Nilai Kita Citra Peribahasa Oleh: Cikgu Ummi
e S s a r ngkak, u l e T t a r a b I ecah Semua P , i j i b e S h a Pec K
ISI 3
50
202
0
ED
am merupakan seekor kambing biri-biri yang nakal. Dia tinggal bersama keluarga di sebuah ladang di hujung kampung. Kam mempunyai dua adik Kim dan Kom. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama. Setiap petang, mereka sekeluarga akan dibawa ke padang ragut oleh tuan mereka Pak Zali. Kam dan adik-adiknya amat gembira apabila dibawa ke situ. Mereka makan dengan riangnya. Kawasan padang ragut itu luas dan berdekatan dengan hutan, ibu mereka sering mengingatkan mereka untuk menjauhi kawasan hutan itu kerana ia dihuni oleh sekumpulan serigala. Pada suatu petang, Kam mengajak adikadiknya untuk pergi ke hutan kerana dia teringin benar melihat keadaan hutan tersebut. Adik-adiknya tidak bersetuju dengan idea Kam. Mereka takut untuk mendekati hutan kerana mereka masih ingat akan pesanan ibu untuk menjauhi hutan itu. Namun, Kam masih berdegil. Walaupun telah dinasihati oleh adik-adiknya, Kam tetap masuk ke hutan itu. Sebaik sahaja ia melangkah masuk, ia berasa seperti diperhatikan. Kam cuba membuang rasa takutnya. Ia terus berjalan ke tengah hutan. Tiba-tiba, ia mendengar bunyi lolongan serigala. Kam segera menoleh ke belakang. Sebaik sahaja ia menoleh ke belakang, ia melihat sekumpulan serigala berlari ke arahnya. Kam panik lalu ia segera berlari menyelamatkan diri sambil mengembek meminta tolong. Kam berlari sekuat hati menuju ke pinggir hutan. Kumpulan serigala itu masih mengejarnya dengan laju. Sebaik tiba dipinggir hutan, Kam melihat ibu dan kawanan biri-birinya di padang rumput. Ia mengembek meminta tolong. Kawanan itu amat terkejut melihat Kam yang dikejar serigala. Mereka segera membantu Kam. Biarpun ada beberapa ekor kambing biri-
biri yang cedera akibat diserang oleh serigala, mereka masih teguh membantu satu sama lain. Tidak lama kemudian, Pak Zali muncul bersama beberapa orang penduduk kampung. Mereka berjaya menghalau kumpulan serigala tersebut. Kam amat bersyukur Pak Zali hadir menyelamatkan keadaan. Ibu Kam memarahinya