Kuntum Jan 2020

Page 58

Nilai Kita

Karya Anda

Ruangan ini menyiarkan karangan-karangan tulen dan asli daripada anda. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan, dan ditulis dengan terang dan bersih berdasarkan tajuk yang diberi di bawah:

“Permainan kegemaran saya...� KARYA ANDA, Majalah Kuntum, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. kuntum@thestar.com.my

Tarikh tutup:

15 Mac 2020

Karya Anda Mac 2020

“Permainan kegemaran saya...� Nama: _____________________ ___________________________ Alamat: ____________________ ____________________________ ____________________________ Poskod: _____________________ Negeri: ______________________ Sekolah: ____________________ ____________________________ ____________________________

ISI 3

58

202

0

ED

No. Telefon: __________________ Umur: _______________________

D

alam banyak koleksi kasut saya, sangat suka kasut sukan saya yang berwarna merah jambu. Kasut ini dibeli oleh ayah saya kerana saya menyertai satu program yang memerlukan saya menggunakan kasut sukan. Ayah membelikan kasut ini ketika berlangsungnya promosi kasut Bata, jenama kasut yang terkenal di Malaysia. Kasut saya diletakkan di atas rak kasut supaya tidak dipijak oleh kakak dan adik saya. Saya sangat sayangkan kasut sukan yang juga merupakan kasut idaman saya. Saya menjaga kasut ini dengan baik dan akan segera mencuci kotoran yang terlekat di kasut. Harapan saya semoga kasut saya tahan lasak dan tahan lama. Walupun suatu hari nanti kasut ini sudah tidak muat di kaki saya, saya akan berikan kepada adik untuk digunakan.

Ku Siti Dayani Ku Shahrulnizam

Kasut Sa Klang, Selangor

K

asut merupakan salah satu keperluan harian kita. Kasut penting kerana berfungsi melindungi kaki daripada kotoran dan benda-benda yang tajam. Daripada pelbagai kasut yang saya miliki, kasut kegemaran saya adalah kasut yang dibelikan oleh ibu dan bapa saya. Ibu dan bapa saya sudah berpisah dan kini saya dan adik-beradik tinggal bersama datuk dan nenek. Setiap kali ibu atau ayah datang melawat, mereka akan bertanyakan tentang kasut yang mereka belikan untuk saya. Ada masanya ibu atau ayah akan membelikan kami adik-beradik sepasang kasut baru setiap sorang. Walaupun kasut kami harganya sederhana sahaja, bagi kami ia sungguh bernilai kerana ia merupakan tanda kasih sayang kedua ibu bapa kami.

M. Ruzain Haiqal M. Rosdi Pasir Gudang, Johor


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Kuntum Jan 2020 by thestar - Issuu