2 minute read

PENDEKATAN DALAM PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN SABAH (PSPSS

Next Article
DASAR SUKAN NEGARA

DASAR SUKAN NEGARA

penDeKaTan Yang DIgunaKan DaLaM penYeDIaan peLan sTraTegIK peMBangunan suKan saBah

Tujuan utama Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah adalah untuk memimpin sektor sukan dan di peringkat negeri dan rakan kongsi sukan lain dalam membekalkan sukan kepada seluruh rakyat Sabah. Justeru bagaimanakah caranya?

Advertisement

Dalam memimpin dan memperkasakan sektor sukan negeri, pihak kerajaan akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru. Ini adalah kerana perkongsian merupakan pendekatan yang mengumpulkan pakar-pakar bidang daripada pelbagai organisasi akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding satu agensi yang bekerja secara bersendirian. Justeru kerajaan komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi sektor sukan dan membawa bersama-sama semua organisasi utama dalam sektor sukan dan juga agensi lain yang sesuai dalam melaksanakan pelan tindakan ini.

Kerajaan juga menyokong organisasi-organisasi sukan negeri dan rakan kongsi lain untuk meningkatkan keupayaan dan kemampanannya. Justeru pelan strategik ini mengambil kira keperluan spesifik dan bertanggungjawab kepada setiap keperluan tersebut. Setiap matlamat yang digariskan dalam pelan strategik ini saling berkait. Oleh itu kejayaan dalam satu bidang atau matlamat tidak boleh dicapai secara bersendirian tanpa sumbangan daripada bidang atau matlamat yang lain. Setiap matlamat juga tidak boleh dicapai dalam jangka masa yang singkat. Kerajaan komited untuk mengambil pendekatan strategik jangka panjang dan memantau kejayaan pelan strategik dan program secara progresif.

Kerajaan juga perlu melabur bagi mencapai hasil dan kebaikan secara bersama atau mutual. Dengan mensasarkan pelaburan kepada organisasi yang mempunyai kemampuan dan kesediaan serta bertanggungjawab (accountable) untuk menyumbang atau memberikan hasil yang dikehendaki. Pelan tindakan diperkemaskan bagi memaksimakan hasil yang diperoleh oleh kerajaan dan sektor sukan negeri. KBSS sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dengan pelaburan yang dilakukan dengan meningkatkan fokus ke atas pemantauan dan pengukuran prestasi setiap organisasi atau agensi yang terlibat dalam sektor sukan.

Penanda aras pencapaian prestasi agensi kerajaan dan setiap rakan kongsi berkaitan sukan perlu ditingkatkan. Selain itu, amalan terbaik (best practice) dalam sektor sukan juga dikenal pasti dan perlu dipromosikan.

Oleh kerana bentuk muka bumi yang memisahkan antara penduduk di negeri ini, justeru pelan strategik ini perlu dilaksanakan mengikut pembahagian geografinya. Ianya meliputi enam (6) zon mengikut pembahagian yang diguna pakai oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah iaitu: i. Bahagian Pantai Barat Utara (Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas). ii. Bahagian Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan, Ranau dan Tuaran). iii. Bahagian Pedalaman Atas (Nabawan, Keningau, Tambunan dan Tenom). iv. Bahagian Pedalaman Bawah (Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang). v. Bahagian Sandakan (Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Tongod dan Telupid). vi. Bahagian Tawau (Kunak, Lahad Datu, Semporna da Tawau).

SEMAKAN SEMULA PERNyATAAN VISI DAN MISI

PENyEDIAAN DoKUMEN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI SABAH

PENGGUBALAN STRATEGI DAN Pelan Tindakan, INDIKAToR DAN KPI

ANALISIS PerSekiTaran, PRESTASI DAN cABARAN SEMASA

ANALISIS KEPERLUAN aTleT, jUrUlaTih dan PEMEGANG TARUH

PENENTUAN objekTif STraTegik PENGENALPASTIAN iSU-iSU STraTegik

Penyediaan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah

This article is from: