Nilai Kita Terima Kasih Tuhanku Oleh: Kak Ziela
Sifat Rajin Budaya Masyarakat Berjaya‌ S
ISI 3
54
202
0
ED
ifat rajin antara salah satu sifat murni yang perlu diterapkan dalam kalangan murid supaya mereka dapat mengamalkannya dari awal lagi sehingga dapat menjadi budaya yang membawa kejayaan. Itu adalah mandat Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, sifat malas sentiasa membelenggu diri kita. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan. Oleh itu, elok benar sedari kecil lagi kita memupuk sifat rajin dalam diri. Lebih-lebih lagi dengan mengamalkan sikap rajin akan memberikan kebaikan kepada diri, keluarga, dan sekolah. Malah, sifat rajin adalah budaya bagi sebuah masyarakat yang berjaya. Malah, tahukah anda? Murid yang rajin atau ringan tulang akan disayangi keluarga, rakan-rakan, dan guru. Selain itu, murid yang rajin belajar akan berjaya apabila mereka sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Jika kita rajin dan tekun melakukan tugas tersebut, maka hasilnya juga akan baik. Namun, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu hanya untuk ‘melepaskan batuk di tangga’, dalam erti kata lain, malas, maka natijah kepada kualiti kerja adalah tidak memuaskan. Rajin adalah suatu sikap yang bukan datangnya dibuat-buat. Malah sikap rajin juga kadangkala adalah sukar untuk dibentuk, bahkan sukar untuk dilaksanakan. Namun,
apabila hati yang tekun berusaha, berbekalkan sifat ikhlas yang membenih di hati, anda mampu untuk menghasilkan sikap rajin yang ingin dicari. Terima kasih Tuhanku kerana memberikan sifat rajin di dalam diri kita dan semoga ia memberikan banyak kebaikan dalam hidup kita kelak. Pesan Kak Ziela, jangan malasmalas, ya!