Majoriti 7 - 12 January - 18 January, 2023

Page 1

RM 8.00 12 Januari – 18 Januari, 2023 PP19711/06/2022 (035324) No. 13

6

“Malaysia juga merupakan antara lima negara terbaik di bawah OIC Halal Economy Trade and Investment Index bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Turki dan Bahrain. Dengan pasaran halal global dijangka mencecah USD 5 trilion menjelang tahun 2030, MITI dan HDC akan memastikan Malaysia kekal sebagai hab halal utama untuk merealisasikan potensi industri halal tempatan.”

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

dan terus laku

Gaya tahun arnab

Jenama mewah antarabangsa dan tempatan mulai memasarkan koleksi kapsul khas bersempena

32

Trend bisnes F&B

Bagi yang ingin membuka jualan makanan dan minuman, ketahui lapan perkara ini sebelum memulakan perniagaan.

37

Khemah di atas kereta

Mudah sungguh apabila dapat berkhemah kereta di sisi! Trend baharu warga kota yang mencari cabaran yang lain dari yang lain.

2 KANDUNGAN MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 Agenda MITI pacu pertumbuhan ekonomi negara EDITORIAL KETUA PENGARANG Niezam Abdullah PEMIMPIN REDAKSI Suzie Adnan PEN. PENGARANG Izyan Liyana Mohd Darif Hak cipta terpelihara. Semua bahan yang diterbitkan kekal menjadi hak milik Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T) PENULIS Faizal Harun Nasution Mustakim Ramli Fatin Shahar Aziah Noh Syed Hazique Syed Nor KREATIF & REKA LETAK PENGARANG EKSEKUTIF Tung Eng Hwa PEREKA GRAFIK Mohd Adznam Sabri Nurul Amni Mat Ariffin Mohd Khairul Muhamad Asharah Kamarul Zulhaimi Baharuddin Mohd Hariz Abdul Rani PERIKLANAN, PRODUK & INOVASI PENGURUS BESAR KANAN Chung Eng Lee PENGURUS KANAN Hazel Lee EKSEKUTIF PEMASARAN Nurul Ariessa Razali UNIT PEMASARAN & JENAMA PELANGGAN KETUA PEGAWAI PEROLEHAN Lydia Wang UNIT PENGEDARAN & PERCETAKAN PENGURUS BESAR, CETAK Goh Kok Soo PENGURUS PENGEDARAN Karthigesu Muniyandi PENOLONG PENGURUS, PENGEDARAN Shalini Gunnasan PENOLONG PENGURUS, OPERASI PERCETAKAN Khairul Nizam Ya’akub Untuk maklum balas editorial, anda boleh hubungi 03-79671388 (general line), 03-76671969 (direct
atau emel: editorial@majoriti7.com.my
line)
Bagi tujuan periklanan sila hubungi hazellee@majoriti7.com.my sementara urusan langganan, anda boleh mendail 1-300-88-7827 atau khidmatpelanggan@majoriti7.com.my 18
Baharu
15 Dunia lakonan terima pesaing baharu
drama dan bakal ke
Hariz Hamdan kini hero dambaan 28 Misteri terapi
Bunyi
dan
mangkuk
dikatakan
20 Apresiasi Van Gogh melalui iluminasi Teknologi pemetaan imej berjaya menghidupkan
Tahun
Cina.
Bermula dengan
filem,
bunyi
paluan
pukulan dari
kristal atau logam
mampu memulihara batin dan mengimbangi emosi.
semula karya-karya seni artis Post-Impressionist paling masyhur ini. 30 Tiada tempat seperti Paris Kembali jatuh cinta pada kota Eropah popular ini dengan mengunjungi kafe-kafe serta menginap di hotelhotel paling hangat ketika ini. 26 Wajah sebagai kanvas Meskipun era digital menyaksikan lambakan jurusolek tangkap muat, Khir Khalid kekal relevan

Transaksi bebas tunai: Cepat, mudah & efisien

Industri halal negara antara lima yang terbaik di dunia - 6

Sut robot kembalikan nikmat pergerakan golongan kurang upaya - 10

Faisal Halim bintang baharu bola sepak negara - 40

RM 8.00 12 Januari – 18 Januari, 2023 PP19711/06/2022 (035324) No. 13

KEPESATAN teknologi membeli peluang proses jual beli dapat dilaksanakan dengan lebih mudah tanpa wang tunai.

Hanya satu klik di peranti telefon pintar masing-masing untuk transaksi pembayaran. Antara instrumen pembayaran digital termasuk dompet elektronik, perbankan internet dan pindahan dana elektronik.

Instrumen pembayaran digital terbabit pula datang dalam pelbagai bentuk seperti JomPay, FPX dan e-dompet seperti aplikasi Boost, Grabpay dan Touch ‘n Go.

Pembayaran tanpa tunai juga menjadi semakin rancak apabila negara dilanda pandemik Covid-19 sejak tiga tahun lalu susulan ia mengurangkan kontak fizikal.

Penggunaan kad kredit dan debit, e-dompet, aplikasi pembayaran elektronik, perkhidmatan pembayaran mudah alih dan mata wang maya semakin menjadi pilihan masyarakat.

Baru-baru ini, Visa mengeluarkan laporan sikap pembayaran bagi tahun 2022 yang menunjukkan 96 peratus pengguna memilih untuk membuat bayaran tanpa tunai.

Kebanyakan perniagaan juga telah menerima pembayaran tanpa tunai untuk memenuhi permintaan dan pilihan pengguna.

Menurut Visa, Malaysia mencatatkan sebanyak 78 peratus pengguna merancang untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai dengan lebih kerap dan lebih separuh (66 peratus) memilih kedai yang menerima pembayaran tanpa tunai.

Corak yang dipaparkan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat di negara ini semakin terbuka dan bersedia untuk menjadi sebuah masyarakat nirtunai.

Manfaat berganda pembayaran tanpa tunai

Kemudahan tidak perlu membawa cash merupakan salah satu faktor utama ramai beralih kepada pembayaran tanpa tunai.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed memaklumkan membawa duit secara fizikal mempunyai risiko tersendiri.

Menuju ke arah era tanpa tunai

“Memegang wang tunai boleh menyebabkan risiko kehilangan yang dapat merugikan seseorang individu selain dikhuatiri meningkatkan jangkitan Covid-19 akibat peredaran tunai terbabit.

“Pembayaran tanpa tunai pula jelas mempunyai kelebihan dari segi membantu rekod transaksi baik peniaga mahu pun pembeli,” katanya ketika kepada Majoriti 7.

Mengulas lanjut, rekod transaksi berkaitan pembelian juga memudahkan peniaga dan pengguna memantau jumlah urusan jual beli yang dijalankan.

“Perbandingan harga apabila membeli barangan keperluan harian di pasar raya juga dapat dibuat untuk monitor sebarang kenaikan harga barangan kerana segalanya direkod secara dalam talian.

“Bagaimanapun, penambaikan perlu dilaksanakan dari segi perincian mengikut item yang dibeli di masa hadapan” ujarnya.

Tambahnya, penggunaan seperti e-dompet juga menawarkan nilai lebih tinggi daripada nilai sebenar wang tunai susulan terdapat ganjaran baucar dan poin tertentu.

Bantu kurangkan masalah rasuah

Sementara itu, Anuar turut menekankan bahawa penggunaan pembayaran tanpa tunai juga dapat mengurangkan kadar rasuah di dalam negara.

Jelasnya, ia kerana rasuah disalurkan dalam bentuk wang tunai bagi elak dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kebanyakan individu terlibat dengan rasuah tidak berani menyalurkan melalui transaksi dalam talian susulan ia dapat direkodkan secara telus.

“Justeru, masyarakat nirtunai dapat membantu mengurangkan kadar rasuah walaupun tidak dapat dibendung secara total,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau menasihati untuk menuju ke arah masyarakat nirtunai memerlukan proses peralihan berperingkat mengikut kesediaan rakyat.

Katanya, tempoh bertenang wajar dilaksanakan bagi menaiktaraf infrastruktur internet dan mengatasi kekan-

gan sedia ada bagi membentuk era tanpa tunai di masa hadapan.

Ekonomi akan berkembang

Sementara itu, Penganalisis

Ekonomi, Prof. Barjoyai Bardai berpendapat bahawa negara yang mengamalkan pembayaran tanpa tunai akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga lima peratus secara keseluruhan.

Mengulas berhubung hal itu, negara yang mengamalkan teknologi perbankan tanpa tunai seperti Amerika Syarikat, China dan United Kingdom merupakan antara paling maju dalam dunia.

“Faktor utama negara berkenaan berjaya melonjak dalam ekonomi

4 METROPOLITAN MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Oleh AZIAH NOH Prof. Barjoyai Bardai Datuk Teng Chang Khim Prof. Madya Dr. Anuar Shah

susulan konsep pergerakan atau pusingan tunai lebih cepat dalam cashless society berbanding tunai.

“Jumlah transaksi memakan masa lebih lama berbanding tunai. Keluaran kasar diukur melalui nilai perbelanjaan isi rumah menunjukkan apabila berlaku pertambahan keluaran, pusingan tunai akan semakin laju,” tuturnya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, jika masyarakat tanpa tunai dilaksanakan di negara ini, kadar pertumbuhan ekonomi pada mulanya akan kekal normal seperti kebiasaan.

Namun menurutnya, lama kelamaan pusingan tunai akan semakin laju bergantung kepada kadar adoption oleh ahli masyarakat.

Tambahnya, beliau tidak menidakkan Malaysia mampu menjadi masyarakat tanpa tunai dalam tempoh lima tahun jika semua pihak berkaitan bersedia mengembangkan kepada semua sektor.

Bantuan mudah untuk disalurkan Konsep pantas pembayaran tanpa tunai juga dapat membantu mempercepat pengagihan bantuan buat golongan B40 yang memerlukan.

Ini terbukti susulan Kerajaan Selangor melancarkan sumbangan bantuan melalui e-dompet kepada golongan sasar pada tahun lepas.

Iltizam Selangor Penyayang (ISP) melancarkan Program BINGKAS dan juga Program INSAN itu khas buat kel-

uarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan skim insurans percuma yang disalurkan melalui e-dompet.

EXCO Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Teng Chang Khim berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan urusan dan menjimatkan masa penerima yang amat memerlukan bantuan.

Katanya, pendigitalan proses pendaftaran dan kelulusan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay itu terbukti berjaya tanpa sebarang kesulitan besar.

“Proses pemberian bantuan terbukti lebih pantas dan efisien kerana ia dapat dilakukan melalui telefon bimbit yang mana bantuan disalurkan secara terus ke dalam e-dompet pemohon.

“Tidak perlu akaun bank, kad dan sebagainya. Penerima bantuan boleh terus membeli-belah di pasar raya mengikut ketetapan.

“Selain itu, bantuan yang diberikan juga dapat dikawal melalui sistem yang membenarkan pembelian barangan rumah seperti beras, tepung dan gula sekali gus mengelak perbelanjaan akan item yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

Malah, beliau gembira dalam masa enam bulan tiada sebarang masalah berkaitan saluran bantuan melalui e-dompet dikesan.

“Sambutan baik ini menunjukkan rakyat sudah bersedia, sudah tiba masa untuk kerajaan melaksanakan pembayaran tanpa tunai secara agresif,” katanya mengakhiri kata.

EKSPRESI

Tunai, kad atau e-dompet?

SETIAP pengguna pasti mengimpikan cara mudah melakukan urusan harian. Sama ada transaksi kecil seperti menikmati juadah di warung atau membuat pembayaran di hospital. Walaupun pembayaran tanpa tunai seperti kad atau e-wallet menjadi pilihan, namun masih ada golongan selesa menggunakan wang tunai.

“Saya menggunakan Bigpay dan Touch n Go. Tetapi saya lebih kerap menggunakan BigPay kerana pembelian yang dibuat lebih efisien dan cepat. Pembelian antarabangsa mudah tidak memerlukan pertukaran mata wang. Sementara itu, tidak perlu pegang wang tunai adalah satu perkara yang menyenangkan.”

Khairul Izwan Fahmie, perunding kekayaan

“Saya memilih kad khususnya melalui MyDebit kerana ia lebih mudah berbanding memegang tunai yang dilihat tidak sesuai digunakan kerana faktor kebersihan. Semua sedia maklum kita masih bertarung melawan Covid-19. Selain itu, sebagai seorang wanita, saya percaya penggunaan MyDebit dapat mengawal serta memantau perbelanjaan. E-dompet juga bagus, cuma saya tidak menggemari idea untuk topup secara berterusan.”

“Bagi saya, melakukan transaksi tanpa tunai itu amat membantu khususnya buat golongan yang selalu melancong atas urusan kerja. Sebagai pengguna, kita mempunyai kuasa dan kebebasan untuk berurus niaga pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Serra Mahfooz, pramugari

“Pada pendapat saya, saya lebih suka menggunakan e-dompet kerana ia lebih mudah. Dengan menggunakan smartphone, kita boleh membuat pembayaran dengan lebih selamat, senang dan pantas. Tidak perlu risau bawa wang tunai sebab banyak kedai sudah menggunakan sistem e-dompet terutamanya QR Pay. Ini juga satu tindakan yang bijak kerana perkhidmatan e-dompet akan diberikan ganjaran menarik termasuk cashback dan poin.”

Wahed, pembaca berita

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 METROPOLITAN 5
Jasper Supayah, pelakon dan model Umai

MITI pastikan perdagangan kekal memacu pertumbuhan Malaysia

Tengku Datuk Seri Zafrul mengulas mengenai fokus utama kementerian, potensi industri halal dan kerjasama antara MalaysiaKorea Selatan.

KEMENTERIAN Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan Malaysia dan meningkatkan pelaburan asing bagi tahun 2023.

Itu antara inti pati bicara Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi video ringkas ucapan Tahun Baharu 2023 yang dikongsikan dalam media sosial Instagram beliau @tzafrul_aziz baru-baru ini.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul: “Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Tengku Zafrul serta warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023.

“Dengan persekitaran ekonomi tahun 2023 dijangka lebih mencabar, fokus utama saya dan kementerian adalah memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama, memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing.

“Kita juga perlu memastikan penggubalan dan pelaksanaan mana-mana perjanjian perdagangan dua hala mahupun pelbagai hala akan memberi nilai dan kelebihan padu kepada pemain domestik dalam merantaian bekalan Malaysia terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Dalam membuka lembaran Tahun Baharu 2023, marilah kita membulatkan tekad bersama-sama berusaha sehabis baik demi Malaysia tercinta.”

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan menerusi media sosial beliau turut berkongsi mengenai industri halal yang berpotensi menjana pendapatan besar untuk negara.

Ulas Tengku Datuk Seri Zafrul berhubung topik berkenaan selepas mengunjungi Halal Development Corporation Berhad (HDC) bersama Timbalannya, YB Liew Chin Tong: “Apabila bercakap tentang ‘halal’,

ramai memikirkan makanan. Tapi, sebenarnya halal merangkumi pelbagai aspek. Produk-produk bukan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik, produk penjagaan diri dan perkhidmatan termasuk hospitaliti dan pembungkusan juga termasuk di bawah industri halal.

“Hari ini saya ke HDC untuk memahami lebih mendalam tentang peranan dan fungsi HDC. Tahukah anda Halal Malaysia sudah menduduki tempat pertama di Global Islamic Economy Indicator Score Rank selama lapan tahun berturut-turut?

“Malaysia juga merupakan antara lima negara terbaik di bawah OIC Halal Economy Trade and Investment Index bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Turki dan Bahrain.

“Dengan pasaran halal global dijangka mencecah USD 5 trilion menjelang tahun 2030, MITI dan HDC akan memastikan Malaysia kekal sebagai hab halal utama untuk merealisasikan potensi industri halal tempatan.”

Dalam pada itu, beliau turut membicarakan mengenai usaha MalaysiaKorea Selatan sepakat memperluaskan hubungan ekonomi.

Tulis beliau: “Apabila bercakap pasal Korea ramai orang ingat K-Pop & K-Drama sahaja. Tapi, sebenarnya Korea juga antara rakan dagang utama Malaysia. Dan salah satu ruang untuk mengukuhkan hubungan adalah melalui Korean Chamber of Commerce (KoCham) Malaysia.

“Saya berpeluang berjumpa wakil-wakil daripada KoCham Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai langkah ke hadapan bagi memajukan perdagangan kedua-dua negara.

“Dengan Dasar Pandang Ke Timur memasuki ulang tahun yang ke-40 tahun ini saya yakin kerjasama erat ini akan dapat dipertingkatkan lagi.”

Ulasan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik menerusi Instagram beliau @tzafrul_aziz

Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Dalam membuka lembaran Tahun Baharu 2023, marilah kita membulatkan tekad bersama-sama berusaha sehabis baik demi Malaysia tercinta.”

6 KA-CHING$ MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
MITI akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan Malaysia dan meningkatkan pelaburan asing bagi tahun 2023. Menteri Perdagangan

Kediaman multi-generasi Goodwood Residence

kan ketenangan fikiran dengan pengalaman hidup ala resort.

WAKTU terasa panjang, penuh kegembiraan dan ketenangan minda di Goodwood Residence. Tiada kediaman yang lebih sempurna untuk rumah multi-generasi.

Mendiami hartanah tersebut residen akan disapa dengan keindahan hijau penuh kasih sayang di pintu masuk.

Terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur yang strategik residensi tersebut terdiri daripada 678 unit pangsapuri suite mewah yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia.

Dari 947 kaki persegi hingga 2,002 kaki persegi rangkaian unit yang mengagumkan melebihi jangkaan dengan memenuhi pilihan pelbagai dan khusus.

Dibangunkan oleh UOA Development Berhad, selain lebuh raya berhampiran mudah diakses bermacam-macam kemudahan juga diselaraskan seiring gaya hidup harian isi rumah.

Rumah yang ditempah khas direka untuk beberapa generasi menawar-

Terdapat 10 reka bentuk kediaman boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing. Antara unit yang signifikan adalah unit seluas 2,002 kaki persegi yang merupakan kediaman paling besar di residensi berkenaan .

Bakal pemilik kediaman dapat menikmati lima buah bilik tidur dan lima bilik mandi sesuai didiami keluarga besar.

Selain itu, puluhan kemudahan disediakan termasuk taman refleksologi, trek basikal kanak-kanak, spa hidroterapi, tasik dan bilik muzik.

Sementara itu, residensi itu turut mempunyai kejiranan yang terbaik susulan lebuh raya mudah diakses dan hanya mengambil 15 minit untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor.

Ia juga berhampiran hospital, pejabat komersial, The Sphere, The Village dan Hutan Simpan Bukit Gasing.

Bermula pada harga RM835,810 kediaman itu dijangka siap sepenuhnya menjelang September tahun ini. Keterangan lanjut layari https://www. thegoodwood-residence.com.

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 RESIDENSI 7
Pintu masuk Goodwood Residence penuh kemewahan. Oleh AZIAH NOH Foto UOA DEVELOPMENT BHD

Perniagaan

jentera berat penuhi keperluan industri

Jelasnya, EGAN memberi maksud semangat kuat peralihan dan pemilihan nama syarikat itu seiring dengan visinya menjalankan bidang teknikal agak mencabar bagi dirinya.

Akuinya, kelebihan EGAN adalah kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan unik menggunakan bahagian yang boleh ditukar ganti, yang tiada tandingan sehingga hari ini.

“Perjalanan permulaan saya adalah dalam sektor perancangan kewangan sebelum diajak bapa untuk menyertai syarikatnya.

“Sebagai seseorang yang langsung tidak faham tentang dunia alat ganti forklift bukan mudah kerana tiada minat dan perlu mempelajari tentangnya.

“Terdapat berjuta-juta jenis dan alat ganti untuk forklift sahaja. Melalui kerja keras dan ketekunan saya perlu mempelajari nama dan nombor setiap bahagiansehingga mahir.

Berkongsi kisahnya, kata Nicholas selepas menguasai cabang bidang itu beliau cuba memberikan nilai sebenar kepada pelanggan.

“Saya mengambil inisiatif untuk mengesyorkan komponen alternatif yang dijamin berfungsi dengan baik tetapi dengan harga lebih baik.

“Tawaran dan perkhidmatan disediakan juga memberikan nilai tambah terhadap perusahaan diketengahkan,” ujarnya yang turut memberikan motivasi untuk generasi muda mahu bertapak dalam dunia perniagaan.

Beliau memberitahu, EGAN tidak menawarkan perkhidmatan servis atau pembaikan, namun cepat memperoleh reputasi sebagai pengeluar alat ganti forklift berpengetahuan dengan stok lengkap.

“Dalam erti kata lain, jika anda tidak menemuinya di EGAN, tidak akan menemuinya di tempat lain,” jelasnya.

Sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang beliau kepada industri, Nicholas dianugerahkan Prestige Top40 Under40 Young Achievers dan Prestige Special Award - People’s Choice Award pada 2013. Selain itu, menyentuh tentang resipi kejayaan beliau menekankan bawah penjemaan amat penting untuk menarik bakal pelanggan. “Penjenamaan yang kuat boleh menarik pelanggan dengan mudah. Oleh itu, usahawan perlu pemasaran diri kreatif dan strategi unik untuk menonjol.

“Penjenamaan dimaksudkan adalah penjenamaan diri kerana kuasa pembeli akan lebih menarik jika mereka mengenali pemilik,” katanya.

8 SUKSES MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Adunan idea menarik dalam industri berat ini penting untuk memastikan perniagaan bertahan lebih lama dan kompetitif.

Demi masa depan generasi muda mendapat jaminan memperoleh pendidikan terbaik.

Dana Pendidikan UBB Amanah Berhad

PENDIDIKAN membantu kita memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai diperlukan untuk mengemudi dunia yang kompleks dan sentiasa berubah. Hal ini membolehkan kita mengembangkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah untuk kejayaan peribadi dan profesional.

Pendidikan juga menggalakkan mobiliti sosial dan membantu mengurangkan ketidaksamaan yang mana ia dapat mempersiapkan diri individu dalam menghadapi halangan sosial dan ekonomi.

Ini telah menjadi garis panduan disebalik kewujudan produk Dana Pendidikan UBB Amanah. Produk ini berperanan untuk menyediakan jaminan dana tunai yang tidak terganggu untuk rancangan pendidikan anakanak walaupun ketika anda sudah tiada.

“Saya amat percaya dalam pendidikan dan pembelajaran yang berterusan. Tanpa pendidikan, kita pasti lebih sukar untuk memulakan kerjaya dalam kehidupan yang moden ini. Anak-anak muda juga perlu mempunyai daya saing yang lebih kuat.

“Oleh itu, Produk Dana Pendidikan ini menjadi satu produk paling dekat dalam hati saya kerana mahukan semua orang terutamanya anak-anak muda mendapat jaminan pendidikan yang sebaiknya dalam apa jua keadaan sekalipun,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif UBB Amanah Berhad, Aida Othman.

Kewajiban terpenting

Ibu bapa umumnya mengharapkan anak-anak bahagia, sihat dan berjaya dalam kehidupan. Semua ini dapat

dicapai dengan adanya pendidikan yang baik. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak mendapat pendidikan terbaik dan mencapai potensi penuh untuk kejayaan masa hadapan.

Kita harus akui bahawa kos pendidikan semakin meningkat setiap tahun. Kos kemasukan ke universiti lebih tinggi hari ini berbanding 20 tahun lalu dan ini tidak termasuk kos penginapan dan kehidupan. Apabila UBB Amanah mula mengenali pelanggan-pelanggan dengan lebih dekat, kami dapat lihat bahawa perkara-perkara seperti ini sentiasa menjadi kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Oleh kerana itu, kami sentiasa menekankan betapa pentingnya untuk merancang kewangan sejak dari awal bagi tujuan ini.

Pengetahuan asas ini telah membantu kami sebagai satu badan organisasi untuk membentuk produk Dana Pendidikan yang lebih tepat bagi masyarakat umum. Sebagaimana kami percaya bahawa hak pendidikan adalah wajib untuk setiap anak muda, begitu juga dengan produk Dana Pendidikan kami juga memastikan ia adalah satu produk yang mampu dilanggani oleh setiap lapisan masyarakat.

Jaminan untuk masa depan anak kita

Kita tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku kepada kita. Jadi penting bagi kita dapat menjamin atau merancang jaminan buat orang tersayang. Persediaan ini akan membantu keluarga dan anak-anak melalui kesukaran yang tidak diingini dengan lebih mudah dan mengelak-

kan mereka daripada kehilangan masa depan secara langsung.

Kami telah menghadapi banyak kes yang mana anak-anak ini tidak dapat melanjutkan pelajaran dan terpaksa berhenti belajar selepas hanya setahun berada di universiti. Perkara ini sering berlaku apabila pencari nafkah dalam keluarga mereka sudah tiada secara tiba-tiba dan ditambah lagi apabila mempunyai adik-beradik masih kecil. Ramai yang akan berhenti belajar dan mula bekerja.

Dalam situasi yang mana ibu bapa mempunyai anak Orang Kelainan Upaya (OKU), Amanah Pendidikan ini juga merupakan satu perlindungan kepada anak mereka yang berkeperluan khas. Penyimpanan awal sejumlah wang melalui Dana Pendidikan dapat membantu anak OKU berdikari sekiranya mereka kehilangan ibu bapa.

Memudahkan urusan melalui Dana Pendidikan kami

Aida juga teringat akan satu kes yang ditangani pada suatu masa dahulu.

“Saya teringat kepada kes diterima suatu masa dahulu, seorang budak perempuan diterima masuk ke universiti ternama di luar negara dalam bidang kejuruteraan yang merupakan cita-citanya dari kecil lagi. Ibu bapanya kenalan saya dan sering bercerita anak mereka itu selalu memenangi pertandingan dalam Ekspo Sains. Secara tidak langsung, mendorong dan memupuk minat anak tunggal mereka menjadi jurutera.

“Tetapi, malang tidak berbau, kedua-dua (ibu bapa) maut dalam kemalangan kereta. Pada masa itu,

anak perempuan tersebut berusia 15 tahun dan dijaga oleh ahli keluarga lain selepas kejadian terbabit. Yang hampanya, ahli keluarga pula telah menyalahgunakan warisan daripada ibu bapanya. Ini menyebabkan masa depannya terjejas apabila kehilangan dana untuk membiayai kos pendidikan di universiti,” jelas Aida.

Dana Pendidikan ini akan diuruskan oleh UBB Amanah sehingga anak itu menjangkau umur 18 tahun yang mana dapat mengelakkan penyalahgunaan wang yang diamanahkan ibu bapa untuk kegunaan pendidikan anak mereka.

Perkara seperti inilah dapat menegaskan lagi betapa pentingnya perancangan dan penilaian awal demi anak-anak. Ibu bapa juga didorong untuk melihat manfaat yang lain dalam penyimpanan sejumlah wang tunai dalam Dana Pendidikan yang mana ia boleh dijadikan satu disiplin urusan kewangan untuk perancangan wang awal demi kesejahteraan orang tersayang tidak kira sebagai persediaan jika menemui situasi tidak diingini atau sebagai simpanan awal pendidikan anak mereka.

Bersyaratkan jumlah simpanan minimum sebanyak RM30,000, ibu bapa boleh mensyaratkan kepada UBB Amanah yang berperanan selaku pemegang amanah bagi memastikan bayaran disalurkan kepada anak mereka yang dinamakan dalam dana ini sejurus menjangkau umur 18 tahun hanya bagi tujuan meneruskan pendidikan.

Maklumat lanjut mengenai Dana Pendidikan sila layari laman web www.ubbamanah.com.

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 KASIH 9

Salah satu kegunaan sut robot adalah untuk membantu menguatkan otot tangan.

Sut robot bantu individu

lumpuh anggota kaki

MALAYSIA muncul negara pertama di Asia Tenggara dan keempat dunia selepas Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman menggunakan teknologi sut robot Hybrid Assistive Limb (HAL) di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotics & Cybernics dikelolai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kolaborasi bersama Cyberdyne Inc Japan.

Ditempatkan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka, sut robot itu membantu individu mengalami masalah kelumpuhan atau kelemahan anggota kaki akibat kecederaan saraf tunjang atau otak.

Antaranya strok, kecederaan otak traumatik, sklerosis berbilang dan penyakit neurodegeneratif untuk berjalan semula.

Sut robot rekaan Ketua Pegawai Eksekutif Cyberdyne Inc Japan, Prof. Dr. Yoshiyuki Sankai tersebut juga berupaya membantu memulihkan, menyokong dan meningkatkan tahap kefungsian mobiliti anggota kaki pesakit apabila dipakai.

Ia befungsi berdasarkan teknologi cybernics yang menggabungkan interaksi antara manusia, robot dan informasi.

Dalam tubuh yang sihat setiap otot dapat menerima isyarat ditafsirkan daripada otak ke arahnya dan bergerak dengan kuat dan pantas seperti ditetapkan.

Bagaimanapun, kecederaan pada sistem saraf (otak dan saraf tunjang) akan menyebabkan isyarat dan arahan daripada otak tidak berupaya sampai secara efektif kepada otot-otot bagi menghasilkan

pergerakan motor untuk berjalan.

Sehubungan itu, dalam keadaan ini isyarat yang dihantar kepada otot tersebar pada permukaan kulit sebagai isyarat sangat lemah dipanggil isyarat bio-elektrik (BES).

Justeru, di sinilah sut robot dapat mengesan isyarat bio-elektrik yang lemah melalui pemasangan elektrod pada permukaan otot-otot kaki. Selanjutnya, ia menganalisa isyarat berkenaan melalui sistem kawalan pada sut robot.

Oleh itu, walaupun otot kaki tidak dapat membalas isyarat daripada otak yang memberi arahan untuk berjalan sut robot itu dapat mempercepatkan proses pembelajaran untuk berjalan semula melalui kerjasama antara otak dengan otot.

Program rehabilitasi itu melibat-

kan sesi terapi antara 60 hingga 90 minit sehari untuk tempoh tiga hingga lima hari seminggu selama 12 minggu. Pun demikian, ia bergantung kepada keadaan dan masalah setiap pesakit.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan rawatan rehabilitasi di pusat berkenaan iaitu Lower Limb Type, Single Joint Type dan Lumbar Type. Lower Limb Type merupakan sut robot membantu individu lumpuh memperoleh semula keupayaan untuk berjalan manakala Single Joint Type digunakan untuk menguatkan otot kaki dan tangan.

Sementara itu, Lumbar Type pula digunakan untuk menguatkan otot tulang belakang dan meningkatkan keupayaan bagi melakukan aktiviti-aktiviti jenis industri seperti mengangkat bebanan.

10 INOVASI MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Oleh MUSTAKIM RAMLI Malaysia negara pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi sut robot Hybrid Assistive Limb Sut robot HAL membantu memulihkan, menyokong dan meningkatkan tahap kefungsian mobiliti anggota kaki pesakit.
PERKESO

Galaxy Book2 Pro 360 hayat bateri tahan lama

SAMSUNG Galaxy Book2 Pro 360 kini mempunyai versi baharu dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 3. Model baharu itu diumumkan di Korea Selatan dan akan dikeluarkan pada 16 Januari 2023.

8cx Gen 3 ialah cipset 5nm pertama untuk peranti Windows-on-ARM dan membawa peningkatan prestasi yang besar selepas dilancarkan lewat tahun lepas. Berbanding dengan Gen 2, cipset itu menawarkan +85 peratus prestasi CPU berbilang teras, +60 peratus prestasi GPU dan NPU meningkat kepada 29 TOPS.

Hayat bateri peranti tersebut selepas menggunakan cipset Snapdragon boleh

bertahan hingga 35 jam dengan sekali cas berbanding model Intel yang sebelum ini bertahan untuk 21 jam sahaja. Ia mempunyai sokongan 5G, Wi-Fi 6E terbina dan sistem operasi Windows 11.

Peranti berkenaan mengikut spesifikasi Secured-Core PC oleh Microsoft yang mengunci perkakasan ke tahap perisian tegar. Ia adalah tahap keselamatan tertinggi ditawarkan oleh Windows.

Setakat ini Samsung belum memaklumkan pengeluarannya di Malaysia.

Produk: Galaxy Book2 Pro 360 Harga: RM6,620

Lebih cahaya dengan

Phone (1)

NOTHING Phone (1) adalah telefon pintar popular tahun ini yang menampilkan revolusi dengan memasang 900 LED Glyph di belakang. Jalur LED itu boleh ditetapkan untuk bercahaya dalam pelbagai bentuk dan kerlipan.

Untuk prestasi, cip Snapdragon 778G+ 5G 6nm digunakan sebagai penggerak utama, bergandingan dengan RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 sebanyak 256GB. Tiada slot mikroSD padanya.

Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro boleh dikawal jarak jauh

PELBAGAI pembersih udara ditawarkan di pasaran dengan kelebihan tersendiri antaranya berfungsi menapis habuk, asap, bau masakan dan bermacam-macam lagi. Satu daripadanya ialah pembersih udara berkualiti Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro.

Dijual pada harga bawah RM1,000, pembersih udara tersebut berupaya mencapai keluasan kawasan perlindungan yang berkesan hingga 60m² iaitu kira-kira 645 kps. Ia juga dilengkapi penapis tiga dalam satu iaitu penapis utama, penapis kecekapan tinggi Xiaomi dan penapis karbon teraktif berkualiti tinggi.

Bertambah menarik Xiaomi Smart AirPurifier 4 Pro boleh dikawal jarak jauh dengan aplikasi Mi Home atau Xiaomi Home yang pastinya memudahkan pengguna.

Produk: Xiaomi Smart AirPurifier 4 ProHarga: RM849

Skrin pula jenis OLED 6.55-inci, memiliki resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran dinamik 120Hz. Tahap kecerahan 500 nits dan

boleh mencapai hingga 1,200nits menerusi HDR10+. Kaca Corning Gorilla Glass 5 melapisi bahagian atas skrin dan pengimbas cap jari dibina di dalam skrin. Menariknya, bingkai skrin di Phone (1) tebal di semua arah.

Tenaga disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh menyokong pengecasan pantas 33W PD 3.0 menerusi USB-C. Pengecasan wayarles turut disokong menerusi teknologi Qi sehingga 15W.

Produk: Nothing Phone (1) Harga: RM1,499 hingga RM2,299 (bergantung RAM dan storan)

telinga wayarlesIa boleh dihubungkan kepada telefon Xiaomi dan pelbagai peranti lain menggunakan hubungan Bluetooth 5.3.

REDMI melancarkan

Buds 4 Lite iaitu fon telinga wayarles khas buat generasi muda. Ia dilengkapi pemacu 12mm

mampu bertahan hingga 20 jam. Sebelah fon telinga mempunyai berat 3.9 gram dan turut mempunyai rating

673 klinik kesihatan di seluruh negara dan akan diperluas ke lebih banyak hospital dan klinik secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Bersesuaian untuk golongan belia Redmi Buds 4 Lite hadir dalam empat warna terang iaitu jingga, hijau, kelabu dan hitam. Setakat ini ia hanya dijual di China dan dijangka berada di pasaran tempatan tahun ini.

Produk: Redmi Buds 4 Lite Harga: RM95

PENGGUNAAN aplikasi MySejahtera diperluas yang memudahkan orang ramai membuat janji temu di hospital dan klinik kerajaan bagi mengelakkan kesesakan dan tempoh menunggu yang lama.

Pada peringkat awal, janji temu di MySejahtera boleh dibuat untuk

Janji temu boleh dibuat antaranya untuk rawatan pesakit luar, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) ataupun skim penjagaan kesihatan bagi kumpulan B40 (PeKa B40).

Bagaimanapun, untuk kes kecemasan, demam atau penyakit berjangkit, janji temu tidak perlu dibuat melalui MySejahtera.

Produk: Aplikasi MySejahtera Harga: Percuma

Redmi dan bateri yang kalis air dan debu IP54. Fon
12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 E-TEKNO 11
Fon telinga wayarles untuk anak muda Buat janji temu untuk rawatan di MySejahtera
Nothing

Menggunakan teknologi kelestarian fabrik terkini, tidur lebih nyenyak berselimutkan cooling blanket serta lain-lain set

HÓME CÓORDY, jenama kelengkapan rumah dari Jepun

DEKORASI kediaman dengan gaya hiasan minimal kian digemari masyarakat Malaysia masa kini. Faktor rekaan yang ringkas, versatil dan praktikal menjadi asas kepada ilham barangan kelengkapan rumah termasuk perabot. Walaubagaimanapun, rekaan-rekaan minimalis bercitarasa Jepun selalunya ditawar pada tanda nilai yang agak mahal.

Namun begitu, peminat hiasan dalaman minimalis usah khuatir kerana AEON kini menawarkan rangkaian produk rumah dari Jepun yang menyediakan rekaan hebat pada harga amat berpatutan. Jenama HÓME CÓORDY diperkenalkan oleh AEON yang mana ia bukan sahaja terdiri dari pilihan aksesori rumah, tetapi juga

lain-lain produk penyeri kediaman termasuk perabot.

Ringkas, berkualiti, multi fungsi dan mudah laras adalah empat karakter utama HÓME CÓORDY. Koleksinya juga luas merangkumi barangan untuk kelengkapan ruang makan, ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi serta dapur. HÓME CÓORDY mengguna pakai palet warna asas seperti putih, biru dan kelabu bagi memudahkan koordinasi sewaktu menghias rumah.

HÓME CÓORDY yang turut ditawarkan di beberapa negara lain seperti Hong Kong, Kemboja dan Vietnam begitu memahami permintaan pengguna di rantau ini. Kerana itu, jenama tersebut membahagikan rangkaian produknya kepada HÓME CÓORDY

Heat dan HÓME CÓORDY Cold. Keduaduanya direka khas bagi mencipta kes elesaan yang bersesuaian dengan cuaca setempat.

Buat negara tropika seperti Malaysia, siri Cold diperkenalkan. Ia memiliki tiga tahap kesejukan berbeza iaitu dari rendah ke tinggi. Konsep ‘sejuk’ dirujuk kepada keadaan apabi la anda menyentuh satu-satu permu kaan itu akan merasai sensasi dingin. Turut ditawarkan adalah Extra Cold untuk kawasan yang bercuaca lebih panas.

Serlahkan gaya kediaman ala Jepun anda dengan HÓME CÓORDY. Harga bermula dari serendah RM3.90 hingga RM999. Untuk maklumat lanjut, boleh layari lifestyle.myaeon.com.my.

12 RIAS RUANG MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023

Bentuk dan visual organik pada dekorasi ruang

FIKIR atau bayangkan layangan garis dan lengkungan... rupa dan bentuk organik adalah adaptasi atau inspirasi dari alami, tidak terbelenggu oleh struktur, garis lurus yang kemas atau bersudut tajam tepat.

Pabila membahaskan tentang lambakan gaya hias ruang semasa, ia bukan sahaja berkisah tentang penghargaan estetik tetapi ia lebih kepada hubungan yang lebih jauh mendasar. Salah satunya bentuk organik dalam seni hias ruang yang semakin ketara kelihatan di mana-mana. Bentuk organik sebegini membentuk dan memberi flow, pergerakan dan keseimbangan pada ruang terpilih.

Ketika rekaan dalaman disatukan dengan prinsip rekaan biophilic, ia memberikan rasa pemilikan, ketenangan dan kedamaian. Keaslian rekaannya yang berilhamkan bentuk alami mampu menyegarkan kembali visual dan jiwa.

Gaya hias ruang berunsur organik ini asasnya adalah rekaan biophilic Ada 14 corak gaya reka biophilic dan salah satunya kewujudan unsur bentuk atau corak biomorphic. Ia termasuk membawa elimen yang menyerupai bentuk atau rupa organisma hidup. Dengan hanya beberapa unit elimen ini, ia mampu melunakkan ruang yang tegas atau terlalu geometrik. Ada beberapa cara menerapkan konsep

gaya hias bercirikan organik buat ruang atau kediaman anda.

Ilham gaya hias ruang organik

Perabot: Pilih perabot yang bebas dari bahagian bersudut atau berbucu. Sofa: Sofa gebu tidak berbentuk atau meja berbentuk abstrak tanpa bucu antara item percubaan terbaik.

Lampu: Terendak lampu buatan kaca tiupan rawak atau buatan kayu kukus yang dilenturkan rawak juga boleh menjadi titik tumpu utama ruang.

Dinding: Melakarkan mural dengan motif organik adalah salah satu cara paling jimat untuk mendapatkan sentuhan gaya organik. Ambal: Permaidani berbentuk abstrak dengan buatan pelbagai material asli seperti jut, benang kait dan bulu haiwan juga dapat memberi watak pada lantai yang kelihatan biasa. Aksesori: Tegaskan lagi gaya organik anda dengan aksesori tambahan seperti tempat lilin, pasu bunga, cermin dinding, hiasan dinding dan arca estetik pilihan. Palet warna: Hati-hati dengan pemilihan kumpulan palet warna pilihan agar bentuk organik yang sewajarnya memberi kelembutan tidak menjadi tumpuan yang menjerit perhatian. Rona alami bersulam warna asli logam seperti emas, gangsa atau perak adalah gandingan terbaik buat anda yang baru nahu mencuba konsep gaya hias ruang organik ini.

Pasu organik.

Lampu lantai pokok palma. Sofa ‘kidney’. Kerusi dengan struktur dan tekstur alami. Meja gandingan potongan bongkah kayu dan kaca. Mural dinding organik Permaidani bebas bentuk tidak bersudut.
12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 RIAS RUANG 13

CHEF Masakan Asia Terbaik, Chef Zabidi Ibrahim, 50, mengembangkan portfolio daripada adi hidangan Melayu kepada suasana makan kasual masakan Melayu tradisional dengan sentuhan lima bintang.

Selepas memulakan karier sebagai cef pada tahun 1993, anak jati Alor Setar, Kedah itu telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Chef 1 Malaysia Terbaik oleh Persatuan Chef Malaysia (CAM) pada tahun 2011.

Ini termasuklah, Chef Masakan Asia Terbaik, HAPA Malaysia 2010-2012 dan Anugerah World Gourmet bagi kategori Top Outstanding Master Chef tahun ini.

Kira-kira empat tahun lalu pula beliau dilantik oleh Chef Wan sebagai Cef Eksekutif di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan yang menawarkan masakan Malaysia bertaraf dunia.

Keistimewaan Chef Zabidi yang terletak pada kebolehannya memasak dan mengajar secara serentak memberikan cef cerapan lebih baik tentang proses memasak dan persembahan kulinari.

Sebagai ‘orang lama’ dalam bidang masakan, bagaimana anda mengekalkan kredibiliti bagi memastikan hidangan dihasilkan menepati cita rasa pelanggan selari peredaran zaman?

Saya sentiasa memastikan kemahiran dimiliki lebih tajam berbanding set pisau dimiliki. Kredibiliti ini penting untuk membolehkan saya sentiasa terbuka kepada peralihan aliran dalam industri.

Bagaimanapun, kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat mereka benar-benar menikmati hidangan yang saya persembahkan.

Apakah cabaran ataupun pengorbanan yang perlu anda tempuh dengan tenang dan sabar?

Perjalanan sebagai cef profesional perlu menghabiskan masa selama 12 hingga 14 jam sehari antara pengorbanan dalam industri kulinari.

Selain ketangkasan dan komitmen tinggi meliputi ketelitian dalam aspek menyediakan hidangan, kudrat untuk melakukan kerja-kerja berat di dapur juga perlu dititikberatkan. Pada masa sama, menguruskan persiapan promosi, merangka idea menghasilkan menu

Prinsip bidang kulinari Chef Zabidi

baharu dan kreatif apabila berurusan baik dengan pihak hotel mahupun restoran.

Bukan itu sahaja, cef juga perlu berani mengumpul pengalaman dan bersedia keluar menimba ilmu serta tidak gentar mencuba bagi memberikan kelainan buat pelanggan.

Bagaimana pula dengan ragam pelanggan?

Demi pelanggan kumpulan cef sentiasa melakukan yang terbaik. Pendapat peribadi kerjaya cef adalah murni kerana menyediakan makanan untuk dinikmati orang lain. Berikutan itu kami sentiasa dididik supaya memasak dengan hati ikhlas.

Menyentuh mengenai pelanggan lazimnya cabaran utama perlu kami kendalikan dengan baik apabila berdepan mentaliti sesetengah pihak yang suka membandingkan harga antara restoran premium dan restoran kategori lain.

Ironinya, tanpa mereka sedar bahawa penggunaan bahan masakan di restoran kelas atasan rata-rata menggunakan bahan premium. Maka, harga sajian adalah ekstra berbanding restoran biasa.

Sesetengah masyarakat berpendapat bidang kulinari adalah dunia glamor. Komen anda mengenai pandangan sedemikian?

Dunia kulinari mungkin dipandang glamor, namun ia bukan tugas mudah. Jika ingin mendominasi bidang masa-

Keistimewaan

Chef Zabidi yang terletak pada kebolehannya memasak dan mengajar secara serentak memberikan cef cerapan lebih baik tentang proses memasak dan persembahan kulinari.

kan seseorang itu perlu memiliki semangat melaksanakan tugasan meliputi pelbagai aspek. Bukan sekadar memasak sahaja.

Biarpun industri kulinari beroperasi di lokasi berbeza sama ada di warung, restoran terkemuka atau hotel bertaraf lima bintang, namun tujuannya menyediakan hidangan enak dan terbaik untuk pelanggan.

Berkhidmat di De.Wan 1958 by Chef Wan boleh kongsikan pengalaman sepanjang bekerja bersama cef selebriti tersohor, Datuk

Redzuawan Ismail?

Beliau (Chef Wan) sentiasa mengingatkan memasak tidak boleh kedekut bahan, tetapi harus mengikut langkah demi langkah dan sukatan tepat bagi memastikan rasa masakan sentiasa konsisten.

Masakan beliau umpama ‘minyak wangi’ dek aroma yang cukup memikat. Tekstur rasa juga mewah. Bukan itu sahaja, Chef Wan turut menekankan kepentingan elemen ketelitian dan hidangan konsisten untuk perniagaan bertahan lama.

Nasihat anda buat generasi muda yang memasang impian bergelar cef?

Bidang ini memberi peluang perkembangan karier sekiranya generasi muda bijak susun strategi. Paling utama perlu meletakkan visi ingin dicapai dalam tempoh lima tahun.

Jika mahu resume bagus saranan saya mulakan kerjaya di hotel lima bintang dan belajar dengan sifu yang mempunyai nama besar. Pengalaman dan kepakaran mereka miliki secara tidak langsung membantu perjalanan karier.

Ingat, jangan kerap bertukar tempat kerja. Belajar kekal di premis sama hingga lima tahun untuk menimba ilmu. Selain itu, terapkan nilai-nilai murni ketika bekerja kerana skrol dimiliki tiada nilainya sekiranya tidak memiliki keperibadian yang baik terutamanya kerja dalam berkumpulan.

14 INSPIRASI MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Chef Zabidi (kiri) bergambar bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Azman Yusof (tengah) dan Presiden World Gourmet, Peggy Chong pada Anugerah World Gourmet baru-baru ini. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini diberi kepercayaan sebagai Cef Eksekutif di Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan. Oleh FATIN
SHAHAR

Hariz Hamdan

Perjudi nasib sebagai bintang

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7

Hariz bersyukur berpeluang mendapat sentuhan sutradara Ahmad Idham untuk karya lakonannya.

Langkah seni Hariz Hamdan

membulatkan hati untuk bergelar anak seni dua tahun lalu, pelakon Hariz Hamdan tidak menyangka bakatnya semakin mendapat kepercayaan banyak pihak.

Berbekalkan wajah tampan dan bakat lakonan semakin menyerlah, maka tidak hairanlah pelakon yang bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2020 itu kini mula mewarnai deretan drama dan filem tempatan.

Terbaharu, Hariz diberi kepercayaann membawakan watak Azhar dalam drama 60 episod, Andai Itu Takdirnya slot Mega Drama Astro. Bergandingan nama-nama besar seperti Syukri Yahya, Hannah Delisha dan Puteri Sarah pelakon berusia 21 tahun terasa diri begitu kerdil.

Andai Itu Takdirnya diadaptasi daripada novel popular Siti Rosmizah yang memiliki ramai peminat. Jadi, tawaran berlakon dalam drama ini saya sifatkan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan” kata jejaka kelahiran Shah Alam,

“Sebagai pelakon baharu sejujurnya berdebar dan pemalu, tetapi bersyukur kerana pihak produksi memberi tunjuk ajar begitu teliti. Secara tidak langsung ia merupakan platform terbaikj buat saya belajar banyak perkara termasuk membaiki mutu lakonan,” tutur Hariz.

Selain drama, beliau yang bakal muncul Banglo Seksyen 12 dan Jemputan sedang membuat persiapan memasuki set penggambaran untuk filem baharu arahan Ahmad Idham.

“Sebenarnya ketika mendapat tawaran daripada sutradara Ahmad Idham, saya begitu teruja. Maklumlah, saya membesar dengan filem-filem hasil kreativiti beliau. Jadi tidak sangka akhirnya dapat bekerja sepasukan bersama,” ungkapnya teruja dengan ruang peluang tersebut.

Beliau kini semakin sasa kerana aktif di gimnasium susulan proses menurunkan berat badan.

“Buat badan motivasi menjadi pelakon atau apa?” soal penulis.

Bicara anak ketiga daripada empat beradik itu: “Saya pernah mengalami masalah berat badan ketika berusia 12 tahun. Dek fizikal yang gemuk saya dibuli dan diejek.

Enggan berterusan menjadi mangsa ejekan ketika di tingkatan tiga (15 tahun) saya mengambil inisiatif menurunkan berat badan kerana tidak tahan diejek.

“Andai ditanya adakah ia motivasi diri sebagai pelakon, ada betul dan ada tidaknya. Lebih kepada membina keyakinan diri dan mengikut kehendak pasaran (ketawa), tetapi sebetulnya ingin menjadi inspirasi kepada mangsa buli agar tidak berputus asa dalam hidup.”

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 PROFIL 16 PROFIL
Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Foto HARIZ

“Khabarnya sebelum berada di depan kamera, suka berada di belakang kamera. Boleh cerita sedikit?” soal saya tentang perkara pernah menjadi hobi dan sumber duit sakunya ketika dahulu.

Tutur jejaka cemerlang dalam mata subjek Fizik: “Oh, menjadi jurufoto? Pada masa lapang, saya pernah menghabiskan masa dengan hobi fotografi. Kepakaran pun sekadar tahap amatur, tetapi not bad...sempat juga menjadi jurufoto dan juruvideo majlis-majlis

perkahwinan sebelum menyertai industri hiburan.”

Bicara Hariz, asalnya beliau ingin mengikut jejak seperti ayahnya yang bergelar jurutera, namun haluan kerjaya impian itu beralih arah ke dunia glamor sebaik sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Usai menyertai pertandingan Hero Remaja 2020, beliau mula mengintai peluang mengasah bakat dalam dunia lakonan di layar perak.

“Mula-mula berlakon, keluarga agak menentang kerana menyifatkan tiada masa depan. Maksud saya di sini dalam bidang seni lakonan. Alhamdulillah, setelah melihat bukti kesungguhan dan komitmen saya cuba membina nama dalam industri mereka beransur-ansur menerima, bahkan merestui pilihan kerjaya ini. Pendek kata, kini ibu bapa dan keluarga merupakan penyokong dan pengkritik nombor satu!

“Melihat saya serius dan karier berkembang dengan baik akhirnya mereka yakin bidang seni sesuai untuk saya. Sebenarnya kerja apa sekalipun, jika berdisiplin dan ikhlas pasti akan memberi hasil positif,” luah pencinta gaya

smart casual untuk penampilan harian.

Malah, personalitinya yang segak dan disenangi juga mengundang pelawaan jenamajenama fesyen besar seperti Hugo Boss, H&M, Onitsuka Tiger, Bape,GUESS, ZARA dan jenama penjagaan wajah jejaka, Mens Biore untuk berkolaborasi.

Impian 2023

Berkongsi tentang impian 2023, Hariz menjelaskan selepas tiga tahun menjadi pelakon beliau yakin bahawa bidang seni adalah cintanya. Justeru, kepercayaan yang diberikan ahli keluarga tidak sekali-kali dicalar atau disalah gunakan.

“Laluan dan langkah saya baru bermula. Meskipun pernah menimba pengalaman menerusi beberapa drama saya berharap lakonan saya menerusi medium filem mendapat perhatian sewajarnya daripada pemerhati dunia seni,” ujarnya penuh mengharap.

“Bersediakah menerima teguran dan kritikan?,” sengaja saya menyakat.

“Sebelum ini pun saya pernah dikritik dan sebagainya. Saya memilih ia (seni lakonan) sebagai cinta, maka sudah tentu bersedia menerima sebarang kemungkinan terutamanya kritikan.

“Pun demikian, biarlah ia jelas beralasan tanpa dipengaruhi anasir negatif. Bukankah lebih indah andai kita saling memberi sokongan antara satu sama lain?,” ujar Hariz menamatkan perbualan kami pada petang itu.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 PROFIL 17
Siapa sangka, jejaka kelahiran Shah Alam, Selangor ini merupakan pelajar terbaik mata subjek Fizik.
setakat ini saya tidak boleh memberi butiran terperinci mengenainya. Bagi saya mendapat
PROFIL
“Namun,
kepercayaan pengarah senior seperti Ahmad Idham adalah sesuatu yang besar,” jelas Hariz.

Kod merah penuh gaya tahun baharu

Kapsul bulan lunar Dior

Kim Jones dan pengarah kreatif ERL Eli Russell Linnetz mempersembahkan koleksi lelaki Dior musim bunga 2023 dengan kejutan kapsul sempe-

na Tahun Baharu Cina dengan look kasual khusus buat pria.

Daripada beg sadel Dior hingga aksesori menjadikan arnab sebagai tema yang melambangkan keanggunan dan kecantikan mengikut zodiak Cina. Menggabungkan jahitan arnab secara detail menghalu-

si seluar pendek, tali leher, topi dan t-shirt berkolar.

Arnab dipaparkan pada beg sadel Dior baharu ini untuk lelaki yang disalut dengan bulu belang mewah serta gelang tangan melengkapkan gaya kasual penuh kemewahan.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 18 STAIL

Warna-warni Gucci

Gucci tampil menggemakan suasana tahun baharu dengan kapsul istimewa penuh warna-warni.

Penggunaan warna, cetakan dan hiasan merentasi koleksi sedia dipakai yang ditonjolkan menerusi beg, kasut, aksesori, barang kemas dan jam tangan.

Tampalan bersulam atau dalam versi gaya cat semburan tersendiri haiwan itu dapat dilihat pada t-shirt, loafers kulit dan jam tangan G-Timeless.

Pakaian wanita pula mempersembahkan pilihan bercetak halus di blaus sutera dan skirt bersama-sama dengan gaya geometri yang berani dalam warna berbeza.

Sementara itu, lagi tema corak grafik yang suka bermain dalam siluet bergaya buat si pria. Kasut dalam koleksi ini turut bertemakan arnab menghiasi tumit serta tekstur bulu memeriahkan loafers.

Penampilan istimewa beg tangan yang ditandatangani House of Gucci menghiasi beg tote Gucci Diana dengan jalur yang dilukis tangan. Ia juga dapat dilihat menerusi shoulder bag Gucci Horsebit 1955 yang dibuat dari kulit bernilai melengkapkan kapsul.

Selebriti terkenal seperti Chris Lee dan Lu Han turut kelihatan chic menggayakan koleksi berkenaan.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 19 STAIL

Van Gogh Alive kembara seni secara imersif & interaktif

IA bukan sekadar menyaksikan pameran secara ortodoks yang mana melihat, membaca titipan penerangan dan memperhalusi nilai seni karya dipamerkan. Dengan gaya dan teknologi terkini karya tokoh seni terkenal dipersembahkan selari dengan peredaran zaman modenisasi. Berada di Kuala Lumpur warga kota kini berpeluang menerokai pameran seni tahap dunia karya seniman pelukis, Vincent Van Gogh dengan pendekatan berbeza.

Pameran ciptaan dan terbitan Grande Experience bersama KKLive dan Gravitytai Co., Ltd itu berjaya mengubah persepsi berhubung kunjungan ke galeri seni apabila menawarkan pengalaman interaktif dan imersif serba berteknologi tinggi terhadap seni. Hasil seni berwarna-warni dan penuh dramatik dipamerkan dan diceritakan dengan gaya post-impressionist lalu mengunjur dari lantai ke siling.

Demi mencapai kualiti pameran seni

berteknologi tinggi, Meta Doers World Holdings Berhad (MDW) dan FrameMotion Studio Sdn. Bhd menggunakan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan memberikan rasa, suasana dan menyemai minat lebih dalam usaha mengenali sejarah dan tokoh seni tersebut.

Pengalaman sedemikian secara tidak langsung membuatkan pengunjung dibuai penghayatan luar biasa kepada karya pameran Van Gogh Alive yang telah menjelajah lebih 80 buah bandar di seantero dunia. Pameran yang diadakan di gedung Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu antara tarikan unik baik buat pengunjung tempatan mahupun pelancong antarabangsa. Lebih 3,000 karya Van Gogh dipamerkan secara biasan visual dengan kesan khas tiga dimensi pastinya memberikan kepuasan tatkala meneliti setiap perincian karya seniman kelahiran Belanda tersebut. Pameran Van Gogh Alive yang berlangsung hingga 16 Mac 2023 menawarkan harga tiket RM75 untuk dewasa manakala RM68 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Siapa Van Gogh?

Vincent van Gogh atau nama sebenar Vincent Willem van Gogh dilahirkan pada 30 Mac 1853 di Zundert, Belanda. Beliau meninggal dunia pada 29 Julai 1890 di Auvers-sur-Oise dekat Paris, Perancis. Van Gogh merupakan pelukis Belanda yang hebat selepas Rembrandt van Rijn dan salah seorang daripada Post-Impresionis

Warna menyerlah, kerja berus yang tegas dan bentuk kontur karya beliau mempengaruhi arus Ekspresionisme dalam seni moden. Seni Van Gogh menjadi sangat popular selepas kematian beliau terutamanya pada penghujung abad ke-20.

Buktinya, karya beliau dijual untuk jumlah harga yang berjaya memecahkan rekod lelongan di seluruh dunia. Bahkan, karya beliau juga dipaparkan dalam pameran jelajah blockbuster. Isi surat-suratnya yang diterbitkan secara meluas sehingga Van Gogh menjadi mitos dalam imaginasi popular sebagai artis yang diseksa.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 20 SENI

Lukisan Van Gogh paling terkenal

The Potato Eaters (1885)

Van Gogh melengkapkan The Potato Eaters di Nuenen pada tahun 1885 semasa tahun-tahun awalnya sebagai pelukis. Matlamatnya adalah untuk menggambarkan keluarga petani kampung dalam suasana semula jadi sedang makan, bukannya bergambar untuk lukisan itu. Van Gogh merancang lukisan tersebut dengan teliti dan berharap mempamerkannya di Salon, Paris. Bagaimanapun, ditolak dan lukisan itu gagal sepanjang hayat Van Gogh. Hari ini dalam dunia seni lukisan berkenaan dianggap salah satu karya paling terkenal Van Gogh. The Potato Eaters boleh dilihat di Muzium Amsterdam Van Gogh.

Sunflowers (1888)

Sunflowers ialah nama dua siri lukisan beliau yang masih wujud. Siri pertama Sunflowers dilukis oleh Van Gogh di Paris pada tahun 1887, sementelah siri kedua pula dilukis pada 1888 ketika beliau tinggal di Arles, Provence. Lukisan Sunflowers Van Gogh yang indah dipamerkan di muzium seni di seluruh dunia antaranya Galeri Nasional, London; Muzium Van Gogh Amsterdam dan

Muzium Kroller, Belanda; Muzium Seni Metropolitan, New York dan Neue Pinakothek, Munich.

Cafe Terrace at Night (1888)

Cafe Terrace at Night adalah lukisan pertama Van Gogh sewaktu tiba di Arles. Kafe di Arles masih wujud hingga hari ini dan dinamakan semula sebagai Cafe Van Gogh. Ia adalah tarikan utama pelancong khususnya dalam kalangan peminat Van Gogh. Lukisan itu salah satu karya seni paling diiktiraf dan diperkatakan. Popularitinya menandingi lukisan ikonik Sunflowers dan Starry Night Beliau memasang kuda-kudanya di luar rumah pada waktu petang untuk melukis pemandangan itu. Ini adalah amalan yang dipelajari daripada impresionis di Paris.

Bagaimanapun, beliau tidak melukis adegan itu sambil memerhatikan, sebaliknya menggunakan warna dan berus untuk meluahkan emosi.

Dalam lukisan berkenaan, Van Gogh menggambarkan keterujaan dan keseronokan.

Menariknya, Van Gogh tidak pernah meninggalkan tandatangan pada lukisan itu. Walau bagaimanapun, ahli sejarah seni tahu bahawa itu adalah karya beliau berdasarkan surat dikirimkan kepada ahli keluarganya tentang seni terbabit. Cafe

Terrace at Night kini digantung di dinding Muzium Kröller-Muller di Belanda.

Starry Night (1889)

Starry Night telah dicetak semula dalam pelbagai medium produk. Van Gogh melukis lukisan ikonik itu semasa berada di rumah sakit jiwa di Saint-Rémy-de-Provence.

Walaupun keadaannya teruk, tetapi situasi Van Gogh lebih baik daripada kebanyakan pesakit lain. Beliau boleh berkeliaran di taman dan mempunyai bilik tambahan untuk digunakan sebagai studio lukisan. Beliau mencipta lukisan itu selepas gangguan mental yang teruk merasa tertekan lantas bunuh diri.

Pusaran di langit mencerminkan gelora emosinya. Penggunaan warna gelap menzahirkan mood hitam. Pemandangan lukisan menggambarkan suasana Saint-Rémy-de-Provence yang dilihat Van Gogh dari tingkap bilik tidur.

Wheatfields With Crows (1890)

Van Gogh menghasilkan lukisan Wheatfields With Crows kurang daripada tiga minggu sebelum membunuh diri. Hari ini ia dipuji sebagai salah satu lukisan yang paling dramatik.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 21 SENI

Derita versi piano, string hadiah Isma Sane buat peminat

Lagu Derita nyanyian Isma Sane yang dilancarkan pada tahun 2018 berjaya memperkenalkan namanya ke persada muzik tanah air. Malah, lagu hasil ciptaannya itu menjadi antara lagu popular tahun tersebut. Kini lagu berkenaan telah mencecah lebih 33 juta tontonan dan kembali versi baharu paduan kombinasi alunan piano dan string.

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, versi rakaman baharu lagu Derita hadiah kepada peminat setia Isma Sane dan 33 juta penonton MV lagu itu.

“Selepas empat tahun lagu Derita dilancarkan jumlah tontonan sudah

melebihi 33 juta. Ia satu pencapaian cukup membanggakan buat penyanyi baharu seperti Isma. Apatah lagi, perlu bersaing dengan penyanyi dan lagu baharu ketika itu. Malah, lagu Derita masih menjadi siulan hingga kini.

Selain rangka promosi yang diatur untuk Derita versi piano dan string pihak Beegood Music turut merancang mengadakan siri jelajah di 10 sekolah di negara ini menerusi program Beegood At School

“Kami merancang untuk jelajah ke 10 buah sekolah, tetapi masih menunggu tarikh. Kami akan bawakan elemen education entertainment. Menerusi sesi itu juga akan diadakan perkongsian mengenai kesihatan mental.

“Kami nak membawa beberapa artis

termasuk doktor untuk menerangkan berkenaan topik tersebut. . Selain itu, kami juga mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kesihatan mental untuk turut serta,” katanya.

Hollywood Walk of Fame

The Last of Us

The Last of Us, sebuah siri televisyen berdasarkan permainan video yang diiktiraf secara kritis berlaku 20 tahun selepas tamadun moden dimusnahkan. Joel, seorang mangsa terselamat telah diupah untuk menyeludup Ellie iaitu seorang gadis berusia 14 tahun keluar dari zon kuarantin yang penuh penindasan. Bermula sebagai tugasan kecil akhirnya berubah kepada perjalanan penuh dengan kekejaman dan menyayat hati. Mereka berdua perlu merentasi Amerika Syarikat dan saling bergantung antara satu sama lain demi meneruskan kehidupan. Siri HBO Max ini juga boleh ditonton di Disney.

Tradisi Hollywood Walk of Fame telah bermula sejak tahun 1958. Walaupun ada yang berpendapat ia tidak masuk akal dan menganggapnya sebagai penghargaan versi kurang serius berbanding anugerah utama lain, namun ia tetap tanda aras dan merupakan simbol kejayaan yang ketara dalam bidang hiburan juga diiktiraf di seluruh dunia. Bintang kurniaan itu akan berada di Hollywood Boulevard atau Vine Street secara kekal buat keluarga, rakan dan peminat datang melawat. Malah, bintang terkenal dan profesional dalam industri seni sukar untuk menolak penghormatan dan pengiktirafan yang menjadi acara simbolik bagi semua anak seni Hollywood.

Meski tarikh upacaranya masih belum berada secara tepat dalam jadual, penerima mempunyai tempoh dua tahun untuk menetapkan jadual upacara kurniaan bintang dari tarikh pemilihan sebelum tawaran ditutup. Acara kurniaan bintang yang akan datang biasanya diumumkan 10 hari sebelum ia didedikasikan dan diumumkan pada laman web rasmi.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 22 HITS
Mindy Kaling Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Lagu Derita versi piano dan string dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember di semua platform muzik digital. Serentak dengan itu MV lagu turut ditayangkan di saluran YouTube Beegood Music.

Jejaka yang dilahirkan pada 12 Januari 1993 adalah penyanyi Inggeris dan bekas ahli kumpulan lelaki One Direction. Beliau meninggalkan kumpulan itu pada Mac 2015 dan mengeluarkan album debutnya Mind of Mine pada Mac 2016 dengan mempertaruhkan single Pillowtalk. Pada tahun 2018, beliau mengeluarkan album kedua Icarus Falls dengan lagu hits Dusk Till Dawn yang menampilkan Sia.

Sebelum meneruskan kerjaya muzik, Zayn pernah merancang untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris. Beliau mencuba nasib dengan menyertai pertandingan The X Factor sebagai artis solo, tetapi tidak meneruskan persembahan, malah kemudian diserapkan oleh Simon

salah seorang pen-

untuk kumpulan One Direction.

Berikut ialah senarai lengkap pilihan Kelas 2023 ke Hollywood Walk of Fame:

Dalam kategori rakaman: Marc Anthony, Irving Azoff, Jonas Brothers, Sheila E, Lenny Kravitz, Jenni Rivera (posthumous), Blake Shelton, Charlie Wilson.

Dalam kategori filem: Juanita Moore (anumerta), Bill Pullman, Uma Thurman, Vince Vaughn, John Waters, Ludacris, Paul Walker (anumerta).

Dalam kategori televisyen: Jon Favreau, Mindy Kaling, Martin Lawrence, Ralph Macchio, Garrett Morris, Ellen Pompeo.

Dalam kategori teater langsung/ persembahan langsung: Lang Lang, Melba Moore, Pentatonix.

Penerima penghormatan itu dipilih oleh panel pemilihan Walk of Fame daripada Dewan Perniagaan Hollywood. Pengerusi panel pemilihan dan personaliti radio terkemuka, Ellen K, bakal mengumumkan penerima penghormatan baharu di laman web www.walkoffame.com.

Tiket & Popcorn

Plane

Juruterbang komersial Brodie Torrance membuat pendaratan cemas selepas ribut yang melanda merosakkan pesawatnya. Walau bagaimanapun, pendaratan muktamad hanyalah permulaan kepada masalah lebih besar. Penumpangnya diambil menjadi tebusan oleh militan tempatan dan satu-satunya sumber bantuan daripada seorang banduan pembunuh sahaja yang dibawa FBI di dalam pesawatnya. Pembunuh itu mempunyai rancangannya sendiri ketika berkomplot dengan Torrance tentang cara mendapatkan kembali tebusan.

Pamali

Setelah kehilangan pekerjaan, Jaka Sunarya dan isterinya, Rika memutuskan untuk menjual rumah keluarga mereka yang ditinggalkan oleh arwah ibu bapanya dengan tujuan memulakan kehidupan baharu di tempat lain. Tetapi, tanpa disedari mereka telah melanggar pantang larang kuno dan harus melawan makhluk yang kini mengancam nyawa mereka.

Thunivu

Filem aksi lakonan Ajith Kumar mengisahkan tentang seorang dalang misteri dan pasukannya mengganas di tebing Chennai dengan beberapa siri rompakan. Awasi filem tamil kaya aksi ini di pawagam berdekatan anda.

Cowell sebagai yanyi
12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 23 HITS
Pada 2017, beliau memenangi Anugerah Muzik Video MTV untuk Kolaborasi Terbaik untuk lagunya I Don’t Wanna Live Forever bersama Taylor Swift. Zayn mempersembahkan versi baharu lagu ikonik filem animasi Disney, Aladdin A Whole New World bersama Zhavia Ward untuk runut bunyi filem itu pada tahun 2019. Marc Anthony, Lenny Kravitz, Uma Thurman Jonas Brothers, Irving Azoff dan ramai lagi bintang yang bakal dipotretkan untuk Hollywood Walk of Fame Class of 2023 Tinggal kenangan. Zayn Malik ketika menganggotai kumpulan One Direction. Jadual Tayangan: 12 Januari 2023
Birthday Shoutout! Zayn Malik ke-30
105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru LEBIH 15,000 PENGUNJUNG BANJIRI KONSERT AMBANG TAHUN BARU 2023 SURIA FM x IOI CITY MALL PUTRAJAYA SURIA

Persembahan pembukaan daripada Hydra Band dan pertunjukan silap mata dari ‘Mark & Pinky’ telah mencuri tumpuan lebih 15,000 pengunjung Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria Fm x IOI City Mall Putrajaya yang diadakan di Symphony East, IOI City Mall pada 31 Disember 2022 (Sabtu) lalu.

Bukan itu sahaja, persembahan dari barisan artis popular seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee, Syameer Azmi, Zulhadi, Hasif Upin, Bil Musa, Bell Yu Tian dan Geraldine turut mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat yang berada di lokasi. Kemeriahan hangat terasa dengan kehadiran tiga penyampai Suria FM iaitu Suraya, Shuib dan Sharifah Shahirah (Rara) selaku host konsert pada malam itu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Alhamdulillah, konsert ambang tahun baru kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria yang sudi hadir memberikan sokongan.”

Ujarnya, “Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari Suria FM buat semua pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Kami berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama-sama meraikan kehadiran tahun baru sambil berhibur bersama insan tersayang.”

Sepanjang konsert berlangsung, pengunjung turut memenangi hadiah ‘Giveway’ dari Parkson, The Body Shop, Object, Bath & Body Works, Wings, Homepro dan Ayu Borneo. Selain itu, mereka juga berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15 dengan harga promosi!

suriamalaysia Facebook: @SuriaMalaysia TikTok: @suriamalaysia
Twitter:
Instagram:
Youtube: SuriaTV
@suria_malaysia
SURIA SPACE
Sambutan Suria 15 Tahun di Genting Dream Cruise
SURIA FM x IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Wajah dijadikan kanvas untuk berkarya

Jurusolek terkenal, Khir Khalid berbicara mengenai limitasi yang membataskan kreativiti.

DARI sejernih dan sepolos wajah sehingga bertenaga dan penuh dramatik, Khir Khalid jarang sekali menghampakan setiap transformasi pendamba sentuhan solekannya. Berusia 43 tahun, anak jati kelahiran Johor Bahru dan pemegang Diploma Fesyen di International Fashion Training Centre (IFTC) itu mula aktif dalam dunia seni solekan pada tahun 2000 dan ya, sehingga ke hari ini, namanya masih utuh meskipun jelapang kerjaya solekan dan kecantikan dibanjiri nama-nama baharu.

Bisnes solekan. Apa komen anda?

Apa yang saya boleh katakan ia berubah secara total 360 darjah berbanding 10 tahun dahulu. Ia berlaku begitu drastik. Pun begitu ada pro dan kontranya. Situasi ini mengajar saya mencari dan mencipta kelestarian diri. Saya kekal dengan identiti sentuhan tetapi, mengolahnya selari dengan rentak permintaan semasa.

Apa langkah bagi seseorang jurusolek itu untuk terus kekal relevan?

No matter how good are you, terpaksa terima hakikat yang ini adalah zaman media sosial. Semua orang ada potensi untuk terkenal dan

popular, terpulang kepada bagaimana anda rangka pelan di media sosial. Sesiapa pun (tidak kira jurusolek profesional atau mereka yang berminat dengan dunia solekan) akan muat naik foto hasil kerja atau karya di media sosial. Saya juga tidak ketinggalan. Alhamdulillah, lambakan tutorial atau sebagainya tidak sedikit pun mengganggu gugat periuk nasi saya. Malah, saya masih disini dan khidmat diperlukan.

Apakah faktor anda masih dicari?

Semuanya terpulang cara kita ‘jual’ diri kita. Cara kita meletakkan diri kita dalam pasaran. Dan saya tidak mudah mengalah atau akur dengan arus semasa yang menjadi kiblat semua jurusolek. Tetapi, itu tidak bermakna saya ketinggalan. Sentuhan saya adalah sentuhan saya. Manakala cara promosi atau keberadaan dalam gelanggang kerjaya mesti mengikut tututan semasa. Diri sendiri kena kuat. Kena ada keyakinan yang tinggi. Jangan sesekali takut dengan kemunculan pesaing baharu. Kebanyakan jurusolek senior ‘hilang’ kerana tidak dapat atau enggan menerima perkara baharu dalam kerjaya mereka. Kekalkan kepakaran, namun jangan sesekali pegunkan potensi diri meneroka kaedah baharu

Karya baharu Khir Khalid untuk sampul depan album Dayang Nurfaizah.

meletakkan diri di posisi yang selayaknya dalam pasaran. Saya tidak terlalu mencuba, tetapi my work speak up by itself!

Bagaimana anda blend in dengan jurusolek generasi baharu?

Mereka yang mahu menjadi seperti saya. Mahu menjadi another me, tetapi ia sukar digapai kerana kepakaran adalah DNA kepada seseorang. Andai disalin sekali pun, ia tetap berstatus salinan. Apa yang boleh saya katakan, jadilah diri sendiri dengan penuh keyakinan. Be real. Saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh orang yang betul.

Apakah yang melimitasikan kreativiti?

Mereka yang bertudung atau berhijab kerana trend. Jangan sesekali salah faham dengan apa yang saya nyatakan. Pada pandangan saya, 80 peratus perempuan yang berhijab menggunakan hijrah sebagai alasan. Berhijab kini adalah atas alasan trend. Bukannya hijrah sebenar. Golongan inilah yang membuatkan industri nampak ketinggalan. Maaf cakap, tudung kini hanya ‘wayang’ semata-mata. Anda lihat Noorkumalasari dan Mizz Nina? Itulah tafsiran hijrah sebenar pada mata saya.

12 JANUARI –18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 26 MODE
Selain Dayang Nurfaizah, Datin Seri Camelia juga antara yang sinonim dengan sentuhan solekan Khir Khalid. Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti yang mendapat transformasi wajah sentuhan solekan Khir Khalid. Kenangan ketika dinobatkan sebagai Make Up Artist Of The Year pada Acara KLFW 2021. Ketika berkerja berpasukan mereka imej Raja Rock Malaysia, Amy Search. Oleh FAIZAL HARUN NASUTION

Laminasi cara baharu membentuk kening

ALIS kening adalah satu titik pada wajah yang penting dalam membingkai muka untuk kelihatan anggun.

Bentuk kening yang sesuai dengan wajah dapat mengubah gaya seseorang sama ada tampak garang atau lembut.

Standard kecantikan di seluruh dunia mempunyai bentuk pilihan tersendiri mengikut cita rasa.

Kebanyakan masyarakat di Korea Selatan menggemari bentuk kening lurus kerana ia dikatakan membentuk wajah tampak suci.

Di negara ini pula tiada bentuk kening spesifik yang popular, namun kebanyakan wanita mula mengikut trend kening rapi hasil brow lamination

Dipopularkan para selebriti dan model terkemuka ramai tidak mengetahui bahawa trend lamination kening berasal dari Rusia.

Hasilnya bulu kening tampak lurus ke atas seolah-olah disikat dengan spoolie dan dirapikan menggunakan gel.

Lebih menarik, bentuk kening akan kekal terletak sepanjang hari.

Ini antara yang anda perlu tahu sebelum berhasrat mendapatkan rawatan tersebut.

Lamination kening merupakan rawatan yang mana juruteknik kening menggunakan larutan kimia bagi melembutkan folikel rambut.

Kemudian, bulu kening akan dibentuk semula agar tampak lebih

halus, bersinar dan terangkat menghasilkan wajah bak supermodel.

Penetapan bulu kening secara separa kekal arah menegak menjadikannya seolah-olah disikat.

Menurut Pengasas Latelle Facial Bar, Hanna Peleshok, rawatan itu sesuai buat wanita yang mempunyai bulu kening kerinting semula jadi, tidak terurus atau menghala ke bawah.

“Kebiasaannya, cecair kimia khas untuk tujuan perm akan digunakan bagi mengubah arah bulu kening tumbuh.

“Proses ini mengambil masa kirakira satu jam sahaja dan hasil rawatan kekal selama antara empat hingga enam minggu,” katanya ketika dihubungi Majoriti 7 barubaru ini.

Menurutnya, rawatan tersebut seperti membuat keratin atau meluruskan rambut cuma bezanya ia diaplikasi pada bahagian kening sahaja.

Jelasnya, sebelum rawatan dilakukan juruteknik kening akan melukis terlebih dahulu bentuk kening bagi menentukan kesesuaian bentuk wajah.

Selain itu, warna kulit, rambut dan mata turut memainkan peranan dalam menentukan bentuk kening berkenaan.

Mengulas lanjut, Hanna juga berkongsikan tip bagi mereka yang berhasrat untuk melakukan rawatan berkenaan.

“Wanita hamil tidak digalakkan menjalankan rawatan ini kerana dikhuatiri bahan kimia akan menjejaskan kandungan.

“Elakkan retinol, asid alfa hidroksi (AHA) dan produk penjagaan kulit pengelupasan yang lain sekurangkurangnya 48 jam sebelum sesi janji temu kerana ini boleh menyebabkan tindak balas dengan larutan kimia,” tuturnya.

Mengakhiri kata, Hanna menjelaskan bahawa rawatan itu dijamin halal buat wanita Muslim kerana ia bukanlah prosedur tatu kening.

Kos rawatan pula kira-kira RM200 hingga RM230 bergantung kepada tempat rawatan di negara ini.

Evolusi bentuk kening sepanjang zaman

Tahun 1980: Kening semula jadi dan tebal

Tahun 2000: Kening pensil halus melengkung

Tahun 2015: Kening mekap Instagram

Tahun 2022: Kening terangkat rapi

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 CANTIK SEGAK 27
Oleh AZIAH NOH Foto LATELLE FACIAL BAR
2022 2000 1980
Hanna Peleshok
2015

Terapi

bunyi redakan stres

MENDENGAR muzik kegemaran sering menjadi pilihan untuk menghilangkan tekanan kerana disifatkan mampu menenangkan fikiran selepas seharian sibuk melunaskan rutin harian.

Selain alunan muzik dari instrumen seperti drum, piano dan gitar, terapi bunyi atau sound healing menggunakan mangkuk berasaskan kristal atau logam juga antara medium ideal membantu merehatkan minda dan badan.

Bahkan, kajian Universiti California, Amerika Syarikat tahun 2016 juga membuktikan bahawa terapi berkenaan membantu mengurangkan tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kesakitan fizikal pada tahap fisiologi.

Lantas, apakah manfaat sound healkepada tubuh badan dan minda?

Pemilik bersama Sound Healing Universe, Sarleia Betty memberitahu, terapi tersebutr adalah teknik seni bunyi telah digunakan sejak berzaman bagi membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Beliau mengetengahkan bahawa teknik terapi bunyi menggunakan mangkuk nyanyian kristal Alchemy dan pilihan instrumen adalah pelbagai.

“Kesejahteraan meliputi bantuan meningkatkan kualiti emosi, fizikal, mental dan rohani.

“Ini disebabkan purata tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air dan ia menyerap getaran bunyi bagi membantu stimulasi badan meningkatkan,” katanya.

Jelas Sarleia, 50, teknik itu mengaktifkan sistem saraf parasimpatik atau sistem rehat dan penghadaman yang mempengaruhi secara fisiologi dan emosi.

“Terapi ini juga dapat membantu penyembuhan emosi yang mengurangkan ketegangan, kebimbangan dan kemurungan.

“Ini termasuklah, membantu mengurangkan tekanan negatif dan menggalakkan tidur dan rehat diperlukan tubuh.

“Pada masa sama membantu meningkatkan imuniti dan menggalakkan pemikiran serta emosi positif, sekali gus meningkatkan aliran tenaga penting, kreativiti, gerak hati dan motivasi tinggi,” jelasnya memiliki pengalaman sedekad dalam bidang terapi bunyi.

Bicara lanjut, beliau menyatakan bahawa teknik terapi bunyi mudah dikendalikan yang mana individu hanya perlu menyarungkan pakaian selesa bagi membolehkan sesi dijalankan secara duduk atau baring.

“Pertama, anda perlu berfikiran terbuka dan menerima. Tindakan ini membolehkan gema frekuensi meresap dan memberikan manfaat lebih besar.

“Ia juga dijamin selamat untuk semua peringkat umur. Bagaimanapun, perhatikan tahap keselesaan kanak-kanak kerana sistem saraf mereka lebih sensitif kepada bunyi,” tuturnya.

Berkongsi pengalaman peribadi, beliau memberitahu sebagai individu pernah mengalami tekanan, terapi diperkenalkan Alchemy Crystal Singing Bowls pada tahun 2011 oleh Yantara Jiro (pengasas bersama Sound Universe International) banyak mengubah dirinya.

“Saya mengalami kemurungan dan mudah tertekan. Seperti yang kita ketahui, keadaan emosi saling berkaitan dengan kesejahteraan fizikal seseorang. Saya mengalami insomnia dan sering jatuh sakit sebelum mengenali teknik terapi ini.

“Bunyi mengubah sepenuhnya kehidupan saya melibatkan semua peringkat termasuk fizikal, emosi dan mental,” cerita beliau.

TERAPI BUNYI

l Kaedah getaran.

l Nada frekuensi bantu mengembalikan kesegaran badan.

l Membantu kurangkan tekanan.

l Pilihan alternatif selain yoga.

l Menggunakan mangkuk khusus.

28 HOLISTIK MAJORITI 7
Oleh FATIN SHAHAR Sesi terapi bunyi membantu mengurangkan tekanan.

Robotik da Vinci Xi bantu pembedahan kompleks

SEIRING kepesatan teknologi moden hari ini bidang perubatan juga tidak terkecuali menaik taraf dengan menggunakan teknologi pembedahan robotik yang disifatkan mengambil alih kaedah konvensional.

Teknologi pembedahan robotik memiliki kelebihan berbanding pembedahan konvensional menggunakan tangan manusia yang mana jangkauan tangan pakar bedah terbatas.

Sementelah itu, sudut peralatan pembedahan biasa pula hanya dua dimensi (2D).

Selepas kejayaan sistem Pembedahan da Vinci Si dilancarkan pada tahun 2016 kini Pusat Perubatan Sunway memperkenalkan Sistem Pembedahan Generasi ke-4, da Vinci Xi yang membantu pakar bedah menjadikan pembedahan kompleks lebih mudah.

Pengurus Besar, Perkhidmatan MIS (Pembedahan Invasif Minimum), Pembedahan Robotik dan Urologi, Dr. Helen Ng Hoy Loon berkata, teknologi hospital pintar terkini berjaya mentadbir lebih 1,000 pembedahan dibantu robot merentasi bidang ginekologi, urologi dan pembedahan am.

“Sistem Pembedahan da Vinci Generasi ke-4 membawakan pelbagai fungsi baharu berbanding tiga sistem terdahulu.

“Seni bina instrumen lengan di bahagian atas membolehkan capaian anatomi dari hampir semua kedudukan, keupayaan memasang endoskop pada empat lengannya, saiz lengan lebih kecil dan nipis dengan sendi baharu membolehkan pelbagai pergerakan,” jelasnya.

Beliau menambah, pembedahan robotik biasanya meminimumkan kehilangan darah, mengurangkan masa pemulihan pasca pembedahan dan membolehkan ketepatan dalam

Tekanan bawa kebaikan

melaksanakan prosedur. Ia sekali gus menyelamatkan tisu sihat daripada kerosakan.

“Penyembuhan pula lebih cepat dan tahap kesakitan lebih rendah sehingga menjadikan tempoh rawatan di hospital singkat berbanding pembedahan konvensional.

“Teknologi pembedahan da Vinci Xi memudahkan pembedahan dengan membenarkan pakar bedah mempunyai rangkaian pergerakan lebih luas dan penglihatan bertambah baik,” ujar beliau lanjut.

Dalam pada itu, bantuan pembedahan robot turut membolehkan pakar menjalankan prosedur dengan ketepatan lebih tinggi termasuklah pembedahan laparoskopi.

“Kemahiran dalam pembedahan laparoskopi boleh menjadi lebih mencabar secara teknikal dan sering dikaitkan dengan beberapa had seperti ketidakstabilan kamera, pelbagai gerakan terhad dan pemantauan 2D. Ini

HASIL kajian perubatan Universiti California, Amerika Syarikat mendapati tekanan boleh menyebabkan sel dalam otak bekerja lebih pantas memandangkan sistem kognitif terjana lebih hebat.

Burn out istilah popular sering kali digunakan itu melambangkan tekanan dialami seseseorang baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Secara asasnya, tekanan dialami tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun memberi impak secara halus sehingga menganggu mental dan emosi.

Jika mengalami tekanan berpanjangan anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk sesi konsultasi bagi mengenal pasti punca tekanan dan solusi terbaik mengawal situasi dialami.

Bagaimanapun, jangan terkejut bahawa tekanan ataupun stres sebenarnya turut menyumbang pada tiga kebaikan.

1. Elak demam atau selesema

Tekanan menjadi antara pelindung tubuh daripada serangan penyakit

menyebabkan proses membedah pesakit dalam keadaan rumit.

“Kini tidak lagi dengan bantuan penglihatan tiga dimensi (3D) dan melakukan pergerakan lebih tepat dengan EndoWrist iaitu peralatan dapat membengkok dan berpusing jauh lebih baik daripada pergelangan tangan manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Helen menjelaskan, sistem pembedahan da Vinci juga dapat membuat potongan lebih kecil dan tepat dan pergerakan lebih konsisten.

“Sistem pintar seumpama ini membantu pakar bedah memberikan pengalaman pemulihan dengan lebih cepat dan selesa kepada pesakit.

“Dengan melakukan lebih banyak pembedahan menggunakan teknologi robotik dapat membantu dari segi menyediakan masyarakat fasiliti terbaik untuk menjalani kehidupan tanpa rasa sakit,” ujarnya.

seperti demam atau selesema. Situasi itu menggalakkan penghasilan bahan kimia iaitu interleukins dalam badan berfungsi melawan jangkitan penyakit.

2. Diri lebih kuat

Antara kebaikan stres adalah membantu otak dan tubuh menjadi lebih kuat, sekali gus mampu berdepan pelbagai permasalahan secara tenang.

3. Galak hubungan interpersonal

Tekanan juga dapat membina hubungan interpersonal yang mana ia kunci kepada kesihatan keseluruhan.

Hubungan sosial salah satu faktor utama memberikan ketenangan antara satu sama lain khususnya ketika berkongsi masalah dan tekanan dialami.

Perkongsian masalah antara satu sama lain mampu mewujudkan persekitaran positif berbanding negatif.

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 HAB SIHAT 29
Sistem Pembedahan da Vinci Xi Generasi ke-4 membawakan pelbagai fungsi baharu. TAHUKAH ANDA! Hubungan sosial dapat dibina khususnya ketika berkongsi masalah dan tekanan dialami antara satu sama lain. Helen Ng Hoy Loon

kekal mewah & meriah

masih utuh.

ADA sesuatu yang saya rasa tidak adil, namun pada waktu yang sama menakjubkan tentang kota Paris. Seburuk mana pun berita yang muncul tentang kota ini (gara-gara demonstrasi dan pelbagai drama sosial yang lain), ia tetap kekal unggul sebagai salah satu bandar raya paling bergaya di dunia!

Berkat pelbagai kisah romantis yang dicitrakan seperti The Hunchback of Notre Dame oleh Victor Hugo, sehing galah siri Emily In Paris di Netflix, Paris entah bagaimana terus berjaya memegun seantero dunia.

Kini bertahun-tahun selepas alaf baharu, kota cahaya ini terus memukau manusia sebagai salah satu kota paling mewah dan bergaya di planet ini. Sungguhpun dilanda wabak Covid-19 seperti pelusuk-pelusuk lain di dunia, daya tarikan Paris

Bersiar-siar di jalan Rue Saint Honoré membuktikan bahawa jalan tersebut yang dipenuhi dengan aneka butik jenama-jenama termewah dunia masih lagi jalan pilihan golongan berada dan berjiwa seni dalam memenuhi kepuasan material mereka.

30 NOMAD MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023

Michelin, Thierry Marx. Restoran khasnya Sur Mesure, terletak di dalam hotel Mandarin Oriental dan meraih dua bintang Michelin enam bulan sejurus pembukaan. Hotel yang mesra alam dan prihatin akan kelestarian juga mempertaruhkan Camélia, satu lagi restoran di bawah pengurusan Thierry Marx yang menyajikan hidangan terbaik untuk sarapan, makan tengah hari dan

Jangan lupa untuk memanjakan diri di spa bertaraf dunia mereka yang terletak di tingkat bawah tanah hotel.

Hanya beberapa minit perjalanan dari kawasan mewah ini merupakan tarikan pelancongan lain seperti Muzium Louvre, dataran Vendome, dan Palais Présidentiel de L’Élysée (Presidential Palace).

Untuk malam yang indah, cuba naiki kapal persiaran di sepanjang Sungai Seine untuk menyaksikan kegemilangan Paris sesudah senja.

Jika ingin mengintai sedikit kenakalan, singgah ke Moulin Rouge untuk menonton tari Can Can dan Kabaret yang terletak di Boulevard de Clichy, di Place Blanche, penghu-

Esoknya, bersarapanlah di Menara Eiffel dan kemudian curi waktu mengambil gambar di ceruk terkini Paris yang popular iaitu jalan Rue Crémieux. Dikelilingi bangunan berwarna-warni di satu sudut tersembunyi Paris, ia kini lokasi pilihan untuk mengabadikan detik-detik Paris anda tanpa perlu berebut dengan pelancong lain.

Yang jelas, ini hanyalah sekelumit tempat-tempat mewah di Paris yang kami syorkan. Ada banyak lagi lokasi lain jika anda punya lebih waktu di sini. Jadi pastikan kembali untuk lebih mengenali Paris.

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 NOMAD 31

Video pemasaran media sosial

Penggunaan video sebagai strategi pemasaran antara trend menarik bagi F&B 2023.

Kandungan pelbagai seperti testimoni pelanggan, temu bual tukang masak, video penghantaran makanan ke rumah atau mungkin juga kuiz trivia dapat menarik perhatian pelanggan.

4

Menu berasaskan

Aliran F&B 2023

INDUSTRI makanan dan minuman (F&B) terus berkembang setiap tahun dengan membawa aliran baharu selari permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.

Jangkaan aliran global yang dikongsikan pelbagai pihak profesional sektor F&B turut tidak mengenepikan Malaysia iaitu antara negara menjadi destinasi pelancongan pilihan.

Secara global, setiap tahun pemain industri berlumba-lumba mengetengahkan kesegaran idea bagi menarik perhatian pelanggan, sekali gus memberikan pembaharuan terhadap sektor tersebut.

Bagi tahun 2023, jom jengah aliran baharu yang bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan, bahkan ideal buat anda ingin berjinak-jinak menceburi bidang F&B.

Teknologi konsep ‘Dapur Hantu’

Usah khuatir, anda tidak perlu berdepan dengan entiti menakutkan, sebaliknya konsep dikenali Ghost Kitchen adalah restoran beroperasi tanpa menyediakan perkhidmatan makan di restoran.

Model bisnes itu mula berkembang susulan permintaan perkhidmatan penghantaran makanan naik secara mendadak sejak pandemik Covid-19.

Konsep itu juga membolehkan pengusaha mengetengahkan menu masakan untuk pelbagai jenama berlainan.

tumbuhan

Aliran pengambilan menu vegan dan berasaskan tumbuhan bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan penggiat industri, tetapi secara individu di dapur rumah.

Diet vegan dan berasaskan tumbuhan disifatkan sihat dan mudah disediakan sebagai menu harian.

Pasaran runcit turut memperlihatkan pelbagai jenama tersohor mula mengetengahkan variasi hidangan sejuk beku berasaskan tumbuhan.

6

Restoran Michelin Guide

Pada pertengahan Disember 2022, Michelin Guide buat julung kalinya tiba di hab kulinari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, bagi mengenal pasti kulinari terbaik dan pengalaman gastronomi ditawarkan pemain restoran.

Dengan anggaran 97 restoran terpilih, empat daripadanya diberikan satu bintang Michelin untuk kualiti masakan tinggi.

Sementara itu, 32 lagi jenama restoran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menerima anugerah Bib Gourmand kerana menyediakan hidangan enak pada harga murah.

Pemasaran Google My Business

Integrasi teknologi dan pemasaran membuka peluang perniagaan lebih luas buat pengusaha F&B.

Di sinilah teknologi digital muncul untuk memudahkan pengurusan dan operasi restoran.

Peralihan menggunakan teknologi seperti kod QR, pesanan dalam talian, pembayaran tanpa sentuh, inventori automatik dan perisian pengurusan kakitangan juga diterapkan.

5

Perubahan iklim dan cabaran ekonomi mengubah tingkah laku pengguna dalam pembelian.

Kajian mendapati pengguna masa kini mencari jenama yang mengambil berat tentang kelestarian alam sekitar.

Tarikan yee sang De.Wan 1958 by Chef Wan

SEMPENA musim perayaan Tahun Baharu Cina, restoran De.Wan 1958 by Chef Wan milik cef selebriti tersohor, Datuk Chef Wan memperkenalkan hidangan yee sang halal dan unik untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.

Restoran De.Wan 1958 by Chef Wan mengetengahkan pilihan menu Malaysia Yee Sang 2022 menggabungkan hidangan Melayu dan Cina terdiri daripada gandingan pucuk paku, pomelo,lobak, betik muda, tauhu bakar, ulam, otak-otak dan ketam goreng.

Buat para pelanggan yang ingin menikmati sajian yee sang menarik,

Chinese New Year 2022 Set Menu I, II dan III masing-masing menawarkan kombinasi menarik menggunakan daging kambing, sotong bakar, salmon dan udang galah yang membangkitkan selera.

Set menu empat hidangan itu turut menggabungkan elemen hidangan utama masakan Melayu bersama pencuci mulut klasik yang pastinya memberikan kelainan terhadap sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Justeru, jangan lepaskan peluang menjamu selera bersama keluarga dan teman di semua rantaian restoran De.Wan 1958 by Chef Wan antara 15 Januari hingga 15 Februari 2023.

Konsep kafe

Jika sebelum ini konsep restoran menjadi perhatian, tetapi untuk 2023 dijangkakan lebih banyak kafe dibuka untuk memenuhi keinginan permintaan pasaran semasa.

Memberikan kelainan, pelanggan boleh memilih pelbagai konsep kafe unik dengan hiasan dalaman berbeza untuk tujuan bergambar, bahkan bersantai bersama rakan.

7 8

Kelangsungan alam sekitarPerkhidmatan penghantaran

Perkhidmatan penghantaran makanan masih relevan termauk keperluan harian dan barangan runcit.

Perkhidmatan seperti itu terus mendapat sambutan kerana kesibukan pelanggan dan menjimatkan masa.

INFO

De.Wan 1958 by Chef Wan Lokasi: l The LINC KL, Kuala Lumpur l Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor

Harga: l RM98++ (kecil) l RM158++(besar)

Tambahan harga:

l Snow Pear (RM38++)

l Smoke Salmon (RM48++)

l Abalone (RM68+)

l Chinese New Year 2023 Set Menu I (RM1,388++)

l Chinese New Year 2023 Set Menu (RM1,688++)

l Chinese New Year 2023 Set Menu III (RM1,988++)

Talian perkhidmatan pelanggan: 03-2935 9375

32 YUMMY MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
1 3
2

Rai kemanisan hidup dengan aroma kopiterkini

INSPIRASI musim sejuk mencipta sensasi yang cukup menyelerakan dan Starbucks melangkah masuk ke tahun baharu dengan perisa minuman terkini yang serba unik. Sebagai pembuka tirai 2023, ada tiga jenis minuman diperkenalkan.

Starbucks Hazelnut Dolce Latte, Starbucks Jasmine Clementine Pure Matcha Latte dan Starbucks Jasmine Clementine Pearls Oolong menampilkan kombinasi rasa yang mampu melayangkan minda sesiapa pun untuk kembali ke masa lalu.

Kandungan kekacang, matcha dan oolong semestinya menjadi perisa pilihan oleh masyarakat setempat dan Starbucks mengadunnya menjadi antara minuman baharu yang paling menyegarkan!

Starbucks Hazelnut Dolce Latte

Perisanya daripada Signature Starbucks Espresso, sememangnya cukup mewah. Bersama tambahan susu suam berkrim dan sos dolce hazelnut bancuhan diakhiri dengan taburan serbuk mocha. Kopi aromatik Hazelnut Dolce Latte hadir dalam minuman panas atau sejuk, boleh ditambah krim putar untuk meningkatkan kesedapan.

Latte Matcha Tulen Starbucks

Jasmine Clementine

Kemanisan matcha asli dibancuh bersama jasmin dan susu berkrim.

Minuman inovatif ini agak ringan, tetapi mantap dengan sensasi sitrus. Jasmine Clementine Pure Matcha Latte sebagai minuman panas sungguh aromatik dan bancuhan bersama ais mencetus kesegaran segera.

Starbucks Jasmine Clementine Pearls

Oolong

Kecapi minda yang zen tatkala menghirup minu-

man campuran antara pati jasmin clementine dan pulpa buah-buahan, kemudian digoncang dengan teh Zen Clouds Oolong bersama sirap. Rasanya seolah-olah ‘berlapis’, hasil kombinasi bersama oren, sitrus dan oolong. Jasmine Clementine Pearls Oolong juga cukup nikmat apabila dinikmati bersa ma ais.

Harga Starbucks Hazelnut Dolce Latte dan Starbucks Jasmine Clementine Pure Matcha Latte bermula dari RM19.60 dan Starbucks Jasmine Clementine Pearls Oolong pula berharga RM19.10 ke atas.

Buka selera dengan pemanis mulut

Starbucks turut mengesyorkan rangkaian kek dan mufin yang cukup sempurna untuk dipadukan bersama minuman-minuman baharu ini. Cuba Muffin Starbucks Yuzu Chia Seed Starbucks dan Starbucks Tropical Paradise Cake yang menawarkan rasa pelbagai antara lapisan mangga, krim kelapa dan pandan.

Jangan lupa untuk turut mencuba Starbucks Wholemeal Bagel yang dihidangkan bersama krim keju krim. Selain itu, Starbucks Peanut Butter Chocolate Cake, Starbucks Hazelnut Chocolate Cake dan Starbucks Neapolitan Cake begitu membuka selera.

Bagi golongan yang mengikuti diet vegan, Starbucks Vegan Mocha Coconut Cake adalah untuk anda!

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 YUMMY 33
Variasi Starbucks Winter. Kek Neapolitan. Classic Wholemeal Bagel hadir bersama krim keju. Yuzu Chia Seed Muffin. Kek Peanut Butter Chocolate. Kek Tropical Paradise. Kek Hazelnut Chocolate.

The Sound Of Music di pentas IB

THE Sound Of Music kembali dipentaskan selama tiga minggu hingga 15 Januari 2023 di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur selepas dua tahun teater muzikal antarabangsa tidak membuat persembahan di negara ini akibat penularan Covid-19.

Bertambah menarik seramai 17 pelakon cilik tempatan dipilih membawa watak enam kanak-kanak secara bergilir-gilir bagi pementasan teater muzikal yang mula dipentaskan pada 27 Disember lalu.

Kanak-kanak tersebut dipilih antara 400 bakat cilik tempatan yang menghadiri sesi

Menarik minggu ini

Disember 2022 - 15 Januari 2023

Sound Of Music

1 & 5 petang (Ahad) , 3 petang (Sabtu), 8.30 malam (Selasa hingga Sabtu)

Istana Budaya, Kuala Lumpur

Januari 2023

Bazaar

3 petang

Rain Tree Rain, The ERA, Kuala Lumpur

Januari 2023

Year’s Concert

8.30 malam

Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur

Januari 2023

Outrun 2022

6.30 pagi

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Januari 2023

Food Expo

10 pagi - 10 malam

Midvalley Convention Center Hall 3, Kuala Lumpur

uji bakat pada Jun 2022. Penilaian dilakukan oleh produksi antarabangsa, Broadway yang terdiri daripada penggiat seni teater profesional seperti Anthony C Daniel, James Gray dan Nate Patten.

The Sound Of Music merupakan pementasan teater adaptasi daripada filem muzikal terkenal pada tahun 1965. Ia mengisahkan Maria seorang pengasuh penyayang telah berjaya mengubah kehidupan Kapten Von Trapp dan anak-anaknya dengan memperkenalkan muzik ketika dalam penerbangan melintasi pergunungan Austria.

Dunia pada ketika itu tegang sebelum tercetusnya perang dunia kedua.

Perjalanan teater menyentuh perasaan tanpa mengira usia itu berjaya membuai penonton dengan himpunan lagu popular sehingga hari ini.

Antaranya lagu yang dipersembahkan dalam pementasan The Sound Of Music adalah seperti My Favourite Things, Do-ReMi, Climb Ev’ry Mountain, Edelweiss, The Lonely Goatherd, Sixteen Going on Seventeen dan lagu wajib, The Sound of Music

The Sound of Music merupakan susunan khas oleh Concord Theatricals dan NETWorks Presentations, Richard Rodgers (muzik), Oscar Hammerstein II (lirik), Howard Lindsay dan Russel Crouse (buku) serta The Trapp Family Singers oleh Maria Augusta Trap.

1. The Sound Of Music mengisahkan Maria, pengasuh penyayang dan berjaya mengubah kehidupan Kapten Von Trapp dan anak-anaknya.

2. Teater ini adalah adaptasi daripada filem muzikal terkenal pada tahun 1965.

Seramai 17 pelakon cilik tempatan dipilih membawa watak kanak-kanak dalam pementasan The Sound Of Music

Pementasan teater ini berlangsung selama tiga minggu hingga 15 Januari 2023.

34 KOMUNITI MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
3.
4.
l
l
12
CNY
l
l
l
l
l
l
15
l
l
3 2 1 4
27
The
14
New
15
Toyota
Tastefully

Kuala Lumpur Vintage Festival tarik minat baranganpecintarare

SELEPAS dua tahun ‘berehat’ berikutan pandemik Covid-19, Kuala Lumpur Vintage Festival kembali menemui pecinta barangan vintaj dan rare baru-baru ini. Berlangsung seawal 11 pagi hingga lewat malam di Bandar Malaysia Sungai Besi, festival edisi kelapan itu berjaya menarik minat 15,000 pengunjung termasuk dari Singapura, Brunei, Australia dan Jerman. Antara barangan yang dijual baju, seluar jaket, topi, helmet, barangan dekorasi antik,

kenderaan dan pelbagai lagi. Pengasasnya, Zaharah Nakibullah berkata, terdapat hampir 200 jenama dan rakan strategik seperti Anbot, Backwheels Bitches’s dan Naked 13 Caferacer bersama-sama menjayakan festival berkenaan.“Alhamdulilah, sambutan terhadap jualan amat memberangsangkan sehingga ada booth berjaya menjual motosikal Lambretta pada harga RM57,000,” katanya kepada Majoriti 7. Beliau turut memberitahu bahawa persembahan gig membabitkan 23 kumpulan baharu antara kelainan disediakan kepada para pengunjung.

Sesaknya nadi Kuala Lumpur

SEBAGAI warga kota yang menetap di tengah bandar metropolitan Kuala Lumpur, menggunakan khidmat pengangkutan awam adalah rutin pergerakan harian. Bukannya tidak suka memandu, tetapi apabila mengenangkan betapa jauh jimatnya masa ke pejabat menaiki pengangkutan awam antaranya Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

Dengan situasi berpusu-pusu dan beratur di dalam lokasi terhad sesungguhnya ia agak mencabar baik bagi saya mahupun penumpang lain.

Kami terpaksa ‘merebut’ peluang menaiki tren yang kadangkala mampu memuatkan lima atau enam penumpang sahaja setelah kapasiti penuh dari stesen sebelumnya.

Ejen M yakin sesungguhnya pilihan perjalanan sedemikian pilihan tepat.

Pun begitu, dalam memuji kepantasan dan efisien sistem perkhidmatan awam di Kuala Lumpur ada seperkara, saya ulang, seperkara yang kurang menyenang harus diperbaiki untuk kesejahteraan bersama.Lumrah waktu puncak ke pejabat mengundang kesesakan di platform menunggu tren. Ya, saya faham kebanyakan warga kota ingin ke pejabat tepat pada waktunya.

Kalau ikutkan kapasiti masih muat seorang dua lagi, tetapi kerana majoriti menggalas beg sandang khususnya, maka ruang yang ada sudah ‘dicuri’. Akhirnya, tidak kira wanita ataupun lelaki, masing-masing bersedia dengan aksi bak pemain ragbi.Merempuh masuk demi mencuri ruang yang ada agar tidak tertinggal atau lewat ke pejabat gara-gara perlu menunggu tren seterusnya.

Pendapat Ejen M adalah lebih wajar sekiranya tidak digalas beg tersebut, sebaliknya cuba menjinjit menggunakan sebelah tangan. Manakala, sebelah tangan lagi berpaut di tiang keselamatan.

lega sejak khidmat polis bantuan ditempatkan di stesen nampaknya aksi merempuh umpama sukan ragbi itu tidak lagi kelihatan. Tetapi, kesedaran sivik pengguna masih kekal sama. Masih tetap menggalas beg pada bahu tanpa memikirkan ruang yang dicuri buat para penumpang lain. Kena ingat, kita semua ingin keluar bekerja mencari rezeki.Sejujurnya, setakat ini dan hari ini, situasinya masih lagi terkawal. Pada kesempatan ini Ejen M ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kumpulan polis bantuan yang sentiasa bersiap siaga menangani sebarang masalah yang

ke destinasi yang ingin dituju. Demikianlah warna-warni peristiwa pagi Ejen M dan penumpang warga metropolitan. Inilah situasi yang dihadapi setiap hari demi mencari sesuap nasi. Namun begitu, tidak sesekali saya rasa jemu kerana berada di dalam tren ibarat berada di dalam ‘nadi’ yang menghidupkanteruspanorama metropolitan asli yang sebenar!

Oleh
12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 KOMUNITI 35
Penganjuran selama empat hari berjaya menarik 15,000 pengunjung. Zaharah Nakibullah Persembahan gig antara kelainan dibawa pada edisi kali ini.

Makan malam di food truck

TAPAK Urban Street Dining, Kuala Lumpur menampilkan keunikan tersendiri buat pengunjung untuk menikmati jamuan makan malam dengan pelbagai menu menarik.

Tidak keterlaluan penulis mengatakan bahawa jejak sahaja kaki di sana perut yang lapar semakin rancak berkeroncong tidak keruan jadinya.

Masakan tidak, aroma hidangan dimasak secara terus di setiap food truck yang beroperasi di Tapak Urban Street Dining menusuk hidung. Terlalu banyak pilihan memikat cita rasa.

Sebutlah apa sahaja daripada nasi lemak, masakan ala Barat, snek, mi goreng, pasta, manisan dan variasi minuman semuanya ditawarkan di sana. Ini bermakna pengunjung tidak perlu bimbang kerana macammacam ada.

Dibuka seawal pukul 5 petang hingga tengah malam Tapak Urban Street Dining turut mempunyai cawangan lain seperti Stadium KL, Cyberjaya, Shah Alam dan Queensbay di Pulau Pinang.

Menyorot mengenai port makan malam seumpama ini ia merupakan cetusan idea tiga rakan baik yang berkongsi minat terhadap menikmati street food (makanan jalanan).

Ditubuhkan pada tahun 2016, Tapak Urban Street Dining menjadi lokasi pertama di Malaysia menghimpunkan pengendali trak makanan tempatan dan pencinta makanan ke arah budaya menikmati

makanan jalanan.

Faktor makanan tentunya tarikan utama, namun sejajar trend semasa ia menjadi port makan dan Instagrammable khususnya buat generasi muda.

Tapak Urban Street Dining misalnya, pengunjung berpeluang merakam foto kenangan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas yang merupakan ikonik Kuala Lumpur.

Tambahan pula limpahan lampu sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi keindahan pemandangan waktu malam di sana sambil menjamu selera.

Pada masa sama, pengunjung turut dihiburkan nyanyian kumpulan buskers tempatan. Jadi jangan lepaskan peluang mengunjungi Tapak Urban Street Dining berhampiran anda.

INFO

TAPAK Urban Street Dining

Lokasi:

l Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

l Stadium KL, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

l Cyberjaya Park & Ride Parking Space, Cyberjaya

l Seksyen 9, Shah Alam

l Queensbay, Pulau Pinang

l Evo PJ City, Petaling Jaya

l SS13 Subang, Subang Jaya

Masa operasi:

5 petang - 12 tengah malam (Isnin - Jumaat)

5 petang - 1 pagi (Sabtu & Ahad)

Web: https://www.ilovetapak.com

36 NEON MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Oleh SYED HAZIQUE SYED NOR Foto: IHSAN MEDIA SOSIAL TAPAK Tapak Urban Street Dining port ideal untuk makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan. Aneka makanan disediakan pada harga berpatutan. Para pengunjung juga akan dihiburkan kumpulan buskers tempatan.

LARANGAN rekreasi mendaki ketika negara berdepan pandemik Covid-19 dua tahun lalu telah mengubah aktiviti hujung minggu, Agussalim Salihuddin.

Enggan membiarkan minat terhadap aktiviti outdoor sepi begitu sahaja eksekutif sumber manusia itu beralih kepada aktiviti perkhemahan.

Pun demikian, beliau tidak memacak khemah di dalam hutan ataupun tepi pantai, sebaliknya berkhemah di atas kenderaan.

Menariknya, pemuda berusia 36 tahun itu sanggup membeli pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton dua bulan selepas membeli khemah khas untuk dipasangkan di atas kenderaan.

Nikmat berkhemah di rooftop 4x4

“Saya aktif mendaki sejak tahun 2007. Kadangkala mengambil masa hingga dua minggu keluar mendaki. Dari situ sudah terbiasa bermalam di dalam khemah.

“Jadi ketika pandemik yang mana aktiviti pendakian tidak digalakkan saya tetap mencari jalan untuk meneruskan minat berkhemah sehingga tercetus idea seumpama ini,” katanya kepada Majoriti 7 barubaru ini.

Menurut anak kelahiran Karak, Pahang tersebut keterujaannya semakin menebal selepas melihat trend aktiviti berkhemah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Tambahnya: “Bayangkan pada satu ketika tapak sewa untuk perkhemahan penuh, maka solusi terbaik saya cuba berkhemah di atas bumbung kenderaan.

“Saya beli khemah sekitar bulan September 2021 memandangkan

kereta sedia ada Suzuki Swift saiznya tak sesuai untuk pasang khemah.

“Dua bulan kemudian barulah saya membeli kenderaan jenis empat roda yang lebih sesuai dan besar.”

Bicara lanjut beliau memaklumkan telah membelanjakan hampir RM10,000 membeli khemah dan perkakasan tambahan.

“Khemah pilihan saya boleh memuatkan tiga orang dewasa. Selain itu, ia hadir bersama tilam berbanding khemah biasa yang nipis. Seronok berada di ‘atas’ kerana pemandangan disajikan sedikit berbeza berbanding pacak khemah di permukaan tanah.

“Bab memasak pula mudah kerana kelengkapan sudah disediakan di ruang belakang kenderaan. Jadi tidak perlu berangkut jauh-jauh untuk memasak,” katanya yang turut membawa khemah tambahan sekiranya disertai rakan-rakan lain.

Agussalim berkata, setakat ini beberapa kawasan air terjun, empangan, sawah padi, hutan, sungai dan pantai di seluruh Semenanjung telah menjadi port untuk beliau berkhemah di atas kenderaan. Tempoh paling lama pernah dilakukan empat hari tiga malam.

“Saya pilih tempat yang lain suasananya kerana inginkan pengalaman berbeza. Selepas ini saya ingin ke kawasan tanah tinggi seperti ladang teh di Cameron Highlands, Pahang.

“Alhamdulilah, momen yang dinikmati amat menyeronokan dan pergerakan menjelajah ke kawasan sekitar juga cepat sebab semuanya di dalam kenderaan,” jelasnya.

Sebelum menutup bicara, beliau turut menyatakan bahawa setiap enam bulan akan melakukan penyelengaraan bagi memastikan khemah berada

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 OBSES 37
dalam kondisi baik. Selain kawasan air terjun, tepi pantai, hutan dan sungai juga menjadi lokasi pilihan Agussalim berkhemah hujung minggu. Menurut Agussalim hampir RM10,000 telah dibelanjakan membeli kelengkapan berkhemah di atas bumbung kenderaan. Penggunaan pacuan empat roda memudahkan aktiviti berkhemah di kawasan yang laluannya mencabar.

Xploria Gamuda Gardens janji keriangan tanpa batasan

Oleh SYED HAZIQUE SYED NOR

BUAT warga kota metropolitan ingin mencari port beriadah pada hujung minggu, tetapi jauh dari hiruk-pikuk bandar yang sibuk dan bising Xploria Gamuda Gardens antara pilihan ideal.

Beroperasi di Rawang, Selangor kirakira 36 kilometer (km) dari Kuala Lumpur taman reakreasi tersebut ‘menghidangkan’ kedamaian dan kesejahteraan dengan dikelilingi alam semula jadi.

Pendek kata, Xploria Gamuda Gardens bukan sahaja memberikan keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik, bahkan pengunjung berpeluang melepaskan lelah dan menghirup udara segar.

Selain Horseback Riding, baik golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak boleh menyertai Program Nature School, Crazy Kart, Gardens Arena dan Water Biking.

Ini termasuklah melakukan aktiviti air seperti Stand Up Paddle The Carousel, Donut Boat Ride dan Big Bucket Splash.

Menerusi Donut Boat Ride orang ramai boleh menikmati panaromik indah sambil menelusuri tasik yang terbentang luas.

Harganya berpatutan bermula RM35 (setiap pasangan) bagi tempoh 25 minit. Sesi aktiviti tersebut dibuka pada Jumaat hingga Ahad antara pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi penggemar sukan berkuda pula untuk Horseback Riding anda akan

menunggang kuda sejauh 1.5km di laluan hutan. Usah bimbang kerana aktiviti berharga RM180 (seorang) untuk 45 minit itu akan ditemani pakar 3Q Equestrian Centre.

Bertambah menarik, Xploria Gamuda Gardens juga dilengkapi taman tema air dikenali Big Bucket Splash.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM18 dewasa dan RM36 kanak-kanak berbaloi memandangkan terdapat empat gelongsor dan kolam yang sesuai buat anak-anak.

Xploria Gamuda Gardens berkeluasan 328 hektar di koridor pembangunan utara yang semakin maju di Lembah Klang mudah diakses melalui laluan utama termasuk Lebuh Raya UtaraSelatan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

INFO

Xploria Gamuda Gardens

Lokasi: Persiaran Gamuda Gardens 1, Bandar Gamuda Gardens, Kuang, 48050 Rawang, Selangor

Web: https://glplay.com.my/web/xploria

l Laluan pejalan kaki dan berbasikal sepanjang 68 kilomer mengelilingi seluruh Xploria Gamuda Gardens.

l Taman aktiviti Skyline Luge iaitu sukan kereta luncur berkonsepkan tarikan graviti pertama di Malaysia.

Aktivti kayak juga turut disediakan di Xploria Gamuda Gardens.

Panorama menarik dan memukau menanti pengunjung Donut Boat Ride.

Aktivti Standup Puddle yang menyeronokkan.

Jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti Big Bucket Splash.

Crazy Kart sesuai untuk semua peringkat umur.

Taman rekreasi yang ideal buat seisi keluarga.

38 URBAN TREK MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
1 1 3 4 6 5 2 3 4 5 6
XPLORIA GAMUDA GARDENS

PENGELUAR syarikat permotoran popular dunia, Ducati memperkenalkan motor baharu Ducati DesertX yang memberikan pengalaman luar jangka.

DesertX jauh melangkaui batasan walaupun dengan semua keupayaan luar jalannya yang luar biasa. Jentera baharu berkebolehan tinggi tersebut memberi keyakinan dan keselesaan dalam prestasi di atas jalan menjadikannya salah satu motosikal paling

DesertX beri kepuasan maksima

serba boleh di Malaysia.

Enjin 937 cc sejukan cecair Testastretta 11° Desmodromic valvetrain yang terbukti adalah nadi kepada DesertX baharu. Dicirikan oleh prestasi dan kebolehpercayaan sangat baik enjin itu menghasilkan 110 hp pada 9,250 rpm dan tork maksimum 92 Nm pada 6,500 rpm dalam konfigurasi Euro5.

DesertX hadir dengan 6 Mod Menunggang berfungsi dalam kombinasi 4 Mod Kuasa (penuh, tinggi,

sederhana dan rendah) yang mengubahsuai kuasa dan responsif enjin Testastretta. Ciri baharu utama adalah tetapan khusus untuk Mod Enduro dan pengenalan Mod Rali baharu sebagai tambahan kepada Sport, Touring, Urban dan Wet.

Ketua Syarikat Ducati Malaysia Dennis Michael berkata, daripada reka bentuk yang berubah-ubah kepada kejuruteraan mantap DesertX adalah keluaran terbaharu Ducati yang sangat unik.

“Apabila

sangat istimewa.

“Anda mungkin mendominasi laluan rali di luar jalan raya, mengharungi jalan berliku laju, atau sekadar selesa meredah jarak jauh di lebuh raya, namun DesertX mampu melakukan semuanya. Ia adalah kenderaan membawa kepuasan tidak terhingga merentas semua jenis tunggangan,” katanya.

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia menganjurkan acara Ford Inner Circle. Acara tersebut dihadiri para pelanggan Ranger generasi baharu ke bilik pameran utama Ford di Sime Darby Motors City di Ara Damansara, Selangor.

Ia bertujuan menyediakan platform berasaskan komuniti yang mana pel-

anggan kenderaan Ford generasi baharu boleh berhimpun bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mempunyai minat sama.

Pada masa sama, berpeluang menikmati pelbagai kelebihan termasuk jemputan ke acara VIP dan acara eksklusif lain.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga mempunyai akses kepada sesi

penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford di seluruh negara. Sesi itu direka untuk membantu mereka menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan ciri pintar lain yang terdapat di kenderaan masing-masing.

Sebagai sebahagian daripada Ford Inner Circle, pelanggan Ford Ranger dan Raptor generasi baharu akan

menerima kad istimewa bagi menikmati potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways mereka yang pertama.

Ford Ranger Getaways adalah untuk memberikan pengalaman premium dan menyeluruh tentang menjalani gaya hidup Ranger yang sebenar melalui pengalaman pemanduan dan kembara setempat.

12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023 MAJORITI 7 RODA 39
pasukan Ducati Malaysia menunggangnya buat pertama kali, kami semua bersetuju bahawa DesertX DesertX berupaya merentasi semua jenis permukaan jalan. Antara pemilik Ford Ranger yang hadir pada majlis tersebut.
Keistimewaan premium Ford Inner Circle buat pelanggan
Oleh SYED HAZIQUE SYED NOR

Faisal Halim permata baharu bola sepak tempatan

DIBERI jolokan ‘Mickey’ nama Faisal Halim kini menjadi sebutan dalam kalangan para peminat bola sepak, sekali gus menjadi idaman para jurulatih tempatan.

Pemain berusia 25 tahun itu mula menunjukkan minat dalam sukan bola sepak semasa menyertai program rancangan televisyen mencari bakat bola sepak, Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli Anak jati Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang tersebut kemudiannya menyarung jersi Penang FC B-19 pada tahun 2015 sebelum diserap masuk ke skuad senior Penang FC pada tahun sama.

Seterusnya, beliau bersama pasukan Sri Pahang pada tahun 2016, Terengganu FC antara tahun 2020 hingga 2022 sebelum membuat kejutan menandatangani kontrak bersama skuad The Red Giants, Selangor FC pada musim 2023.

Pemain berketinggian 158 sentimeter itu turut mewakili skuad kebangsaan sejak tahun 2016 hingga kini dan sentiasa diberi kepercayaan diletakkan dalam kesebelasan utama skuad di bawah kendalian Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Faisal juga dikatakan selesa bersama jurulatih berasal dari Korea Selatan itu dan mendapat kepercayaan untuk mengetuai barisan serangan dalam Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Pemain lincah berkenaan menzahirkan impian ingin mencipta banyak kemenangan bersama skuad kebangsaan dan mengharumkan nama negara peringkat tertinggi.

“Justeru, saya dan rakan-rakan sentiasa melakukan yang terbaik. Ini pengorbanan sukar, tetapi sebagai pemain bola sepak, maka sudah menjadi kerja kami.

“Lagipun ia tanggungjawab untuk negara dan kelab. Walaupun tiada pengalaman dalam aksi antarabangsa, mereka sudah laksanakan yang terbaik dan apabila diberi peluang mereka layak bersama pasukan,” katanya.

Tambah Faisal, beliau yakin dengan falsafah dan ideologi diterapkan Kim Pangon yang mana melakukan perubahan mengikut ‘trend‘ bola sepak moden untuk menjadi pasukan yang lebih hebat.

“Kita boleh bertahan 90 minit, tetapi untuk masa hadapan bolehkah kita bersaing dengan pasukan lebih bagus daripada kita?

“Beliau (Pan-gon) berpesan kalau hendak maju kita harus melakukan perkara sama orang lain sedang lakukan,” jelasnya lanjut.

oleh
(M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T), Level 15, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350
Diterbit
Impian Ikon
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Hak cipta ©️
(032092-H)
MAJORITI 7 12 JANUARI – 18 JANUARI, 2023
Dicetak
oleh Superior Press Sdn Bhd
Lot 2063A,
Jalan Kusta, Kawasan Industri Taman Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Pencetak mendapat pengiktirafan FSC®. Oleh SYED HAZIQUE SYED NOR Faisal (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan persahabatan menentang Kemboja Disember lepas. jersi Terengganu FC. Aksi bertenaga Faisal (kanan).
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.