3 minute read

PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN SABAH (PSPSS

Next Article
DASAR SUKAN NEGARA

DASAR SUKAN NEGARA

pernYaTaan vIsI Dan MIsI peMBangunan suKan saBah

Visi dan misi Pelan Pembangunan Sukan Sabah ini adalah selari dengan visi dan misi Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Antaranya adalah dalam aspek pembangunan atlet untuk mencapai kecemerlangan sukan hingga ke peringkat antarabangsa.

Advertisement

VISI

Melahirkan Atlet Bertaraf Dunia (Producing a World Class Athletes)

MISI Meningkatkan penyertaan atlet negeri Sabah hingga ke podium melalui rancangan kerjasama, tindakan dan sokongan polisi yang komprehensif.

Visi dan Misi Pembangunan Sukan Sabah

peLan sTraTegIK peMBangunan suKan saBah (pspss)

Bagi mencapai visi dan misi pembangunan Sukan Sabah, Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030 (PSPSS 2021-2030) ini dibangunkan menjadi sebagai wadah rujukan dalam menghasilkan sebuah perancangan dan tindakan bagi membangun dan memajukan sukan di negeri Sabah. PSPSS

ini telah dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang mewakili Kerajaan Negeri dengan sinergi Universiti Malaysia Sabah (UMS), organisasi dan persatuan sukan di negeri Sabah. PSPSS 2021-2030 ini telah memperincikan langkah-langkah dan tindakan yang efektif dan efisien sama ada dari aspek pembangunan sumber tenaga manusia dan sumber yang perlu diperuntukkan oleh badan kerajaan dan badan persendirian di negeri Sabah bagi mencapai visi Melahirkan Atlet Bertaraf Dunia. Pelaksanaan tindakan-tindakan tersebut memerlukan penglibatan aktif dan kerjasama yang merentas sempadan geografi dan budaya antara masyarakat, pihak kementerian, badan-badan dan persatuan sukan di negeri Sabah.

Penyediaan PSPSS 2021-2030 adalah berdasarkan data primer dan data sekunder yang diperolehi melalui hasil kajian penyelidikan yang telah dijalankan selama dua belas bulan. Data primer diperolehi melalui pengedaran borang soal-selidik, temuramah bersama pakar-pakar bidang berkaitan sukan dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan sukan negeri. Manakala data sekunder diperolehi melalui kajian literatur berdasarkan data-data sedia ada di Sabah seperti Dasar Sukan Negara, Enakmen Lembaga Sukan Negeri Sabah (Enakmen No. 19/81), rekod-rekod kejohanan dan pencapaian atlet, laporan tahunan dan lain-lain lagi.

Pelan strategik ini telah dibangunkan berdasarkan kepada lapan (8) teras utama Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2010-2015 agar pelan yang dihasilkan selari dengan perancangan di peringkat Kerajaan Persekutuan tanpa mengabaikan keunikan dan keperluan rakyat negeri Sabah.

Terdapat tiga (3) teras yang telah dikenal pasti sebagai Teras Utama Pelan Pembangunan Sukan Sabah iaitu:

TERAS UTAMA 1 – Sukan Prestasi Tinggi

TERAS UTAMA 2 – Industri Sukan

TERAS UTAMA 3 – Sukan Massa

Di mana setiap teras utama tersebut didokong oleh tujuh (7) teras strategik, yang dibentuk menggunakan pendekatan berhierarki menerusi peringkat Penyertaan (Participation), Pembangunan (Development), dan Prestasi Tinggi (High Performance).

PERINGKAT PRESTASI TINGGI

PERINGKAT PEMBANGUNAN

PERINGKAT PENyERTAAN

Pelan tindakan yang dihasilkan meliputi setiap peringkat Penyertaan, Pembangunan dan Prestasi Tinggi

Tujuh (7) teras strategik yang mendokong Teras Utama ialah Pembudayaan (B), Tadbir Urus (TU), Jalinan Kerjasama Pintar (JKP), Kewangan (K), Kesukarelawanan (KS), Pembangunan Atlet (PA) dan Penyelidikan (P).

SUKAN INDUSTRI

aTLeT BerTaraf DunIa

PENYELIDIKAN (P)

TADBIR URUS (TU)

KEWANGAN (K) TINGGI PRESTASI SUKAN

PEMBANGUNAN ATLET (PA)

KESUKARELAWANAN (KS)

BUDAYA (B) MASSA SUKAN

JALINAN KERJASAMA PINTAR (JKP)

Kerangka Strategik Pelan Pembangunan Sukan Sabah yang melibatkan 3 Teras Utama iaitu Sukan Prestasi Tinggi, Industri Sukan dan Sukan Massa

Justeru, data yang diperoleh digunakan untuk menyokong keperluan bagi pelaksanaan tindakan-tindakan yang komprehensif di semua peringkat tersebut. Seterusnya berdasarkan beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan secara spesifik, maka tiga (3) teras utama seperti Sukan Prestasi Tinggi (SPT), Industri Sukan (IS) dan Sukan Massa (SM) yang dikenal pasti untuk memacu pembangunan sukan di Sabah hingga mencapai tahap podium. Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah ini juga perlu selari dengan matlamat Dasar Sukan Negara. Justeru analisis Dasar Sukan Negara dan Polisi Sukan Negara telah dilakukan terlebih dahulu agar Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah ini selari dan kohesif dengan pelan pembangunan sukan Negara.

Walau bagaimanapun, Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah ini perlu mempertimbangkan tentang keunikan negeri Sabah itu sendiri. Bukan sahaja dari keunikan masyarakatnya, malah juga bentuk geografi muka bumi negeri Sabah. Ini bagi memastikan pelan strategik yang dihasilkan relevan dengan keperluan semasa masyarakat setempat. Oleh itu Dasar Sukan Negeri Sabah juga telah dibentuk bagi meningkatkan kebolehlaksanaan dan mengurangkan keciciran serta keteresan dalam perlaksanaan pelan tersebut. Pembentukan Dasar Sukan Sabah ini selaras dengan Dasar Sukan Negara, iaitu bertunjangkan kepada dua (2) objektif iaitu mengatasi isu dan cabaran serta menyediakan garis panduan untuk memperbaiki dan seterusnya meningkatkan prestasi sukan di negeri Sabah.

Mengatasi isu dan cabaran Menyediakan garis panduan untuk memperbaiki dan seterusnya meningkatkan prestasi sukan di negeri Sabah.

This article is from: