1 minute read

Dunia Teknologi

Next Article
Tell Us A Story

Tell Us A Story

Dunia Teknologi

Kawal Penggunaan Internet Si Kecil

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini, Internet merupakan saluran utama untuk mendapatkan sebarang maklumat secara cepat dan mudah.

Internet secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran golongan muda hari ini. Remaja dan kanak-kanak bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti laman web lucah.

Lebih mengusarkan apabila bahanbahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan, dan sebagainya.

‘Parental Control’

Sebagai ibu bapa atau orang dewasa, kita sewajarnya mengambil berat akan perkara ini. Seharusnya kita mengetahui apakah laman portal atau website yang sering dilawati oleh anak-anak anda.

Kaedah terbaik mengenai penapisan dan sekatan terhadap akses kepada laman web seperti ini adalah melalui kesedaran pada diri sendiri dan pendidikan. Bagaimanapun, memang ada cara untuk menghalang alamat domain tertentu yang anda tidak mahu anak-anak lawati.

Anda boleh hadkan dan tukarkan tetapan atau setting dengan hanya memberikan kebenaran kepada laman web yang hanya boleh dilayari oleh anak-anak melalui peranti telefon atau komputer anda.

Ia adalah sebagai langkah pencegahan sebelum anak-anak anda terjebak dalam laman sesawang yang tidak memberikan faedah seperti lawan web lucah, laman permainan dalam talian dan lain-lain.

Penting buat ibu bapa, dengan mengamalkan ‘parental control’ ini pada telefon ataupun komputer, ia secara tidak langsung boleh menyekat anak-anak daripada melayari laman web yang tidak sihat atau memuat turun kandungan tidak sopan ke komputer mereka.

J U N 32 E D I S I 3

2 0 1 9 2 0 2 0

This article is from: