Kuntum Jan 2020

Page 33

Sukan

Liridon Kini Bersama Harimau Malaya

P

EMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) Liridon Krasniqi kini layak menyarung jersi Harimau Malaya apabila secara rasminya telah menjadi warganegara Malaysia. Liridon merupakan pemain kelahiran Kosovo yang tiba di Malaysia pada tahun 2015 bagi menyertai pasukan pertamanya dalam Liga Super, Kedah. Sepanjang tiga tahun bersama skuad Lang Merah, pemain berusia 28 tahun ini atau lebih dikenali dengan panggil ‘Matdon’ bukanlah asing dalam kalangan peminat-peminat bola sepak tempatan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart

unia dikejutkan dengan kematian pemain bola keranjang legenda Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang maut dalam nahas helikopter pada usia 41 tahun. Sewaktu kejadian, helikopter dinaiki Bryant bersama lapan individu lain terbakar sebelum terhempas di bandar Calabasas, California sehingga mengorbankan kesemua penumpang. Turut terkorban dalam nahas itu ialah anak perempuan Kobe iaitu Gianna Bryant yang berusia 13 tahun. Bryant, juara NBA lima kali sememangnya dikenali ramai sebagai antara pemain bola keranjang terbaik dunia. Bryant mula aktif bermain bola keranjang pada usia tiga tahun dan semakin gigih mendalami sukan itu selepas bapanya bekas pemain profesional NBA, Joe Bryant bersara ketika dia berumur enam tahun. Sepanjang kariernya, Bryant digelar sebagai pemain terhebat sepanjang zaman selepas menjadi penjaring terbanyak untuk LA Lakers dengan menjulang lima trofi kejuaraan. Sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam sukan bola keranjang, Bryant merekodkan 30,000 mata dan 6,000 lagi sebagai pembantu penjaring. Malah Bryant juga turut membantu pasukan Olimpik AS merangkul pingat emas pada tahun 2008 dan 2012. Orang ramai termasuk selebriti turut menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian Bryant menerusi media sosial.

Ramalingam memberitahu, program pengambilan pemain naturalisasi bagi memperkasakan lagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kini mengorak langkah yang seterusnya apabila pemain itu menjadi warganegara Malaysia.

3 UISNI

33

2 0 12

09

Kobe!

D

EDJ

Selamat Jalan,

Dunia Pintar


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Kuntum Jan 2020 by thestar - Issuu