
1 minute read
Kelab Sains Pintar
from Kuntum Jan 2020
by thestar
H u j a n
Kelab Sains Pintar D i D a l a m
B a l a n g
Bahan-bahan:
u Balang kaca u Pinggan seramik u Air panas u Kiub ais (4 ketul)
Cara-caranya:
1. Masukan air panas di dalam balang. Isikan suku balang sahaja. 2. Tutup atas balang dengan pinggan seramik. 3. Tunggu tiga ke lima minit. 4. Letakkan kiub ais di atas pinggan. Anda akan nampak tindak balas yang berlaku. Air umpama hujan akan mula mengalir di tepi permukaan balang. Ia umpama hujan yang berlaku di dalam balang kaca. Sangat menarik.
Apa yang berlaku?


Dalam eksperimen kali ini, kita sedang melihat proses kitaran air yang membantu kita mempelajari tentang logik kejadian hujan. Salah satu sebab adalah penyejatan dan sebab lain ialah proses pemeluwapan.
Apabila kita memanaskan air, keadaan cecair air berubah kepada keadaan gas (wap air) dalam suatu proses yang dipanggil penyejatan. Begitu juga, apabila kita menyejukkan wap, ia membalikkan proses untuk menukar keadaannya daripada gas ke cecair, dan proses itu dikenali sebagai pemeluwapan.

J U N 30 E D I S I 3