
1 minute read
DEFINISI OPERASIONAL
Sukan prestasi tinggi
Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Paralimpik Antarabangsa baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa (Dasar Sukan Negara, 2009).
Advertisement
Sukan massa
Sukan massa merujuk kepada semua kegiatan fizikal yang merangkumi segala aktiviti sukan, permainan tradisional, rekreasi fizikal dan kecergasan yang berlaku secara spontan atau terurus dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam masyarakat umum (Dasar Sukan Negara, 2009).
Industri sukan
Industri sukan merujuk kepada satu kumpulan organisasi yang pelbagai di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan berkaitan sukan yang saling bergantung antara satu sama lain yang mana matlamat akhirnya adalah keuntungan.
gaya hidup aktif
Adalah satu cara kehidupan yang mengintegrasikan aktiviti fizikal dalam rutin harian dan merupakan asas kepada peningkatan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup.
atlet tempatan
Atlet negeri Sabah.
Aksesabiliti
Mudah atau senang untuk diakses, digunakan dan tiada sekatan.