BUKU PELAN STRATEGIK 2021-2030

Page 26

pendekatan yang digunakan dalam penyediaan pelan strategik pembangunan sukan sabah Tujuan utama Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah adalah untuk memimpin sektor sukan dan di peringkat negeri dan rakan kongsi sukan lain dalam membekalkan sukan kepada seluruh rakyat Sabah. Justeru bagaimanakah caranya? Dalam memimpin dan memperkasakan sektor sukan negeri, pihak kerajaan akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru. Ini adalah kerana perkongsian merupakan pendekatan yang mengumpulkan pakar-pakar bidang daripada pelbagai organisasi akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding satu agensi yang bekerja secara bersendirian. Justeru kerajaan komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi sektor sukan dan membawa bersama-sama semua organisasi utama dalam sektor sukan dan juga agensi lain yang sesuai dalam melaksanakan pelan tindakan ini.

Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021 - 2030 | 12


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
BUKU PELAN STRATEGIK 2021-2030 by Unit Grafik - Issuu