
1 minute read
Sukan
from Kuntum Jan 2020
by thestar
Selamat Jalan, Kobe!
Sukan
Liridon Kini Bersama Harimau Malaya

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) Liridon Krasniqi kini layak menyarung jersi Harimau Malaya apabila secara rasminya telah menjadi warganegara Malaysia.
Liridon merupakan pemain kelahiran Kosovo yang tiba di Malaysia pada tahun 2015 bagi menyertai pasukan pertamanya dalam Liga Super, Kedah.
Sepanjang tiga tahun bersama skuad Lang Merah, pemain berusia 28 tahun ini atau lebih dikenali dengan panggil ‘Matdon’ bukanlah asing dalam kalangan peminat-peminat bola sepak tempatan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart D unia dikejutkan dengan kematian pemain bola keranjang legenda Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang maut dalam nahas helikopter pada usia 41 tahun.
Sewaktu kejadian, helikopter dinaiki Bryant bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California sehingga mengorbankan kesemua penumpang. Turut terkorban dalam nahas itu ialah anak perempuan Kobe iaitu Gianna Bryant yang berusia 13 tahun.
Bryant, juara NBA lima kali sememangnya dikenali ramai sebagai antara pemain bola keranjang terbaik dunia. Bryant mula aktif bermain bola keranjang pada usia tiga tahun dan semakin gigih mendalami sukan itu selepas bapanya bekas pemain profesional NBA, Joe Bryant bersara ketika dia berumur enam tahun.
Sepanjang kariernya, Bryant digelar sebagai pemain terhebat sepanjang zaman selepas menjadi penjaring terbanyak untuk LA Lakers dengan menjulang lima trofi kejuaraan. Sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam sukan bola keranjang, Bryant merekodkan 30,000 mata dan 6,000 lagi sebagai pembantu penjaring. Malah Bryant juga turut membantu pasukan Olimpik AS merangkul pingat emas pada tahun 2008 dan 2012. Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian Bryant menerusi media sosial.
Ramalingam memberitahu, program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila pemain itu menjadi warganegara Malaysia.


J U N 33 E D I S I 3