2 minute read

Tahukah Anda?

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Penjimatan Sumber Alam…

Melestarikan alam sekitar adalah tugas kita semua pada hari ini. Ya, bumi sudah semakin meningkat usia dan semakin tenat. Tentunya, cabaran hari ini adalah untuk membendung kepincangan yang berlaku tentang alam sekitar yang makin teruk.

Bumi yang kita duduki sudah banyak berubah dari tahun ke tahun. Kita dapat membuat perbandingan dan melihat bagaimana dalam masa yang singkat alam sekitar sudah tercemar dan musnah.

Dewasa ini banyak perkara yang menjadi masalah kepada negara berpunca daripada masalah sikap masyarakat kita juga. Sekiranya masyarakat bersikap acuh Fokus Utama tidak acuh, membuang sampah sarap dan segala benda dibuang ke dalam sungai tanpa rasa bersalah, sudah tentu ia akan merosakkan ekosistem. Mungkin anda tidak dapat melihat kesannya pada hari ini, tapi anak cucu kita yang menerima impaknya kelak.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna yang berada di sekeliling kita. Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi di sekeliling kita.

E D I S I 3 4

2 0 2 0

Pentingnya Sumber Tenaga

Sumber tenaga merupakan elemen penting dalam memacu perkembangan ekonomi sesebuah negara. Tenaga juga bukan sahaja diperlukan untuk tumbesaran dan pergerakan malah ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuk aplikasi sistem yang canggih, perindustrian, pengangkutan, pertanian, pencahayaan dan sebagainya.

Sukar dibayangkan sekiranya negara kita tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik atau kehabisan bekalan gas, diesel atau petrol. Mungkin sukar untuk kita ke sesuatu tempat tanpa kenderaan. Suri rumah atau pengusaha restoran mungkin tidak dapat menyediakan juadah kerana ketiadaan gas memasak. Jalan raya juga mungkin kacau-bilau akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi menambah lagi kegelapan malam. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi juga tentu kepenatan menaiki tangga akibat lif yang tidak berfungsi lantaran ketiadaan elektrik. Justeru, tanpa tenaga, tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan di dunia kini.

Pentingnya Sumber Air

Air merupakan sumber semula jadi yang penting untuk kehidupan manusia walau di mana jua kita berada. Menyedarikan akan hal itu, Hari Air Sedunia disambut setiap tahun sebagai satu mesej kesedaran akan kepentingan sumber air kepada masyarakat dunia.

Air merupakan satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia sumber penting dalam menjana pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perikanan dan penjanaan sumber tenaga elektrik dan sebagainya.

Tingkatkan Kesedaran

Sebagai rakyat yang prihatin, sudah sampai masanya kita sebagai pengguna memikul tanggungjawab mengawal sumber alam dan melakukan penjimatan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada. Kita juga harus mengubah sikap dan cara hidup untuk memastikan sumber alam ini adalah mencukupi bagi generasi masa kini dan masa hadapan.

Kita sebagai pengguna terutamanya sebagai pengguna utama alam sekitar harus mempunyai kesedaran yang tinggi untuk terus memastikan bahawa generasi masa depan akan terus menikmati alam sekitar yang bersih seterusnya bekalan sumber alam yang selamat dan terjamin. Elakkan juga pembaziran sumber alam agar kelestarian alam semula jadi dapat dikekalkan dan menghasilkan alam sekitar yang lebih baik kepada semua.

E D I S I 3 5

2 0 2 0

This article is from: