7 minute read

PRESTASI SEMASA SUKAN DI NEGERI SABAH

Next Article
DASAR SUKAN NEGARA

DASAR SUKAN NEGARA

Hasil kajian yang dijalankan oleh pasukan juruperunding, jelas menunjukkan promosi dan galakan aktiviti fizikal iaitu peringkat penyertaan menyumbang secara langsung dalam mencapai visi melahirkan Atlet Bertaraf Dunia. Walau bagaimanapun intervensi promosi aktiviti fizikal yang sedia ada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mencukupi dalam meningkatkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti fizikal. Ini adalah kerana banyak faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal berada di luar skop atau perspektif kesihatan.

Antaranya ialah polisi-polisi dalam pengangkutan, kerajaan tempatan, pendidikan, perancangan, sukan dan rekreasi serta kewangan yang juga memberi kesan secara langsung kepada aktiviti fizikal. Melalui peningkatan tahap aktiviti fizikal di kalangan masyarakat negeri Sabah memberikan kebaikan kepada rakyat di samping kesihatan.

Advertisement

Di samping itu, banyak manfaat lain boleh diperoleh melalui tahap penglibatan masyarakat yang tinggi dalam aktiviti fizikal iaitu peningkatan produktiviti kerja, penurunan kadar penyakit tidak berjangkit seterusnya penurunan bebanan subsidi perubatan kerajaan. Untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai budaya merentas masyarakat, Majlis Penasihat Aktiviti Fizikal Ketua Menteri Sabah (Chief Minister’s Advisory Council on Physical Activity) perlu dibentuk bagi menyediakan sebuah pelan pelaksanaan yang berpandukan atau berlandaskan kepada Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah.

Hasil kajian pasukan penyelidik Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. D. Maryama binti Ag. Daud, ke atas 8,000 penduduk negeri Sabah mengenai tahap aktiviti fizikal yang dilaksanakan pada tahun 2015 menunjukkan industri sukan di negeri ini berpotensi tinggi untuk berkembang. Iaitu 88.9% penduduk negeri Sabah suka bersenam, berekreasi, dan bermain permainan, hanya 4.7% sahaja yang memberikan respons tidak pernah bersenam. Selain daripada itu, kebanyakan masyarakat iaitu 77.7% lebih suka bersenam secara berkumpulan.

Tidak Suka Bersenam 3%

Suka Bersenam 97%

rakyat Sabah Yang bersenam Tahun 2015

(Sumber: Penyelidikan oleh Kumpulan Penyelidik D. Maryama Ag. Daud et al., 2015)

AKTIVITI SUKAN yANG DISUKAI RANKING %

berjoging/berlari Berbasikal

Berenang

Sukan permainan

Tarian (aerobik, zumba dan lain-lain) Berjalan kaki

Memancing/menangkap ikan Sukan dalaman/indoor games (congkak, catur, dart dan lain-lain) Sukan lasak/ekstrim (skateboard, luncur air, selam skuba, paragliding, permotoran) berkebun

aktiviti gim

lain-lain 1 53.3

2 47.6

3 29.0

4 24.1

5 21.4

6 21.3

7 18.9

8 16.5

9 16.4

10 15.1

11 13.4

12 3.9

aktiviti Sukan yang digemari oleh rakyat Sabah Tahun 2015

(Sumber: Penyelidikan oleh Kumpulan Penyelidik D. Maryama Ag. Daud et al., 2015)

Data empirikal menunjukkan polisi dan dasar sedia ada berkaitan sukan seperti “Satu Murid Satu Sukan” dan “Talent Identification Program” yang dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Negeri, Institut Sukan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; dan “Promosi Gaya Hidup Aktif” oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih perlu diperkasakan lagi. Antara faktor yang boleh diperbaiki termasuklah:

1. Visi dan Dasar Sukan Negeri

PSPSS boleh digunakan sebagai kerangka dan garis panduan bagi merancang, membangun dan mengupayakan sukan di negeri Sabah. Ini termasuklah pembangunan visi dan dasar sukan negeri yang menyokong kepada sukan massa, sukan prestasi tinggi dan industri sukan.

2. Persekitaran Sukan Prestasi Tinggi

Persekitaran sukan sedia ada di negeri Sabah perlu ditambah baik secara komprehensif bagi menyokong pembangunan sukan prestasi tinggi. Persekitaran ini bukan sahaja merujuk kepada infrastruktur sukan tetapi juga melibatkan sumber sokongan lain iaitu infostruktur, kepakaran, pengujian dan kemudahan sukan spesifik yang mencapai piawaian antarabangsa.

ADA UJIAN SPESIFIK, 20%

TIADA UJIAN SPESIFIK, 80%

N =15

Persatuan mempunyai Ujian Prestasi Sukan Spesifik Tahun 2015

(Sumber: Penyelidikan oleh Kumpulan Penyelidik D. Maryama Ag. Daud et al., 2015)

3. Pembangunan kapasiti Sumber Manusia

Keperluan kepada pembangunan kapasiti sumber manusia yang berdaya saing dalam organisasi sukan adalah kritikal. Kapasiti ini merujuk kepada kuantiti dan kualiti tenaga kerja dalam organisasi berkaitan sukan. Ini adalah kerana organisasi sukan yang efisien adalah pemacu utama dalam program pembangunan sukan prestasi tinggi, sukan massa dan industri sukan.

4. Pangkalan Data

Pembinaan pangkalan data yang berkaitan dengan sukan dapat memperkasakan komunikasi antara pemegang taruh dan organisasi/agensi yang terlibat dalam sukan iaitu memudahkan penyaluran maklumat dan maklum balas.

5. Pewujudan Inter-Agency Coordination Unit (IcU)

Bagi memacu pembangunan sukan di negeri Sabah, KBSS perlu melaksanakan Strategi Lautan Biru merentasi semua teras strategik Sukan Prestasi Tinggi, Sukan Massa dan Industri Sukan. Justeru, mewujudkan Inter-Agency Coordination Unit (ICU) yang memainkan peranan penting dalam memastikan semua jalinan kerjasama pintar dengan agensi luar sama ada pihak kerajaan, swasta, badan korporat dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien dan efektif.

Pihak Swasta dan Badan Korporat Universiti Malaysia Sabah Institut Sukan Negara

Organisasi Bukan Kerajaan

Lembaga TamanTaman Sabah

Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS)

Jabatan Pendidikan Negari Sabah

Jabatan Kesihatan Negari Sabah

Lembaga Pelancongan Sabah Kementerian Pelancongan Negari Sabah

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pewujudan Inter-Agency Coordination Unit (IcU)

6. Pewujudan enakmen Majlis Sukan negeri Sabah

Penubuhan MSN Sabah adalah berdasarkan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 (Akta 29) yang mana akta ini memperuntukkan penubuhan sebuah Majlis Sukan Negeri di setiap Negeri. Walau bagaimanapun, penubuhan ini tidak mempunyai enakmen. Justeru, pewujudan enakmen adalah perlu bagi melancarkan pentadbiran dan pengurusan berkaitan sukan di negeri Sabah. Berdasarkan praktis di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, Majlis Sukan Daerah/Bahagian ada diwujudkan di bawah Majlis Sukan Negeri. Malah disebabkan bentuk geografi negeri Sabah, Majlis Sukan Daerah/Bahagian di Sabah perlu diwujudkan, di bawah seliaan PB bagi meminimumkan kos operasi.

7. Penstrukturan Semula Majlis Sukan Negeri Sabah

Majlis Sukan Negeri Sabah merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan sukan di negeri Sabah. Justeru struktur organisasi Majlis Sukan Negeri Sabah perlu disusun semula dan dinaik taraf bagi memantapkan lagi pengurusan dan tadbir urus MSNS. Dengan mewujudkan jawatan tambahan di gred N44 dan gred N41 bagi seksyen ICT, Kewangan, serta Penyelidikan dan Pembangunan Sukan.

MAJLIS

JAWATANKUASA PENGURUSAN

l PENGERUSI (LANTIKAN MENTERI) l TIMBALAN PENGERUSI (LANTIKAN MENTERI) l TIMBALAN PENGERUSI (SU KERAJAAN NEGERI) l PSN l JPNS l JBS NEGERI l PEGAWAI KBSS BAHAGIAN l PENGARAH KEWANGAN NEGERI l 3 - 6 ORANG (LANTIKAN PENGERUSI)

l PENGERUSI (LANTIKAN MENTERI) l TIMBALAN PENGERUSI (LANTIKAN MENTERI) l TIMBALAN PENGERUSI (SU KERAJAAN NEGERI) l 4 ORANG WAKIL DARI PSN l 2 ORANG WAKIL DARI MSN BAHAGIAN/DAERAH l JPNS l JBS NEGERI l PENGARAH KEWANGAN NEGERI l 3 - 6 ORANG (LANTIKAN PENGERUSI)

PENTADBIRAN MAJLIS

l PENGARAH, PEGAWAI, PEKHIDMAT LAIN

Struktur Pengurusan Majlis Sukan negeri yang digariskan dalam jadual kedua, akta 29 (akta Majlis Sukan negara Malaysia 1971, pindaan hingga 1 januari 2006)

8. Memasyarakatkan infrastruktur dan budaya Sukan

Infrastruktur sukan memerlukan komponen mesra masyarakat yang boleh menggalakkan kepada aktiviti gaya hidup sihat. Komponen mesra masyarakat ini merangkumi lokasi dan lanskap fizikal di tempat yang sesuai. Selain itu penyediaan ruang terbuka bagi tujuan rekreasi perlu disediakan. Apabila masyarakat lebih terdedah kepada gaya hidup sihat, permintaan terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi akan bertambah. Ini akan menggalakkan lebih banyak penganjuran aktiviti yang berkaitan sukan dan rekreasi yang akan membuka peluang kepada aktiviti kesukarelawanan. Di samping itu, program kesedaran tentang kepentingan sukan dan penggunaan tempattempat sukan ini adalah perlu.

Gelanggang Permainan

Padang di Luar kompleks sukan

Laluan Pejalan Kaki

infrastruktur Sukan Sedia ada Yang Paling kerap digunakan (7 Kali Seminggu)

(Sumber: Penyelidikan oleh Kumpulan Penyelidik D. Maryama Ag. Daud et al., 2015)

Masa operasi tiada kemudahan orang kurang upaya (OKU) 1%

Masa operasi perkhidmatan/ layanan tidak mesra 4%

Masa operasi persekitaran tidak bersih/tidak selesa dan tidak selamat 9%

Tidak ada jurulatih yang mengajar 10%

Kemudahan tandas tidak mencukupi/ tidak selesa 5% Masa operasi tidak sesuai 7%

Kemudahan tidak mencukupi 9%

Masa operasi ada jurulatih tetapi tidak membimbing/ menunjukkan cara menggunakan fasiliti dengan betul 4%

Jauh dari pengangkutan awam 17%

Bayaran mahal 13%

Peralatan tidak lengkap 12% Susah membuat tempahan 5%

Kurang tempat letak kereta 5%

faktor-faktor Penggunaan infrastruktur Sukan Sedia ada kurang digemari

(Sumber: Penyelidikan oleh Kumpulan Penyelidik D. Maryama Ag. Daud et al., 2015)

9. Pengurusan Pengagihan dana yang efektif

Satu sistem galakan dan sistem koordinasi atau pengurusan dana berkaitan sukan perlu dilaksanakan secara efektif bagi memperkasakan pembangunan sukan antara organisasi-organisasi berkaitan sukan dan jabatan kerajaan.

10. Pewujudan Centre of excellence (COe)

Pewujudan Centre of Excellence (CoE) bagi meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) sukan prestasi tinggi di negeri Sabah.

Isu dan cabaran yang telah dikenal pasti merupakan sebahagian daripada proses konsultansi yang menyeluruh dengan pemegang taruh utama dalam sektor sukan. Respons kepada isu dan cabaran ini dinyatakan dalam bentuk polisi, di dalam PSPSS ini.

Rangka kerja ini menyediakan garis panduan pembangunan sukan dan rekreasi, bagi menyokong polisi-polisi, strategi-strategi dan program-program kerajaan. Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah ini berhasrat menyokong objektif dan pelan tindakan yang dinyatakan dalam bahagian berikutnya.

This article is from: