
10 minute read
DIMENSI 4: KEWANGAN

DIMENSI 4: KEwANGAN
Advertisement
SPTk objekTif 1: bUdaYa SUkan PreSTaSi Tinggi
Membudayakan nilai sukan prestasi tinggi.
Strategi
Salah satu aspek yang perlu dalam membangunkan prestasi sukan negeri Sabah ialah memupuk nilai dan budaya serta semangat berdaya saing dalam masyarakat.
Pelan Tindakan
Menyediakan peruntukan “Skim Insentif Penganjuran Sirkit Kejohanan” peringkat zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kepada PSN.
Menyediakan peruntukan untuk penganjuran “roadshow” bagi membawa atlet negeri Sabah yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ke seluruh negeri.


SPTk objekTif 2: PEMBANGUNAN ATLET
Meningkatkan semangat berdaya saing dalam kalangan atlet.
Strategi
Membangunkan sistem kedudukan dan mata pencapaian atlet negeri (atas talian) mengikut sukan.
Pelan Tindakan
Menyediakan skim bantuan penyertaan atlet ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan serantau (Asia Tenggara).

SPTk objekTif 3: PengUrUSan kewangan efiSien
Mendahului dalam sistem pengurusan kewangan yang efisien adalah memastikan sumber yang disasarkan dan diberi keutamaan, memberikan hasil prestasi yang diharapkan.
Strategi
Mengoptimakan potensi ekonomi sukan pretasi tinggi.

Pelan Tindakan
Sistem perancangan tahunan, lima tahunan bagi setiap persatuan sukan, merangkumi program dan aktiviti sukan prestasi tinggi.
Perincian jadual pelaksanaan dengan masa dan tempoh yang dirancangkan.
Perincian kewangan, sumber pembiayaan, kos serta perbelanjaan, hasil serta perolehan, keuntungan kewangan dan impak kualitatif setiap program dan aktiviti.
Penubuhan fungsi/unit pemantauan di peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memantau perancangan, perlaksanaan dan outcome sebenar yang dihasilkan.
Menubuhkan Unit Penyelarasan Inter-agensi di peringkat Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mewujudkan sinergi dalam kalangan agensi dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran program dan aktiviti sukan prestasi tinggi.
SPTk objekTif 4: MEMPERKASA TADBIR URUS KEwANGAN AGENSI DAN PERSATUAN SUKAN
Pemerkasaan tadbir urus kewangan bagi melaksanakan fungsi, program dan aktiviti, serta kemampuan kewangan mandiri dan berdaya maju bagi Sukan Prestasi Tinggi.
Strategi
Meningkatkan kemandirian kewangan (financial self-sustaining) persatuan sukan.

Pelan Tindakan
Penyediaan dasar penjanaan kewangan yang jelas untuk agensi dan persatuan sukan yang terlibat dalam Sukan Prestasi Tinggi dengan mewujudkan rubrik pembahagian peruntukan PSN.
Persatuan dan badan sukan perlu menyediakan pelan komersil penganjuran program dan aktiviti sukan dengan sasaran dan KPI tertentu sebagai pra-syarat untuk kelulusan peruntukan tahunan persatuan sukan.
Penyediaan Dasar Peruntukan Pemberian geran kepada persatuan mengikut pengelasan markah prestasi bagi persatuan yang terlibat dengan Sukan Prestasi Tinggi.
Penguatkuasaan penyediaan perincian jadual perlaksanaan aktiviti oleh PSN termasuk masa dan tempoh perancangan dalam syarat pemberian geran peruntukan.
Penguatkuasaan perincian kewangan, sumber pembiayaan, kos serta perbelanjaan, hasil serta perolehan, keuntungan kewangan dan impak kualitatif setiap program dan aktiviti dalam syarat pemberian geran peruntukan.
Memperkenalkan skim sukan angkat, persatuan atau badan sukan angkat dan seumpamanya dalam kalangan pemain industri di negeri Sabah, untuk mendapatkan pembiayaan dan sokongan kewangan kepada sukan prestasi tinggi.
Melaksanakan pemantauan berterusan ke atas pengurusan aliran tunai badan atau persatuan sukan (cash flow management) yang merangkumi setiap aliran masuk hasil serta aliran keluar perbelanjaan yang berlaku dalam tempoh tahun kewangan.

SPTk objekTif 5: AKAUNTABILITI AGENSI DAN PERSATUAN SUKAN NEGERI
Menyediakan asas dasar dan polisi pengurusan kewangan yang dapat memastikan pengurusan kewangan di peringkat agensi dan persatuan sukan dapat memenuhi tuntutan pengurusan kewangan yang lestari.
Strategi
Memperkasa akauntabiliti program dan akauntabiliti kewangan agensi dan persatuan sukan.
Pelan Tindakan
Memantau setiap peruntukan kewangan kerajaan untuk perancangan kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dengan mensyaratkan PSN perlu menyediakan analisis kejohanan merangkumi keputusan pertandingan, bilangan rekod baru, bilangan penyertaan, tahap atlet dan kos belanjawan.
Mewujudkan prosedur terpiawai bagi pengurusan kewangan badan dan persatuan sukan.
Menyediakan platform latihan dan pembangunan bagi pemimpin badan dan persatuan sukan dengan mengembeling kemudahan latihan dan pembangunan di institusi latihan tempatan dan kebangsaan, universiti awam dan pusat kemahiran.
Menyediakan program persijilan dan memperkenalkan mata kelangsungan profesionalisme berterusan (CPD - continues professional development) yang perlu dipenuhi oleh pemimpin dan pengurus badan atau persatuan sukan, bagi melayakkan mereka mengisi jawatan dalam persatuan sukan.

SPTk objekTif 6: PENyELIDIKAN DAN INoVASI
Pemerkasaan Penyelidikan dan Inovasi dalam pembangunan sukan negeri.
Strategi
Memantapkan aktiviti-aktiviti berkaitan penyelidikan, inovasi, dan teknologi untuk memacu peningkatan prestasi sukan.
Pelan Tindakan
Menyediakan skim atau dana peruntukan bagi memperolehi dan menyampaikan ilmu pengetahuan dalam sukan prestasi tinggi seperti seminar/bengkel.
Menyediakan dana peruntukan penyelidikan dan inovasi yang disalurkan kepada MSNS untuk menjalankan penyelidikan.
SPTk objekTif 7: infraSTrUkTUr SUkan
Pembangunan infrastruktur sukan yang mampan dan berdaya saing.
Strategi
Membangunkan infrastruktur sukan termasuk alat sokongan sains sukan bagi meningkatkan prestasi sukan di negeri Sabah.

Pelan Tindakan
Menyediakan peruntukan untuk menaik taraf fasiliti sedia ada bagi memenuhi piawaian antarabangsa.
Membangunkan atau menaik taraf kemudahan sedia ada menjadi Pusat Latihan Serantau (Pantai Timur, Pantai Barat dan Pedalaman) yang mempunyai kelengkapan kemudahan sekurang-kurangnya mengikut spesifikasi kebangsaan.
Membangunkan dan menaik taraf infrastruktur sukan secara spesifik berdasarkan potensi masyarakat setempat dan mengikut perubahan peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Paralimpik Antarabangsa, sekurang-kurangnya satu sukan teras bagi satu daerah menjelang tahun 2030.


SPTk objekTif 8: jUrUlaTih keMahiran SUkan SPeSifik
Menambah bilangan jurulatih yang mempunyai kemahiran sukan spesifik dari JPNS/Persatuan Sukan/NGO.
Strategi
Menambah bilangan jurulatih pembangunan yang mempunyai kemahiran sukan spesifik.
Pelan Tindakan
Menambah bilangan jurulatih yang mempunyai kemahiran sukan spesifik dari JPNS/Persatuan Sukan/NGO.
Menyediakan akses yang mudah kepada guru-guru untuk kursuskursus persijilan Sukan Spesifik bagi setiap tahap.
Menyediakan dana peruntukan penganjuran kursus/program pembangunan kemahiran kejurulatihan bagi menggalakkan penglibatan guru-guru.


SPTk objekTif 9: infoSTrUkTUr SUkan
Membangunkan dan memantapkan Infostruktur Sukan Prestasi Tinggi Negeri.
Strategi
Selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, kemudahan infostruktur sukan yang holistik dan mudah diakses perlu dibangunkan.
Pelan Tindakan
Menyediakan pangkalan data yang mudah diakses oleh masyarakat melibatkan: • Pengenalpastian dan pemantauan bakat atlet. • Profil dan prestasi atlet negeri. • Persatuan Sukan Negeri. • Pangkalan data jurulatih pembangunan dan jurulatih prestasi tinggi. • Pangkalan data kepegawaian, teknikal dan pegawai penyelaras. • Pangkalan data kemudahan aktiviti sukan dan rekreasi berserta gred atau tahap. • Permohonan penggunaan infrastruktur.


SPTk objekTif 10: PERSEKITARAN SISTEM SoKoNGAN SUMBER MANUSIA
Memartabatkan sistem sokongan sumber manusia berkaitan dengan sukan.
Strategi
Bagi mencapai objektif tersebut, peningkatan kapasiti dan keupayaan sumber manusia, yang merangkumi pemimpin persatuan, penyelidikan, kepakaran, perkhidmatan, jurulatih, kepegawaian teknikal, pegawai penyelaras, tadbir urus organisasi dan pengurusan kewangan, pegawai kaunseling dan kru sokongan sains sukan.
Pelan Tindakan
Menggalakkan pembelajaran secara berterusan melalui penyediaan skim tajaan/pinjaman/separa tajaan/biasiswa atau kemudahan cuti belajar untuk menghadiri kursus/seminar atau melanjutkan pengajian.
Menyediakan dana peruntukan untuk “Sistem Penghargaan Jurulatih Pembangunan, Kepegawaian Teknikal dan Pengadil” bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan jurulatih pembangunan, pegawai teknikal dan pengadil yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan di negeri Sabah.
Menyediakan geran peruntukan untuk Skim Latihan Kepegawaian kepada PSN bagi melahirkan pegawai teknikal, dan pengadil yang mempunyai kemahiran dan lesen yang diiktiraf setiap tahun.

SPTk objekTif 11: SISTEM PENGENALPASTIAN DAN PEMBANGUNAN BAKAT
Memperkasakan Sistem Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat di seluruh negeri.
Strategi
Bagi mewujudkan satu Sistem Pengenalpastian dan Pembangunan Bakat yang efisien dan efektif, untuk mengurangkan ketirisan bakat atau potensi rakyat Sabah dalam setiap daerah pentadbiran.
Pelan Tindakan
Menyediakan dana untuk membangunkan dan melaksanakan “Sistem Pengenalpastian dan Pemantauan Bakat” yang spesifik mengikut keperluan sukan masing-masing secara atas talian untuk kegunaan guru-guru dan PSN.
SPTk objekTif 12: KELESTARIAN ATLET
Kelestarian atlet.
Strategi
Menjamin kebajikan jangka pendek dan jangka panjang para atlet, melalui inisiatif bersama badan-badan kerajaan dan swasta.
Pelan Tindakan
Menyediakan insentif bantuan kewangan dalam bentuk “Skim Insentif Bantuan Atlet” seperti biasiswa pendidikan, elaun sara hidup serta meningkatkan jaminan keselamatan atlet melalui Caruman Insurans Perlindungan.

SPTk objekTif 13: KESUKARELAwANAN DALAM SUKAN
Membudayakan nilai dan budaya kesukarelawanan sukan.
Strategi
Setiap agensi perlu menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam penglibatan dan penganjuran aktiviti sukan bermula di peringkat komuniti seterusnya di peringkat daerah dan negeri.
Pelan Tindakan
Menyediakan “Insentif Galakan Kesukarelawanan” kepada majikan termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menggalakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan pekerja seperti pemberian anugerah dan diambil kira dalam star rating syarikat.
iSk objekTif 1: infoSTrUkTUr indUSTri SUkan
Membangunkan pangkalan data berkaitan pelancongan dan industri sukan.
Strategi
Memudahkan capaian maklumat mengenai pelancongan dan industri berkaitan sukan dengan pembangunan pangkalan data yang mudah diakses.
Pelan Tindakan
Menyediakan geran peruntukan untuk membangunkan pangkalan data pelancongan sukan dan direktori syarikat berkaitan industri sukan.

SMk objekTif 1: BUDAyA
Memperkasa budaya sukan massa di samping membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibah.
Strategi
Menerapkan budaya kesukanan kepada semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan masyarakat luar bandar.
Pelan Tindakan
Menyediakan geran peruntukan tahunan untuk program Teras Pembangunan Sukan yang merangkumi teras sukan tradisional, sukan massa, sukan prestasi tinggi dan gaya hidup sihat.


SMk objekTif 2: PelabUran infraSTrUkTUr SUkan dan REKREASI
Bagi menyediakan ekosistem sukan yang mampan, pihak KBSS dan agensi berkaitan perlu membuat pelaburan bagi menyediakan fasiliti sukan massa yang mencukupi.
Strategi
Menyediakan peruntukan untuk pembinaan, penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti sedia ada dan membina fasiliti baru.
Pelan Tindakan
Menyediakan peruntukan untuk membina kompleks sukan berbumbung dan mempunyai kemudahan padang, gelanggang dan trek yang mempunyai kapasiti maksimum 10,000 orang yang boleh digunakan selama 365 hari.
Menyediakan peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur sukan sedia ada secara spesifik berdasarkan potensi masyarakat setempat dan mengikut perubahan keperluan sukan.
Menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti-fasiliti sukan dan rekreasi.


SMk objekTif 3: PenggUnaan Teknologi hijaU
Memastikan pembinaan fasiliti sukan di Sabah berteraskan kepada konsep bangunan hijau selari dengan konsep penjagaan alam sekitar.
Strategi
Fasiliti sukan massa yang dibina perlulah mengambil kira kepada penggunaan teknologi hijau bagi menyokong kepada pengurangan penggunaan tenaga, penggunaan air dan meningkatkan penggunaan bahan pembinaan yang lebih mampan.
Pelan Tindakan
Menyediakan peruntukan bagi perancangan dan penyediaan pelan-pelan pembangunan fasiliti sukan massa yang berkonsepkan kepada teknologi hijau serta menaik taraf fasiliti sedia ada bagi memperolehi ‘environmentally certified’.
SMTU objekTif 4: infoSTrUkTUr SUkan MaSSa
Mewujudkan pangkalan data sukan massa bagi mengoptimumkan penyampaian maklumat.
Strategi
Mewujudkan pangkalan data yang mudah diakses oleh masyarakat bagi mengoptimumkan penyampaian maklumat sukan massa.
Pelan Tindakan
Menyediakan peruntukan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pangkalan data sukan massa berkaitan takwim aktiviti, maklumat kemudahan sukan dan rekreasi, permohonan penggunaan infrastruktur atas talian serta sistem E-mentoring aktiviti sukan dan rekreasi.

SMk objekTif 5: PERANcANGAN STRATEGIK MEDIA MASSA
Media massa merupakan medium yang paling efektif untuk menyemai budaya bersukan dalam kalangan masyarakat Sabah terutama sekali dengan wujudnya sumber fasiliti yang mencukupi dan wujudnya pelaksanaan program oleh komuniti.
Strategi
Menyediakan dana khusus untuk melaksanakan perancangan strategik media massa untuk menggalakkan penglibatan masyarakat secara berterusan dalam usaha mempromosikan sukan massa dan gaya hidup sihat melalui pengiklanan televisyen, radio, laman sesawang, media elektronik dan media cetak.
Pelan Tindakan
Menyediakan dana khusus untuk melaksanakan perancangan strategik media massa bagi mempromosikan sukan prestasi tinggi, sukan massa dan gaya hidup sihat melalui pengiklanan televisyen, radio, laman sesawang, media elektronik dan media cetak.

SMk objekTif 6: KESUKARELAwANAN SUKAN MASSA
Mencambah budaya kesukarelawanan sebagai penggerak dalam pembangunan sukan massa terutamanya di peringkat komuniti.
Strategi
Menggalakkan persatuan atau kelab sukan massa bagi menganjurkan program di peringkat komuniti dan daerah.
Menggalakkan pembentukan persatuan akar umbi dan kelab di peringkat komuniti setempat dengan menyediakan sistem galakan.
Pelan Tindakan
Menyediakan dana tahunan kepada persatuan atau kelab sukan massa bagi menganjurkan program di peringkat komuniti dan daerah yang disalurkan dalam bentuk waran kepada Pejabat Bahagian Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah.
Menyediakan dana tambahan dalam bentuk insentif “Persatuan Produktif” kepada persatuan atau kelab sukan yang aktif dan mempunyai bilangan ahli yang ramai sebagai satu galakan.




