BUKU PELAN STRATEGIK 2021-2030

Page 16

LATAR BELAKANG Malaysia, seperti negara-negara membangun yang lain sedang mengalami peningkatan taraf kesihatan berikutan dengan usaha-usaha kerajaan membangunkan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Walau bagaimanapun Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai paling ramai penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia, iaitu 49 peratus wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini mengalami obesiti (Global, Regional and national prevalence of overweight and obesity in children and adults during 1980-2013, Global Burden of Disease, The Lancet Jurnal, 2014). Berat badan yang berlebihan ataupun obesiti ini membawa kepada penyakit kencing manis, masalah jantung serta penyakit lain. Malah penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Faktor-faktor risiko utama penyakit-penyakit tersebut adalah gaya hidup tidak aktif atau sedentari dan amalan pemakanan yang tidak sihat. Tambahan pula, laporan Indeks Belia Sabah 2014 menunjukkan waktu senggang belia mempunyai skor yang rendah.

Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021 - 2030 | 2


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.