
12 minute read
DIMENSI 2: TADBIR URUS

DIMENSI 2: TADBIR URUS
Advertisement
SPTTU objekTif 1: Tadbir UrUS PerSaTUan SUkan negeri (PSn)
Memperkasakan tadbir urus persatuan sukan negeri.
Strategi
Untuk memastikan kelestarian dan daya saing setiap PSN, keyakinan masyarakat termasuk syarikat-syarikat kerajaan dan swasta terhadap keupayaan kepimpinan dan pengurusan serta pentadbiran dalam Persatuan Sukan Negeri perlu ditingkatkan.
Pelan Tindakan
Menyediakan sistem pemantauan prestasi dan penghargaan untuk PSN seperti “Star Rating” yang merangkumi perlembagaan, tadbir urus, aktiviti persatuan, kewangan dan pelan perancangan tahunan persatuan untuk pengenalpastian bakat, pembangunan atlet (atlet pelapis dan elit), jurulatih, ahli persatuan termasuk ahli gabungan daerah dan pentadbir persatuan.
Menyediakan dan melaksanakan Sistem Penghargaan Persatuan Sukan Negeri termasuk pemimpin dan pentadbir organisasi sukan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan di negeri Sabah.
Memberikan geran bantuan kepada persatuan sukan negeri mengikut pengelasan prestasi.
Menyediakan sistem pemantauan dan penilaian khas untuk pelan perancangan pembangunan dan juga prestasi sukan atlet elit dipayungi oleh setiap Persatuan Sukan Negeri.
Mewujudkan jawatan pentadbiran sepenuh masa di dalam Persatuan Sukan Negeri.
Memastikan persatuan sukan negeri melaksanakan tugas sebagai agensi pengiktiraf (sanctioning) suatu kejohanan dengan telus dan efisien, melalui penyediaan Prosedur Operasi Piawai (SOP).

SPTTU objekTif 2: TADBIR URUS KEwANGAN PERSATUAN SUKAN NEGERI
Memperkasakan tadbir urus kewangan Persatuan Sukan Negeri.
Strategi
Menyediakan lanskap tadbir urus pengurusan kewangan sukan prestasi tinggi.
Pelan Tindakan
Mewujudkan sistem pengurusan kewangan badan dan persatuan sukan dengan kriteria tertentu yang boleh diukur.
Penubuhan unit pemantauan di peringkat KBSS bagi memantau perancangan, pelaksanaan dan outcome sebenar yang dihasilkan.
Menyediakan dan menguatkuasakan Sistem Penarafan Prestasi dan Insentif atau Anugerah Pengurusan Kewangan PSN bagi menghargai prestasi pengurusan kewangan yang baik.
Menyediakan rangkaian program latihan dan pembangunan berterusan di kalangan pemimpin dan ahli persatuan dan badan sukan untuk memupuk kemahiran menguruskan kewangan.


SPTTU objekTif 3: PEMBANGUNAN KEPEGAwAIAN TEKNIKAL
Merekayasakan kepegawaian dan teknikal dalam setiap jenis sukan di negeri Sabah.

Strategi
Untuk memastikan kapasiti dan keupayaan pegawai dan teknikal dalam setiap jenis sukan di setiap daerah yang mencukupi, mewujudkan “buddy system” dan menjadikan pegawai teknikal sebagai satu kerjaya sampingan, di samping meningkatkan martabat dan kualiti pegawai teknik sukan di Sabah.
Pelan Tindakan
Meningkatkan jumlah kepegawaian teknikal dan kepengadilan, yang mempunyai lesen yang diiktiraf melalui kerjasama dengan UA dan JPNS.
Menyediakan dan melaksanakan sistem penghargaan untuk kepegawaian teknikal dan pengadil yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan di negeri Sabah.
Menggalakkan Persatuan Sukan Negeri menganjurkan program/kursus profesional (lesen kepegawaian dan teknikal, kepimpinan, perhubungan awam dan pengurusan) secara berterusan melalui kerjasama dengan PSN, JPNS dan institusi pengajian tinggi.

SPTTU objekTif 4: PERSEKITARAN SISTEM SoKoNGAN SUMBER MANUSIA
Memartabatkan sistem sokongan sumber manusia berkaitan dengan sukan.

Strategi
Bagi mencapai objektif tersebut, peningkatan kapasiti dan keupayaan sumber manusia, yang merangkumi pemimpin persatuan, penyelidikan, kepakaran, perkhidmatan, jurulatih, kepegawaian teknikal, pegawai penyelaras, tadbir urus organisasi dan pengurusan kewangan, pegawai kaunseling dan kru sokongan sains sukan.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pegawai penyelaras, pegawai kaunseling dan kru sokongan sains sukan.

Pelan Tindakan
Mewujudkan enakmen Majlis Sukan Negeri Sabah.
Menyediakan dasar baru “Skim galakan pengayaan dan pembangunan kerjaya” untuk kakitangan MSNS sama ada dalam bentuk tajaan/pinjaman/ separa tajaan/biasiswa atau kemudahan cuti belajar untuk menghadiri kursus/seminar atau melanjutkan pengajian.
MSNS perlu menganjurkan kursus komunikasi berkesan untuk Persatuan Sukan Negeri, atlet, kru sokongan dan agensi-agensi berkaitan KBSS.
Menyediakan dan menganjurkan latihan profesional yang diiktiraf secara berkala untuk semua personel yang terlibat dengan sukan termasuk pemimpin dan pentadbir persatuan atau organisasi, jurulatih, kepegawaian teknikal, penyelaras, pegawai kaunseling dan kru sokongan sains sukan, melalui kerjasama pintar dengan UA, badanbadan sukan antarabangsa dan persatuan sukan kebangsaan.
Menyediakan sistem sokongan kepakaran, khidmat nasihat dan teknikal untuk sukan-sukan sasaran yang berpotensi.
Menyediakan skim tajaan/pinjaman atau kemudahan cuti belajar untuk menghadiri kursus/seminar atau melanjutkan pengajian.


SPTTU objekTif 5: kejUrUlaTihan SUkan PreSTaSi Tinggi
Merekayasakan sistem kejurulatihan dalam setiap jenis sukan di negeri Sabah.
Strategi
Bagi mewujudkan “buddy system” dan menjadikan jurulatih sebagai satu kerjaya profesional, untuk memastikan kelestarian jurulatih untuk setiap jenis sukan di setiap daerah, di samping meningkatkan martabat dan keupayaan jurulatih sukan di Sabah.
Pelan Tindakan
Menyediakan sistem penghargaan jurulatih pembangunan, pelapis dan prestasi tinggi bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan jurulatih.


SPTTU objekTif 6: SoKoNGAN IBU BAPA DAN PEMILIHAN ATLET


Sokongan bersepadu para ibu bapa atlet dan persatuan sukan perlu bagi mengenal pasti sempadan peranan masing-masing. Program kesedaran dan integriti semua pihak yang terlibat dengan sukan terutamanya ibu bapa atlet dan persatuan sukan perlu diadakan bagi memastikan pemilihan atlet tempatan berdasarkan meritokrasi.
Strategi
Program kesedaran dan integriti dalam kalangan ibu bapa atlet dan jurulatih perlu diadakan terutama dalam aspek pemilihan atlet tempatan.
MSNS perlu memantau setiap jurulatih agar mematuhi pemilihan atlet tempatan berdasarkan meritokrasi.
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dengan kerjasama PSN akan melatih jurulatih tempatan di pelbagai peringkat penglibatan sukan.

Pelan Tindakan
MSNS menyediakan kursus kesedaran dan integriti secara berkala kepada ibu bapa dan jurulatih pada setiap awal tahun terutama sebelum pemilihan atlet bagi memastikan pemilihan atlet adalah berdasarkan meritokrasi.
MSNS menyediakan satu garis panduan (tentang peranan dan batas penglibatan semua pihak (ibu bapa atlet, persatuan, jurulatih dan badan berkaitan) dalam memastikan pembangunan sukan di Sabah berjaya.
Memantau prestasi jurulatih-jurulatih sukan di semua peringkat berdasarkan kepada bilangan atlet tempatan yang dilahirkan setahun mengikut kategori jurulatih berikut: • Jurulatih Pembangunan • Jurulatih Pelapis • Jurulatih Prestasi Tinggi


SPTTU objekTif 7: infoSTrUkTUr SUkan
Membangunkan dan memantapkan Infostruktur Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sabah.
Strategi
Selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, kemudahan infostruktur sukan yang holistik dan mudah diakses perlu dibangunkan.
Pelan Tindakan
Melantik seorang Pegawai Teknologi Maklumat yang berkelayakan bagi memantau pembangunan dan penyelenggaraan pangkalan data.
Menyediakan pangkalan data yang mudah diakses oleh masyarakat melibatkan: • Pengenalpastian dan pemantauan bakat-bakat atlet. • Profil dan prestasi atlet negeri. • Persatuan Sukan Negeri. • Pangkalan data jurulatih pembangunan dan jurulatih prestasi tinggi. • Pangkalan data kepegawaian, teknikal dan pegawai penyelaras.
Menyediakan pangkalan data kemudahan aktiviti sukan dan rekreasi berserta gred atau tahap yang boleh diakses oleh masyarakat.
Permohonan penggunaan infrastruktur dilakukan secara atas talian.
Menyediakan pangkalan data pemantauan aktiviti atau program sukan dan rekreasi (Sistem E-mentoring aktiviti sukan dan rekreasi).

SPTTU objekTif 8: SISTEM PEMANTAUAN
Mewujudkan sistem pemantauan terhadap impak perubahan persekitaran secara berterusan.
Strategi
Bagi mewujudkan dan memastikan sistem pemantauan terhadap impak perubahan persekitaran yang berterusan dapat dilakukan, kerjasama pintar antara pihak KBSS dan pakar dari universiti luar dan dalam negara, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dan JPNS haruslah diadakan.
Pelan Tindakan
Berdasarkan kerjasama pintar yang diadakan antara agensi dan badan yang terlibat, satu Jawatankuasa Pemantau perlu diwujudkan bagi mengenal pasti dan menganalisis kesan daripada perubahan persekitaran yang berlaku.



iSTU objekTif 1: PEMBANGUNAN INDUSTRI SUKAN
Melestarikan dan memacukan pembangunan industri sukan.
Strategi
Industri sukan merupakan satu industri yang amat menguntungkan. Justeru itu, Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu menyediakan perancangan pembangunan perniagaan sukan yang holistik.
Pelan Tindakan
Mewujudkan kerangka perancangan strategik industri sukan.
Mewujudkan model perniagaan dalam kalangan SME bagi sektorsektor sukan terpilih.
Mewujudkan satu unit khas pemasaran dan perniagaan sukan.
Mewujudkan satu kluster pembangunan industri sukan.


iSTU objekTif 2: infoSTrUkTUr indUSTri SUkan
Membangunkan pangkalan data berkaitan pelancongan dan industri sukan.
Strategi
Memudahkan capaian maklumat mengenai pelancongan dan industri berkaitan sukan dengan pembangunan pangkalan data yang mudah diakses.
Pelan Tindakan
Membangunkan pangkalan data pelancongan sukan melalui kerjasama dengan operator pelancongan sukan.
Mewujudkan direktori syarikat berkaitan industri sukan.


iSTU objekTif 3: PEMANTAPAN PERHUBUNGAN AwAM
Pemantapan perhubungan awam adalah penting untuk memajukan dan mempertingkatkan prestasi atlet daripada peringkat tunas, bakat, pelapis dan elit.
Strategi
Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu memantapkan perhubungan awam secara holistik.
Pelan Tindakan
Mempertingkatkan komunikasi dalaman antara pegawai dan anggota organisasi di semua peringkat secara telus dan berkesan melalui “Kursus Mempertingkatkan Komunikasi Dalaman”.
Mempertingkatkan komunikasi luaran membabitkan semua organisasi luar secara lebih cekap melalui “Kursus Perhubungan Awam dan Media”.
Menerima dan memproses aduan mengikut prosedur dan masa yang ditetapkan.
Menguruskan kecekapan informasi melalui bahan bercetak dan penerbitan seperti laporan tahunan, buletin, keratan akhbar, liputan fotografi dan video.
Mempertingkatkan sumber maklumat dan berita terkini bagi pengisian laman sesawang rasmi Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Meneroka penyaluran maklumat menerusi media sosial dan jalinan kerjasama dengan portal sukan tempatan bagi menyalurkan maklumat berhubung organisasi.

SMTU objekTif 1: infraSTrUkTUr dan PerkhidMaTan SUKAN MASSA
Menambah baik sistem tadbir urus dalam kalangan agensi penyedia infrastruktur dan perkhidmatan sukan massa.
Strategi
Setiap kementerian dan agensi berkaitan perlu mewujudkan Jawatankuasa Audit bagi memantau projek pembangunan dan pengurusan fasiliti sukan massa.
Setiap kementerian dan agensi berkaitan perlu mewujudkan Jawatankuasa Penguatkuasaan peraturan dan prosedur bagi memastikan semua fasiliti yang beroperasi mematuhi peraturan dan prosedur bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.
Pelan Tindakan
Setiap kementerian dan agensi terlibat perlu mewujudkan dan melantik Jawatankuasa Audit dan Pemantau Fasiliti.
Setiap kementerian dan agensi terlibat perlu mewujudkan dan melantik Jawatankuasa Penguatkuasaan peraturan dan prosedur.


SMTU objekTif 2: infoSTrUkTUr SUkan MaSSa
Mewujudkan informasi takwim aktiviti sukan dan rekreasi di Sabah bagi mengoptimumkan penyampaian maklumat sukan massa.
Strategi
Mewujudkan takwim aktiviti, maklumat penganjur, orang yang perlu dihubungi melalui aplikasi telefon pintar dan laman sesawang yang mudah diakses oleh masyarakat dengan kerjasama badan-badan kerajaan berkaitan dan juga badan bukan kerajaan.
Pelan Tindakan
Menyediakan takwim aktiviti sukan massa di Sabah yang mengandungi maklumat tarikh, tempat dan penganjur aktiviti atau maklumat lain seperti nombor untuk dihubungi dan yuran sekiranya ada.
Menyediakan pangkalan data kemudahan aktiviti sukan dan rekreasi berserta gred atau tahap yang boleh diakses oleh masyarakat.
Permohonan penggunaan infrastruktur dilakukan secara atas talian.
Menyediakan pangkalan data pemantauan aktiviti atau program sukan dan rekreasi (Sistem E-Mentoring aktiviti sukan dan rekreasi).

SMTU objekTif 3: jawaTankUaSa PenYelaraS SUkan MaSSa
Meningkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam pelaksanaan program oleh persatuan akar umbi.
Strategi
Mewujudkan satu Jawatankuasa Penyelaras bagi memantau pelaksanaan program oleh persatuan atau kelab sukan massa di peringkat akar umbi.
Pelan Tindakan
Mewujudkan satu jawatankuasa tetap bagi menyelaras aktiviti dan program sukan massa di setiap daerah.


SMTU objekTif 4: TADBIR URUS KEwANGAN AGENSI DAN PERSATUAN SUKAN
Memperkasa sistem tadbir urus pengurusan kewangan yang berkesan dalam kalangan agensi dan persatuan sukan massa.

Strategi
Meningkatkan kemandirian kewangan (financial self-sustaining) persatuan sukan massa.
Memperkasa tadbir urus dan pengurusan kewangan persatuan/kelab.

Pelan Tindakan
Menyediakan dasar penjanaan kewangan yang jelas, penyediaan skim insentif penjanaan pendapatan berdasarkan struktur ‘back-to-back’.
Mewujudkan insentif penajaan dalam bentuk pengecualian cukai khas, pengecualian royalti dan hak milik bersama pendaftaran harta intelek.
Menyediakan garis panduan penajaan yang berstruktur dan inisiatif penajaan yang bercorak mesra penaja.
Menawarkan produk, perkhidmatan dan pelancongan yang berkaitan dengan sukan kepada organisasi penaja sebagai satu pakej penajaan.
Persatuan dan badan sukan perlu menyediakan pelan komersil penganjuran program dan aktiviti sukan dengan sasaran dan KPI tertentu sebagai pra-syarat kelulusan peruntukan tahunan.
Melaksanakan pemantauan berterusan ke atas pengurusan aliran tunai badan atau persatuan sukan (cash flow management) yang merangkumi setiap aliran masuk hasil serta aliran keluar perbelanjaan yang berlaku dalam tempoh tahun kewangan.
Memperkenalkan skim sukan angkat, persatuan atau badan sukan angkat dan seumpamanya dalam kalangan pemain industri di Sabah, untuk mendapatkan pembiayaan dan sokongan kewangan untuk penganjuran aktiviti sukan massa.
Memastikan setiap persatuan mempunyai sistem perancangan tahunan, perincian pelaksanaan aktiviti termasuk masa dan tempoh, perincian kewangan setiap aktiviti.
Menganjurkan kursus tadbir urus dan pengurusan kewangan untuk persatuan/kelab melalui kerjasama dengan universiti awam/universiti swasta dan agensi-agensi lain.

SMTU objekTif 5: PenggUnaan Teknologi hijaU
Memastikan pembinaan fasiliti sukan di Sabah berteraskan kepada konsep bangunan hijau selari dengan konsep penjagaan alam sekitar di Sabah.
Strategi
Fasiliti sukan massa yang dibina perlulah mengambil kira kepada penggunaan teknologi hijau bagi menyokong kepada pengurangan penggunaan tenaga, penggunaan air dan meningkatkan penggunaan bahan pembinaan yang lebih mampan.
Pelan Tindakan
Merancang dan menyedia pelan-pelan pembangunan fasiliti sukan massa yang berkonsepkan kepada teknologi hijau.


SMTU objekTif 6: PMbangUnan ProfeSionaliSMe
Meningkatkan profesionalisme dalam kalangan ahli persatuan dan sukarelawan.
Strategi
Menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan tadbir urus persatuan dan kelab bagi memperkasa tadbir urus persatuan atau kelab sukan massa di peringkat komuniti.
Menyediakan kursus-kursus berkaitan kesukarelawanan kepada masyarakat bagi melahirkan lebih ramai sukarelawan terlatih.
Pelan Tindakan
Menganjurkan kursus-kursus berkaitan tadbir urus persatuan dan kelab bagi meningkatkan profesionalisme dalam kalangan ahli persatuan.
KBSS perlu menyediakan peruntukan untuk membiayai kos penganjuran kursus berkaitan tadbir urus persatuan dan kelab sekurangkurangnya sekali setahun secara bergilir-gilir di setiap daerah di dalam zon.
KBSS perlu menjalin kerjasama pintar dengan NGO bagi menganjurkan lebih banyak kursus persijilan kesukarelawanan berkaitan aktiviti kecergasan dan sukan massa.
