1 minute read

Ragam Pelajar

Next Article
Tip Pelajar Hebat

Tip Pelajar Hebat

Ragam Pelajar Oleh: Mama Sally

Memahami Tentang Sentuhan Selamat

Apa khabar pembaca semua? Kali ini, Mama Sally ingin berkongsi informasi mengenai sentuhan selamat yang boleh diketahui semua. Mama mengutarakan isu ini kerana isu yang melibatkan seksual kanakkanak kembali hangat diperkatakan ketika ini.

Kes-kes gangguan seksual membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa rogol dan liwat sama ada dilakukan dalam kalangan orang terdekat termasuk ahli keluarga mahupun golongan yang dipercayai kewibawaannya kian menjadi paparan biasa di media semasa yang semakin membimbangkan.

Oleh itu, janganlah kita memandang ringan terhadap isu gangguan seksual terutama yang melibatkan golongan kanak-kanak. Ini berlaku akibat hilangnya rasa kasih sayang terhadap si cilik membuktikan jiwa dan fikiran segelintir manusia lebih dikuasai nafsu hingga mengetepikan norma hidup bermasyarakat.

Bagi membendung permasalahan ini, ibu bapa perlu mengajar dan disarankan mendidik anak-anak mereka tentang sentuhan selamat dan sentuhan yang tidak selamat.

Perkara paling mudah adalah dengan mengajar si kecil mengenai anatomi badan, penggunaan bahasa atau istilah

bersesuaian. Dalam mengekalkan kemesraan dengan saudara, ia tidak bererti ibu bapa perlu memaksa anak untuk bermesra sewenangwenangnya. Setiap perbuatan ada batasannya dan si anak perlu faham mengenai perkara tersebut.

Selain itu, ajar kanak-kanak untuk beri reaksi sekiranya bahagian sulit disentuh, antaranya si anak boleh menjerit ‘jangan’ atau berteriak sekuat hati untuk pertolongan. Mereka juga boleh lari secepat mungkin ke tempat selamat atau ramai orang.

Kanak-kanak juga perlu dimaklumkan supaya memberitahu ibu bapa atau individu dipercayai dengan segera sekiranya ada individu menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi mereka. Atau apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anda.

Jagalah diri kalian dan rakan-rakan terdekat. Anda boleh membuat laporan sekiranya terdapat gangguan seksual yang berlaku. Semoga kalian semua sentiasa dilindungi daripada musibah.

E D I S I 3 49

2 0 2 0

This article is from: