
2 minute read
Inilah Budaya Kita
from Kuntum Jan 2020
by thestar


Inilah Budaya Kita Tanjak : Lambang Status dan Kepahlawanan Melayu
Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Tanjak biasanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit.
Sebenarnya, tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Ikatan kain ini lama-kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang.
Orang Melayu Melaka menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.
Corak dan bentuk tengkolok berbeza mengikut negeri dan setiap bentuk lipatan menyerupai bentuk haiwan dan corak abstrak, dan oleh kerana itulah tengkolok diberi nama unik seperti Lang Patah Sayap, Ayam Patah

Pasang Surut Nakhoda Trong Lang Patah Sayap
Kepak, Naga Berlabuh, Mahkota Alam dan Lang Menyusur Langit.
Tanjak raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dibuat daripada kain sutera dari China atau India, manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak daripada kain biasa.
Orang biasa atau yang bukan daripada golongan diraja pula memakai tanjak yang telah diubah sedikit corak dan lipatannya, kerana mereka tidak boleh memakai tanjak yang sama dengan golongan diraja.
Kini tanjak tidak lagi digunakan sebagai pakaian harian, ia hanya digunakan pada istiadat tertentu seperti perkahwinan dan adat istiadat diraja. Namun, kepakaran untuk membuat tanjak harus tetap dipelihara agar seni pembuatan yang memerlukan kepakaran yang tinggi ini akan terus mekar dan malar.
E D I S I 3 56
2 0 2 0 Ayam Patah Kepak Naga Berlabuh Bulan Bidang Mahkota Alam
Lang Menyusur Langit
Car���������������������������������������������������������������������������� Ber����������������������������������������
Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang besar nilainya. Alam sekitar yang tidak tercemar memberi kita udara dan air yang bersih dan sudah pasti ia amat penting untuk hidupan di muka bumi. Bayangkan anda berkelah bersama keluarga di tepi sungai yang jernih, menghirup udara yang segar sambil dikelilingi tumbuhan hijau yang merimbun. Pasti seronok bukan? Sambil-sambil itu, jangan lupa nikmati keenakan roti Massimo bersama keluarga tersayang. Di dalam ilustrasi di bawah, terdapat beberapa perkataan tersembunyi. Cuba anda cari perkataan tersebut. Selamat berjaya!