1 minute read

Dunia Buku

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Dunia Buku

Sejarah Malaysia Kita

Buku hasil nukilan penulis terkenal Tunku Halim, menceritakan sejarah Malaysia secara yang mudah difahami dan seronok dibaca oleh golongan muda terutamanya daripada golongan umur 10 tahun ke atas.

Buku ini juga menjawab beberapa soalan seperti:

> Siapakah yang menubuhkan empayar Melaka? > Siapakah pihak Ghee Hin dan Hai San? > Mengapakah Singapura tidak mempunyai sultan?

Dan pelbagai lagi kisah menarik daripada sejarah negara kita. Buku ini boleh dibeli secara dalam talian di mphonline.com, kedai buku MPH berdekatan ataupun kedai buku utama yang lain.

Pengarang: Tunku Halim Penerbit: MPH Group Publishing Harga: RM28.00

Magic & Mayhem: Tales of Mischief and Wonder

Rakan kelas baharu yang aneh dengan mata berwarna emas, seorang budak lelaki diberi tiga permintaan oleh jin, perlumbaan menggunakan kasut ajaib, ini adalah antara kisah yang terkandung di dalam buku ini. Berdasarkan dogeng-dogeng yang penuh dengan kisah magis, makhluk dan objek ajaib, pembaca pasti akan kagum dengan pelbagai kisah yang dipaparkan. Cuma perlu diingatkan, apabila berkaitan magis, adakalanya apa yang anda lihat itu berlainan daripada kenyataan. Berhati-hati dengan apa yang anda inginkan! Jom dapatkan buku ini di kedai-kedai buku utama termasuk kedai buku MPH berdekatan anda.

Pengarang: Lim Lay Har & Lim Lay Koon Penerbit: MPH Group Publishing Harga: RM24.90

J U N 31 E D I S I 3

2 0 1 9 2 0 2 0

This article is from: