3 minute read

Karya Anda

Next Article
Inilah Budaya Kita

Inilah Budaya Kita

Ruangan ini menyiarkan karangan-karangan tulen dan asli daripada anda. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan, dan ditulis dengan terang dan bersih berdasarkan tajuk yang diberi di bawah:

“Permainan kegemaran saya...”

KARYA ANDA, Majalah Kuntum, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

kuntum@thestar.com.my

Tarikh tutup: 15 Mac 2020

Karya Anda Mac 2020 “Permainan kegemaran saya...”

Nama: _____________________ ___________________________ Alamat: ____________________ ____________________________ ____________________________ Poskod: _____________________ Negeri: ______________________ Sekolah: ____________________ ____________________________ ____________________________ No. Telefon: __________________ Umur: _______________________

E D I S I 3 58

2 0 2 0

Karya Anda D alam banyak koleksi kasut saya, sangat suka kasut sukan saya yang berwarna merah jambu. Kasut ini dibeli oleh ayah saya kerana saya menyertai satu program yang memerlukan saya menggunakan kasut sukan. Ayah membelikan kasut ini ketika berlangsungnya promosi kasut Bata, jenama kasut yang terkenal di Malaysia. Kasut saya diletakkan di atas rak kasut supaya tidak dipijak oleh kakak dan adik saya. Saya sangat sayangkan kasut sukan yang juga merupakan kasut idaman saya. Saya menjaga kasut ini dengan baik dan akan segera mencuci kotoran yang terlekat di kasut. Harapan saya semoga kasut saya tahan lasak dan tahan lama. Walupun suatu hari nanti kasut ini sudah tidak muat di kaki saya, saya akan berikan kepada adik untuk digunakan.

Ku Siti Dayani Ku Shahrulnizam Kasut Saya... Klang, Selangor

Kasut merupakan salah satu keperluan harian kita. Kasut penting kerana berfungsi melindungi kaki daripada kotoran dan benda-benda yang tajam.

Daripada pelbagai kasut yang saya miliki, kasut kegemaran saya adalah kasut yang dibelikan oleh ibu dan bapa saya. Ibu dan bapa saya sudah berpisah dan kini saya dan adik-beradik tinggal bersama datuk dan nenek. Setiap kali ibu atau ayah datang melawat, mereka akan bertanyakan tentang kasut yang mereka belikan untuk saya.

Ada masanya ibu atau ayah akan membelikan kami adik-beradik sepasang kasut baru setiap sorang. Walaupun kasut kami harganya sederhana sahaja, bagi kami ia sungguh bernilai kerana ia merupakan tanda kasih sayang kedua ibu bapa kami. M. Ruzain Haiqal M. Rosdi Pasir Gudang, Johor

Kasut Saya...

Pertama kali saya melihat kasut kesukaan saya ialah pada majlis hari jadi saya. Kasut ini dihadiahkan oleh ibu kepada saya. Saya ingat lagi bertapa girangnya hati saya ketika membuka kotak hadiah dan ternampak sepasang kasut berwarna keemasan dan bersinar. Saya sangat suka warna dan bentuknya.

Saya memakai kasut ini ke setiap majlis perkahwinan dan hari jadi. Rakan-rakan saya juga sangat mengagumi kasut saya. Setiap minggu saya membersihkannya dan menyimpannya di dalam rak kasut.

Pada suatu hari, tapak kasut saya koyak setelah saya terpijak batu. Saya segera membawa kasut saya ke tukang kasut untuk menukar tapak kasut yang baharu. Kini sudah setahun saya menggunakan kasut kesayangan saya. Kasut ini masih dalam keadaan yang baik. Cuma kini kasut saya semakin kecil untuk kaki saya dan mungkin saya akan berikan kasut ini untuk digunakan oleh adik saya. Jivithasevi a/p N Mathy Yalagan Klang, Selangor

Menjelang Deepavali yang lepas, saya pergi ke pasar raya Parkson untuk membeli-belah. Pada waktu itulah saya terlihat kasut idaman saya iaitu kasut berjenama Adidas yang bewarna biru berbelang putih.

Sekali pandang sahaja, saya sudah terpikat dengan kasut ini. Setelah puas saya memujuk ibu dan ayah, mereka pun membelikan saya kasut tersebut yang berharga RM120. Kasut saya diperbuat daripada kain kanvas dan tapaknya diperbuat daripada getah.

Saya menjaga kasut ini dengan baik. Saya memakai kasut ini ketika pergi bercuti, ke taman rekreasi, dan juga ke majlis perkahwinan. Pada setiap hujung minggu, saya akan mencuci dan mengelap kasut saya.

Setiap kali saya memakai kasut ini, saya bertambah yakin dan selesa. Saya sangat bersyukur kerana mendapat kasut kesukaan saya dan sering memakainya sehingga hari ini. Suriyalagan a/l N Mathy Yalagan Klang, Selangor

E D I S I 3 59

2 0 2 0

This article is from: