1 minute read

Skop Sejarah

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Aneh Tetapi Benar Moonbow Keindahan Pelangi Malam

Setelah hujan teduh dan matahari mula bersinar, anda mungkin bernasib baik untuk melihat kemunculan pelangi. Tetapi tahukah anda, terdapat satu fenomena alam menakjubkan yang membolehkan anda melihat pelangi di waktu malam.

Moonbow kelihatan seperti pelangi tetapi ia terhasil daripada pantulan cahaya bulan dan bukan matahari. Oleh kerana itu, ada juga yang menggelar moonbow sebagai ‘pelangi bulan’

Moonbow terbentuk apabila cahaya bulan memancar pada titisan air. Apabila cahaya melepasi titisan, ia melengkung atau melantun atau ‘mencerminkan’ dari belakang titisan, dan akhirnya, cahaya yang keluar daripada titisan air dalam bentuk melengkung memancarkan biasan cahaya berwarna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. Tetapi adakalanya ia kelihatan dalam cahaya yang berwarna putih.

Moonbow lebih jarang terjadi berbanding pelangi kerana ia memerlukan pelbagai cuaca dan keadaan astronomi yang tepat untuk terhasil:

l

l l

l

E D I S I 3 8

2 0 2 0

Bulan haruslah sangat rendah di langit - tidak lebih dari 42 darjah dari kaki langit (ufuk). Harus bulan penuh atau hampir penuh. Langit mestilah sangat gelap - sebarang cahaya terang akan mengaburkan Moonbow. Titisan air mesti hadir di udara dalam arah yang bertentangan dengan bulan. Taman Negara Yosemite, A.S.

Victoria Falls, Zambia.

Moonbow lebih kerap terjadi di beberapa lokasi di seluruh dunia. Kebanyakan lokasi ini mempunyai air terjun, yang mewujudkan kabus titisan air di udara. Beberapa lokasi ini adalah Taman Negara Yosemite di California dan Cumberland Falls State Resort Park di Kentucky, Amerika Syarikat (A.S); Victoria Falls di sempadan Zambia dan Zimbabwe; dan Waimea di Hawaii, A.S.

This article is from: