2023 jumlah pengguna telefon pintar di dunia adalah sebanyak 6.92 bilion bermakna 86.11 peratus penduduk dunia memiliki telefon pintar. “Mempunyai aplikasi mudah alih memudahkan pembeli membeli-belah menerusi telefon pintar bila-bila masa dan di mana sahaja. Jadi perniagaan yang tidak mempunyai aplikasi mudah alih kehilangan sebahagian besar pelanggan. “Aplikasi mudah alih meningkatkan penglibatan dan kesetiaan pelanggan. Apabila mereka mempunyai pengalaman positif potensi menjadi pelanggan berulang adalah tinggi,” katanya. Ching Seong menambah, golongan itu juga lebih cenderung mengesyorkan aplikasi digemari kepada rakan dan keluarga. “Perniagaan yang mempunyai aplikasi mudah alih mempunyai kelebihan daya saing kerana promosi boleh dihantar terus kepada pengguna melalui aplikasi mudah alih berbanding menunggu secara pasif,” katanya.

Yong Li



12 BISNES MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Jujur kriteria elak tuntutan ditolak Tidak memaklumkan sejarah penyakit dan pekerjaan antara punca tuntutan insurans ditolak. Oleh MUSTAKIM RAMLI DALAM kalangan generasi muda, ramai beranggapan insurans atau takaful adalah perbelanjaan tidak termasuk dalam senarai utama. Antara sebabnya adalah golongan itu mempunyai kesihatan yang baik dan jarang jatuh sakit. Bahkan, ia dianggap sebagai satu proses membosankan kerana melibatkan banyak kertas kerja dan wang. Majoriti 7 mendapatkan pandangan Ketua Perunding Urusan Nadi Insan, Mawardi Ismail mengenai perkembangan terkini insurans di dalam negara.

Apakah pandangan anda mengenai tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap perlindungan insurans dan takaful? Kesedaran makin meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital kerajaan semakin bertambah. Atas faktor berkenaan, ramai mengambil perlindungan insurans bagi mendapatkan kemudahan lebih selesa di hospital swasta. Berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ini, saya dapati peningkatan jumlah mereka yang mengambil polisi adalah disebabkan faktor orang terdekat. Misalnya, A mengambil insurans saya, apabila berlaku sesuatu insiden terhadap A dan beliau menerima manfaat daripada insurans, ahli keluarga dan rakannya akan mula mengambil perlindungan. Dari sudut jumlah tuntutan, adakah ia makin meningkat atau sebaliknya? Statistik Persatuan Takaful Malaysia (MTA), industri takaful membayar

sejumlah RM7.02 bilion tuntutan bersih tahun lalu meningkat 25.9 peratus berbanding RM5.58 bilion yang dibayar tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, takaful keluarga mencatatkan jumlah pembayaran tuntutan bersih RM5.53 bilion, meningkat sebanyak 23.09 peratus daripada RM4.50 bilion pada 2021. Takaful am pula catat pembayaran tuntutan bersih berjumlah RM1.49 bilion, meningkat 38 peratus daripada RM1.08 bilion. Pembayaran tuntutan bersih yang dijelaskan sepanjang tahun lalu menunjukkan komitmen industri untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada pelanggan dan masyarakat serta menekankan sumbangannya dalam menyokong ekonomi. Pertumbuhan positif industri takaful itu dipacu oleh beberapa faktor termasuk populariti produk takaful yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna, pengenalan produk inovatif baharu dan penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Tuntutan ini pelbagai, ada perubatan kebiasaannya penyakit biasa seperti demam dan influenza. Ini antara penyumbang kepada peningkatan tuntutan. Apakah punca sesuatu tuntutan itu ditolak? Kebiasaannya, sesuatu tuntutan ditolak apabila pengguna tidak melengkapkan dokumen. Misalnya, kematian akibat kemalangan perlu ada laporan polis. Namun, tuntutan itu akan diterima apabila pengguna memenuhi keperluan seperti yang diminta.

Kesedaran mengambil perlindungan meningkat dari tahun ke tahun.

Pembayaran tuntutan bersih yang dijelaskan sepanjang tahun lalu menunjukkan komitmen industri untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada pelanggan dan masyarakat serta menekankan sumbangannya dalam menyokong ekonomi.” Mawardi

Selain itu, jika dari awal seseorang melakukan penipuan seperti tidak memaklumkan sejarah penyakit juga boleh menyebabkan tuntutannya ditolak. Ada juga kes, individu berkenaan baru mengambil perlindungan tidak sampai sebulan kemudian perlu menjalani pembedahan jantung kritikal. Pihak takaful akan membuat semakan terlebih dahulu sama ada individu itu ada menyembunyikan sejarah penyakitnya atau tidak. Jika tiada tuntutan itu akan diluluskan. Perkara paling penting bagi mengelak tuntutan tidak ditolak adalah jujur dengan setiap maklumat yang diberikan kepada pihak insurans. Ini termasuk memaklumkan pekerjaan sebenar kerana ada polisi tertentu yang tidak memberi perlindungan kepada pekerjaan berisiko atau aktiviti berisiko. Sekiranya sentiasa sihat dan tidak pernah membuat tuntutan, apakah yang berlaku kepada caruman dibuat? Dalam takaful konsep yang diguna pakai ialah ta’awun iaitu bantu membantu dan konsep sedekah. Jadi, sekiranya tiada permohonon tuntutan dan sebagainya caruman setiap bulan itu adalah sedekah kepada pencarum lain yang membuat permohonan takaful. Kita bantu mereka yang ditimpa musibah. Ini adalah polisi yang kita bayar untuk mendapat pelindungan semata-mata. Namun, ada juga polisi mendapat pulangan apabila cukup tempoh matang dapat sedikit tunai. Ia bergantung pada setiap produk atau polisi diambil.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

ESG 13

Inisiatif asing

sisa klinikal

Oleh MUSTAKIM RAMLI Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI KPJ Healthcare Berhad yang juga

peneraju utama dalam pembangunan kelestarian mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai hospital pertama di Malaysia melaksanakan inisiatif pengasingan sisa klinikal. Pencapaian itu hasil kerjasama antara penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta terbesar itu dengan Cenviro Sdn. Bhd., yang disokong oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Kerjasama itu menyaksikan usaha mampan dalam memperkenalkan pengurusan sisa buangan secara inovatif di seluruh rangkaian KPJ Healthcare Berhad, sekali gus meletakkan piawaian baharu untuk hospital-hospital di seluruh negara. Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Berhad, Datuk Mohamad Farid Salim berkata, projek perintis mula dilaksana pada Ogos 2023 di sembilan hospital syarikat itu di Zon Wilayah Tengah telah memperkenalkan revolusi terkini dalam mengendalikan sisa klinikal. Sembilan hospital berkenaan ialah KPJ Ampang Puteri, KPJ Damansara, Hospital Pakar Damansara 2, KPJ Tawakkal dan KPJ Kajang. Selain itu, KPJ Sentosa, KPJ Selangor, KPJ Rawang dan KPJ Klang.

Malaysia Book of Records iktiraf KPJ Healthcare Berhad sebagai hospital pertama di Malaysia lestari alam sekitar.

Kami berbesar hati menerima pengiktirafan atas kepimpinan kami dalam melaksanakan pengurusan sisa klinikal. Dalam sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengurusan sisa klinikal adalah cabaran utama dihadapi kebanyakan hospital di seluruh dunia kerana ia memerlukan perancangan dan pengendalian teliti.” Mohamad Farid

Jelasnya, ia terutama untuk kategori SW404 merangkumi bahan patogen, klinikal dan bahan dikuarantin. Melalui proses pengasingan teliti, bahan-bahan tersebut diproses semula kepada SW409 yang merupakan plastik daripada sumber mentah berharga, bukan lagi menggunakan kaedah pembakaran tradisional.

Alam sekitar

“Proses ini bukan sahaja dapat mengitar semula botol plastik yang tidak tercemar untuk digunakan semula, malah mampu mengalihkannya daripada memasuki aliran sisa tercemar. “Hasil daripada inisiatif inovatif ini menyaksikan penurunan ketara dari segi jumlah sisa buangan di tapak pelupusan sampah,” katanya pada majlis pengiktirafan yang diadakan di Menara KPJ, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mohamad Farid menjelaskan, inisiatif itu jelas menunjukkan komitmen KPJ Healthcare untuk mengurangkan kesan alam sekitar, sekali gus mempromosikan amalan penjagaan kesihatan yang mampan. “Kami berbesar hati menerima pengiktirafan atas kepimpinan kami dalam melaksanakan pengurusan sisa klinikal. Dalam sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengurusan sisa klinikal adalah cabaran utama dihadapi kebanyakan hospital di seluruh dunia kerana ia memerlukan peran-

cangan dan pengendalian teliti. “Ini merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sisa buangan daripada proses pengasingan, pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan hinggalah kepada pelupusan. Sebagai rangkaian hospital terbesar di Malaysia, kami komited untuk mengatasi cabaran ini. “Inisiatif pengasingan sisa klinikal ini membentuk komponen penting dalam pelan hala tuju tiga tahun kelestarian syarikat, khusus dalam menyokong agenda amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Ia secara langsung menyokong objektif kelestarian untuk mengurangkan buangan klinikal dan mengoptimumkan pengurusan sisa, membuktikan komitmen tidak berbelah-bahagi kami terhadap pemuliharaan alam sekitar,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan kejayaan membanggakan dicapai oleh semua hospital pakar terpilih menerusi perlaksanaan projek perintis itu, syarikat tersebut kini bersedia mengembangkan program pengasingan sisa klinikal inovatif ke semua Hospital Pakar KPJ di seluruh negara. Selain pengasingan sisa klinikal, KPJ Healthcare secara aktif mempromosi tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menggalakkan pengurangan, penggunaan dan kitar semula air, bahan mentah, mineral tidak boleh diperbaharui, tenaga dan sisa buangan berbahaya dan tidak berbahaya.


14 INOVASI MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

AI boleh baca minda manusia TEKNOLOGI kecerdasan

buatan (AI) adalah teknologi yang berkeupayaan meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki kerja dari semasa ke semasa hingga dapat berfungsi lebih cekap bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Kini, AI sudah tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, bahkan penggunaannya sudah tersebar luas ke pelbagai sektor industri seperti automotif, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Terbaharu, pada pertengahan bulan ini saintis Institut Sains dan Teknologi Kuantum Kebangsaan (QST) dan beberapa agensi lain dari Jepun berjaya mencipta imej mental objek dan landskap pertama di dunia daripada aktiviti otak manusia menggunakan teknologi berkenaan. Penyelidik dari negara Matahari Terbit itu dapat menghasilkan imej kasar

harimau bintang dengan mulut, telinga dan corak bertompok serta objek seperti kapal terbang dengan lampu merah menyala pada bahagian sayap. Berdasarkan laporan media Jepun, Kyodo News, teknologi berkenaan digelar pengekodan otak yang membolehkan visualisasi kandungan persepsi berdasarkan aktiviti otak. Ia boleh digunakan dalam bidang perubatan dan kebajikan. Semasa penyelidikan, peserta terbabit ditunjukkan 1,200 imej objek dan landskap. Ia kemudiannya dihubungkan melalui isyarat otak mereka untuk menganalisis imej tersebut menggunakan pengimejan resonans magnetik berfungsi atau fMRI (functional magnetic resonance imaging). Imej yang sama dimasukkan ke dalam AI generatif untuk mempelajari persamaan mereka dengan aktiviti otak.

Saintis Jepun berjaya cipta imej daripada aktiviti otak manusia.

Penyelidik QST, Kei Majima memaklumkan, teknologi itu boleh digunakan dalam pembangunan peranti komunikasi untuk mendapatkan pemahaman tentang mekanisme otak halusinasi dan mimpi. Katanya, teknologi berkenaan telah menunjukkan manusia telah menggunakan mikroskop dan peranti lain untuk melihat dunia yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jelasnya, walaupun mereka tidak dapat masuk ke dalam minda seseorang, namun buat julung kalinya, AI dapat membaca fikiran orang lain.

Terjemah teks

Majima

AI juga boleh menterjemah aktiviti otak manusia kepada teks.

Sebelum ini, pada pertengahan 2023 saintis daripada Universiti Texas telah membangunkan sistem AI yang boleh menterjemah aktiviti otak manusia kepada teks. Maklumat berkaitan pembangunan sistem itu diper-

oleh menerusi sebuah kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Nature Neuroscience. Sistem tersebut dikenali sebagai dekoder semantik yang dikatakan mampu memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik seperti pesakit yang hilangan upaya untuk berkomunikasi akibat strok. Para peserta mendengar audiosiar selama beberapa jam dalam sebuah pengimbas fMRI. Apabila sistem AI ini sudah dilatih, ia mampu untuk menjana rangkaian teks ketika para peserta sedang mendengar atau membayangkan cerita yang baru didengari. Selain itu, ada beberapa peserta diminta untuk menonton empat video berserta audio ketika berada dalam pengimbas terbabit. Hasilnya, sistem AI tersebut dapat menerangkan beberapa peristiwa secara tepat daripada buah fikiran peserta.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

E-TEKNO 15

Komputer riba terbaharu Gigabyte Technology

Fon telinga eksklusif Bola Pokemon SAMSUNG Malaysia memperkenal-

kan kombo eksklusif fon telinga Galaxy Buds FE bersama sarung fon telinga edisi khas Bola Pokemon yang menarik berdasarkan permainan dalam talian Pokemon Go! Bentuk sarung tersebut terdiri daripada tiga jenis iaitu Great Ball, Master Ball dan Ultra Ball. Perlu diingatkan bahawa aksesori itu hanyalah tambahan kosmetik untuk peranti fon telinga Galaxy Buds FE bagi memperbanyakkan lagi barangan eksklusif Samsung. Rongga di bahagian belakang penutup berfungsi untuk memasangkan kabel USB-C. Fon telinga itu

menampilkan warna grafit platinum bersama bekas berwarna putih menggunakan kabel type-C. Secara ringkas, peranti tersebut dilengkapi pembesar suara sehala menjanjikan penghantaran bunyi audio bass yang kuat dan berkualiti tanpa menyakitkan telinga. Ditambah lagi sistem Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) dengan mod bunyi latar belakang melalui enam mikrofon, Bluetooth 5.2, sistem kawalan sentuh dan sokongan SmartThings Find menjadikan peranti berkenaan sesuai digunakan pada bila-bila masa. Fon telinga itu juga mampu

bertahan hingga 8.5 jam untuk sekali penggunaan (jika ANC dimatikan) dan 30 jam untuk bekas peranti. Namun, jika ANC diaktifkan, hayat bateri masing-masing akan menurun antara enam jam ke 21 jam. Kombo itu ditawarkan hingga 31 Disember 2023 melalui laman web rasmi atau Samsung Experience Stores di seluruh negara.

DI bawah pengedaran Gigabyte Technology, syarikat peranti tersebut mengumumkan dua model komputer riba terbaharu iaitu Aorus 17 dan Aorus 15. Keduaduanya menggunakan cip pemprosesan terkini daripada Intel (Core Ultra 7 bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40). Komputer riba tersebut dikatakan bakal menjadi antara peranti terbaik untuk penstrim permainan dalam talian. Dengan menggunakan Intel Core Ultra 7 yang mempunyai teknologi unit pemprosesan neural (NPU), ia dipercayai mempertingkatkan ketahanan bateri dan kecekapan kuasa. Bagi paparan, ini antara model komputer riba yang ditawarkan resolusi Quad Definisi Tinggi (QHD) pada kadar segar semula hingga 240 hertz (Hz). Ia dijangka memasuki pasaran Malaysia pada 2024, namun tarikh sebenar masih belum diumumkan.

Harga: Belum diumumkan

Harga: RM399 (kombo fon teling ga Galaxy Buds FE termasuk k sarung Poke Ball edisi kha as) : RM169 (sarung poke Ball))

Sarung telefon pintar Naruto dan Netflix JENAMA Casetify kini semakin

mendapat perhatian dengan pengeluaran sarung telefon pintar dan peranti mewah terutamanya buat pengguna jenama Apple. Bahkan reka bentuk jenama itu menyakinkan kerana penggunaan teknologi lantunan ultra gred ketenteraan berkualiti tinggi. Koleksi gabungan sarung telefon pintar Casetify Naruto merupakan kolaboratif pertama jenama itu bersama kartun animasi dari Jepun manakala Castify Netflix pula mengetengahkan ciri-ciri diinspirasikan daripada Rebel Moon: Part One bagi meraikan pelancaran filem itu di platform tersebut.

Masing-masing menampilkan aspek watak anime paling ikonik dan ciri-ciri futuristik. Untuk siri Naruto, ia hadir bersama lanyard dan pelbagai karya seni menggambarkan simbol kegemaran peminat Naruto termasuk logo kumpulan Akatsuki. Bagi Netflix pula, sarung pelindung turut tersedia untuk tali jam Apple Watch, cincin Magsafe, sarung Airpods, komputer riba dan banyak lagi. Harga : RM337- RM432 (Casetify Naruto) : RM197- RM432 (Casetify Netflix)


16 SUKSES MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023– 3 JANUARI, 2024

DUNIA USAHAWAN JEJAK JUTAWAN AG Nutrition yang diasaskan pasangan adik-beradik berjaya lahirkan 15 jutawan.

Oleh MUSTAKIM RAMLI Foto SS KANESEN SEMASA kecil, Hafiz, 39, dan Faiz Salleh, 36, acap kali menemani ibu mereka, Zaleha Abdul dari rumah ke rumah untuk membuat jualan langsung. Mereka bukan sekadar membantu menyusun produk, malah cukup mengenali dan boleh memberi penerangan kepada individu lain kerana sudah cukup masak dengan segala produk yang dibawa. Ibu mereka yang juga penjawat awam pada waktu itu hanya mencari pendapatan tambahan. Meningkat dewasa, Hafiz terbabit dalam profesion kejuruteraan manakala Faiz ke arah sektor perbankan. Dalam pertemuan bersama Majoriti 7 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, kedua-dua pengasas syarikat jualan langsung tempatan itu mengakui tidak berminat dalam bidang jualan langsung meskipun telah menerima pendedahan sejak kecil. Pada peringkat awal, masing-masing ingin memberi fokus kepada kerjaya, tetapi disebabkan tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur yang memberi cabaran kewangan, mendesak mereka melakukan sesuatu hingga tertubuhnya AG Nutrition pada 2019. “Kami mula memasuki jualan langsung sebagai pengedar untuk sebuah syarikat sekitar 12 tahun lalu. Kami sukses dapat bantu banyak ejen, bangunkan pasukan jualan, pemasaran hinggalah pada 2019 kami buat keputusan untuk memperkenalkan jenama sendiri. “Ketika itu hanya mempunyai seorang staf dan 10 pengedar. Kami berdua sendiri turun padang dari angkat stok sehingga melakukan pembentangan. Alhamdulilah, bulan pertama jualan mencecah RM300,000. Masuk bulan ketiga berjaya capai lebih RM1 juta,” kata Faiz.

Kepercayaan

Beliau memaklumkan dalam tempoh itu pihaknya dapat melihat pasaran dapat menerima AG Nutrition sebagai syarikat baharu walaupun pada waktu itu hanya mempunyai produk makanan tambahan, AG Cera. Namun, kini ia sudah menjadi 13 produk seperti produk penjagaan kulit, minuman nutrisi, makanan tambahan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Bagaimanakah AG Nutrition mendapat kepercayaan ramai pada peringkat awal ia mula bertapak? Jelas Faiz, pengalaman sebagai pengedar dengan rekod yang cemerlang sebe-

Hafiz (kanan) dan adiknya, Faiz.

Rekod cemerlang Hafiz dan Faiz sebagai pengedar lum ini berjaya menarik perhatian ramai khususnya pengedar dan ejen baharu untuk bersama mereka. “Kami bermula bukan mahu terus jual produk, tetapi tarik pengedar yang mahu jual produk kami. Kami sudah memahami kehendak pasaran dengan mengetahui apa yang diperlukan pengedar. Dalam tempoh awal itu juga pencapaian pengedar memberangsangkan sehingga mencecah pendapatan lima angka. “Mereka dibantu dengan program latihan pembangunan, strategi pemasaran. Kami permudahkan mereka untuk memperkenalkan produk AG Nutrition di luar dan itu menjadi faktor kenapa kami cepat naik di pasaran,” katanya. Kepercayaan di pasaran tempatan telah menyebabkan AG Nutrition menembusi pasaran luar negara dalam tempoh yang singkat dengan 30 negara di seluruh dunia merangkumi Singapura, Brunei, England, Amerika Syarikat dan sebahagian besar di benua Afrika dengan jumlah ahli berdaftar seramai 400,000 orang. “Dalam 12 bulan pertama kami berjaya capai jualan mencecah RM100 juta. Mesti ada yang tertanya-tanya kerana ketika itu adalah musim pandemik dan masa itulah waktu terbaik

sebenarnya. Semua orang duduk di rumah ingin membuat jualan dalam talian, tidak banyak syarikat baharu jadi ramai memilih AG Nutrition. “Jadi apabila masuk fasa tahun keempat dan semakin stabil, kami meletakkan sasaran setiap tahun perlu ada tiga hingga lima produk baharu di pasaran. Ia secara tidak langsung membantu pengedar apabila mereka keluar kerana ada produk baharu,” jelas Hafiz. Tuturnya, mereka sebagai pengedar perlu menunjukan kepimpinan sebagai teladan dengan memastikan pengedar tidak berseorangan. “Ini disebabkan apa sahaja yang dirancang bukan untuk kami, sebaliknya keutamaan demi mereka. “Setakat ini seramai 15 pengedar kami sudah bergelar jutawan dengan 10 daripadanya adalah dari Malaysia dan selebihnya dari Afrika. Kami amat mengharapkan anak-anak mereka dapat meneruskan kesinambungan ini terhadap produk kami. “Kami mahu seperti syarikat jualan langsung lain, misalnya Amway dapat bertahan lama. Pengedar tidak akan lari jika ada pendapatan, syarikat beri bonus jadi kami akan sentiasa membantu bagi mencapai ke arah berkenaan,” ujarnya.

Kami mahu seperti syarikat jualan langsung lain, misalnya Amway dapat bertahan lama. Pengedar tidak akan lari jika ada pendapatan, syarikat beri bonus jadi kami akan sentiasa membantu bagi mencapai ke arah berkenaan.” Hafiz


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Tangani godaan jualan akhir tahun Sistem beli dulu bayar kemudian boleh menjerat kepada hutang.

KA-CHING$ 17

Pengurusan perbelanjaan berhemat lindungi pengguna daripada boros berbelanja.

perkongsian di laman webnya, memberi tiga tabiat perbelanjaan yang patut dielak terutama pada usia muda. Salah satu cara efektif adalah dengan melatih diri untuk membezakan antara kehendak dan keperluan ketika berbelanja.

Bajet

MENJELANG hujung tahun pasti ramai berkira-kira untuk ‘berbelanja’ kerana boleh dikatakan sebahagian besar gedung dan platform dalam talian membuat jualan akhir tahun atau lebih popular dengan singkatan, YES (year end sale). Tidak kurang yang mahu memenuhi keinginan mendapatkan apa diingini kerana hampir sebahagian besar produk dijual pada harga durian runtuh atau promosi ‘gila-gila’. Namun, harus diingatkan, jangan sampai poket bocor yang pada akhirnya memakan diri. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam laman webnya menasihatkan orang ramai mengenai aspek pengurusan perbelanjaan yang baik bagi menjamin kesejahteraan kewangan khususnya selepas pasca pandemik. Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan AKPK, Mohammad Mafrukhin Mokhtar menyatakan, di sebalik kemunculan pelbagai aplikasi

dan platform yang memudahkan perbelanjaan lancar, pengurusan perbelanjaan peribadi berhemat penting untuk melindungi pengguna. Berdasarkan kajian pihaknya terhadap lebih 2,000 rakyat Malaysia mendapati pengguna mempunyai pelan perbelanjaan yang baik mampu membuat penjimatan secara konsisten. Pelan perbelanjaan teliti bermula daripada menilai kemampuan, menyediakan bajet berbelanja mengikut bajet dan merekodkan semua perbelanjaan. Secara purata, nisbah simpanan bagi mereka yang mengikut rancangan perbelanjaan adalah hampir dua kali ganda berbanding mereka yang tidak. Pada masa sama, pelan perbelanjaan juga membantu cegah pengguna daripada membuat pembelian kompulsif. Secara tidak langsung, ia membimbing mereka ke arah perbelanjaan berhemat. Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi

Elakkan membuat perbelanjaan secara tidak berhemat, fikirkan sama ada kita memerlukan barang itu ataupun tidak. Apabila berfikir sebelum bertindak, pengguna akan mengutamakan barangan keperluan berbanding menghabiskan duit untuk barangan tidak diperlukan. Ramai generasi muda terlepas pandang kepentingan menyediakan bajet dan membelanjakan duit sewenang-wenangnya. Ini adalah tabiat berbelanja yang tidak berhemat, ditambah dengan kewujudan sistem beli dulu bayar kemudian (BNPL). Sekiranya pengguna belum didedahkan dengan kesan penggunaan fungsi itu, mereka mempunyai risiko untuk mudah terjerat dengan hutang BNPL. Sekiranya kerap kali menggunakan kaedah hutang berkenaan, ia akan mewujudkan impak negatif dalam tempoh jangka masa panjang. Selain membina simpanan untuk masa depan, ia juga boleh memberi manfaat perlindungan sekiranya sesuatu berlaku kepada diri. Orang ramai sebenarnya berisiko tinggi terdedah kepada perkara tidak diingini seperti perbelanjaan perubatan atau kos rawatan yang tinggi, kehilangan pekerjaan atau beban kewangan lain tidak dijangka.

Berdasarkan kajian pihaknya terhadap lebih 2,000 rakyat Malaysia mendapati pengguna mempunyai pelan perbelanjaan yang baik mampu membuat penjimatan secara konsisten.” Mohammad Mafrukhin


18 INSPIRASI MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Pementasan The Sound of Music oleh murid-murid Sekolah Rendah Sri KDU Kota Damansara.

Dana RM100,126 untuk Teach for Malaysia Seramai 350 pelajar Sekolah Rendah Sri KDU terlibat dalam pementasan The Sound of Music kumpul dana untuk pertubuhan amal.

Sebanyak RM100,126 dana berjaya dikumpul menerusi pementasan yang berlangsung selama dua hari itu.

TIDAK dapat disangkal, penglibatan

dalam aktiviti berunsurkan kebudayaan dan kesenian berupaya menonjolkan bakat dan potensi diri murid-murid. Kajian menunjukkan bahawa golongan muda yang melibatkan diri dalam nyanyian, tarian, lakonan atau bermain alat muzik di atas pentas akan menerima empat kali ganda pengiktirafan dalam pencapaian akademik berbanding murid lain yang tidak terlibat. Mengambil inisiatif itu, Sekolah Rendah Sri KDU Kota Damansara mengambil pendekatan mementaskan persembahan bertajuk The Sound of Music. Melalui pementasan seni kreatif yang berlangsung selama dua hari itu mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,126 untuk disumbangkan kepada sebuah pertubuhan amal, Teach for Malaysia. Teach For Malaysia adalah gerakan terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang memperkasa kanak-kanak melalui pendidikan berkualiti. Pengetua Eksekutif Sekolah Rendah Sri KDU Kota Damansara, Trevor Spence mengakui bahawa berada di atas pentas adalah pengalaman amat berharga dan tidak ternilai. Menurutnya, pengalaman tersebut mengajar anak-anak murid untuk improvisasi, berdikari, menangani cabaran dan meningkatkan kemahiran yang boleh memberi impak dalam bilik darjah dan pelbagai konteks lain. “Keresahan yang murid-murid rasai semasa pementasan mengajar mereka untuk berdepan detik penting dalam hidup. “Penerbitan The Sound of Music bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid untuk menghayati watak dalam lakonan, tetapi juga memupuk empati dan kerjasama berpasukan. “Walaupun kemahiran ini mungkin tidak boleh diaplikasikan secara langsung dalam mata pelajaran akademik, namun proses itu mendedahkan kanak-kanak kepada pemikiran inovatif dan menyemai perasaan untuk mencapai sesuatu kejayaan,” katanya.

Di bawah bimbingan Ketua Seni Persembahan Sekolah Sri KDU, Foo Mei Kay, pementasan tahunan melibatkan seramai 350 murid berumur antara 7 hingga 12 tahun itu telah menjalani latihan selama 11 minggu dengan dibantu seramai 76 guru. Proses kreatif dari segi pakaian, set pentas dan solekan adalah usaha kolaboratif yang melibatkan semua guru, murid dan sokongan padu daripada ibu bapa. Meskipun jalan cerita diubah suai daripada cerita asal, namun persembahan yang diselitkan dengan adegan jenaka dan gimik menarik itu tetap mengekalkan intipati naratif asal dan berjaya menghiburkan penonton. Bahasa kebangsaan juga diselitkan dalam dialog untuk memberi impak positif bagi memartabatkan bahasa Malaysia. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif XCL Education, Anthony Partigon berharap agar sumbangan yang diberikan kepada Teach for Malaysia dapat menggalakkan murid-murid Sekolah Rendah Sri KDU untuk terus memberi impak positif kepada orang lain. “Inisiatif tersebut juga berupaya memupuk pemahaman mereka tentang dunia yang lebih luas, menggalakkan empati kepada golongan kurang berkemampuan dan memupuk sikap prihatin,” ujarnya. Acara kemuncak majlis adalah penyampaian dana yang disaksikan oleh Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, selaku Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Pengasas Teach for Malaysia dan Pengerusi Gabenor di Sekolah Sri KDU. Dana berjumlah RM4,848 berjaya dikumpul melalui tabung derma dan jualan makanan pada malam amal pementasan yang menjadikan keseluruhan dana berjaya dikutip adalah RM104,974. Dana yang diberikan kepada pertubuhan amal tersebut bertujuan menaja bakal graduan dan profesional muda serta sebagai bantuan untuk mereka mempersiapkan diri sebagai guru di sekolah kurang berkemampuan di Perak dan Sarawak.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Kunci

trend

paling popular


20 STAIL 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Trend hangat sepanjang tahun Tahun ini industri fesyen dimeriahkan oleh beberapa trend yang dipacu deras oleh pengaruh hasil dari permainan media sosial.

Koleksi Valentino Pink PP oleh Pierpaolo Piccioli menampilkan himpunan pakaian yang keseluruhannya berwarna merah jambu.

Margot Robbie sebagai Barbie dalam filem yang dihasilkan oleh syarikat produksinya sendiri. FESYEN pada 2023 merangkumi spek-

trum yang luas, dari trend dari era 2000 sampailah kepada interpritasi masa hadapan menerusi fantasi AI atau kecerdasan buatan. Aliran fesyen tahun ini cukup gemilang dengan semarak trend yang tercetus dari pengaruh pempengaruh dari pelbagai platform media sosial khususnya TikTok. Berikut antara kunci trend yang menjadi ikutan hangat.

berjaya memecah rekod box office untuk 2023, koleksi fesyen yang dipersembahkan pda musim berikutnya turut menerima tempias. Musim lalu, Valentino mengadakan pertunjukan di atas landasan merah jambu dengan persembahan 22 helaian serba pink belaka. Impaknya tersebar hingga ke acara anugerah berprestij sampai ke festival muzik Coachella.

Barbiecore

Satira gaya

Dengan tidak semenany, rona hot pink berada di mana-mana. Warna merah jambu amat sinonim dengan patung permainan Barbie dan tatkala filemnya ditayangkan di panggung, permintaan fesyen dengan asas warna merah jambu mengalami peningkatan. Trend ceria yang dirujuk sebagai Barbiecore ini berjaya mengubah fantasi anak-anak kecil kepada realiti apabila Margot Robbie ‘menghidupkan’ karakter Barbie dengan jaya sekali. Kemunculan aktres Australia ini pada setiap majlis tayangan perdana menjadi tumpuan peminat fesyen dunia. Apatah lagi apabila filem Barbie

Satu trend yang langsung tidak terjangka telah dicetuskan oleh suami isteri, Hailey dan Justin Bieber. Pasangan model dan penyanyi itu kerap kali dirakam bersama memakai persalinan yang tidak selari atau konsisten apabila dibuat perbandingan antara keduanya. Paparazzi sering merakam gambar pasangan tersebut bersama, dengan Hailey sungguh glamor menyarung couture manakala Justin yang sepatutnya muncul sedondon bersut, hanya sekadar bermalasan dalam sweatshirt dan celana pendek. Situasi ini berlaku berulang-ulang kali.

Hailey dan Justin Bieber mencetus trend tersendiri melalui foto-foto gaya jalanan rakaman paparazzi.


STAIL

21

28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Sentimen ini mempopularkan kembali item fesyen asas seperti pakaian dan aksesori klasik, termasuklah baju-T kosong yang bersih tanpa logo. Palet warna terdiri dari monokrom hingga ke palet pucat, sementara material atau fabrik yang digunakan pula hanya yang dari bermutu tinggi.

Stail Y2K

Awal 2000-an mungkin tidak terasa seperti masa lalu yang terlalu jauh, namun elemen fesyennya terus meresap kukuh di dalam aliran fesyen semasa. Seluar jean saiz besar dan longgar, baju berpotong lebar menjadi antara trend waktu itu dan hari ini, kembali diminati. Ibarat mendapat peluang kedua pada 2023, fesyen dari era itu sepertikan tidak pernah ketinggalan. Kitaran trend ini yang juga dikenali sebagai Y2K, menjadi pilihan generasi muda masa kini seperti Bella Hadid dan Lily-Rose Depp. Item fesyen seperti kasut balet, seluar jeans berpinggang rendah, tali pinggang lebar antara yang digayakan oleh kelompok fanatik fesyen yang terdiri daripada kalangan generasi Z. Kasut sukan gaya retro juga kembali seperti Adidas Astir, New Balance 1906R dan Nike Air Max 96 II.

Bella Hadid antara bintang popular yang gemar menggayakan stail dari era 2000.

Pada awalnya, ramai yang bertanggapan pasangan ini mangsa fesyen. Namun kini, ianya menjadi ikutan dan seterusnya dianggap sebagai sebuah satira yang mungkin dilakukan secara sengaja bagi mencetus perdebatan awam. Walau apa pun sebabnya, publicity stunt suami isteri ini menjadi apabila ramai mulai mengikuti ‘formula’ fesyen sebegini, memenuhi suapan media sosial semasa.

Kaya itu sederhana

Baju sejuk lembut dari cashmere, beg tanpa logo yang teliti buatannya, jaket warna mute dengan potongan sempurna tanpa sebarang jahitan jelas kelihatan. Kombinasi fesyen asas dan ringkas, namun jumlah harga untuk ketiga-tiganya mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Begitulah trend quite luxury yang rancak dicanang sepanjang tahun ini. Mereka yang benar-benar kaya tidak perlu membuktikannya melalui peragaan kemewahan berlebihan. Mereka tidak perlu memakai warna garang bagi menjerit untuk perhatian dan logo sebagai penanda status juga tidak perlu kelihatan. Kemewahan yang senyap ini menjadi intipati kepada kunci gaya kepada jenama seperti The Row, Khaite, Loro Piana, Brunello Cuccinelli hingga ke Celine.

Bottega Veneta dengan kunci gaya sofistikated dan klasik untuk setiap himpunannya saban musim.

Phoebe Philo mengumumkan pelancaran label sendirinya pada pertengahan tahun ini, membawa konsep quite luxury.


22 STAIL 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Berlian dan permata vintaj NAMA Bakhache cukup tidak asing lagi dalam kalangan peminat barangan mewah, khususnya barang kemas. Selari dengan visi jenama untuk melebarkan sayapnya, butik barang kemas Bakhache kini dibuka dalam gedung Seibu yang terletak di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur. Perasmian butik ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengemar berlian dan permata kerana Bakhache turut menawarkan koleksi vintaj yang terdiri daripada jenama mewah terkenal lagi eksklusif seperti Tiffany & Co.,Van Cleef & Arpels, Cartier, Buccellati dan banyak lagi. Pembukaan itu sejajar dengan komitmen jenama untuk menyediakan pelanggan setia pengalaman membeli-belah yang luar biasa. “Di Bakhache Jewellery, kami sangat teruja untuk memperkenalkan butik

terbaharu kami di The Exchange, TRX. Lokasi ini membolehkan kami untuk terus berhubung dengan pelanggan di persekitaran yang berkualiti lagi anggun,” kata pengasas jenama, Antoine Bakhache. Reka bentuk dalaman melambangkan kemewahan dengan suasana yang mengasyikkan melalui meja dan rak pameran yang memaparkan barang kemas indah, setiap satunya memiliki secebis sejarah tersendiri. Acara pembukaan pula berlangsung dengan meriah. Upacara bermula pertunjukan tarian singa dan sesi memotong reben sebagai tanda perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bakhache Luxuries, Antoine Bakhache bersama Pengerusi Seibu, Datuk Alfred Cheng serta Pengarah Urusan Seibu, Nobuharu Yutani.

Keluarga Bakhache. Dari kiri: Leo, Sabah, Antoine dan Leila.

Pembukaan Bakhache di Seibu bakal menjadi tumpuan peminat dan pengumpul barang kemas lama.

Puan Sri Anna Razak tidak melepaskan peluang mencuba barang kemas di Bakhache.

Dari kiri: Alfred, Antoine dan Nobuharu.


HAPPENINGS

Lembaran baharu Mimpikita JENAMA fesyen terkemuka tanah air,

Mimpikita meraikan lembaran baharu perjalanan legasinya selama 15 tahun dalam industri fesyen. Rumah fesyen Malaysia yang diilhamkan tiga beradik itu menutup tirai 2023 dengan pembukaan butik baharu bertempat di pusat beli-belah bertaraf antarabangsa, The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Tiga bersaudara ialah Nurul Afidah Zulkifli, Amirah Hanis Zulkifli dan Fatimah Ani Syahirah Zulkifli mula mengusahakan butik fesyen kontemporari jenama Mimpikita sekitar 2008. Pelancaran pada 7 Disember lalu berlangsung meriah dimulai dengan ucapan daripada Nurul Afidah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mimpikita, diikuti upacara memotong reben. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pempengaruh media sosial, Friends of Brand dan #TheKitaGirls. Acara itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk lawatan kedai, sesi beramah mesra dan bengkel bunga dikendalikan oleh BloomThis. Berbicara lanjut mengenai pemilihan The Exchange TRX sebagai lokasi baharu butik utama mereka, Nurul Afidah berkata, pusat beli-belah yang terkenal sebagai hab fesyen dan gaya hidup mewah itu menyediakan keseronokan

baharu buat pencipta fesyen tempatan. Lebih mesra disapa Nurul, beliau memberitahu bahawa butik itu adalah bukti impian dan aspirasi mereka bersama. “Saya berharap kita dapat meneruskan impian dalam mencipta dan meraikan keindahan serta kepelbagaian melalui seni fesyen,” katanya. Dalam keterujaan tersebut, Mimpikita dan Kita&Co memperkenalkan koleksi terbaharu iaitu #HerStory dan Comfort Curated. #HerStory mempamerkan keanggunan dan keperibadian tersendiri seperti yang diterjemahkan menerusi setiap helaian top kimono, skirt lipit, selendang dan koleksi beg jinjing. Lebih menarik, beg jinjing dengan warna dan rekaan eksklusif itu dihasilkan menerusi kolaborasi bersama selebriti popular tanah air, Elfira Loy yang juga sebahagian daripada #TheKitaGirls. Sementara itu, Comfort Curated pula terdiri daripada set pakaian kasual, gaun dan kemeja linen lengan pendek. Kolaborasi Mimpikita x Elfira Loy menyerlahkan lagi imej bergaya Elfira Loy yang dipadukan dengan cetakan signatur Mimpikita, di samping menambahkan lagi nilai sofistikasi dan keyakinan.

23

28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

1

2

Meraikan 15 tahun perjalanannya, Mimpikita dan Kita&Co perkenalkan koleksi terbaharu iaitu #HerStory dan Comfort Curated. AN Oleh NUR IFTITAH ROZLAN

7 1. Diana Danielle (kanan) dan Trisha Ooi. 2. Qasrina Karim 3. Dari kiri: Amirah Hanis, Nurul Afidah dan Fatimah Ani Syahirah. 4. Sharifah Amani 5. Bella Dally 6. Uyaina Arshad 7. Khainina Khalil (kanan) dan Sharifah Rose.

3

4

5

6


24 PROFIL 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Lapangan

fesyen

Yaya Zahir

Memiliki sejumlah 271,000 pengikut di laman digital tersebut, tidak hairanlah anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu sering diangkat menjadi idola terutama buat penggemar fesyen.

Oleh NUR IFTITAH ROZLAN SEBUT sahaja mengenai fesyen dan stail, Yaya Zahir adalah antara selebriti yang terlintas dalam fikiran penulis. Tidak berlebihan jika penulis menggelarkan pengacara, wartawan penyiaran, pelakon, pereka dalaman, penerbit dan model itu sebagai ikon fesyen. Lihat sahaja media sosialnya! Seperti yang ditampilkan menerusi hantaran di Instagram, Yaya Zahir atau nama sebenarnya Zuhairah Zahir sering muncul dengan gaya dan pemakaian yang versatil. Memiliki sejumlah 271,000 pengikut di laman digital tersebut, tidak hairanlah anak-anak muda khususnya, memandang tinggi anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu sebagai ikon fesyen arus terkni. Dunianya yang berpaksikan kecantikan semasa berada di lapangan fesyen sering diterjemahkan menerusi kandungan di laman Instagramnya. Pilih sahaja apa seleksi stail yang anda ingin lihat, semuanya digayakan dengan penuh unggul oleh si jelita ini. Ya, dia mempunyai aura unik dan tersendiri dalam berfesyen. Padanlah figuranya sering diintai jenama fesyen terkemuka. Jangan tak tahu, pempengaruh cantik ini juga pernah berkhidmat sebagai pereka hiasan dalaman sambilan kepada pereka fesyen popular tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim. Sentiasa berani berekspresif, graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu tidak pernah gagal dalam cubaan fesyen campur dan padannya. Bermula daripada pemilihan tona hinggalah ke jenis fabrik busana yang dipakai, semua penampilannya diaksesorikan dengan baik dan sentiasa nampak on-point.

Bahagia dan bersyukur

Menjengah usia 32 tahun, anak bongsu daripada tiga beradik ini memanjatkan kesyukuran atas nikmat kehidupan yang dijalaninya ketika ini. Apatah lagi, dengan kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama Atheer pada 11 April lalu dianggap sebagai


PROFIL

25

28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

pelengkap kebahagiaan dirinya bersama pasangan, Arriz Azim, 34. Yaya mendirikan mahligai bahagia bersama pasangannya yang juga merupakan seorang juruterbang berasal dari Sarawak pada 9 Ogos 2019. Rezekinya seolah-olah tak pernah putus, selain mengacara, visualnya sering sahaja menghiasi layar televisyen dan digital bagi mewakili sesebuah produk bagi jenama tempatan mahupun antarabangsa. Antara jenama global yang pernah memberi kepercayaan kepada Yaya termasuk Vans, Tommy Hilfiger, Michael Kors, Louis Vuitton, Coach dan YSL Beauty. Berbicara mengenai perkembangan kariernya, individu berpengaruh dalam dunia fesyen itu berkata, selepas lapan tahun, dia masih setia bersama program hiburan popular, Hlive! Selain merencanakan karier seni, menjelang akhir tahun, Yaya juga sibuk membangunkan bisnes jenama pakaiannya, Asly. “Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan, peluang dan ruang kepada saya selama menapak dalam bidang ini. “Sejujurnya, masih ada beberapa perkara yang saya teringin lakukan, iaitu berkolaboratif bersama beberapa jenama antarabangsa lain, tetapi masih belum ada kesempatan untuk direalisasikan. “Namun apa-apa pun saya masih gembira,” katanya kepada Majoriti 7 baru-baru ini. Ditanya tentang bagaimana dia mengekalkan kepercayaan kebanyakan jenama terhadapnya, bekas peserta pertandingan realiti On Air Talent musim pertama itu berkata, kegembiraan dan kepuasan hati adalah pokok utama. Baginya, apabila sesuatu pekerjaan dilakukan dengan seronok dan ikhlas, secara automatik aura positif akan sentiasa berada di sekeliling. “Jika tiada dua perkara penting itu, tidak mustahil akan timbul perasaan hasad dengki. Lebih-lebih lagi terlalu banyak persaingan dalam industri seni sekarang,” ujar Yaya yang dibesarkan oleh ibunya secara bersendirian selepas kehilangan bapa akibat serangan jan-

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan, peluang dan ruang kepada saya selama menapak dalam bidang ini. Sejujurnya, masih ada beberapa perkara yang saya teringin lakukan, iaitu berkolaboratif bersama beberapa jenama antarabangsa lain, tetapi masih belum ada kesempatan untuk direalisasikan. Namun apa-apa pun saya masih gembira.” Yaya Zahir

tung sewaktu usia lapan tahun.

Tip sihat

Bercerita mengenai tip sihat pula, ibu anak satu ini memberitahu, dirinya akan cuba mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, di samping memperbanyak minum air kosong bagi menggantikan minuman manis. Selain penjagaan makanan dan minuman, Yaya juga cuba mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mendapatkan tidur yang cukup. Jika semua ini dapat dijaga, maka lengkaplah pakej untuk sihat. “Saya kuat minum air manis tapi saya cuba kurangkan, lebih-lebih lagi apabila sudah ada anak, saya lebih cuba menjaga kesihatan. Boleh minum tapi kena berpada-pada,” kongsinya yang mengagumi kecantikan dimiliki supermodel, Kendall Jenner dan pelakon, Scha Alyahya.

Jenama lokal

Sambutan luar biasa terhadap jenama-jenama fesyen lokal yang berada di pasaran ketika ini menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air. Perkembangan positif itu turut diakui sendiri oleh ikon fesyen yang satu ini. Tampil dengan kualiti yang boleh dikatakan setanding dengan jenama luar, justeru tidak hairanlah barangan jenama tempatan kini menjadi pilihan kebanyakan penggemar fesyen tanpa mengira usia. Pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu mengakui teruja dengan peningkatan produk anak tempatan yang semakin mendapat tempat di hati peminat. “Malah kebanyakan produk yang dihasilkan juga dilihat semakin kreatif sampai adakalanya saya tidak sangka sesuatu produk itu milik jenama lokal. Hebat bukan? “Jujur saya sangat bangga melihat kejayaan banyak jenama fesyen dari Malaysia, misalnya Mimpikita. Jenama tersebut bertahan selama 15 tahun dalam industri dan terus mengembangkan legasinya” kata Yaya dalam nada teruja.


26 HITS 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Diddy Hirdy (kanan) mendapat tajaan daripada UUM untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD.

Selebriti tempatan bergelar Doktor Falsafah Selain memiliki kemahiran dalam bidang seni, mereka menuntut ilmu untuk beri nilai tambah kepada jenama sendiri.

Oleh NUR IFTITAH ROZLAN SIAPA kata nak jadi artis tidak perlu

belajar tinggi-tinggi? Hanya bersandar pada rupa paras tanpa bakat dan ilmu tidak memadai bagi seseorang bertahan dalam industri seni. Sepopular mana pun selebriti itu, kehadirannya dalam industri tersebut perlu seiring dengan ilmu di dada. Apatah lagi dengan kemunculan bakat-bakat baharu yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, tahap pendidikan itulah membezakan intelektual mereka. Sebab itu orang kata, jadi cantik sahaja tidak cukup, perlu ada ilmu! Majoriti 7 senaraikan tujuh pemain industri yang memiliki Doktor Falsafah atau PhD.

Soo Wincci menerima PhD dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia pada 2016.

1. Dr. Soo Wincci

Selebriti jelita, Soo Wincci, 38, menerima PhD dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open University Malaysia pada 2016. Bekas Ratu Cantik Malaysia 2008 itu berhasil mencapai impiannya untuk berjaya dalam bidang akademik setelah enam tahun berjuang mendapatkan ijazah tertinggi dalam akademik itu. Jangan tak tahu, pelakon, penyanyi dan pengacara tersebut juga memiliki lima ijazah lain antaranya Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, University of the Sunshine Coast, Australia dan Ijazah Undang-undang, University of Reading, United Kingdom. Selain itu, Wincci juga pernah bergelar profesor madya dan berkhidmat di Jabatan Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM. Ini baru betul beauty with brain!

2. Dr. Syamsul Hirdi Muhid (Diddy Hirdy)

Setelah mengharungi pelbagai rintangan termasuk dijangkiti Covid-19 sepanjang melanjutkan pengajian, penyanyi akhirnya berjaya menggenggam PhD dalam bidang muzik pada Majlis Konvokesyen Universiti Liverpool pada 2022. Bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat itu mendapat tajaan daripada UUM untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD. Pemilik nama lengkap Syamsul Hirdy Muhid, 38, kini bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, UUM. Diddy Hirdy berkata, setiap individu digalakkan memiliki latar belakang pendidikan asas yang kukuh. “Pendidikan bukan hanya bermaksud memiliki segulung sijil, ijazah atau kelayakan, tetapi ia adalah proses mendidik minda kita untuk berfikiran kreatif dan kritis.


HITS

28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Infrastructure University Kuala Lumpur. Kejayaan itu sangat bermakna buat bekas pengacara program 3R itu, lebih-lebih lagi apabila diuji dengan kanser payudara pada awal tahun ini, ketika sedang menyiapkan tesis bertajuk Kepimpinan Wanita dalam Industri Kreatif di Malaysia.

6. Dr. Mohd Azhar Abu Bakar

Komposer dan penulis lirik terkenal, Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer, 57, menerima PhD Pengurusan Industri

27

Ahmad Idham (kanan) dan Azmeer menghadiri konvokesyen UUM kali ke-34 pada 2022.

Tiket & Popcorn

Night Swim

Norzizi kini merupakan Ketua Pusat Pengajian Seni Persembahan Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.

“Dalam mengurus dan merencana kerjaya seni pada zaman ini, perlu ada percaturan yang bijak dan menarik untuk memastikan kelangsungan serta kerelevanan seseorang itu dalam industri,” katanya.

Kreatif Warisan Budaya pada Majlis Konvokesyen ke-34 UUM. Kerja keras selama lebih dua tahun menyiapkan tesis membuahkan kejayaan manis buat penulis lirik lagu Purnama Merindu dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu. Azmeer kini bergelar Pensyarah dan Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM sejak 1 Mei 2023.

3. Dr. Norzizi Zulkifli

7. Dr. Fitri Haris

Penyanyi dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, 39, merupakan graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Musicology dari University of Nottingham, United Kingdom. Lebih membanggakan, bekas juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu diiktiraf sebagai Successful People In Malaysia In 2022 oleh Britishpedia dari United Kingdom pada 2022. Ia sekali gus meletakkan beliau sebaris tokoh-tokoh ternama penerima sebelumnya seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Quek Leng Chan dan Tan Sri Tony Fernandes.

Pengacara yang pernah popular sekitar 1990-an, Norzizi Zulkifli, 47, memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media daripada University of Wollongong, Australia. Meskipun perlu menempuh pelbagai cabaran untuk melanjutkan pengajian, namun berkat sokongan keluarga, anak sulung pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar itu berjaya menggapai impian yang diidamkan selama ini. Kejayaannya tidak terhenti di situ, selain bergelar pensyarah, beliau kini merupakan Ketua Pusat Pengajian Seni Persembahan di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.

Night Swim merupakan adaptasi filem pendek yang pernah popular pada 2014. Selepas berpindah ke rumah baharu, keluarga Waller terpaksa berdepan dengan kehadiran makhluk ghaib yang menghantui kolam renang di belakang rumah mereka. Dibintangi oleh Wyatt Russell, Kerry Condon, Amelie Hoeferle dan Gavin Warren, filem arahan Bryce McGuire itu bakal berada di pawagam pada 5 Januari 2024.

Bitconned

Netflix mempersembahkan dokumentari baharu mengenai penipuan mata wang kripto. Bitconned membawakan kisah Centra Tech, sebuah syarikat fiksyen yang dicipta oleh penipu yang mencuri berjuta-juta dolar dalam pasaran mata wang kripto. Filem itu dijadualkan ditayangkan secara eksklusif pada 1 Januari 2024 siaran Netflix.

4. Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Pelakon, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran Pengurusan daripada UUM. Pengorbanannya selama hampir tujuh tahun membuahkan hasil apabila berjaya menghabiskan tesis bertajuk Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu. Figura yang sering beraksi sebagai hero televisyen sekitar 90-an dan awal 2000-an itu menerima ijazah tersebut pada sesi konvokesyen UUM kali ke-34 pada 2022.

5. Dr. Kartini Kamalul Ariffin

Perjuangan enam tahun akhirnya membuahkan hasil buat Kartini Kamalul Ariffin, 44, apabila berjaya menamatkan Ijazah Kedoktoran dalam jurusan Komunikasi daripada

Diuji dengan kanser payudara sedikitpun tidak menghalang Kartini menamatkan pengajian peringkat PhD.

Society of the Snow

Fitri Haris memiliki Ijazah Kedoktoran dalam bidang Musicology daripada University of Nottingham, United Kingdom.

Filem bergenre thriller itu menceritakan tentang nahas penerbangan Pesawat Uruguayan di Andes pada 1972. Saksikan perjuangan 16 penumpang yang terselamat untuk hidup dalam keadaan sejuk melampau di banjaran pergunungan Andes. Naskhah garapan J.A. Bayona yang diadaptasi daripada buku karya Pablo Vierci itu bakal bersiaran di Netflix pada 4 Januari 2024.


28 HITS 28 DISEMBER, 2023– 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Konsert solo sulung Jessica di Kuala Lumpur Jessica kini mengadakan konsert peribadi dengan memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasinya.

Konsert Diamond Dreams Concert Tour bakal berlangsung di Malaysia pada 13 Januari depan.

Oleh NUR IFTITAH ROZLAN PENYANYI terkenal Korea Selatan,

Jessica Jung bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 13 Januari 2024. Selepas enam tahun berehat daripada industri muzik, Jessica kini sedang beraksi dalam konsert peribadinya dan Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu destinasi. Bakal menggegarkan Mega Star

Arena, Kuala Lumpur, konsert jelajah tersebut diadakan bersempena pelancaran album mini keempatnya berjudul Beep Beep pada November 2023. Menerusi album mini tersebut, penyanyi, pelakon dan pereka fesyen itu terlibat dalam penghasilan lirik dan muzik. Menariknya, beliau turut mencipta dua lagu berjudul Better Late Than Never dan Set Me Free. Nama penyanyi kelahiran Amerika

Syarikat berusia 34 tahun itu mula meniti di bibir peminat sejak memulakan kariernya di Korea Selatan menerusi penglibatan dalam kumpulan K-pop, Girl’s Generation. Ledakan fenomena Korean Wave yang meliputi muzik, drama, bahasa berjaya melonjakkan nama Jessica ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Selain bakat nyanyian yang menakjubkan, karakternya yang popular dengan gelaran Ice Princess mem-

buatkan peminat lebih tertarik dengannya. Selepas meninggalkan Girl’s Generation, Jessica pernah menghasilkan tiga album mini iaitu Wonderland, My Decade dan Call Me Before You Sleep. Tiket Konsert Diamond Dreams Concert Tour mula dijual pada 15 Disember 2023 berharga RM388, RM488 dan RM688 manakala harga tiket VIP bernilai RM888.

Profesionalisme Amir Ahnaf SELEPAS Projek: High Council, nama pelakon, Amir Ahnaf kembali menjadi siulan ramai susulan drama terbaharu yang dibintanginya, Syurga Itu Bukan Mudah. Penerima trofi BBNU Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 pada Julai lalu itu dianggap antara pelapis muda yang berbakat besar dan wajar diberi perhatian. Enggan mensia-siakan harapan diberi, Amir cuba memberi yang terbaik dalam menjayakan watak sebagai Farid menerusi naskhah garapan Eyra Rahman. Meskipun terpalit kontroversi ekoran beberapa babak ‘panas’ yang ditayangkan, jejaka berketinggian 176 sentimeter itu menjelaskan, profesion-

alisme sentiasa menjadi keutamaannya ketika berkarya. Baginya, menjayakan sesuatu watak yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sehabis baik. Jejaka yang berasal dari Dungun, Terengganu itu juga mengakui beliau terbuka untuk melakonkan babak mengikut skrip yang diterima, namun enggan melakonkan babak panas yang keterlaluan demi memelihara nama baik keluarga. Syurga Itu Bukan Mudah mengisahkan tentang Aileen (Anna Jobling), wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci untuk ke syurga. Beliau disatukan dengan Farid

(Amir Ahnaf) yang bersembunyi di sebalik watak seorang suami bertanggungjawab dan sempurna dari segi agama. Bagaimanapun, setelah berkahwin Farid mula menonjolkan identiti yang sebenar. Tingkah laku jahatnya mengubah kehidupan perkahwinan mereka tidak ubah seperti neraka. Aileen berdepan lebih banyak rintangan dan cabaran selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan kumpulan dipanggil Alpha Male Society. Drama rantaian 20 episod yang mengetengahkan realiti perkahwinan dalam masyarakat itu turut dijayakan Fadhli Masoot, Alya Iman, Amir Nafis dan Dynas Mokhtar. Amir Ahnaf dianggap antara pelapis muda yang berbakat besar dan wajar diberi perhatian.


Pahit manis cinta, Dj Lin Dengarkan seleksi slot menarik di Segmen Suria Cinta: Salam S Cinta, Bicara Cinta, Nukilan Cinta dan Seleksi Lagu Cinta. TIAP malam suaranya akan

berkumandang di corong radio membaca luahan rasa daripada pendengar. Lantunan suaranya yang mendayu itu membuatkan pendengar tidak berganjak untuk terus mendengar ditambah pula lagu-lagu yang disiarkan untuk segmen Suria Cinta, kebanyakan- nya ‘jiwang’. Segmen Suria Cinta kelolaan DJ Lin bermula sejak 2006 itu merupakan salah satu segmen popular di Suria FM yang kekal unggul sehingga kini. DJ Lin yang terkenal dengan suara lunaknya ketika ke udara menemani pendengar setiap Ahad hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi itu dikenali sebagai Dr. Love, menyelesaikan masalah percintaan dan mem-

bantu mereka yang ingin mencari jodoh menerusi segmen tersebut. Penyampai Suria Cinta juga selaku Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid itu memulakan langkah ke stesen radio dari 1999 dan beliau sentiasa mencabar diri untuk buat yang terbaik bagi memartabatkan industri radio Malaysia. “Alhamdulillah, lebih sedekad Suria FM bertapak di industri radio tanah air, pelbagai kejayaan berjaya diperolehi berkat hasil sokongan padu dari semua pendengar setia Suria yang tidak pernah jemu mendengar dan menyokong kami. Terima kasih buat semua kerana menjadikan Suria FM radio pilihan anda. Kami akan terus

komited menghasilkan pelbag gai karya dan produk terbaik bagi mem menuhi kehendak dan kepuasan pend dengar. “Misi kami seterusnya untuk k terus meneroka idea baharu sejajarr dengan perkembangan teknologi digittal masa kini dan membawa nama Surria ke tangga terata sekaligus menin ngkatkan prestasi radio dari segala aspe ek khususnya digital,” ujarnya. Terus layan perasaan anda dengan lagu-lagu cinta bersama DJ Lin n di Suria Cinta setiap Ahad hingga Juma aat, jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi. u kongsiDedikasikan lagu pilihan atau kan ucapan anda kepada yang g tersayang dan anda juga boleh h luahkan masalah cinta anda kepada DJ Lin.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia Facebook: @SuriaMalaysia TikTok: @suriamalaysia Youtube: SuriaTV X: @suria_malaysia

Imbas untuk dengarkan Suria


30 SINOPSIS 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Warisan penyair Malaysia Anna Salleh susun pelbagai cerita, tanggapan dan artifak arwah bapanya, Salleh Ben Joned dalam naskhah terbaharu, Salleh Ben Joned – Truth, Beauty, Amok And Belonging.

Oleh HANIS MAKETAB BATU api. Penglipur lara. Penentang dengan sebab tersendiri. Semua istilah itu digunakan untuk menggambarkan susuk tubuh arwah penulis dan penyair Malaysia, Salleh Ben Joned (19412020). Namun, siapakah sebenarnya Salleh Ben Joned, lelaki yang menjalani kehidupan dengan apa dicintainya? Dalam koleksi memoir/puisi dan prosa terbaharu, Salleh Ben Joned – Truth, Beauty, Amok And Belonging, anak perempuan sulung Salleh, Anna atau lebih mesra dengan panggilan Anna Salleh cuba menyusun pelbagai cerita, tanggapan dan artifak ditinggalkan untuk menyusun kolaj yang menceritakan kisah hidup dan perjalanan sastera bapanya. Buku yang dilancarkan pada Festival Sastera George Town 2023 baru-baru ini, mengisahkan peristiwa penting dalam hidup Salleh yang membentuk diri dan karyanya. Bagaimana beliau jatuh cinta dengan puisi sejak zaman remajanya. Anak kelahiran Bukit Rambai, Melaka itu kemudiannya melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Melaka. Dalam tempoh pembentukan dirinya sebagai pelajar universiti yang memberontak pada 1963 (di bawah biasiswa Rancangan Colombo) untuk kembali ke Malaysia pada 1973 selepas tragedi keluarga dan tahun-tahun yang

beliau dedikasikan untuk krafnya sebagai penyair, penulis esei dan intelektual awam (termasuk keluaran 1987 pengaruh karya besarnya Sajak-Sajak Saleh – Poems Sacred And Profane) dan kesannya terhadap persada sastera Malaysia.

Seorang abah

“Setelah meningkat dewasa, saya lebih seperti ‘kawan’ orang kecil kepada ayah saya,” kata Anna, seorang wartawan, penyanyi dan pemain gitar yang berpangkalan di Sydney, Australia. “Adakalanya, saya merasakan saya lebih kepada ‘teman sejiwa’ ayah berbanding seorang anak perempuan,” tambahnya. Walaupun Anna berada di Australia dan Salleh lebih banyak menghabiskan masa di Malaysia, jarak itu hanyalah fizikal - hakikatnya dua beranak itu sentiasa berhubung melalui suratmenyurat dan panggilan telefon serta adakalanya mesej audio yang dirakam pada pita kaset. Bagi Anna, Salleh hanyalah seorang ‘abah’. “Sepanjang hidup, saya tidak pernah sedar impak kerjayanya. Namun, menjengah usia 40-an, saya menyedari bahawa dia telah menyumbang sesuatu yang unik dan penting kepada budaya Malaysia,” kongsinya. Rasa ingin tahu dan pengalaman sebagai wartawan dan editor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), mendorong Anna untuk menggali

Anna

Pada 1976, Salleh mengembara mengikut jejak wira sasteranya di Ireland.

lebih dalam. Beliau mengambil masa selama sedekad untuk memahami susuk tubuh bapa dan impaknya. Salleh Ben Joned - Truth, Beauty, Amok and Belonging mengenai pan-

Tajuk

: Salleh Ben Joned Truth, Beauty, Amok and Belonging Penulis : Anna Salleh Penerbit : Maya Press Harga : RM80 Halaman : 240 muka surat

Kaset itu adalah surat audio daripada Salleh kepada Anna dan sebahagian daripada medium komunikasi mereka selama beberapa dekad.

dangan dunia salah seorang penyair dan cendekiawan awam Malaysia. Salleh sentiasa mempunyai perasaan yang kuat tentang perkara tidak masuk akal dan mencabar pantang larang berkait kaum, agama, bahasa dan identiti dengan kejujuran. Walaupun aktif sejak 1970-an hingga 90-an, karyanya terus menyemarakkan kreativiti dan rasa ingin tahu dalam kalangan generasi manusia hari ini di Malaysia . Naskah itu turut dilancarkan di Cult_ Gallery di Kuala Lumpur pada awal Disember lalu.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

CANTIK SEGAK 31

Detoks untuk cantik

Menjelang tahun baharu, pulihara semula kondisi kulit dan rambut agar kembali mulus, segar dan menawan.

The Ordinary, The Power of Peptides. Harga RM240.

SETIAP hari, tubuh bertarung dengan toksin dan bahan tercemar dan kitalah yang paling rugi jika tidak mengambil langkah awal dalam memelihara kesejahteraan kulit, malah rambut. Tahukah anda mineral dalam air paip boleh menyebabkan rambut kusam, bahan pencemar pula mengeringkan kulit manakala karbon monoksida dan ozon boleh merosakkan penghalang pelindung kulit seterusnya mempercepatkan penuaan. Kesan kulit kemerah-merahan dan merengsakan boleh ditangani dengan mengubah diet dan rutin penjagaan kecantikan. Ada cara untuk menyahtoksik tubuh agar kembali segar dan bersih dari cela dan noda.  Bukti dari kaji selidik menunjukkan,

jika menukar menu makanan seharian kepada lebih sihat, maka anda akan melihat perubahan pada kulit dari masa ke masa apabila jerawat beransur hilang dan kulit wajah lebih anjal dari biasa.

 Pilih protein terbaik kerana hormon

yang terdapat dalam makanan berasaskan tenusu, ayam dan daging berkemungkinan menyumbang kepada jerawat.

 Minum banyak air, makan makanan

seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran agar proses detoks lebih lancar.

La Prairie, Pure Gold Radiance Concentrate. Harga RM4,950.

untuk memulakan proses pembersihan secara mendalam.  Bagi mengeluarkan sebum yang

dan kekal tenang kerana situasi sebegini menggangu kestabilan hormon dalam tubuh yang seterusnya akan memberi kesan kepada kulit wajah.

menyumbat liang pori, skrub kulit wajah supaya kekotoran degil dan sel-sel kulit mati dapat disingkirkan. Rutin mingguan mampu mengubah kulit kusam jadi kembali berseri.

 Kurangkan gula kerana apabila diam-

 Pastikan anda kembali berdisiplin

 Latih minda untuk menolak tekanan

bil secara berlebihan, kolagen pada kulit mudah rosak malah elastin juga akan berkurangan lalu menyebabkan kulit mengendur.

 Mahu melihat perubahan ketara

pada kulit dan rambut? Biasakan memakan makanan lebih kandungan alkalinya seperti badam, kangkung, pir, lemon dan buah epal.

 Apabila kulit terlalu lama terdedah di

bawah panahan cahaya matahari, kulit akan beransur menebal dan minyak mulai terkumpul. Apabila ia berlaku, inilah masa yang sesuai

mengikuti rutin tiga langkah yakni membersihkan, melembap dan melindunginya dengan krim tabir suria. Neutralkan semula kulit dengan produk yang memiliki ejen antioksida yang menjadi penyebab utama keradangan, penuaan pramatang dan pembentukan radikal bebas.

 Sel-sel mati juga terdapat pada

ubun kepala. Jalani rawatan kulit kepala bagi mendapatkan semula rambut sihat. Mahkota yang indah adalah hasil dari akar rambut sihat.


32 HOLISTIK MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Kuasa kata-kata semangat Teori psikologi menunjukkan rutin berbicara di depan cermin dengan menzahirkan kata-kata positif antara kaedah motivasi diri terbaik. SEDAR atau tidak kebanyakan individu

hari ini celik sahaja mata perkara pertama dilakukan mencapai telefon pintar. Dalam keadaan masih lagi berpisat-pisat dan bermalasan di atas katil kita mula melayari media sosial peribadi. Lantas jari-jemari scroll satu-persatu feed yang dipaparkan sama ada di laman sosial Instagram, Facebook ataupun Treads sehingga tidak sedar masa bergerak pantas. Lalu dalam tergesa-gesa bangun dari katil menuju ke kamar mandi dan bersiap menyarungkan persalinan untuk ke tempat kerja. Sudahlah terlewat keluar rumah, kemudian terperangkap pula dalam kesesakan lalu lintas yang membuatkan kita stres. Emosi negatif sedemikian terbawa-bawa sehingga berlarutan sepanjang hari bekerja. Cuba renungkan

Bercakap penuh harapan dan kasih sayang di depan cermin bantu meningkatkan kesejahteraan mental, fizikal dan emosi diri.

kembali sekiranya seawal pagi kita memulakan hari dengan rutin harian yang positif dan ceria, pasti hari itu menjadi detik menggembirakan. Ini disebabkan kuasa minda apabila memikirkan perkara positif ia akan menarik elemen-elemen positif dari segenap sudut. Perihal sama filosofi hukum tarikan (law of attraction) yang bermula pada pemikiran positif, maka hasil yang hadir dalam kehidupan turut positif. Justeru, bagaimana caranya untuk memiliki aura positif dan semangat dalam hidup?

Luah depan cermin

Sebaik sahaja bangun tidur sebelum melakukan sebarang aktiviti cuba berdiri di depan cermin. Sambil berdiri, berkomunikasilah dengan diri sendiri menggunakan kata-kata

positif. Bercakaplah dengan penuh harapan dan kasih sayang demi kesejahteraan mental, fizikal dan emosi diri. Misalnya, ‘hi, selamat pagi semoga hari ini aku dapat melakukan pembentangan dengan baik’, ‘hari ini bakal jadi hari yang ceria’, ‘aku yakin akan berjaya’ ataupun ‘kejayaan sentiasa jadi milik aku kini dan selamanya’. Teori psikologi menunjukkan bahawa rutin berbicara di depan cermin dengan menzahirkan kata-kata positif antara kaedah motivasi diri terbaik. Kuasa perkataan digunakan menyuntik semangat untuk menjadi insan lebih ‘luar biasa’. Tambahan pula, apabila sesi ‘perbualan’ disempurnakan dengan kuntuman senyuman manis. Selain itu, disarankan menampal kepingan nota kecil tertulis kata-kata

semangat di ruang atau tempat sentiasa anda berada. Sebagai contoh di dalam kenderaan bagi mengingatkan anda tidak menjadi pemandu mementingkan diri, di dekstop komputer supaya melunaskan tugasan dengan baik ataupun di cermin kamar peribadi ungkapan positif bahawa anda mampu menempuhi apa sahaja cabaran yang datang. Orang positif sentiasa mempunyai kesihatan mental dan emosi yang terurus sehingga membawa kepada kehidupan lebih bahagia. Apabila mendidik diri menjadi individu bersemangat dan positif anda mampu melakukan apa sahaja tanpa ragu-ragu. Kadangkala aura positif yang dimiliki bukan sekadar memberi manfaat kepada diri sendiri, bahkan ia akan bertebaran buat orang sekeliling untuk menjadi seperti anda.


28 DISEMBER, 2023– 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

HAB SIHAT 33

Gangguan fungsi kognitif akut Fahami perbezaan antara penyakit mental dan ensefalitis autoimun kerana simptom kedua-duanya hampir sama. BAYANGKAN hari ini anda sibuk

menyiapkan projek di pejabat seperti yang diminta majikan ataupun aktif berlari di atas treadmill gimnasium seawal pukul 7 pagi. Bagaimanapun, keesokan harinya anda mengalami halusinasi, berkhayal atau hilang kewarasan secara tiba-tiba sehingga tidak mampu melakukan sebarang aktiviti. Selepas didiagnosis, doktor mendapati anda berkemungkinan menghidap penyakit mental. Persoalannya, adakah anda mengalami penyakit mental? Atau situasi tersebut berkait rapat dengan penyakit neurologi? Hasil diagnosis lanjut simptom-simptom berkenaan merupakan penyakit ensefalitis autoimun (AE). Ia didefinisikan sebagai kumpulan penyakit apabila sistem pertahanan tubuh (antibodi) menyerang otak lalu menyebabkan simptom progresif atau bertambah teruk. Ia boleh berlaku dalam pelbagai sub-jenis. Jika dibiarkan tanpa rawatan, penyakit terbabit berisiko mengakibatkan kecederaan otak kekal. Dalam kes lebih teruk, ia menyebabkan kematian. Menurut Pakar Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Kuala Lumpur, Dr. Ellie Kok Huey Tean, AE adalah spektrum penyakit yang menjejaskan fungsi kognitif, seterusnya menyebabkan gangguan pertimbangan atau pesakit hilang waras.

Salah diagnosis

“AE sering disalah diagnosis apabila pesakit hadir dengan simptom penyakit mental seperti halusinasi, paranoid, berkhayal dan perubahan personaliti atau tingkah laku. Berikutan itu, adakalanya AE terkeliru dengan penyakit mental. “AE berlaku kerana antibodi menyerang otak dengan beberapa gejala. Antaranya sakit kepala,

perubahan personaliti dan tingkah laku, gangguan fungsi kognitif, sawan, gangguan pergerakan, halusinasi atau berkhayal,” katanya dalam satu kenyataan kepada Majoriti 7 baru-baru ini. Tambah beliau, punca berlakunya AE adalah pelbagai, namun salah satunya ialah terdedah kepada jangkitan virus tertentu seperti virus herpes simplex atau pesakit yang menghidap kanser. Biarpun penyakit tersebut boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur atau sejarah keluarga, kajian mendedahkan bahawa AE memberi kesan kepada individu seusia awal remaja hingga 50 tahun. Malah, golongan wanita lebih berisiko berbanding lelaki. Pun demikian, Dr. Ellie turut menjelaskan bahawa terdapat jenisjenis AE spesifik berkemungkinan menunjukkan kelaziman lebih tinggi untuk berlaku dalam kumpulan umur atau jantina tertentu. Misalnya, ensefalitis reseptor N-metil-D-aspartat (NMDAR) cenderung dialami golongan remaja dan dewasa. Bagi ensefalitis NMDAR terdapat kecenderungan berlaku dalam kalangan wanita muda lebih-lebih lagi individu yang mempunyai tumor khususnya dalam organ pembiakan. Misalnya, teratoma ovari adalah tumor serius yang boleh menjejaskan sel-sel otak dan berkemungkinan membawa kematian kepada wanita muda. “Sementara itu, AE jenis ensefalitis paraneoplastik pula selalunya terjadi apabila seseorang pesakit tidak sedar dia menghidap kanser. Sel kanser yang tidak normal ini boleh menyebabkan sistem imuniti tubuh menghasilkan antibodi khusus yang menyerang otak. Ia menyebabkan gejala AE timbul sebelum simptom kanser muncul ketara. “Apabila gejala neuropsikiatri berlaku kepada pesakit warga emas, pakar neurologi boleh mengenal pasti tumor

kanser melalui ujian pengimejan. Selalunya, tumor ini berasal daripada paru-paru manakala untuk pesakit wanita, ia boleh berpunca daripada ovari atau payudara. “Oleh itu, ahli keluarga atau penjaga harus berwaspada terhadap simptom AE seperti kemerosotan ingatan, perubahan tingkah laku, sawan dan masalah pergerakan antaranya hilang keseimbangan semasa berjalan. Ini disebabkan mereka (warga emas) mudah terdedah kepada sebarang jangkitan,” ujar Dr. Ellie.

Dr. Ellie

Proses pemulihan

Justeru, pengesanan dan rawatan awal dapat meningkatkan peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya. Bagi ujian diagnostik pakar perubatan akan mengikut kriteria khusus untuk mendiagnosis AE termasuk membezakan antara gejala penyakit mental dan penyakit neurologi. Penilaian AE termasuklah jika pesakit mengalami hilang ingatan jangka pendek dan gejala mental lain dalam tempoh tiga bulan. Faktor lain yang diambil kira termasuklah sama ada pesakit mengalami gangguan pergerakan atau sawan. Bagi membantu pakar neurologi mendiagnosis penyakit berkenaan, terdapat beberapa siri ujian akan dijalankan ke atas pesakit. Antaranya ialah seperti ujian elektroensefalogram (EEG), analisis cecair serebrospina dan pengimejan resonans magnetik (MRI) otak. “Orang ramai dinasihatkan supaya dapatkan nasihat pakar neurologi jika mengalami gejala pesakit mental akut. Kebanyakan pesakit boleh sembuh melalui rawatan imunoterapi yang sesuai. “Rawatan untuk AE juga disasarkan untuk menghapuskan antibodi auto yang dikesan dalam badan dan rawatan imunoterapi akan diberikan melalui cecair IVIG, pertukaran plasma atau agen imunosupresi,” jelas Dr. Ellie.

Info

Ensefalitis autoimun Penyakit AE berpotensi berulang dalam tempoh lima tahun bagi segelintir pesakit. Oleh itu, adalah penting menjalani rawatan susulan untuk mencegah atau mengesan AE. Bagi individu yang mengalami gejala AE, segera berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan sesuai. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan gejala AE.


34 YUMMY MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Barbeku di Poolhouse

Nikmati kelazatan menu grill secara al fresco.

DI tengah-tengah hiruk-piruk trafik Kuala Lumpur, Grand Hyatt mempelawa para pengunjungnya lari dari kesibukan itu untuk menikmati sebuah pengalaman yang serba santai lagi mengasyikkan. Jika anda tidak menginap di hotel berkenaan sekalipun, sudikan singgah untuk menjamu selera kerana seleksi restoran di Grand Hyatt memang dikenali sebagai antara yang terbaik di ibu kota. Terbaharu, ruang makan Poolhouse mengemas kini menunya dengan memperkenalkan bufet makan malam berkonsep barbeku. Istimewanya konsep Poolhouse, pengunjung tidak perlu berjalan ke meja bufet kerana segalanya akan dihidangkan terus di atas meja menurut pesanan yang mengikut selera masing-masing. Anda boleh meminta agar makanan dihidangkan secara berperinglat-peringkat atau dijamu kesemuanya sekaligus. Serba santai menghadap kolam renang, nikmati aneka hidangan panggang hasil air tangan Sous Chef Poolhouse, Mohd. Izmin Khairi Ismail. Di dalam kesibukan memenuhi

pesanan pengunjung yang bertali-arus, beliau masih menyempatkan diri memberi penerangan kepada jenis hidangan yang terdapat di dalam menu Poolhouse BBQ Buffet Dinner. Mohd. Izmin mengesyorkan jamuan bermula dengan set hidangan kecil yang sesuai untuk dikongsi bersama. “Kami menawarkan seleksi yang menyihatkan seperti salad, babaganoush, humus, salad termasuklah crackers bersama pilihan beberapa dipping. “Mesti cuba adalah bitterballen, sejenis bebola daging yang resipinya berasal dari Belanda. Seakan-akan bergedil dengan adunan isi kentang dan daging, versi kami lebih sihat kerana ia bebas gluten dan tenusu.” Highlight kepada jamuan makan malam tentu sekali menu grill yang menjadi specialty di Poolhouse. Hidangan terdiri daripada daging lembu dan kambing, ikan salmon, kupang, udang dan tofu yang dipanggang tanpa banyak minyak. “Kami ingin mengetengahkan keunikan rasa yang tersendiri. Disebabkan itu, dapur kami sudah mula memasak daging kambing selama 23 jam sebelum dijamu kepada tetamu. Ayam pula memerlukan 15 jam.” Mohd. Izmin turut berkongsi, ceviche antara menu signatur di Poolhouse. Gandingan ikan bersama perahan limau amat menyegarkan. “Grand Hyatt amat menitik beratkan kualiti makanan selain inisiatif berterusan dalam memastikan tiada sisa makanan berlebihan. Ini adalah salah satu sebab mengapa kami tidak lagi mempraktikkan stail bufet yang menghidangkan semua makanan secara terbuka dalam kuantiti yang banyak.” Tambah Mohd. Izmin, berbanding makanan yang dimasak dan dihidang awal, makanan segar yang dimasak panas-panas jauh lebih enak lagi menyelerakan.

Poolhouse,

Grand Hyatt Kuala Lumpur

6 petang hingga 9 malam (setiap Sabtu) 12 tengah hari hingga 3 petang (setiap Ahad) RM168 setiap seorang



36 KOMUNITI MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Menarik

minggu ini New Year Bike Gathering

Acara berkumpul sambil menunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur.  31 Disember 2023  2-5 petang  Kantin, Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Rajah (tengah) wakil masyakat Chetti Melaka berkongsi mengenai seni potret makanan.

Oleh M. IRSYAD SENI lukisan potret makanan di pusat

beli-belah seni GMBB di Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini mempamerkan pengetahuan tentang makanan warisan masyarakat Chetti di Melaka. Pameran anjuran The Rojak Projek yang bertajuk Pameran Seni Potret Makanan Chetti itu mengetengahkan karya yang diilhamkan daripada masakan dan bahan makanan, dokumentasi video serta penyelidikan masyarakat Chetti. Diasaskan dan diketuai oleh Lim Sheng Feiyan, ruang tersebut satu inisiatif sosial kepada mereka yang ingin berdiskusi atau berkongsi pendapat mengenai perpaduan dan kepelbagaian terhadap pameran tersebut. Malah, The Rojak Projek turut berpeluang bekerjasama dengan dua kumpulan minoriti di Malaysia iaitu komuniti Ukit/Bhuket (penenun rotan) dari Sarawak dan Chetti dari Melaka. Projek berkenaan turut disokong oleh Yayasan Hasanah bagi membolehkan informasi yang ada dikongsikan dengan pengunjung. Selain itu, mempromosikan budaya dan cerita makanan mereka bersama masyarakat setempat.

Potret makanan warisan Chetti Sebanyak 30 potret yang dipamerkan adalah ilham daripada masakan masyarakat Chetti.

lah tenggara Semenanjung India. Mereka adalah keturunan pedagang India yang berkahwin dengan wanita tempatan dengan mengekalkan agama, budaya, adat resam, masakan dan tradisi selama 600 tahun. Sebelum pameran berlangsung, Lim dan pasukan telah mengadakan lawatan ke Wen’s Kitchen di Melaka untuk mengendalikan bengkel kebudayaan. Program tersebut memperkenalkan peserta dari Kuala Lumpur dan Amerika Syarikat kepada komuniti Chetti. Kira-kira 30 potret makanan dihasilkan dan dijadikan sebagai gambar. “Kami dapat banyak manfaat daripada sesi bengkel di Melaka dan teruja untuk menyaksikan pameran di Kuala Lumpur yang penuh dengan warna. Potret makanan adalah cara terbaik untuk mempamerkan makanan Chetti Melaka. Usaha melibatkan generasi muda untuk mencipta karya seni ini adalah satu inisiatif baik. Ia dalah salah satu cara orang ramai dapat mengenali budaya lain,” kata wakil Chetti Melaka, Rajah Jan, 70, yang melawat pameran tersebut.

Kejohanan Permainan Kad One Piece

Perlawan kad permainan kartun dan komik animasi Jepun One Piece.  31 Disember 2023  1 petang  Tingkat 3 (mezzanine), pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur

KL New Year Run 2024

Simbol cinta

Meraikan ulang tahun ke-9 KL New Year Run 2024 untuk kategori maraton 21km.  1 Januari 2024  7 pagi  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

“Makanan adalah simbol cinta untuk kata-kata yang tidak dapat diungkapkan. “Bahkan, makanan kita sangat popular. Makanan sentiasa menjadi isyarat kedamaian membolehkan kita duduk, makan dan menikmatinya. Perbezaan inilah menjadikan kita unik,” kata Lim. Kesemua seni lukisan Chetti diinspirasikan daripada makanan yang pernah dimakan, dibungkus dan didokumentasikan. Kemudian, ia menjadikan deria bau dan rasa sebagai aspek penting untuk pengunjung memahami elemen tersebut melalui lukisan yang dipaparkan. Chetti Melaka merupakan komuniti kecil kaum India berasal dari Panai Koromandel iaitu sebuah daerah terletak di wilayah persisiran sebeAntara gambar yang dipamerkan pada Pameran Seni Potret Makanan Chetti di GMBB di Kuala Lumpur.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Minum petang gaya mewah

KOMUNITI 37

Menu minum petang

Cafe Chef Wan Pilihan makanan Antara disajikan ialah chicken mimosa finger sandwich, golden shrimp roll, mini spinach quiche, otak-otak lemongrass ball, macarons, matcha red bean delice, mini lemon meringue tartlet dan mini blueberry tartlet.

Cafe Chef Wan tawar set minum petang pada harga serendah RM68++ untuk dua orang. Oleh NUR IFTITAH ROZLAN

Pilihan minuman

SELAIN hidangan umum seperti

makanan lokal dan inspirasi juadah dari seantero dunia, Cafe Chef Wan turut menawarkan sajian minum petang yang menjadi kegemaran ramai. Sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia, aktiviti minum petang adalah waktu ideal meluangkan masa berkumpul dan berbual bersama keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja sambil menikmati santapan juadah enak yang disediakan. Kafe tersebut menawarkan set minum petang pada harga serendah RM68++ untuk dua pek. Hidangan juga disajikan secara berperingkat. Selain itu, Cafe Chef Wan juga menjadi destinasi pilihan ramai untuk meraikan peristiwa penting seperti sambutan majlis hari jadi, pelancaran produk dan mesyuarat korporat. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sajian enak di setiap cawangan restoran yang diinspirasikan daripada idea travelog Kembara Sedunia Bersama cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Kopi Terdiri daripada espresso, long black, latte, cappucino, mochachino, CCW Coffee, Melaka latte, honey latte. Teh Antaranya chamomile, dragon pearl jasmine, green tea mint, pomegranate oolong, earl grey supreme dan english breakfast.

Cafe Chef Wan Lokasi:

 KL East Mall

Hidangan minum petang di Cafe Chef Wan disajikan secara berperingkat.

 TTDI

 Setia City Mall

 IOI City Mall Putrajaya 

Kafe tersebut menawarkan sajian minum petang yang menjadi kegemaran ramai.

The Shore Melaka

Web: www.cafechefwan.my E-mel: info@cafechefwan.my Hotline khidmat pelanggan: 03-7890 6016

Mentaliti warga metropolitan sofistikated atau kelas ketiga? BERBAKI beberapa hari sahaja lagi 2023 bakal melabuhkan tirai bagi mengucapkan selamat datang pada 2024. Pastinya tahun ini memahat pelbagai momen suka dan duka dalam kamus hidup segenap lapisan masyarakat. Pendek kata, baik atau buruk perkara yang menerpa kehidupan harus dijalankan kerana Ejen M percaya pengalaman itulah menjadikan siapa kita hari ini. Berbicara mengenai inti pati tahun ini, perkembangan teknologi terkini terutamanya kecerdasan buatan (AI) antara menjadi topik hangat kerana ia berpotensi mengubah pelbagai sektor industri di seantero dunia, Malaysia juga tidak terkecuali. Buktinya, bandar-bandar utama di negara ini sudah ditambah baik dari segi fasiliti bertaraf dunia untuk digandingkan bersama teknologi AI. Jadi menerusi inisiatif tersebut tidak mustahil Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara maju kelak. Pun demikian, persoalannya adakah kemodenan dan kecanggihan diterapkan hari ini seiring mentaliti

warga bandar yang semakin sofistikated seiring dunia tanpa sempadan? atau masih memiliki pola pemikiran kelas ketiga? Ia berikutan mentaliti pentingkan diri sendiri masih membelenggu sebahagian masyarakat bandar negara ini. Antaranya sikap tidak bertanggungjawab melakukan double parking apabila isu ini bagaikan tiada kesudahan sehingga mengganggu aliran lalu lintas tanpa memikirkan pengguna jalan raya lain. Kalau boleh pelaku terbabit teringin benar meletakkan kenderaan di depan pintu masuk premis atau lokasi dikunjungi. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya, bahkan akan mengganggu tugas pengamal perubatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sedang bergegas bagi melunaskan hal-hal kecemasan. Tidak berhenti setakat itu sahaja, isu jalan raya masih dicemari dengan sikap pemandu yang gemar memotong Q baik di lebuh raya mahupun

laluan dua hala yang sedang berdepan kesesakan lalu lintas. Sehingga ada yang tegar menggunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah. Selain itu, senario melanggar isyarat lampu merah juga bagaikan sudah sebati dengan pengguna jalan raya di negara ini. Pendapat Ejen M, apa salahnya tunggu beberapa saat sehingga lampu bertukar hijau. Bimbang, silap hari bulan gara-gara sikap kurang sabar berisiko meragut nyawa! Dalam pada itu, zaman modenisasi ini masih terdapat segelintir pengguna pengangkutan awam yang kurang perasaan empati terhadap golongan memerlukan. Misalnya, penumpang lelaki tanpa segan-silu memasuki koc khas wanita. Itu belum lagi generasi muda yang ‘muka selamba’ bersantai di tempat duduk sehingga sanggup membiarkan warga emas, wanita hamil atau orang kelainan upaya berdiri bersesak-sesak dalam kapasiti penuh. Namun begitu, perkara yang masih membelenggu di fikiran Ejen M ada-

lah aspek kebersihan. Dalam usaha negara berdiri sama gah dengan negara-negara maju sesetengah rakyat tetap memandangkan enteng isu ini. Biarpun pihak berkuasa tempatan (PBT) proaktif menyediakan sejumlah tong sampah di segenap kawasan, tetapi tabiat membuang sampah-sarap di merata-merata tempat kekal berleluasa. Tandas awam yang seharusnya menjadi tanggungjawab bersama dibiarkan kotor dan busuk. Barangkali, kita berpendapat tugas menjaga kebersihan tandas awam terletak pada PBT dan kontraktor pembersihan. Jika terus begini sikapnya secara tidak langsung kita memberi cerminan kepada pelancong asing khususnya bahawa masyarakat Malaysia tidak mempunyai tanggungjawab sivik. Oleh itu, adakah 2024, kita akan berubah menjadi masyarakat mentaliti sofistikated atau selesa tahap kelas ketiga? Tepuk dada, tanya selera!


38 NOMAD MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Masa untuk berhibur di taman tema!

Taman tema di Malaysia menyediakan lokasi untuk anda bergembira bersama rakan-rakan dan seisi keluarga. SUDAHKAH anda merancang untuk bercuti dan berhibur di taman tema bersama rakan-rakan dan keluarga pada musim cuti sekolah ini? Apa kata anda pilih beberapa destinasi taman tema kerana negara kita memiliki banyak lokasi istimewa untuk anda bermandi-manda dan melakukan aktiviti pengembaraan yang menyeronokkan. Bahkan pelancong asing turut kagum dan mencari taman-taman tema yang ada di Malaysia kerana kecanggihan dan kehebatan struktur binaannya sehingga menjadikan lokasi ini sebagai tempat tumpuan ramai. Berikut adalah beberapa taman tema yang harus dikunjungi.

Escape Penang, Pulau Pinang

Pernah dinobatkan sebagai Taman Tema Ketiga Tertinggi di Asia oleh TripAdvisor’s Travelers Choice 2022, taman tema Escape di Pulau Pinang merupakan lokasi yang menggabungkan kepelbagaian aktiviti yang direka khas untuk sesisi keluarga, setiap satunya mempunyai had umur, tenaga dan keupayaan yang berbeza. Taman tema yang berkonsepkan alam semulajadi ini menempatkan gelongsor air yang menjadi binaan terpanjang di dunia sejauh 1,111 meter (m) dan Zip Coaster yang mencatatkan rekod dunia terpanjang di dunia sejauh 1.14 kilometer. Terdapat lebih 38 tarikan yang boleh anda cuba merangkumi aktiviti santai hinggalah ke aktiviti yang penuh mendebarkan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Lokasi: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Waktu operasi : 10 pagi hingga 6 petang. Tutup pada hari Isnin.

Lost World of Tambun, Perak

Terletak di tengah-tengah formasi bukit batu kapur purba di Tambun, Perak, taman tema Lost World of Tambun menyambut pengunjung dengan pelbagai inovasi binaan taman permainan air yang mengagumkan sejak 2004. Daripada aktiviti pengembaraan yang mendebarkan, permainan berasaskan air, zoo mini sehinggalah kolam air panas semula jadi terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dicuba oleh pengunjung. Taman tema ini terdiri daripada beberapa bahagian: Lost World SplashMania, Selangor.

Amusement Park, Lost World Water Park, Lost World Tin Valley dan Lost World of Petting Zoo. Sementara itu, pada waktu malam pengunjung boleh mencuba aktiviti penerokaan di Hutan Bercahaya (Luminous Forest). Rasai pengembaraan penuh epik di sepanjang laluan dan selami flora dan fauna mistik di sekelilingnya seperti berada di alam fantasi. Lokasi: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Bandar Sunway, Ipoh, Perak Waktu operasi : Dari Isnin hingga Jumaat (kecuali Selasa), 11 pagi hingga 11 malam. Pada hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum (termasuk Selasa) dibuka jam 10 pagi hingga 11 malam. Lost World Hot Springs & Night Park dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 11 malam.

SplashMania, Selangor

SplashMania yang terletak di Bandar Gamuda Cove, Selangor memiliki kawasan seluas 3.2 hektar telah dibuka pada Februari tahun ini. Memiliki persekitaran hutan menghijau, ia mempunyai lebih 39 tunggangan dan gelongsor termasuk gelongsor air VR pertama di negara iaitu Atlantis VR. Gelongsor sepanjang 250m ini menghiasi perjalanan realiti maya pengunjung ketika melewati laluan dunia mitos. Shaka Waka, gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78m merupakan salah satu tarikan utama taman ini. Kesan cahaya dan bunyinya menjadikan pengalaman anda lebih mengujakan. Malah, terdapat sebuah kapal lanun gergasi yang dilengkapi dengan pelbagai gelongsor air. Jika anda cukup berani, jangan lepaskan peluang mencuba The Plunge iaitu gelongsor enam tingkat ke bawah dengan kelajuan yang sangat pantas. Selain itu, Sungai Ravage pula adalah seksyen untuk anda berehat selepas penat ber-

Genting SkyWorlds, Pahang.

Wetland Studios, Putrajaya.

main. Di sini, tersedia permainan tunggangan mesra khas untuk kanak-kanak. Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor. Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang. Tutup pada hari Rabu.

Wetland Studios, Putrajaya

The Wetland Studios ialah pusat pendidikan dalaman yang dibuka pada pertengahan tahun ini dalam membawa misi meningkatkan kesedaran terhadap pelindungan alam sekitar dan pemuliharaan hidupan liar. Pusat ini memaparkan pameran replika makhluk prasejarah bersaiz sebenar termasuklah The Origin, Dinosaur Encounter, Deep Sea Treasure dan The Great Migration. Terbahagi kepada tiga aras, haiwan darat seperti dinosaur dan haiwan yang diancam kepupusan seperti gajah dan harimau boleh ditemui di aras kedua. Aras pertama bercirikan air dan menempatkan hidupan laut manakala spesies bersayap serta berbulu pelepah dipamerkan di tingkat dua. Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 13, Putrajaya. Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang, 10 pagi hingga 7 malam (hujung minggu).

Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor

Bagi mereka yang mencari percutian yang lebih mencabar adrenalin, Desaru Coast Adventure Waterpark di Johor

Escape Penang, Pulau Pinang.

adalah pilihan yang tepat. Taman tema seluas 10 hektar ini menawarkan pelbagai jenis aktiviti menarik untuk semua pengunjung seperti gelongsor air yang curam, roller-coaster yang ekstrem, hayunan kapal lanun, berenang di salah satu kolam ombak terbesar di rantau ini atau belayar di sepanjang sungai menikmati pemandangan. Lokasi: Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Waktu operasi: 10 pagi hingga 6 petang.

Genting SkyWorlds Theme Park, Resorts World Genting, Pahang

Genting SkyWorlds mempunyai sembilan zon bertema filem dan inpirasi dunia yang memenuhi kawasan tanah seluas 10.5 hektar. Diibaratkan sebagai syurga permainan untuk pelbagai lapisan umur, antara yang menarik di taman tema luar ialah trek jalan yang diilhamkan daripada Zaman Ais dan Samba Glider. Penumpang akan ‘terbang’ merentasi langit menggunakan peluncur gantung. Cabar diri anda dalam Cabaran Menara Terraform dengan junaman yang menguji adrenalin anda dari puncak menara. Nikmati persembahan secara langsung, pertunjukan dan permainan interaktif 3D di Natural History Museum. Lokasi: Resorts World, Genting SkyWorlds, Genting Highlands, Pahang. Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang. Tutup pada hari Selasa.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

NEON 39

Saksi hiasan langit malam tahun baharu

The Exchange TRX dan Bukit Bintang antara lokasi terbaik untuk meraikan ambang 2024.

TRX bakal meraikan ambang Tahun Baharu 2024 dengan pertunjukan dron.

Pemandangan Marini’s on 57 dari tingkat 57.

Lokasi bukan sahaja menawarkan menu Itali lima bintang yang cukup eksklusif di atas bumbung, pengunjung juga berpeluang menyaksikan keindahan pemandangan terbuka Menara Berkembar Petronas dari tingkat 57. Bayangkan anda menyambut ambang tahun baharu bersebelahan menara yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, pastinya ia sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Apatah lagi jika anda hadir bersama pasangan, suasana romantik bersaksikan mercu tanda hebat ini pasti tercipta. Rakamkan detik-detik manis sambutan Tahun Baharu 2024 sebagai memori paling indah.

TIRAI 2023 semakin menghampiri sekali gus bahang kian dirasai. Barangkali, anda tercari-cari lokasi sesuai untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yang bakal berlalu. Di Kuala Lumpur misalnya, terdapat banyak lokasi untuk meraikan detik-detik kedatangan Tahun 2024 dengan pelbagai acara terutamanya pertunjukan bunga api yang seringkali menjadi penantian warga ibu kota. Neon kali ini mencadangkan tiga lokasi untuk menyambut ambang Tahun Baharu 2024 yang eksklusif, mewah dan menarik sekali gus menjadi memori yang mungkin tidak dapat dilupakan.

ambang Tahun Baharu 2024 secara besar-besaran. Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan oleh artis terkenal luar negara seperti bintang K-Pop, B.I dan LEO yang dijangka beraksi pada malam tersebut. Acara itu menampilkan beberapa selebriti tempatan lain antaranya Airliftz, DJ Ashley Lau, Shelhiel, Claudia dan Lunadira sehingga larut malam. Selain percikan bunga api, TRX bakal membawa sedikit kelainan dengan persembahan pertunjukan dron yang bakal menyinari malam. Pada masa sama, turut tersedia pelbagai jenis vendor atau premis makanan sepanjang acara berlangsung.

The Exchange TRX

Marini’s on 57

Oleh IZWAN RAMLAN

Pusat beli-belah The Exchange TRX (TRX) yang menjadi tarikan baharu Kuala Lumpur. Ia baru saja dibuka pada November lalu. Khabarnya, bakal menjadi lokasi acara menyambut

Bukit Bintang

Kepada yang mahukan suasana lebih terbuka dan merasai kemeriahan tahun baharu dengan masyarakat setempat, Bukit Bintang ialah pilihan yang sesuai. Kedudukannya berdekatan dengan Pavilion KL dan beberapa lagi pusat beli-belah lain di kawasan sekitar ini memudahkan anda untuk membeli-belah sementara menunggu malam tahun baharu. Dengan pelbagai aneka restoran yang popular seperti Restoran Hameediyah Bukit Bintang dan hiburan pemuzik jalanan, malam tahun baharu pasti menjadi memori paling bermakna.

Kepada yang ingin meraikan ambang tahun baharu secara privasi sambil menjamu selera dengan hidangan Itali, realisasikan impian di restoran mewah Marini’s on 57. Suasana malam ambang tahun baharu di sekitar kawasan Bukit Bintang bertambah meriah dengan kehadiran masyarakat setempat.


40 NOMAD MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Times Square, New York, AS terkenal sebagai lokasi paling mengujakan ketika menyambut tahun baharu.

Agoda manfaat teknologi AI senaraikan destinasi global bagi meraikan sambutan kedatangan Tahun Baharu 2024.

Jepun mengalu-alukan kedatangan anda sekeluarga untuk menghayati keunikan tradisi negara tersebut.

Pengalaman bercuti di Singapura pada hujung tahun sesuatu yang berbaloi.

Raikan sambutan tahun baharu dengan cahaya warna-warni bunga api.

Pesta tahun baharu destinasi global

SAMBUTAN ambang Tahun Baharu

2024 merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk dunia. Tampil dengan pendekatan berbeza, platform pelancongan digital, Agoda menggunakan inisiatif teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyenaraikan destinasi global untuk meraikan sambutan tersebut. Daripada bunga api ikonik di Pelabuhan Sydney hingga acara ball drop di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), senarai destinasi ini menawarkan pengalaman budaya berbeza dengan paparan menakjubkan. Pengarah Perkhidmatan Rakan Kongsi-Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson berkata, meneroka sempadan inovasi dan teknologi terkini adalah nadi kepada Agoda. “Menjanjikan pemandangan indah, pesta menggembirakan dengan suasana yang tiada tandingan, senarai lokasi

ini sesuai untuk individu yang mahu mencari inspirasi spontan sebelum menempah tiket percutian di Agoda,” katanya. Berikut adalah senarai 10 lokasi yang boleh anda lawati untuk menyambut tahun baharu bersama tersayang.

1. Singapura

Pengalaman bercuti di Singapura pada hujung tahun sememangnya sesuatu yang berbaloi. Gamit memori anda di Kota Singa dengan menyaksikan keindahan dekorasi yang menghiasi kebanyakan jalan utama di negara itu. Pastikan anda tidak terlepas peluang menikmati pertunjukan bunga api yang mempesonakan di lokasi terkenal, Marina Bay.

2. Bali, Indonesia

Raikan sambutan tahun baharu dengan sepoi angin pantai beserta dentu-


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

NOMAD 41

hari yang terbit pada pagi 1 Januari. Sementara itu, Joya no kane merujuk pada kuil-kuil di seluruh Jepun akan membunyikan loceng besar sebanyak 108 kali sebelum detik pukul 12 malam hingga melepasi jam 12 tengah malam pada tahun baharu. Kepada mereka yang inginkan kelainan, terbanglah ke Jepun hujung tahun ini!

Ambang tahun baharu merupakan acara tahunan yang dinantinantikan oleh seluruh penduduk dunia.

5. Sydney, Australia

Saksikan perarakan lampu suluh dramatik diikuti pertunjukan bunga api di Edinburgh.

Alami pertunjukan bunga api terkenal di dunia di Jambatan Harbour Sydney dan Opera House, sambil berpesta bersama keluarga dan sahabat handai.

6. New York City, AS

Sertai orang ramai dalam acara Times Square Ball Drop iaitu sebuah bola raksasa yang diletakkan di hujung tiang setinggi 43 meter. Dalam kiraan terbalik, bola akan diturunkan untuk menandakan bermulanya tahun baharu. Acara yang berlangsung sejak 1907 itu merupakan salah satu perayaan tahun baharu paling popular di dunia.

7. Rio de Janeiro, Brazil

Tenggelamkan diri anda dalam pesona Pantai Copacabana dengan iringan irama samba dan pertunjukan bunga api menakjubkan.

8. London, England

Acara Times Square Ball Drop merupakan salah satu sambutan tahun baharu paling popular di dunia.

Saksikan langit malam bercahaya dengan warna-warni bunga api di sepanjang Sungai Thames, berserta pilihan pelbagai bot dan acara untuk berseronok.

9. Edinburgh, Scotland

Ambil bahagian dalam perayaan Hogmanay yang berlangsung selama lebih empat hari semasa percutian musim sejuk terbesar di Scotland. Parti itu bermula dengan perarakan lampu suluh dramatik dan perayaan api secara berterusan yang boleh ditonton seisi keluarga.

10. Reykjavik, Iceland

Sertai unggun api komuniti dan pertunjukan bunga api dalam suasana bersalji dan peluang untuk menyaksikan Cahaya Utara.

Terokai seluruh pelosok dunia bagi merasai pengalaman budaya yang berbeza.

man mercun dan bunga api. Ditambah dengan persembahan tradisional Bali, ia pasti menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat pelancong. Tidak hanya menyajikan pesona alam yang memukau, pelbagai tarikan menarik turut disediakan untuk mematerikan momen istimewa bersama insan tercinta.

3. Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Bandar ini merupakan salah satu destinasi yang terkenal dengan keasyikan sambutan Tahun Baharu. Ambil kesempatan untuk menyaksikan persembahan bunga api ketika berada di Sungai Saigon sambil menyelami kehidupan malam di kawasan sekitar.

4. Tokyo, Jepun

Dikenali dengan jolokan Negara Matahari Terbit, hayati keunikan tradisi sambutan tahun baharu sambil menyaksikan Hatsuhinode iaitu mata-

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu dirasai oleh pelbagai peringkat umur.

Suasana malam yang mempesonakan bakal menggamit perhatian pelancong ke Kota Singa.


42 SENI MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Penceritaan terbaik daripada kisah sendiri Kitsch didefinisikan sebagai seni, objek atau rekaan yang dianggap kurang menarik kerana hasilnya nampak agak keterlaluan. Oleh HANIS MAKETAB

Kekasih Hati yang menampilkan pelakon Latifah Omar dan Nordin Ahmad adalah karya yang terhasil sebagai satu bentuk penghormatan kepada pawagam Melayu klasik.

APAKAH yang terlintas dalam fikiran anda jika melihat atau mendengar tentang kitsch Melayu? Bagi artis kontemporari, Jalaini Abu Hassan, kitsch Melayu merupakan gambaran imej perkahwinan tradisional Melayu dan rumah tempat beliau dibesarkan. Menyingkap semula suasana pada masa itu, dekorasi dalaman rumah yang dihias oleh ibunya adalah gaya biasa ditemui pada zaman tersebut. Hiasan langsir berenda, gubahan bunga plastik dan karya seni landskap bucolic sering ditemui dalam kebanyakan rumah di Malaysia. Sambil bersandar di tempat duduknya, seolah-olah ingin memberitahu penulis satu rahsia, Jalaini bertanya sama ada penulis mengetahui tentang asal usul landskap tersebut. “Kamu tahu landskap itu pada asalnya adalah propaganda kolonial

Belanda pada abad ke-19 tentang landskap Indonesia?” soalnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Lebih dikenali sebagai Jai, artis berusia 60 tahun itu menjelaskan bahawa jenis seni tersebut menggambarkan keindahan landskap semula jadi di Indonesia. Ia dikenali sebagai Mooi Indie dalam bahasa Belanda yang membawa maksud Hindia Cantik.

Sejarah

Keindahan kawasan pergunungan, sawah padi dan sungai mengingatkan kita tentang pemandangan luar bandar di tanah air sendiri, itulah sebabnya ia begitu popular di Malaysia. “Saya masih ingat lagi, saya sering melihat karya Mooi Indie menghiasi dinding rumah dan kedai-kedai di kampung awal 1970-an. “Landskap inilah yang memberi

motivasi untuk saya melukis ketika zaman remaja. Tidak lama kemudian barulah saya belajar mengenai sejarahnya,” katanya. Bekas penerima Anugerah Akademik Negara 2019 itu menambah, beliau ingin meneroka idea tentang kitsch, terutamanya kitsch Melayu, tetapi tiada perkataan untuknya dalam bahasa Malaysia. Bahkan, beliau juga sudah menyemak dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kepastian. Walaupun tiada istilah khusus untuknya, kitsch telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu. “Saya membesar dengannya. Jadi, dalam persembahan solo yang ke-30, saya memutuskan untuk mengetengahkan konsep kitsch Melayu. Saya rasa saya cukup layak,” tambahnya sambil ketawa. Sekiranya kita membuat carian me-

ngenai perkataan kitsch, ia didefinisikan sebagai seni, objek atau rekaan yang dianggap kurang menarik kerana hasilnya nampak agak keterlaluan.

Seni kitsch

“Tetapi siapa kita untuk mengatakan bahawa kitsch adalah seni buruk? Orang suka kitsch atas sebab tertentu, jadi anda tidak boleh menolaknya sebagai seni yang tidak baik. “Itulah yang ingin disampaikan melalui pameran ini, bagaimana kitsch ditakrifkan terutamanya daripada perspektif Melayu,” ujar beliau. Dalam pameran solo baharunya iaitu Melekat: Malay Kitsch di Galeri Putih, Kuala Lumpur baru-baru ini Jalaini dengan teliti menyusun kolaj fabrik, manik, akrilik, bitumen ala vintaj yang menyerupai hasil rekaannya semasa kecil.


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Pameran yang berlangsung di Galeri Putih, Kuala Lumpur baru-baru ini mengetengahkan konsep kitsch Melayu.

SENI 43

Landskap Merangkap merupakan antara 16 karya seni yang dipamerkan menerusi Melekat: Malay Kitsch.

Tetapi siapa kita untuk mengatakan bahawa kitsch adalah seni buruk? Orang suka kitsch atas sebab tertentu, jadi anda tidak boleh menolaknya sebagai seni yang tidak baik. ” Jalaini

Serenade Sepetang antara karya seni yang menarik perhatian pengunjung pada pameran Melekat: Malay Kitsch.

Bercerita lanjut, seniman prolifik itu memberitahu, sebagai anak jati yang membesar di sebuah kampung kecil di Batu Kurau, Perak, satusatunya pendedahan kepada dunia luar adalah melalui kertas pembalut barangan runcit. Mengimbau kembali kenangan lalu, kongsinya, setiap kali ibunya pulang dari kedai runcit, beliau tidak sabar untuk membuka kertas pembalut yang dibungkus daripada keratan akhbar atau majalah dari Thailand, Indonesia dan Myanmar. “Saya akan memotong gambar itu dengan berhati-hati dan melekatkannya pada dinding bilik. Saya rasa di situlah bermulanya perjalanan seni visual saya,” kenangnya. Mengulas lanjut mengenai seni bertaraf tinggi dan rendah, tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, idea tersebut

sebenarnya datang dari Barat. Orang Barat mengandaikan sekiranya anda masyarakat berbudaya, anda akan menggemari seni bertaraf tinggi, namun sebaliknya golongan tidak berbudaya akan suka pada seni bertaraf rendah.

Gaya tersendiri

Ironinya, ia adalah perumpamaan yang diterima oleh semua pihak tanpa timbul persoalan. Namun padanya, tinggi atau rendah sesebuah karya itu, semuanya adalah subjektif. “Jika karya seni tertentu membuatkan anda berasa gembira, maka itu sahaja yang penting,” katanya sambil menambah sejarah kitsch bermula selepas Revolusi Perindustrian. Jalaini dalam pada itu turut menegaskan, beliau menolak stigma bahawa setiap artis perlu menetapkan

gaya lukisan masing-masing. “Mungkin ada yang menyatakan jika tidak mempunyai gaya, itu menjadikan anda tidak konsisten atau tidak ada keyakinan diri, tetapi saya enggan meletakkan had pada diri sendiri. “Hari ini saya mungkin mahu melukis landskap, esok mungkin mahu menghasilkan lukisan objek pegun. Tidak mempunyai gaya adalah gaya tersendiri!” tegasnya. Jalaini yang juga berkhidmat sebagai profesor tambahan di Fakulti Seni Visual Universiti Malaya amat menggalakkan pelajarnya untuk melakukan hal yang sama. Beliau menjelaskan, tugas seorang artis ialah mencipta, jadi usah khuatir tentang pelabelan kerja, biar orang lain yang melakukannya untuk anda. Baginya, penceritaan adalah kunci

utama dalam penghasilan karya seseorang artis. Penceritaan terbaik datang daripada kisah sendiri, asal usul, langkah permulaan, semuanya berdasarkan dunia kecil anda sendiri.

Artis politik

Walaupun ada yang menganggapnya sebagai artis politik, Jalaini sendiri tidak melihat dirinya sebagai golongan tersebut. “Saya hanya meluahkan fikiran dan pendapat melalui seni. Untuk kekal relevan sebagai seorang artis, kita mesti sedar tentang apa yang berlaku dalam konteks semasa. “Kemudian pilihlah untuk membalasnya mengikut pilihan anda sendiri,” katanya sambil memberitahu karya kurang popular, Mandi Bunga yang dipamerkan di Melekat: Malay Kitsch adalah kegemarannya.


44 OBSES MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Pulangan lumayan hasil simpan emas Adam Ghazali akui minatnya itu bantu langsai pinjaman peribadi. Antara sebahagian daripada 500 emas 1 gram Adam Fahmi.

Oleh MUSTAKIM RAMLI BERMULA dengan hobi mengumpul

setem, seorang penjawat awam beralih minat mengumpul emas 999 seberat 0.5 gram dan 1 gram selepas mendapati hobi berkenaan membawa pulangan lebih lumayan. Adam Fahmi Ghazali, 34, mengakui kesukaran mencari pengumpul untuk menjual semula setem jika keadaan terdesak menjadi faktor pendorong beliau beralih minat menyimpan emas kira-kira 11 tahun lalu. Pada masa sama, beliau juga kerap mengikuti seminar kewangan. Setelah pakar mengesyorkan supaya mengumpul harta meningkat nilai seperti emas, Adam Fahmi kemudiannya secara perlahan-lahan meninggalkan hobi mengumpul setem. “Uniknya hobi ini setiap keluaran ada nombor siri dan jumlahnya terhad. Ada keluaran emas 100 keping sahaja untuk pasaran dunia, jadi siapa yang dapat beruntunglah kerana nilainya meningkat berkali ganda selepas itu kerana ia diburu.

“Di Malaysia, paling ramai orang cari adalah emas edisi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2017. Ketika itu harganya tidak sampai RM300, kini jika ia dijual semula harganya mencecah lebih RM800,” ujar Adam Ghazali koleksi emas pertama miliknya adalah edisi Pos Malaysia. Setakat ini yang berada dalam simpanan Adam Fahmi berjumlah lebih 500 keping emas dengan 400 keping emas 1 gram dan selebihnya emas 0.5 gram. Antara koleksi emas yang beliau miliki adalah edisi Marvel. Ia merangkumi pelbagai adiwira, kartun Disney dan kelab bola sepak Eropah kesemuanya dibeli dengan syarikat yang sah. “Koleksi pertama saya beli nilai emas pada waktu itu adalah RM140 satu gram, kini harganya mencecah RM350. “Semua koleksi ini saya tidak simpan di rumah atas faktor keselamatan. Kalau di Akaun Emas GAP Public Gold boleh simpan tanpa sebarang upah

Uniknya hobi ini setiap keluaran ada nombor siri dan jumlahnya terhad. Ada keluaran emas 100 keping sahaja untuk pasaran dunia, jadi siapa yang dapat beruntunglah kerana nilainya meningkat berkali ganda selepas itu kerana ia diburu.” Adam

dan caj. Malah, saya juga simpan di dalam peti simpanan selamat dengan bayaran RM500 untuk lima tahun. “Ia berbaloi kerana lebih selamat dan ada insurans jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya. Jelas Adam Fahmi, beliau turut menjadikan emas berkenaan sebagai hadiah. Antaranya sempena hari lahir, ulang tahun perkahwinan, konvokesyen atau sebagai duit raya anak kerana emas mempunyai nilai intristik. Ditanya sama ada pernah menjual koleksi berkenaan, Adam Fahmi mengakui telah menjual 500 keping emas bagi menyelesaikan hutang, selain digunakan untuk membayar deposit rumah. “Hutang pinjaman peribadi berjumlah RM30,000 diselesaikan dengan emas berkenaan ketika harga emas meningkat. Saya juga jual emas untuk bina calet dan inap desa di Cameron Highlands, Pahang. “Kalau saya tak jual secara keseluruhan koleksi emas yang saya ada ketika ini sudah lebih 1,000 keping.”


28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024 MAJORITI 7

Keindahan lebuh raya dari atas gondola

MELEWATI Lebuhraya Utara-Selatan, terserlah kemegahan sebuah destinasi berlibur terbaharu, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) yang terletak di Gamuda Gardens. Cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi, apa kata anda rancang perjalanan bersama seisi keluarga serta rakan-rakan ke sini. Berbeza dengan taman tema air, Skyline Luge KL lebih menumpukan aktiviti di darat. Kawasan seluas 20 hektar itu terletak di Gamuda Luge Gardens iaitu di tengah-tengah koridor utara Lembah Klang. Aktiviti berlibur seumpamanya diperkenalkan di New Zealand pada 1985. Skyline Luge KL merupakan pertama di Malaysia, trek kereta luncur kelapan di seluruh dunia bahkan yang kedua di Asia Tenggara. Apakah yang ditawarkan di lokasi ini? Terdapat beberapa trek kereta luncur sepanjang 1.6 kilometer yang terbahagi kepada empat iaitu Lagenda, Ultra, Graviti dan Ekspress. Panjang setiap satu trek itu lebih kurang 650 meter dan setiap laluan mempunyai permukaan berbeza. Bukan itu sahaja, keunikan trek terletak pada terowongnya dihiasi lampu diod pemancar cahaya (LED) berwarna-warni yang bergerak. Trek itu

URBAN TREK 45

khusus untuk aktiviti pada waktu malam. Para pengunjung pastinya mahu merakam detik-detik indah bukan? Justeru, Gamuda Luge Gardens menyediakan helmet pintar Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang membolehkan anda merakam semua aktiviti tanpa perlu memegang sebarang peranti. Sementara itu, skyride menjanjikan pengalaman hebat pemandangan indah lebuh raya dan trek dari atas gondola. Antara syarat dikenakan kepada pengunjung yang ingin memandu kereta luncur secara sendirian adalah mereka perlu mempunyai berketinggian sekurang-kurangnya 110 sentimeter (sm). Jika tidak, anda perlu berkongsi dengan orang dewasa lain. Kepada yang ingin mencuba skyride pula, ketinggian yang diperlukan mestilah melebihi 136sm jika menaikinya sendirian. Mereka yang mempunyai ketinggian seperti ini anda masih berpeluang mencuba skyride dengan syarat berteman. Meskipun aktiviti di darat menjadi tumpuan di Skyline Luge KL, lokasi itu turut menyediakan permainan air di FunPark di kawasan sama. Big Bucket Splash antara pusat hiburan yang pasti menarik perhatian kanak-kanak.

Skyline Luge Kuala Lumpur 7GCX+4Q Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor

Skyline Luge KL tawar aktiviti libur bersama keluarga dan teman-teman. Trek perlumbaan Luge terbahagi kepada empat iaitu Lagenda, Ultra, Graviti dan Ekspress dengan setiap laluan memiliki bentuk muka bumi berbeza.

Helmet pintar RFID membolehkan pengunjung merakam gambar tanpa memegang sebarang peranti.

Waktu operasi   

10 pagi hingga 6 petang (Khamis- Jumaat) 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad) Rabu (Tutup, kecuali cuti sekolah dan cuti umum)

Instagram : @skylinelugekualalumpur Facebook : Skyline Luge Kuala Lumpur Harga pakej  Luge + Skyride : RM50 hingga RM80  Kanak-kanak bawah 6 tahun : RM25  Jualan tiket di kaunter : RM20


46 RODA MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Tunggangan ranggi ketika kembara Versys-X 250 lebih lengkap dengan aksesori seperti kotak di sisi kiri dan kanan.

Modenas Versys-X 250 motosikal touring sesuai untuk pemula.

Lampu tambahan kecil di kiri dan kanan sesuai dinyalakan pada waktu malam atau ketika hujan.

Versys-X 250 menggunakan enjin dua silinder berkuasa 249cc. Reka bentuk model ini agak besar menyebabkan anda perlu membiasakan diri untuk mengendalikannya dahulu sebelum memecut di atas jalan raya.

Oleh IZWAN RAMLAN BARU-BARU ini, penulis membuat tunggangan solo motosikal terbaharu Kawasaki iaitu Modenas Versys-X 250 sejauh 206 kilometer (km). Perjalanan yang bermula dari Shah Alam, Selangor menuju ke Ipoh, Perak itu mengambil masa lebih tiga jam 30 minit. Secara amnya, Modenas Versys-X adalah sebuah model permulaan yang baik bagi peminat motosikal jenis kembara atau touring. Pengeluaran Versys-X 250 bertujuan meluaskan lagi rangkaian model Kawasaki enjin bawah 600cc edaran daripada Modenas Sdn Bhd (EMOS). Sejauh manakah ia dapat memenuhi cita rasa anda? Dari pandangan kasar, Versys-X 250 memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti motosikal touring lain. Namun, ia hanya menggunakan enjin dua silinder berkuasa 249 sentimeter kubik (cc) enam transmisi dengan 33 kuasa kuda dan tork 21.7 newton meter. Secara asasnya, anda tidak memerlukan lesen B penuh (tunggangan 500cc ke atas) untuk menunggangnya. Dengan berat keseluruhan 181 kilogram (kg) dan ketinggian dari tempat duduk 815 milimeter (mm), model itu menggunakan rim jenis spoke bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang). Sementara itu, fork atau sepit udang jenis teleskopik 41mm digunakan di bahagian depan dan jenis monoshock di belakang. Ia dilengkapi dengan cakera dan angkup brek depan belakang bersama sistem brek antikunci (ABS) dual. Tidak lengkap rasanya jika touring tidak disertakan dengan kotak sisi kiri dan kanan yang berfungsi untuk membawa barang keperluan semasa mengembara. Penambahan item terse-

but boleh dikatakan wajib bagi menyerlahkan lagi gaya ranggi semasa menunggang. Versys-X 250 mempunyai saiz tempat duduk agak lebar dan lembut, maka tidak menjadi masalah kepada anda untuk duduk serta menunggang motosikal ini dalam tempoh yang panjang di atas jalan raya. Tekanan terhadap penukaran transmisi gear yang lembut di bahagian klac membolehkan penulis memulas pendikit dengan selesa dan lancar.

Memecut

Walaupun badan motosikal tersebut agak besar dan berat, sejurus tiba di lebuh raya laluan ke Sungai Buaya, Rawang pada kadar kelajuan 137km/j, motosikal itu sedikit bergoyang disebabkan tolakan angin. Dengan permukaan di kiri dan kanan jalan tersebut agak lapang, tolakan semakin terasa di seluruh permukaan kiri mahupun kanan motosikal. Justeru, penunggang diingatkan supaya berhati-hati ketika memecut. Sungguhpun berat keseluruhannya adalah 181kg, namun ia tergolong dalam model motosikal touring paling ringan berbanding yang lain. Ketika meredah hujan lebat di laluan masuk ke Batu Gajah, anda perlu mengendalikan bar pemegang serta menggenggam pendikit dengan kuat dan cekap bagi mengelakkan motosikal tidak terhuyung-hayang. Langkah lebih selamat, kurangkan kelajuan semasa menunggang jika keadaan atau cuaca seperti ini berlaku. Sejauh manakah ia berbaloi untuk dimiliki? Penulis berpendapat, kepada mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia motosikal touring, Versys-X 250 adalah pilihan tepat dengan tawaran harga bermula RM24,900.


MAJORITI 7 28 DISEMBER, 2023 – 3 JANUARI, 2024

Oleh RAHMI JUMRIATI JONO HAJAT pasukan Mobile Legends nombor satu Malaysia, Homebois, tidak kesampaian apabila perjuangan mereka pada Kejohanan Dunia Siri ke-5 (M5) Mobile Legends Bang Bang (MLBB) 2023 di Manila, Filipina baru-baru ini terkandas lebih awal daripada yang diimpikan semua komuniti e-sukan tanah air. Pada awal kejohanan, Homebois memulakan kempen secara agresif apabila menewaskan pasukan popular, Geek Fam dari Indonesia 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D. Namun, cerita selepas itu menyaksikan mereka tewas 2-1 kepada wakil Rusia, DeusVult. Perjuangan menemui titik nokhtah apabila juara Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL) musim ke-12 itu gagal mendapatkan tempat kedua teratas untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati berikutan tersingkir di tangan pasukan Amerika Syarikat, TheOhioBrothers (TOB) dengan keputusan 1-2. Pengasas pasukan Homebois, Nureddy Nursal berpendapat, keserasian antara jurulatih, Khairul Azman atau lebih mesra dengan panggilan Pabz dan para pemain semakin pudar. Sehinggakan, mereka gagal tampil dengan strategi yang lebih segar untuk menewaskan lawan berbeza. Nureddy ataupun lebih mesra dengan sapaan DaddyHood juga berpendapat, tekanan mengejar mata dek nasib ibarat telur di hujung tanduk juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kenangan pahit berkenaan. “Saya rasa faktor utama kalah disebabkan keselarasan antara jurulatih dengan pemain dah sampai limit. Coach dengan pemain saya tidak boleh hendak deliver lebih. Salah satu sebab juga mungkin jadual yang agak padat. “Kita habis MPL bulan Oktober, kejohanan MPLI (MPL Invitational) di Indonesia bulan 11 dan Manila pula bulan 12. Jadual bukanlah faktor utama tapi idea jurulatih tidak sampai lebih tinggi dalam kejohanan M5. “Jika tanya saya, pemain dan jurulatih masing-masing ada kesilapan. Cuma jurulatih patut lebih tegas, tapi rata-ratanya mempertikaikan draf. Secara logik, draf sepatutnya digunaka, namun sebaliknya (tidak digunakan). Semasa latihan kita berjaya, tetapi apabila hendak dilaksanakan semasa kejohanan sebenar tidak jadi,” katanya kepada Majoriti7.

Homebois bangkit

lupakan kepahitan

Tewas pada Kejohanan Dunia Siri ke-5 MLBB di Manila bakar semangat Homebois dengan menjadikan JDT sebagai motivasi memasuki musim 2024.

persiapan untuk pelbagai kejohanan pada tahun depan. Menurut DaddyHood, pasukan miliknya itu bakal bertambah sibuk pada 2024 apabila akan menyertai kejohanan Games of The Future di Rusia pada Februari depan. Katanya, acara itu menjanjikan wang kemenangan berjumlah AS$1juta (RM4.8 juta). “Sekarang semua pemain sudah sedia untuk 2024. Selepas acara Game of Future pada Februari depan, bersiap-siaga pula untuk Worldcup (World Esports Championship) di Riyadh, Arab Saudi,” tambahnya. Apa yang menarik mengenai semangat juang Homebois, kata DaddyHood, mereka tidak kenal erti

Hero

Pilihan draf yang diadakan sebelum perlawanan berlangsung adalah situasi para pemain boleh memilih hero berdasarkan peranan dan gaya permainan pasukan. Ia juga juga membantu pemain menyesuaikan diri dan menyusun strategi dalam kalangan rakan sepasukan mereka untuk lebih mudah meraih kemenangan. Walaupun kisah Homebois di MLBB 2023 tidak berjalan seperti yang dirancang namun pasukan berkenaan tidak lagi mengenang kisah sedih mereka di Filipina. Sebaliknya meneruskan

Kejohanan di Manila baru-baru ini banyak membantu pemain menyesuaikan diri dan menyusun strategi.

putus asa dengan menjadikan pasukan bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) sebagai contoh. Mereka juga berharap dapat mengekalkan kejuaraan MPL pada musim depan.

Terlalu selesa

Pada masa sama, Daddyhood berharap setiap pemain tidak menerapkan mentaliti terlalu selesa berada di atas sehingga akhirnya merosakkan karier sendiri. Untuk rekod, HomeBois meletakkan lima pemain iaitu Chibi (Muhammad Nazhan Mohd Nor), Warlord (Rizky Agustian), RaizeL (Wahyu Saputra), Xorn (Muhammad Zul Hisham Mohd Noor) dan Barbossa (Arya Al Nazhari) pada saingan M5 lalu. “Harapan saya, belum ada lagi team Malaysia yang buat back to back champion. Saya harap Homebois pasukan pertama buat kemenangan ini (back to back) untuk musim 12 dan 13. “Kita tengok JDT, mereka pun ambil masa empat tahun untuk hebat sampai tahap ini. Walaupun sudah 10 kali juara dalam liga, tapi apabila di luar adakala jadi dan ada tak jadi. Jadi, kena terus mencuba,” jelasnya. Daripada pasukan belasahan pada awal kemunculan, Homebois perlahan-lahan mempunyai peminat tersendiri. Mereka juga terus melakar pencapaian membanggakan seperti menjuarai Kohai SEA Championship Musim 1 pada April 2023 yang diadakan dalam talian.

Diterbit oleh Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T), Level 15, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Hak cipta ©️ Dicetak oleh Superior Press Sdn Bhd (032092-H) Lot 2063A, Jalan Kusta, Kawasan Industri Taman Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Pencetak mendapat pengiktirafan FSC®.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.