1 minute read

SURAT PEMBACA

Next Article
BERITA

BERITA

PASKAL Saya amat meminati Pasukan Khas Laut TLDM. Bolehkah Sidang Redaksi paparkan corak latihan yang dijalani anggota elit TLDM ini? Bob, UPM Serdang

Kerjaya Wanita di Kapal Mohon paparkan kerjaya pegawai atau laskarnita yang berkhidmat di kapal.Ingin Tahu, Kemaman. Kehidupan Mantan Panglima Tentera Laut Bagaimana agaknya kehidupan mantan Panglima Tentera Laut selepas bersara?Jamal, Kuantan

Advertisement

SEGAK Perbarisan Hari Pahlawan sangat menarik dan yang paling segak dan kemas adalah dari TLDM. Tahniah. Rina, Kuala Lumpur Terima Kasih Terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Samudera kerana menerima idea saya untuk mengadakan kuiz dalam Majalah Samudera.

Asri, Navy People

Ingin Tahu Pada zaman yang serba canggih dan moden ini, apakah bentuk ancaman anasir luar yang dihadapi oleh TLDM? Amat berharap pihak majalah dapat kongsi bersama pembaca

Gopal, Kuantan

Ucapan Selamat Hari ATM ke-85. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota ATM atas khidmat yang telah dicurahkan dalam menjaga keselamatan negara yang tercinta ini. SALUTE!

Zaid, Manjung

Kami mengalu-ngalukan sebarang komen atau cadangan untuk menambah baik penerbitan majalah ini. Semua cadangan yang sesuai akan diambil tindakan pada keluaran datang. Surat terbaik yang dipilih akan menerima hadiah misteri sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda. Sila hantarkan komen atau cadangan anda ke:

Surat Pembaca Sidang Redaksi Majalah Samudera PUSMAS TLDM (RMN Sea Power Centre) Jalan Sultan Yahya Petra 541000 Kuala Lumpur

This article is from: