
8 minute read
DIMENSI 5: PEMBANGUNAN ATLET

diMenSi 5: PEMBANGUNAN ATLET
Advertisement
SPTPa objekTif 1: PengenalPaSTian bakaT
Memperkasakan Sistem Pengenalpastian Bakat di seluruh negeri.
Strategi
Mewujudkan satu Sistem Pengenalpastian Bakat atas talian yang efisien dan efektif, untuk mengurangkan ketirisan bakat atau potensi rakyat Sabah dalam setiap daerah pentadbiran, melalui kerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi (UA/IPTS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Persatuan Sukan Negeri (PSN).
Pelan Tindakan
Menyediakan dokumen rujukan mengenai standard prestasi sukan bagi pelbagai jenis sukan dan kategori umur.
Menyediakan, dan melaksanakan Sistem Pengenalpastian dan Pemantauan Bakat Sukan atas talian, yang spesifik mengikut keperluan sukan.
Mewujudkan kategori atlet dalam program pengenalpastian bakat seperti atlet akar umbi (grass root athlete), atlet pembangunan (emerging athlete), atlet pelapis dan atlet elit.
Menganjurkan kursus pengenalpastian bakat dan pengujian yang komprehensif dan spesifik, dalam bentuk kursus jangka pendek dan jangka panjang kepada guru-guru sekolah rendah di setiap daerah.




SPTPa objekTif 2: PEMBANGUNAN BAKAT
Memperkasakan program pembangunan bakat di seluruh negeri.
Strategi
Mewujudkan satu Sistem Pembangunan Bakat atas talian yang efisien dan efektif, untuk mengembangkan bakat-bakat sukan rakyat Sabah secara sistematik dan saintifik dalam setiap daerah pentadbiran, melalui Jalinan Kerjasama Pintar (JKP).
Pelan Tindakan
Menubuhkan satu Pusat Kecemerlangan Sains Sukan yang menyediakan kemudahan latihan, pengujian prestasi, dan pemulihan berpusat (integrated facilities) yang mudah diakses atau digunakan oleh masyarakat umum.
Menyediakan perkhidmatan kepakaran latihan dan pengujian saintifik dengan kos perbelanjaan mengurus yang paling minimum.
Membangunkan dan melaksanakan Sistem Prosedur Pembangunan Bakat Spesifik mengikut keperluan sukan.
Meningkatkan keupayaan pusat latihan sukan spesifik di setiap daerah, Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah kendalian JPNS menjadi Pusat Inkubator Sukan.
Menyediakan pangkalan data dan sistem pemantauan jurulatih pembangunan dan atlet pelapis negeri Sabah (atas talian).
Menggunakan kepakaran dan pengalaman atlet veteran untuk tujuan latihan, dan motivasi.

SPTPa objekTif 3: DAyA SAING ATLET
Meningkatkan semangat berdaya saing dalam kalangan atlet.

Strategi
Meningkatkan akses rakyat Sabah ke kejohanan. Membangunkan sistem kedudukan dan mata pencapaian atlet negeri Sabah (atas talian) mengikut sukan.
Pelan Tindakan
Mengenal pasti potensi sukan berdasarkan demografi masyarakat setempat bagi setiap kategori single sport, multi-sport dan sukan lasak. Menganjurkan kejohanan acara sukan berdasarkan potensi sukan masyarakat setempat bagi setiap kategori single sport, multi-sport dan sukan lasak. Mewujudkan sistem ranking atlet Sabah (atas talian) berdasarkan keputusan sirkit kejohanan antara Zon, pencapaian rekod baru di peringkat kebangsaan dan bilangan penyertaan di peringkat kebangsaan dan serantau. Menganalisis kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah, sedang dan akan disertai dari aspek standard kejohanan, jumlah penyertaan dan tahap atlet yang menyertai.

SPTPa objekTif 4: KELESTARIAN ATLET
Kelestarian atlet.

Strategi
Meningkatkan jaminan kebajikan jangka pendek dan jangka panjang para atlet, merangkumi bantuan kewangan dan keselamatan melalui kerjasama badan-badan kerajaan dan swasta
Pelan Tindakan
Menyediakan insentif bantuan kewangan seperti biasiswa pendidikan, dan elaun sara hidup.
Menyediakan Caruman Insurans Perlindungan.
Menyediakan ruang kepada atlet untuk mengikuti program pengajian termasuk latihan kemahiran Technical Vocational Educational Training (TVET), melalui kerjasama dengan UA/IPTS, JPNS dan agensi swasta/ kerajaan.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan kaunseling dan aktiviti/program yang berkaitan dengan kerjaya dan pelan persaraan atlet.

SPTPa objekTif 5: PRoGRAM PoDIUM
Menghasilkan atlet negeri ke program Podium.
Strategi
Mewujudkan sistem pemantauan prestasi atlet sukan prestasi tinggi atas talian yang sistematik melalui kerjasama dengan UA/IPTS, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negara, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara, agensi swasta dan persatuan sukan.
Pelan Tindakan
Mewujudkan satu piawaian untuk menilai prestasi atlet bagi yang terlibat dalam Sukan Prestasi Tinggi.
SPTPa objekTif 6: PUSAT KEcEMERLANGAN SUKAN
Mewujudkan pusat kecemerlangan sukan.
Strategi
Melalui jalinan kerjasama pintar (blue ocean strategy) iaitu perkongsian kepakaran, peralatan dan bangunan antara KBSS dan UA bagi meminimumkan kos perlaksanaan dan penubuhan pusat kecemerlangan sukan ini.
Pelan Tindakan
Membentuk Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja Pembentukan Akademi Kecemerlangan Sukan Sabah.
Menubuhkan Akademi Kecemerlangan Sukan Sabah.

SPTPa objekTif 7: jUrUlaTih PeMbangUnan akar UMbi
Merekayasakan Jurulatih Pembangunan Akar Umbi.


Strategi

Menyediakan “succession plan” setiap Jurulatih Pembangunan melalui kerjasama dengan JPNS.
Menambah bilangan jurulatih berkualiti yang mempunyai kemahiran kejurulatihan di peringkat pembangunan, Sukan Spesifik, Master Coach dan Prestasi Atlet Sukan Spesifik.
Meningkatkan akses kepada guru-guru untuk kursus/program persijilan dan kejurulatihan sukan.
Meningkatkan akses Jurulatih Pembangunan kepada ilmu dan teknologi kejurulatihan terkini.
Menambah bilangan jurulatih berkualiti yang mempunyai kemahiran dalam Pemantauan Prestasi Sukan yang spesifik untuk atlet pembangunan dan atlet prestasi tinggi.
Pelan Tindakan
Mewujudkan program mentor-mentee dan “buddy system” antara jurulatih senior dan junior.
Menganjurkan Kursus Persijilan Kejurulatihan Atlet Pembangunan (emerging athlete).
Menganjurkan kursus/program berkaitan kemahiran Kejurulatihan Sukan Spesifik.
Menganjurkan kursus/program Master Coach.
Mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk kursus-kursus kejurulatihan sukan yang dianjurkan bagi menyediakan akses yang mudah kepada guru-guru untuk kursus-kursus persijilan Sukan Spesifik pada setiap tahap.
Menyediakan bahan rujukan berkaitan kejurulatihan sukan melalui JKP dan UA.
Menganjurkan seminar kejurulatihan secara berkala melalui JKP dan UA.
Menyediakan program/aktiviti bagi tujuan penyebaran pengetahuan dan pembelajaran yang merentas sistem prestasi tinggi melalui kursus kejurulatihan dan pengujian komprehensif dan spesifik, dalam bentuk kursus jangka pendek dan jangka panjang kepada jurulatihjurulatih pembangunan di setiap daerah.

SPTPa objekTif 8: keleSTarian kejUrUlaTihan SUkan PRESTASI TINGGI
Kelestarian kejurulatihan Sukan Prestasi Tinggi dalam setiap jenis sukan di negeri Sabah.
Strategi
Meningkatkan kepercayaan dan persepsi orang ramai ke atas keupayaan jurulatih.
Mewujudkan “buddy system” dan menjadikan jurulatih sebagai satu kerjaya profesional, untuk memastikan kelestarian jurulatih untuk setiap jenis sukan di setiap daerah.
Pelan Tindakan
Menyediakan dan menguatkuasakan kriteria pemilihan dan pelantikan Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi.
Menganjurkan program/kursus profesional (kejurulatihan, pedagogi, kepimpinan dan pengurusan) termasuk lesen sebagai jurulatih secara berterusan kepada Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi melalui JKP.
Mengiktiraf kursus/program peningkatan keupayaan diri Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi sebagai satu kriteria untuk penyambungan lantikan.
Meningkatkan bilangan Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi yang berkemahiran tinggi dan mempunyai pengetahuan sains sukan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan satu laman sesawang khas bagi tujuan pendidikan sains kejurulatihan yang boleh diakses oleh jurulatih di semua peringkat.
Menyediakan pelan pembangunan dan “succession plan” untuk setiap Jurulatih Prestasi Tinggi yang dilantik MSNS melalui “buddy system”.
Menyediakan sistem laluan kerjaya untuk jurulatih tempatan di peringkat prestasi tinggi.

SPTPa objekTif 9: super experT COaCh
Melahirkan jurulatih untuk sukan prestasi tinggi (Super Expert Coach) negeri Sabah untuk setiap sukan spesifik termasuk Sukan Paralimpik.
Strategi
Menganjurkan kursus khas untuk Sukan Prestasi Tinggi berdasarkan sukan spesifik termasuk Sukan Paralimpik, melalui kerjasama dengan UMS, Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negara, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara serta institusi sukan luar negara, agensi swasta dan persatuan sukan.
Pelan Tindakan
Menyediakan kursus “Super Expert Coach” untuk Jurulatih Pembangunan berdasarkan sukan spesifik.


SPTPa objekTif 10: infraSTrUkTUr SUkan
Pembangunan infrastruktur sukan yang mampan dan berdaya saing.
Strategi
Infrastruktur sukan merupakan aspek yang penting dalam membangunkan dan meningkatkan prestasi sukan di negeri Sabah. Justeru itu, infrastruktur sukan termasuk alat sokongan sains sukan yang membantu meningkatkan prestasi perlu disediakan, mengikut spesifikasi piawaian serta mudah diakses oleh masyarakat umum.
Memaksimumkan output pembangunan sukan daripada setiap infrastruktur sukan yang disediakan oleh kerajaan.
Pelan Tindakan
Menaik taraf kemudahan sedia ada menjadi Pusat Latihan Serantau (Pantai Timur, Pantai Barat dan Pedalaman) yang mempunyai kelengkapan kemudahan sekurang-kurangnya mengikut spesifikasi kebangsaan.
Membentuk Jawatankuasa Kerja Pembangunan Infrastruktur Sukan Negeri Sabah yang bertugas untuk menganalisis potensi pembangunan sukan di setiap bahagian negeri Sabah yang berpotensi untuk dimajukan.
Membangunkan dan menaik taraf infrastruktur sukan berdasarkan kepada potensi masyarakat setempat dan mengikut perubahan peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Paralimpik Antarabangsa.
Membangunkan dan menaik taraf infrastruktur sukan secara spesifik berdasarkan potensi masyarakat setempat dan mengikut perubahan peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Paralimpik Antarabangsa, sekurang-kurangnya satu sukan teras bagi satu daerah menjelang tahun 2030.

SPTPa objekTif 11: akSeSibiliTi faSiliTi
Memaksimakan aksesibiliti masyarakat terhadap fasiliti yang disediakan.

Strategi
Fasiliti sukan massa yang dibina perlulah mengambil kira faktor-faktor aksesibiliti seperti penyediaan hubungan pengangkutan awam yang efisien dan kadar bayaran. Selain itu, perkhidmatan penyediaan persekitaran bersih, selesa dan selamat serta layanan mesra merupakan faktor penting mempengaruhi penggunaan fasiliti sukan.
Pelan Tindakan
Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu membina kompleks sukan berbumbung dan mempunyai kemudahan padang, gelanggang dan trek yang mempunyai kapasiti maksimum 10,000 orang yang boleh digunakan selama 365 hari.

SPTPa objekTif 12: BUDAyA SUKAN PRESTASI TINGGI
Membudayakan nilai dan budaya sukan prestasi tinggi.
Strategi
Salah satu aspek yang perlu dalam membangunkan prestasi sukan negeri ialah memupuk nilai dan budaya serta semangat berdaya saing dalam kalangan masyarakat.
Pelan Tindakan
Menggalakkan penganjuran sirkit kejohanan atau pertandingan di peringkat Zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang diiktiraf (sanction) oleh Persatuan Sukan Negeri secara berkala serta konsisten, melalui kerjasama erat dengan JPNS dan UA.


iSPa 1 objekTif 3: DAyA SAING ATLET
Meningkatkan semangat berdaya saing dalam kalangan atlet.
Strategi
Meningkatkan akses rakyat Sabah ke kejohanan. Membangunkan sistem kedudukan dan mata pencapaian atlet negeri (atas talian) mengikut sukan.
Pelan Tindakan
Mengenal pasti potensi sukan berdasarkan demografi masyarakat setempat bagi setiap kategori single sport, multisport dan sukan lasak. Menganjurkan kejohanan acara sukan berdasarkan potensi sukan masyarakat setempat bagi setiap kategori single sport, multi-sport dan sukan lasak. Mewujudkan sistem ranking atlet Sabah (atas talian) berdasarkan keputusan sirkit kejohanan antara Zon, pencapaian rekod baru di peringkat kebangsaan dan bilangan penyertaan di peringkat kebangsaan dan serantau. Menganalisis kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah, sedang dan akan disertai dari aspek standard kejohanan, jumlah penyertaan dan tahap atlet yang menyertai.

