1 minute read

TRADISI TENTERA LAUT

Next Article
SURAT PEMBACA

SURAT PEMBACA

Kapal merupakan aset terpenting bagi sesebuah angkatan laut dan ia merupakan asas kewujudan sesebuah tentera laut “Navy exist because of the fleet”. Justeru, terdapat beberapa momen penting sepanjang hayat sesebuah kapal yang berkhidmat untuk tentera laut. Siri Tradisi Tentera Laut kali ini ingin berkongsi istiadat-istiadat yang penuh bermakna dan bersejarah ini.

Upacara Peletakan Lunas Kapal

Advertisement

Upacara ini merupakan saat kelahiran sesebuah kapal yang menandakan bermulanya pembinaan sebuah kapal. Pada dulunya, lunas kapal merupakan bahagian pertama dan merupakan tulang belakang bagi sesebuah kapal, dengan pemodenan industri pembinaan kapal, bahagian-bahagian kapal dibina serentak secara modular. Namun upacara ini tetap dilaksanakan dengan menandakan saat bahagianbahagian ini disambungkan.

Istiadat Pentauliahan

Setelah kapal menjalani fasa ujian di laut dan di pelabuhan sekali gus dinilai layak untuk melaksanakan tugasan di dalam tentera laut, satu lagi istiadat penting dilaksanakan bagi menandakan bermulanya perkhidmatan kapal di bawah panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dalam istiadat ini, Panglima Tentera Laut membacakan Perintah Pentauliahan dan seterusnya warga pertama kapal memulakan tugas secara rasmi. Bermula daripada ketika ini, Kapal Diraja digunakan di awalan nama kapal.

Oleh: Lt Kdr Abdul Razak bin Abdul Rahman TLDM

Istiadat Pelancaran dan Penamaan

Pada peringkat ini, tahap pembinaan kapal berada di peringkat akhir dengan badan kapal telah bersedia untuk diturunkan ke dalam air buat pertama kalinya. Uniknya istiadat ini, ia hendaklah disempurnakan oleh seorang wanita yang akan seterusnya menjadi penaung (sponsor) kapal tersebut. Tradisinya, sebotol wain akan dipecahkan pada bahagian haluan kapal, namun sesuai dengan adat tempatan ia ditukar kepada labu sayung. Kapal tersebut dinamakan tapi ia masih tidak menggunakan awalan Kapal Diraja.

Istiadat Pelucutan Tauliah Kapal Diraja

Istiadat pelucutan tauliah merupakan satu istiadat memberi penghormatan terakhir kepada sesebuah kapal yang akan ditamatkan perkhidmatannya. Ia dilaksanakan mengikut adat istiadat tradisi tentera laut. Malam sebelum istiadat hari yang penuh bermakna tersebut, Gada-gada (Pennant Tauliah) Lucut Tauliah akan dinaikkan. Uniknya, panjang gada-gada tersebut melambangkan tempoh perkhidmatan kapal yang akan dilucutkan tauliah diukur menggunakan formula berikut; Panjang kapal tambah 1/12 panjang kapal untuk setiap 2 tahun perkhidmatan kapal tersebut. Seterusnya gada-gada ini akan diturunkan semasa istiadat pelucutan tauliah dilaksanakan.

This article is from: