Nilai Kita Cerita Teladan Oleh: Miss Pakma
Akibat Leka Bermain... aikal baru berumur enam tahun. Dia seorang kanak-kanak yang aktif dan nakal. Oleh kerana Haikal berada di prasekolah, masa lapangnya banyak dihabiskan dengan aktiviti bermain. Malah, Haikal sangat bertuah kerana sering dihadiahkan dengan pelbagai mainan sejak dia kecil lagi. Dia akan tanpa rasa jemu bermain dengan alat permainannya tidak kira kecil atau besar. Dek kerana sikap Haikal itu, dia selalu membuat ibunya marah apabila sering membuat sepah. Berulang kali ibunya menyuruh Haikal supaya menyimpan semula alat permainannya tetapi dia tidak mahu mendengar kata. “Haikal, kenapa kamu biarkan mainan kamu di sini, bahaya jika adik kamu terpijak. Dia boleh cedera,” ujar ibu Haikal. Namun, setiap nasihat ibunya jarang sekali diambil peduli oleh Haikal. Pada suatu petang, ibu dan bapa Haikal pergi ke kenduri emak saudaranya. Mereka telah melarang Haikal keluar rumah pada petang itu. Peluang itu umpama ‘durian runtuh’ untuk Haikal. Setelah melihat kelibat ibu bapanya keluar rumah. Haikal mengeluarkan semua alat permainan yang dimiliki di dalam ruang bilik tidurnya. Sementara itu, Mak Esah; yang bekerja di rumah tersebut sedang sibuk di dapur untuk menyiapkan juadah minum petang. “Kimi, jangan la ganggu abang. Sibuklah dia ni!” selar Haikal. “Kimi nak main sama… ayahkan cakap yang kita perlu berkongsi mainan, abang tak ingat?” Kimi membalas kata-kata Haikal. Tanda disedari, sedang Kimi berjalan-jalan di atas mainan yang bertaburan itu, Kimi hilang pertimbangan lalu terjatuh di atas himpunan mainan tersebut. Akibatnya, kepala Kimi terhantuk di bucu katil dengan kesan darah di dahi. Mendengar sesuatu yang pelik, Mak Esah segera pergi ke bilik Haikal. Belum sempat dia menegur, Haikal terus berlari kerana takut dimarahi. Suasana menjadi cemas dan Mak Esah terus ISI 3 mendapatkan Kimi dan berkata, “Itulah sebabnya 52 202
0
ED
H