2 minute read

Surat Anda

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Kata Orang Tua-Tua

Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk

Maksudnya: Orang yang merantau akan hilang keinginan untuk pergi lagi setelah kembali ke tempat asalnya.

Bersihkan halaman sendiri dahulu, baru bersihkan halaman orang

Maksudnya: Betulkan diri sendiri dahulu sebelum membetulkan diri atau keadaan orang lain.

Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya

Maksudnya: Orang yang sempurna akal fikiran atau mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, tidak akan bersikap bermegah diri.

Sebelum sampai ke api, tentu bahangnya dahulu sudah terasa

Maksudnya: 1. Bahaya besar yang akan berlaku selalunya didahului dengan tanda atau alamat tertentu. 2. Jangan menghampiri sesuatu kejahatan dan berhati-hatilah terhadap bencana yang akan menimpa.

E D I S I 3 21

2 0 2 0

Surat Anda

Hai, Comel dan Pintar! Semoga anda berdua sihat selalu. Saya Anis Rizwana Rezuan, dan umur saya 10 tahun. Saya ada beberapa soalan yang hendak diajukan. 1. Adakah Comel dan Pintar pernah pergi ke luar negara? 2. Di manakah tempat terjauh yang pernah Comel dan Pintar pergi? 3. Adakah anda berdua berpuasa pada bulan Ramadan? 4. Berapakah umur Pintar dan Comel? Sampai di sini sahaja surat saya. Saya harap anda dapat jawb semua soalan yang dikemukakan. Terima kasih.

Anis Rizwana Rezuan Bukit Katil, Melaka

Jawapan:

Hai Anis dan Kakak Siti Amirah, terima kasih kerana menghantar surat kepada kami. Tidak sabar untuk kami menjawabnya. Kami di sini khabar baik semuanya. Diharap anda berdua dalam keadaan yang sejahtera bersama keluarga tersayang. 1. Belum lagi buat masa ini, kami jalan-jalan dalam Malaysia sahaja. 2. Tempat terjauh adalah di Negeri Sabah. 3. Sudah tentu! Berpuasa baik untuk kesihatan perut.

E D I S I 3 22

2 0 2 0

Apa khabar Pintar dan Comel? Saya Siti Amirah Imran, umur 15 tahun. Walaupun saya sudah berusia 15 tahun, saya tetap meminati Majalah Kuntum.

Permintaan saya, bolehkah pihak penerbit, menerbitkan Majalah Kuntum untuk golongan remaja atau sekolah menengah? Ini kerana, saya berminat untuk menyertai aktiviti dan peraduan yang dianjurkan, tetapi tidak berpeluang menyertainya. Sekian, terima kasih.

Siti Amirah Imran

Pasir Mas, Kelantan

Cadangan yang baik. Mungkin satu hari nanti akan ada versi Kuntum remaja pula, ya. Doakanlah ia menjadi kenyataan.

Dan jawapan bagi soalan 4 adalah Rahsia!

This article is from: