2 minute read

Terima Kasih Tuhanku

Next Article
Karya Anda

Karya Anda

Terima Kasih Tuhanku

Oleh: Kak Ziela

Sifat Rajin Budaya Masyarakat Berjaya…

Sifat rajin antara salah satu sifat murni yang perlu diterapkan dalam kalangan murid supaya mereka dapat mengamalkannya dari awal lagi sehingga dapat menjadi budaya yang membawa kejayaan. Itu adalah mandat Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, sifat malas sentiasa membelenggu diri kita. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.

Oleh itu, elok benar sedari kecil lagi kita memupuk sifat rajin dalam diri. Lebih-lebih lagi dengan mengamalkan sikap rajin akan memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, dan sekolah. Malah, sifat rajin adalah budaya bagi sebuah masyarakat yang berjaya.

Malah, tahukah anda? Murid yang rajin atau ringan tulang akan disayangi keluarga, rakan-rakan, dan guru. Selain itu, murid yang rajin belajar akan berjaya apabila mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

Jika kita rajin dan tekun melakukan tugas tersebut, maka hasilnya juga akan baik. Namun, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya untuk ‘melepaskan batuk di tangga’, dalam erti kata lain, malas, maka natijah kepada kualiti kerja adalah tidak memuaskan.

Rajin adalah suatu sikap yang bukan datangnya dibuat-buat. Malah sikap rajin juga kadangkala adalah sukar untuk dibentuk, bahkan sukar untuk dilaksanakan. Namun,

apabila hati yang tekun berusaha, berbekalkan sifat ikhlas yang membenih di hati, anda mampu untuk menghasilkan sikap rajin yang ingin dicari.

Terima kasih Tuhanku kerana memberikan sifat rajin di dalam diri kita dan semoga ia memberikan banyak kebaikan dalam hidup kita kelak. Pesan Kak Ziela, jangan malasmalas, ya!

E D I S I 3 54

2 0 2 0

Dibawa Oleh:

Nama:_________________________ _______________________________ _________________ Umur:________ Alamat: _______________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ Telefon:________________________ E-mel: _________________________

Saya tidak sabar menyaksikan TROLLS WORLD TOUR kerana _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ ___________(tidak lebih daripada 35 patah perkataan.) Terma & Syarat Peraduan:

(a)

(b)

(c)

Peraduan ini terbuka kepada semua kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun. Peserta boleh menghantar seberapa banyak peraduan, asalkan menggunakan borang yang asli di dalam majalah, bukan salinan. Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja. Warnakan karya mengikut kreativiti anda dan keputusan para hakim adalah muktamad, sebarang rayuan tidak akan dilayan. Tarikh tutup peraduan ini 31 Mac 2020.

This article is from: