2 minute read

Cerita Teladan

Next Article
Citra Peribahasa

Citra Peribahasa

Cerita Teladan

Oleh: Miss Pakma A k i b a t L e k a B e r m a i n . . .

Haikal baru berumur enam tahun. Dia seorang kanak-kanak yang aktif dan nakal. Oleh kerana

Haikal berada di prasekolah, masa lapangnya banyak dihabiskan dengan aktiviti bermain.

Malah, Haikal sangat bertuah kerana sering dihadiahkan dengan pelbagai mainan sejak dia kecil lagi. Dia akan tanpa rasa jemu bermain dengan alat permainannya tidak kira kecil atau besar.

Dek kerana sikap Haikal itu, dia selalu membuat ibunya marah apabila sering membuat sepah.

Berulang kali ibunya menyuruh Haikal supaya menyimpan semula alat permainannya tetapi dia tidak mahu mendengar kata.

“Haikal, kenapa kamu biarkan mainan kamu di sini, bahaya jika adik kamu terpijak. Dia boleh cedera,” ujar ibu Haikal.

Namun, setiap nasihat ibunya jarang sekali diambil peduli oleh Haikal.

Pada suatu petang, ibu dan bapa Haikal pergi ke kenduri emak saudaranya. Mereka telah melarang

Haikal keluar rumah pada petang itu. Peluang itu umpama ‘durian runtuh’ untuk Haikal.

Setelah melihat kelibat ibu bapanya keluar rumah.

Haikal mengeluarkan semua alat permainan yang dimiliki di dalam ruang bilik tidurnya. Sementara itu, Mak Esah; yang bekerja di rumah tersebut sedang sibuk di dapur untuk menyiapkan juadah minum petang.

“Kimi, jangan la ganggu abang. Sibuklah dia ni!” selar Haikal.

“Kimi nak main sama… ayahkan cakap yang kita perlu berkongsi mainan, abang tak ingat?”

Kimi membalas kata-kata Haikal. Tanda disedari, sedang Kimi berjalan-jalan di atas mainan yang bertaburan itu, Kimi hilang pertimbangan lalu terjatuh di atas himpunan mainan tersebut. Akibatnya, kepala Kimi terhantuk di bucu katil dengan kesan darah di dahi. Mendengar sesuatu yang pelik, Mak Esah segera pergi ke bilik Haikal. Belum sempat dia menegur, Haikal terus berlari kerana takut dimarahi. Suasana menjadi cemas dan Mak Esah terus E D I S I 3 52 mendapatkan Kimi dan berkata, “Itulah sebabnya

2 0 2 0

ibu dan ayah marah kalau Haikal sepahkan mainan. Tengok, apa sudah jadi.”

“Maafkan Haikal, Haikal tak sengaja,” kata Haikal terketar-ketar ketakutan.

“Sudah, cepat bantu Mak Esah. Kita perlu bawa Kimi ke klinik berdekatan,” sambung Mak Esah.

Sepanjang perjalanan Haikal berasa sangat bersalah kerana mengakibatkan adiknya menangis tanpa henti. Dia juga takut dipukul oleh ayah akibat perbuatannya.

“Haikal! Kenapa kamu termenung di situ, mari kita berjumpa doktor di dalam,” sergah Mak Esah.

Tidak lama kemudian, kelibat ibu dan ayah Haikal muncul. Mereka kelihatan gusar dengan keadaan Kimi yang masih terlantar.

Setelah diberikan penerangan oleh doktor, Kimi telah menerima dua jahitan di dahi. Kimi bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil di kepala.

Kini, Kimi sudah sembuh seperti sediakala. Malah, ketika di rumah, dua adik-beradik ini menjadi semakin rajin dan sentiasa mengemas semua alat permainan mereka. Mereka tidak mahu peristiwa hitam yang menimpa Kimi berlaku lagi.

“Lain kali, dengar pesan ibu untuk kebaikan kamu berdua. Jaga keselamatan diri ketika bermain ataupun berada di luar rumah. Sentiasa berhatihati ya,” nasihat ibu kepada Haikal dan Kimi.

Sejak dari itu, Haikal akan pastikan yang dia dan Kimi sentiasa mengemaskan alat permainan mereka kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi. Ibu, ayah dan Mak Esah pun gembira melihat perubahan sikap Haikal kerana Haikal sudah mahu mendengar kata.

E D I S I 3 53

2 0 2 0

This article is from: