FOKUS
KD LEKIU SERTAI EKS RIMPAC KOMITMEN TLDM PERKASA DIPLOMASI PERTAHANAN Oleh: Lt Dya Kanthan a/l Jeyaprakash TLDM Foto: Lt Dya Andi Mohd Izzul Zaim Dolar TLDM
K
D LEKIU melakar sejarah ulung TLDM dan negara apabila menjadi kapal pertama terlibat dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC). Eksesais yang berlangsung pada 27 Jun hingga 3 Ogos 2018 dilaksanakan di sekitar perairan Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat melibatkan 25 buah negara menjadi saksi kehadiran 46 buah kapal perang dari pelbagai kelas, lima buah kapal selam, 18 angkatan tentera darat, 29 buah pesawat peronda maritim, 200 buah pesawat pejuang dan helikopter serta 25,000 anggota tentera. Bertemakan ‘Capable, Adaptive and Partners’, eksesais terbesar dunia ini memfokuskan kepada peningkatkan tahap pengoperasian bersama dalam semua spektrum operasi ketenteraan khasnya dalam persekitaran maritim. Durasi Eks RIMPAC yang panjang melibatkan dua fasa bermula dengan fasa pelabuhan yang berlangsung dari 27 Jun hingga 9 Julai 2018. Pelbagai susunan aktiviti berilmiah telah dilaksanakan sepanjang fasa pelabuhan antaranya Regional Security Education Programme yang membincangkan isu berkaitan keseimbangan kuasa besar dunia dan kesannya terhadap semua negara, Seminar Multi-National Force Standard Operating Procedures,
Information Operations memfokuskan kepada proses membuat keputusan yang memberi kesan terhadap sesuatu misi. Seminar ini turut meliputi beberapa topik menarik seperti Information Ops, Ops Security, Pychological Ops, Military Deception, Electronic Warfare (EW) dan Computer Network Operation. Tidak ketinggalan, Submarine Rescue Seminar, Medical Symposium Seminar dan Chaplaincy Symposium turut dilaksanakan. Fasa pelabuhan yang padat dengan medan perkongsian ilmu ini turut diseimbangkan dengan aktiviti sukan dan sosial. Sebanyak 16 acara sukan telah dipertandingkan bagi merebut Piala RIMPAC. KD LEKIU berpeluang menyertai tujuh acara sukan iaitu tenis perseorangan, boling, bola sepak, tenis berpasangan, larian 5 kilometer, bola tampar pantai dan pertandingan strong arm. Sementara itu, majlis resepsi turut dilaksanakan hampir setiap petang sepanjang fasa pelabuhan. Buat pertama kali Eks RIMPAC 18 memperkenalkan pertandingan inovasi dan apa yang amat membanggakan, projek Floating DC Bag KD LEKIU telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama daripada lapan penyertaan
berdasarkan konsep produk yang praktikal, berkos rendah, mudah digunakan serta berimpak tinggi bagi kegunaan di kapal. Tentera Laut India (TLI) memenangi tempat kedua manakala Tentera Laut Republik Korea Selatan (TLRKS) menduduki tempat ketiga. Kemenangan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan di peringkat antarabangsa. Kemeriahan Eks RIMPAC diserikan dengan Fasa Laut yang dilaksanakan pada 9 hingga 31 Julai 2018 dan ternyata fasa ini benar-benar menguji kesiagaan dan kemampuan kapal di tahap maksimum. Perubahan cuaca yang tidak menentu dengan purata kod laut 4, ketinggian ombak 2.5 sehingga 3.5 meter serta kelajuan angin mencecah sehingga 30 batu nautika sejam menjadikan fasa laut eksesais ini cukup mencabar. Bermula dengan Fasa Force Intregrated Training (FIT), pelbagai latihan disediakan bagi melatih serta memberikan pendedahan kepada kapal-kapal peserta berkaitan pelaksanaan latihan Combined Anti Submarine Exercise (CASEX), Surface Exercise (SURFEX), Air Raid Exercise Taklimat Pentadbiran oleh Pegawai dan Staff pelabuhan di Wisma Pegawai KD LEKIU
6
SAMUDERA