3 minute read

SEJARAH KD SRI REJANG

Next Article
SURAT PEMBACA

SURAT PEMBACA

Oleh: Kdr Azeman bin Yusoff TLDM Foto: Arkib PUSMAS TLDM

KD SRI REJANG ditauliahkan secara rasminya pada 28 Mac 1978 oleh Menteri Pertahanan Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud. KD SRI REJANG (KDSR) beroperasi sebagai sebahagian daripada Rejang Security Command (RASCOM) dalam 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu. Untuk keperluan operasi, KDSR berada di bawah RASCOM. Sementara untuk pentadbiran dan Command and Control pula berada di bawah Panglima Wilayah Laut 2.

Advertisement

Pangkalan ini bermula pada tahun 1964 sebagai Pejabat Tentera Laut Tempatan Sementara yang bertempat di Simpang Tiga iaitu di antara Kampung Hilir dan Kampung Nangka. Pangkalan ini dianggotai oleh seorang pegawai dan 50 anggota lain-lain pangkat sebelum dinaik taraf sebagai sebuah pangkalan pada tahun 1976. KDSR ini terletak di Sungai Antu, Kem Sri Rejang. Kawasan operasi KDSR meliputi Sibu, Kanowit, Song, Durin, Sarikei dan Binatang (Bintangor). Tujuan penubuhan pangkalan ini adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Tentera Darat dalam menentang pencerobohan pasukan sukarela perang dan gerila Indonesia yang menyusup masuk ke Sarawak setelah konfrontasi ketenteraan dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada awal tahun 1963. Konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia berakhir pada tahun 1967.

KD HANG TUAH berlabuh di jeti KD SRI REJANG pada tahun 1983

Selepas berakhirnya konfrontasi, peranan utama pangkalan ini beralih kepada membantu pasukan ATM khususnya Tentera Darat dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia. Dalam hal ini, pangkalan berperanan dalam membendung pengganas komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) di Sarawak pada era Sarawak Communist Insurgency (1962 – 1990). KDSR membantu dalam menyediakan pengangkutan air untuk pergerakan anggota ke kawasan operasi di kawasan pendalaman, mengangkut keperluan logistik dan membuat rondaan keselamatan di sungai-sungai dalam Lembah Rejang. Era Sarawak Communist Insurgency berakhir setelah termeterainya perjanjian perdamaian pada 17 Okt 1990 di antara PARAKU dengan dengan kerajaan Malaysia. Seterusnya setelah berakhirnya insurgency di Sarawak, Pangkalan KDSR telah ditutup pada 3 Nov 1991 dan ini diikuti pula oleh pembubaran Rejang Security Command (RESCOM) pada 6 Apr 1995.

Upacara menaikkan panji-panji di unit KD SRI REJANG

Perbarisan pegawai dan anggota KD SRI REJANG

PELAKA KD SRI REJANG

1. Mahkota. Melambangkan Kerajaan mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi. 2. Allah dan Muhammad. Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. 3. Lingkaran Tali Berbentuk Bulatan. Melambangkan semangat perpaduan dan kelautan. 4. Parang Ilang. Parang Sarawak (senjata warisan pahlawan Iban) sebagai simbol melambangkan semangat juang untuk bertempur. 5. Terabai Merah Hitam. Perisai pahlawan Iban sebagai lambang kepahlawanan yang diterapkan ke dalam jatidiri warga KD SR REJANG. 6. Warna Kuning. Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang terdapat di negara Malaysia. 7. Jalur Biru Putih. Ombak laut yang sentiasa mencabar. 8. Bunga Raya. Melambangkan bunga kebangsaan negara Malaysia.

Senarai Pegawai Memerintah KD SRI REJANG

Lt Balagopal Pillai TLDM Lt Simon Wong Tet Fook TLDM Lt Abu Zarim bin Abu Bakar TLDM Lt Thiruchandran a/l Thambipillai TLDM

-1964 hingga 1966 -1967 hingga 1968 -1968 hingga 1970 -1970 hingga 1971 Lt Kdr Ahmad Kamal bin Hj Yahya TLDM -1972 hingga 1973 Lt Kdr Mohammad Said bin Abdul Hamid TLDM -1973 hingga 1974 Lt Kdr Thyagarajah a/l Govindasamy TLDM -1974 hingga 1976 Kdr Gerald Edward Anthony Isaac TLDM -1977 hingga 1979 Kdr Abd Wahid bin Anang TLDM -1979 hingga 1981 Kdr Tajudin bin Yahya TLDM -1981 hingga 1984 Kdr Ahmad Kamal bin Hj Yahya TLDM -1984 hingga 1986 Kdr Lai Maun Kong TLDM -1986 hingga 1989 Kdr Hashimi Quah Hoe Yeang TLDM -1989 hingga 1991

Mantan Pegawai-Pegawai Memerintah KD SRI REJANG semasa Majlis Reunion veteran TLDM pada 13 November 2016 Riverine Craft Personnel

Landing Craft Personnel

This article is from: