1 minute read

Viral/ Trending

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Viral / Trending

Kanak-Kanak ‘Genius’ Malaysia

Bukan calang-calang kanak-kanak berumur tiga tahun ini. Dalam sekelip mata, dia berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Ya, kanak-kanak ‘genius’ Malaysia ini dikatakan menjadi antara individu termuda di dunia diterima masuk ke Mensa (persatuan IQ tinggi global) kerana kepintaran dengan IQ yang tinggi.

Nama si pintar ini adalah Muhammad Haryz Nadzim yang kini menetap di luar negara bersama ibu bapanya di Durham, United Kingdom.

Menurut laporan mStar, hasil maklumat daripada ibunya; Nur Anira Asyikin Hashim, memasuki usia dua tahun, adik Haryz sudah boleh membaca sendiri buku-buku ceritanya sebelum tidur.

Haryz telah dijemput untuk menyertai Mensa British selepas mencapai skor IQ yang luar biasa iaitu 142 dalam ujian Stanford Binet. Dia kini menjadi salah seorang individu termuda dalam dunia yang akan diterima masuk ke persatuan eksklusif tersebut.

Dia diuji oleh ahli psikologi yang mempunyai kepakaran dalam menilai kanak-kanak pintar, Lyn Kendall.

Malah, menurut ibunya selepas menyedari bahawa Haryz dapat membaca dan mengingati keseluruhan cerita pada usia dua tahun, mereka membuka saluran YouTube Little Haryz, supaya kanak-kanak lain dapat menontonnya dan dijadikan galakan.

Wah, hebat sungguh adik Haryz! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat anda di luar sana…

Sumber: Portal mStar

J U N 35 E D I S I 3

2 0 1 9 2 0 2 0

This article is from: