11 minute read

DIMENSI 3: JALINAN KERJASAMA PINTAR

DIMENSI 3: jalinan kerjaSaMa PinTar

Advertisement

SPTjkP objekTif 1: STraTegik laUTan birU

Melaksanakan Strategi Lautan Biru merentasi semua teras strategik Sukan Prestasi Tinggi, Sukan Massa dan Industri Sukan.

Strategi

Mewujudkan Inter-Agency Coordination Unit (ICU) yang memainkan peranan penting dalam memastikan semua jalinan kerjasama pintar dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien dan efektif.

Pelan Tindakan

Membentuk satu unit dalam KBSS yang menyelaras jalinan kerjasama pintar dengan agensi luar sama ada pihak kerajaan, swasta, badan korporat dan NGO.

SPTjkP objekTif 2: BUDAyA SUKAN PRESTASI TINGGI

Memperkasakan pembudayaan sukan dalam kalangan rakyat Sabah.

Strategi

Memperuntukkan ruang yang lebih luas bagi pelaporan berita sukan tempatan dan melibatkan peranan media dalam setiap aktiviti komuniti berkaitan dengan penggalakkan budaya bersukan.

Salah satu aspek yang perlu dalam membangunkan prestasi sukan negeri Sabah ialah memupuk nilai dan budaya bersukan serta semangat berdaya saing dalam kalangan masyarakat.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama pintar dengan pihak media tempatan untuk memperuntukkan ruang yang lebih luas bagi pelaporan berita sukan.

Menjalin kerjasama dengan JPNS untuk menjadikan bas sekolah sebagai agen pengiklanan atlet.

Menjalin kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, JPNS dan PSN untuk penganjuran sirkit kejohanan atau pertandingan antara Zon Negeri Sabah, kebangsaan dan antarabangsa yang diiktiraf (sanction) oleh Persatuan Sukan Negeri secara berkala serta konsisten.

SPTjkP objekTif 3: KnOwLeDge anD sKILL Transfer

Memperkasakan knowledge and skill transfer dalam kalangan jurulatih, kepegawaian teknikal, pegawai penyelaras, pemimpin dan pentadbir persatuan.

Strategi

Menjalin kerjasama dan perkongsian pintar dengan pihak UA, JPNS dan PSN.

Pelan Tindakan

Menyediakan satu garis panduan “succession plan” setiap jurulatih, pegawai, kru teknikal, pemimpin dan pentadbir persatuan sukan di setiap daerah melalui kerjasama dengan UA, JPNS dan PSN.

SPTjkP objekTif 4: jalinan kerjaSaMa PinTar PERSATUAN SUKAN NEGERI

Meningkatkan dan memantapkan jalinan kerjasama pintar antara PSN dengan agensi kerajaan dan swasta serta NGO.

Strategi

Untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing setiap PSN, kerjasama pintar seperti MoU/MoA dengan agensi-agensi kerajaan terutama MSN dan UA/IPTS, serta syarikat swasta seperti syarikat perladangan perlu dilaksanakan.

Memantapkan pengurusan program penajaan secara holistik bagi menggalakkan penglibatan agensi kerajaan dan syarikat swasta badan korporat dalam penajaan sukan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama pintar dengan NGO seperti persatuan atlet veteran untuk perkongsian ilmu kejurulatihan, pengalaman dan motivasi atlet.

Menyediakan platform perbincangan antara syarikat berpotensi menjadi “patron company” atau “benefactor company” untuk PSN.

Menguruskan dan melaksanakan serta memantau perlaksanaan MOA antara PSN dan “patron company” atau “benefactor company”.

SPTjkP objekTif 5: TADBIR URUS PERSATUAN SUKAN NEGERI

Memperkasa tadbir urus Persatuan Sukan Negeri.

Strategi

Untuk memastikan kelestarian dan daya saing setiap PSN, keyakinan masyarakat termasuk syarikat-syarikat kerajaan dan swasta, terhadap keupayaan kepimpinan dan pengurusan serta pentadbiran dalam Persatuan Sukan Negeri perlu ditingkatkan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama dengan UA atau agensi kerajaan lain untuk penyediaan modul latihan tadbir urus dan pengurusan kewangan PSN.

SPTjkP objekTif 6: PEMBANGUNAN BAKAT ATLET

Memperkasakan program pembangunan bakat di seluruh negeri Sabah.

Strategi

Menubuhkan sebuah Akademi Kecemerlangan Sukan di negeri melalui kerjasama dengan PSN dan UA.

Mewujudkan satu Sistem Pembangunan Bakat yang efisien dan efektif, untuk mengembangkan bakat-bakat sukan rakyat Sabah secara sistematik dan saintifik dalam setiap daerah pentadbiran, melalui Jalinan Kerjasama Pintar (JKP).

Pelan Tindakan

Menjalin hubungan kerjasama melalui Memorandum of Agreement (MoA) dengan UA dan PSN.

Menjalin kerjasama dengan UA yang lengkap dengan kemudahan dan kepakaran bagi menyediakan perkhidmatan kepakaran latihan dan pengujian saintifik dengan kos perbelanjaan mengurus yang paling minimum.

Menjalin kerjasama pintar dengan JPNS dan UA bagi meningkatkan keupayaan pusat latihan sukan spesifik di setiap daerah, Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah kendalian JPNS menjadi Pusat Inkubator Sukan.

Menjalin kerjasama pintar MOA dengan UA/US dan PSN bagi membangunkan sistem pemantauan atlet pelapis negeri Sabah.

SPTjkP objekTif 7: PENGENALPASTIAN BAKAT

Memperkasakan sistem pengenalpastian bakat di seluruh negeri Sabah.

Strategi

Bagi mewujudkan satu Sistem Pengenalpastian Bakat yang efisien dan efektif, untuk mengurangkan ketirisan bakat atau potensi rakyat Sabah dalam setiap daerah pentadbiran, melalui kerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi (UA/IPTS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Persatuan Sukan Negeri (PSN).

Pelan Tindakan

Menjalin hubungan kerjasama melalui Memorandum of Agreement (MoA) dengan UA dan PSN untuk menyediakan dokumen rujukan mengenai standard prestasi sukan untuk pelbagai jenis sukan dan kategori umur.

SPTjkP objekTif 8: infraSTrUkTUr SUkan

Infrastruktur sukan yang mampan dan berdaya saing.

Strategi

Infrastruktur sukan merupakan aspek yang penting dalam membangunkan dan meningkatkan prestasi sukan di negeri Sabah. Justeru itu, infrastruktur sukan termasuk alat sokongan sains sukan yang membantu meningkatkan prestasi perlu disediakan, mengikut spesifikasi piawaian serta mudah diakses oleh masyarakat umum.

Pelan Tindakan

Menyediakan kemudahan latihan, pengujian prestasi, dan pemulihan yang berpusat (integrated facilities) sekurang-kurangnya satu pusat di setiap bandar, yang mudah diakses atau digunakan oleh masyarakat umum melalui jalinan kerjasama dengan UA.

SPTjkP objekTif 9: KELESTARIAN ATLET

Kelestarian atlet.

Strategi

Menjamin kebajikan jangka panjang para atlet di semua peringkat (sekolah, daerah dan negeri), melalui inisiatif bersama badan-badan kerajaan dan swasta.

Pelan Tindakan

Menjamin kerjasama dengan UA/US menyediakan program pengajian termasuk latihan kemahiran Technical Vocational Educational Training (TVET) sebagai persediaan menghadapi persaraan.

Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, agensi swasta dan badan korporat untuk menyokong inisiatif kerajaan menyediakan bantuan kewangan dan insurans perlindungan kepada atlet.

SPTjkP objekTif 10: PEMBANGUNAN KEPEGAwAIAN TEKNIKAL

Merekayasakan kepegawaian dan teknikal dalam setiap jenis sukan di negeri Sabah.

Strategi

Untuk memastikan kapasiti dan keupayaan pegawai dan teknikal dalam setiap jenis sukan di setiap daerah yang mencukupi, melalui “buddy system” dan menjadikan pegawai teknikal sebagai satu kerjaya sampingan, di samping meningkatkan martabat dan kualiti pegawai teknik sukan di Sabah.

Pelan Tindakan

Meningkatkan jumlah kepegawaian teknikal dan kepengadilan, yang mempunyai lesen yang diiktiraf melalui kerjasama dengan UA dan JPNS.

SPTjkP objekTif 11: infoSTrUkTUr keSUkarelawanan SABAH

Membangunkan dan memantapkan infostruktur kesukarelawanan Sabah.

Strategi

Mewujudkan pangkalan data untuk sukarelawan di Sabah bagi memberi maklumat berterusan termasuklah peluang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan melalui kerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama dengan Pesuruhajaya Sukan Negeri Sabah dan UA/US bagi membangunkan dan menyelenggara Pangkalan Data Sukarelawan Sukan Sabah.

SPTjkP objekTif 12: infoSTrUkTUr SUkan PreSTaSi Tinggi

Membangunkan dan memantapkan infostruktur Sukan Prestasi Tinggi Negeri.

Strategi

Membangunkan pangkalan data berkaitan Sukan Prestasi Tinggi melalui kerjasama pintar dengan UA, JPNS dan persatuan sukan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama (LoI/MoU/MoA) dengan UA, JPNS dan Persatuan Sukan untuk menyediakan pangkalan data jurulatih, kepegawaian teknikal, pengadil, pegawai penyelaras dan kru sokongan, aktiviti sukan dan rekreasi, kemudahan sukan dan rekreasi serta bakat baru.

SPTjkP objekTif 13: kejUrUlaTihan SUkan PreSTaSi TINGGI

Merekayasakan kejurulatihan dalam setiap jenis sukan di negeri Sabah.

Strategi

Menambah bilangan jurulatih berkualiti yang mempunyai kemahiran kejurulatihan di peringkat pembangunan, Sukan Spesifik, Master Coach dan Prestasi Atlet Sukan Spesifik.

Meningkatkan akses kepada guru-guru untuk kursus/program persijilan dan kejurulatihan sukan.

Meningkatkan akses jurulatih pembangunan kepada ilmu dan teknologi kejurulatihan terkini.

Menambah bilangan jurulatih berkualiti yang mempunyai kemahiran dalam Pemantauan Prestasi sukan yang spesifik untuk atlet pembangunan dan atlet prestasi tinggi.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama pintar dengan UA dan JPNS untuk menganjurkan Kursus Persijilan Kejurulatihan Atlet Pembangunan (emerging athlete), Kejurulatihan Sukan Spesifik dan kursus/program Master Coach.

Mendapatkan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk kursus-kursus kejurulatihan sukan yang dianjurkan bagi menyediakan akses yang mudah kepada guru-guru untuk kursuskursus persijilan Sukan Spesifik bagi setiap tahap.

Menyediakan bahan rujukan berkaitan kejurulatihan sukan melalui JKP bersama UA.

Menganjurkan seminar kejurulatihan secara berkala melalui JKP bersama UA.

Menyediakan program/aktiviti bagi tujuan penyebaran pengetahuan dan pembelajaran yang merentas sistem prestasi tinggi melalui kursus kejurulatihan dan pengujian komprehensif dan spesifik, dalam bentuk kursus jangka pendek dan jangka panjang kepada jurulatihjurulatih pembangunan di setiap daerah.

SPTjkP objekTif 14: super experT COaCh

Melahirkan jurulatih untuk sukan prestasi tinggi (Super Expert Coach) negeri Sabah untuk setiap sukan spesifik termasuk Sukan Paralimpik.

Strategi

Menganjurkan kursus khas untuk sukan prestasi tinggi berdasarkan sukan spesifik termasuk Sukan Paralimpik, melalui kerjasama dengan UMS, Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negara, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara serta institusi sukan luar negara, agensi swasta dan persatuan sukan.

Pelan Tindakan

Menyediakan kursus “Super Expert Coach” untuk Jurulatih Pembangunan berdasarkan sukan spesifik.

SPTjkP objekTif 15: PENyELIDIKAN DAN INoVASI

Pemerkasaan Penyelidikan dan Inovasi dalam pembangunan sukan negeri.

Strategi

Memantapkan aktiviti-aktiviti berkaitan penyelidikan, inovasi, dan teknologi untuk memacu peningkatan prestasi sukan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama serta menyediakan ruang perbincangan antara penyelidik (UA) dengan LSNS, MSNS, jurulatih, PSN dan atlet berkaitan penyelidikan, inovasi dan teknologi sukan.

iSjkP objekTif 1: STRATEGI LAUTAN BIRU

Melaksanakan Strategi Lautan Biru merentasi semua teras strategik Sukan Prestasi Tinggi, Sukan Massa dan Industri Sukan.

Strategi

Mewujudkan Inter-Agency Coordination Unit (ICU) yang memainkan peranan penting dalam memastikan semua jalinan kerjasama pintar dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien dan efektif.

Pelan Tindakan

Membentuk satu unit dalam KBSS yang menyelaras jalinan kerjasama pintar dengan agensi luar sama ada pihak kerajaan, swasta, badan korporat dan NGO.

iSjkP objekTif 2: PANGKALAN DATA DAN INDUSTRI SUKAN

Membangunkan pangkalan data berkaitan pelancongan dan industri sukan.

Strategi

Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu membangunkan pangkalan data berkaitan pelancongan dan industri sukan.

Pelan Tindakan

Membangunkan pangkalan data pelancongan sukan untuk meningkatkan kerjasama KBSS dengan operator pelancongan sukan.

iSjkP objekTif 3: PANGKALAN DATA INDUSTRI SUKAN

Menjadikan sukan pelancongan sebagai satu sumber ekonomi negeri sama ada sebagai produk utama atau industri hiliran.

Strategi

Membangunkan sukan pelancongan sebagai produk utama pelancongan melalui jalinan kerjasama pintar dengan Lembaga Pelancongan Sabah, Syarikat-syarikat Penerbangan Malaysia, Taman-Taman Sabah, agensi kerajaan dan swasta.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah, Syarikatsyarikat Penerbangan Malaysia, Taman-Taman Sabah, agensi kerajaan dan swasta untuk mengembangkan produk sukan pelancongan di Sabah.

SMjkP objekTif 1: STRATEGI LAUTAN BIRU

Melaksanakan Strategi Lautan Biru merentas semua teras strategik Sukan Prestasi Tinggi, Sukan Massa dan Industri Sukan.

Strategi

Mewujudkan Inter-Agency Coordination Unit (ICU) yang memainkan peranan penting dalam memastikan semua jalinan kerjasama pintar dapat dirancang dan dilaksanakan dengan efisien dan efektif.

Pelan Tindakan

Membentuk satu unit dalam KBSS yang menyelaraskan jalinan kerjasama pintar dengan agensi luar sama ada pihak kerajaan, swasta, badan korporat dan NGO.

SMjkP objekTif 2: BUDAyA SUKAN MASSA

Memperkasakan Pembudayaan Sukan dalam kalangan rakyat Sabah.

Strategi

Memperuntukkan ruang yang lebih luas bagi pelaporan berita sukan tempatan dan melibatkan peranan media dalam setiap aktiviti komuniti berkaitan dengan penggalakkan budaya bersukan.

Menjalinkan kerjasama dengan kementerian-kementerian dan agensiagensi lain untuk melaksanakan pelbagai program sukan massa.

Aktiviti berkaitan kesihatan, aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat dilaksanakan secara berkala contohnya secara mingguan/bulanan di semua daerah yang melibatkan golongan OKU.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama pintar dengan pihak media tempatan untuk memperuntukkan ruang yang lebih luas bagi pelaporan berita sukan.

Menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan/Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Pendidikan, Jabatan Penerangan, RTM, Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Sabah, UA dan US untuk melaksanakan program sukan massa.

Menjalinkan kerjasama pintar dengan organisasi sektor awam, swasta dan badan sukarelawan untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan kesihatan, aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat serta program pendidikan kesukarelawanan.

SMjkP objekTif 3: infoSTrUkTUr keSUkarelawanan Sabah

Membangunkan dan memantapkan infostruktur kesukarelawanan Sabah.

Strategi

Mewujudkan pangkalan data untuk sukarelawan di Sabah bagi memberi maklumat berterusan termasuklah peluang untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan melalui kerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah dan UA/IPTS bagi membangunkan dan menyelenggara Pangkalan Data Sukarelawan Sukan Sabah.

SMjkP objekTif 4: TAMAN REKREASI AwAM

Mewujudkan lebih banyak kemudahan untuk riadah dan sukan bagi menarik minat masyarakat dalam aktiviti fizikal di setiap daerah.

Strategi

Mewujudkan taman rekreasi awam untuk menarik minat masyarakat dalam aktiviti fizikal di setiap daerah melalui kerjasama pintar antara Kementerian Belia dan Sukan (N) Sabah dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Pelan Tindakan

Menjalin kerjasama MoU/MoA dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk menyediakan garis panduan pembangunan kawasan beriadah dan bersukan dalam bandar dan luar bandar seperti trek jogging, gelanggang sukan dan padang.

This article is from: