5 minute read

FOKUS

Next Article
SURAT PEMBACA

SURAT PEMBACA

KD LEKIU SERTAI EKS RIMPAC

KOMITMEN TLDM PERKASA DIPLOMASI PERTAHANAN

Advertisement

Oleh: Lt Dya Kanthan a/l Jeyaprakash TLDM Foto: Lt Dya Andi Mohd Izzul Zaim Dolar TLDM

KD LEKIU melakar sejarah ulung TLDM dan negara apabila menjadi kapal pertama terlibat dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC). Eksesais yang berlangsung pada 27 Jun hingga 3 Ogos 2018 dilaksanakan di sekitar perairan Kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat melibatkan 25 buah negara menjadi saksi kehadiran 46 buah kapal perang dari pelbagai kelas, lima buah kapal selam, 18 angkatan tentera darat, 29 buah pesawat peronda maritim, 200 buah pesawat pejuang dan helikopter serta 25,000 anggota tentera.

Bertemakan ‘Capable, Adaptive and Partners’, eksesais terbesar dunia ini memfokuskan kepada peningkatkan tahap pengoperasian bersama dalam semua spektrum operasi ketenteraan khasnya dalam persekitaran maritim. Durasi Eks RIMPAC yang panjang melibatkan dua fasa bermula dengan fasa pelabuhan yang berlangsung dari 27 Jun hingga 9 Julai 2018. Pelbagai susunan aktiviti berilmiah telah dilaksanakan sepanjang fasa pelabuhan antaranya Regional Security Education Programme yang membincangkan isu berkaitan keseimbangan kuasa besar dunia dan kesannya terhadap semua negara, Seminar Multi-National Force Standard Operating Procedures, Information Operations memfokuskan kepada proses membuat keputusan yang memberi kesan terhadap sesuatu misi. Seminar ini turut meliputi beberapa topik menarik seperti Information Ops, Ops Security, Pychological Ops, Military Deception, Electronic Warfare (EW) dan Computer Network Operation. Tidak ketinggalan, Submarine Rescue Seminar, Medical Symposium Seminar dan Chaplaincy Symposium turut dilaksanakan.

Fasa pelabuhan yang padat dengan medan perkongsian ilmu ini turut diseimbangkan dengan aktiviti sukan dan sosial. Sebanyak 16 acara sukan telah dipertandingkan bagi merebut Piala RIMPAC. KD LEKIU berpeluang menyertai tujuh acara sukan iaitu tenis perseorangan, boling, bola sepak, tenis berpasangan, larian 5 kilometer, bola tampar pantai dan pertandingan strong arm. Sementara itu, majlis resepsi turut dilaksanakan hampir setiap petang sepanjang fasa pelabuhan.

Buat pertama kali Eks RIMPAC 18 memperkenalkan pertandingan inovasi dan apa yang amat membanggakan, projek Floating DC Bag KD LEKIU telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama daripada lapan penyertaan berdasarkan konsep produk yang praktikal, berkos rendah, mudah digunakan serta berimpak tinggi bagi kegunaan di kapal. Tentera Laut India (TLI) memenangi tempat kedua manakala Tentera Laut Republik Korea Selatan (TLRKS) menduduki tempat ketiga. Kemenangan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan di peringkat antarabangsa.

Kemeriahan Eks RIMPAC diserikan dengan Fasa Laut yang dilaksanakan pada 9 hingga 31 Julai 2018 dan ternyata fasa ini benar-benar menguji kesiagaan dan kemampuan kapal di tahap maksimum. Perubahan cuaca yang tidak menentu dengan purata kod laut 4, ketinggian ombak 2.5 sehingga 3.5 meter serta kelajuan angin mencecah sehingga 30 batu nautika sejam menjadikan fasa laut eksesais ini cukup mencabar.

Bermula dengan Fasa Force Intregrated Training (FIT), pelbagai latihan disediakan bagi melatih serta memberikan pendedahan kepada kapal-kapal peserta berkaitan pelaksanaan latihan Combined Anti Submarine Exercise (CASEX), Surface Exercise (SURFEX), Air Raid Exercise

Taklimat Pentadbiran oleh Pegawai dan Staff pelabuhan di Wisma Pegawai KD LEKIU

(RAIDEX), Gunnery Exercise (GUNEX), Naval Gun Fire Support (RODEO), Miscellanious Exercise (MISCEX), Maritime Security Operation Exercis, (MSOEX), Theatre Anti Submarine Warfare Exercise (TASWEX) dan War At Sea Exercise (WASEX).

Fasa laut turut diserikan dengan latihan PHOTOEX dan fasa freeplay. Kemuncak Eks RIMPAC ini dapat dilihat di fasa freeplay yang menggabungkan kapalkapal dalam Gugus Tugas (GT) masingmasing. KD LEKIU bersama USS STERETT, HMAS TOOWOOMBA dan ROKS DAE JO YOUNG diletakkan di bawah tanggungjawab HMAS ADELAIDE sebagai Ketua Gugus Tugas 176. Kesemua GT ini bertanggungjawab mengiringi dan melindungi kumpulan 176.1 iaitu HMAS ADELAIDE, KRI MAKASSAR dan BRP DAVAO DEL SUR ke lokasi pendaratan yang terletak di Timur Laut Pulau Oahu.

Manakala RSS TENACIOUS, USS LAKE ERIE dan BAP FERRE pula bertindak sebagai Komander GT 174 untuk membantu pasukan sahabat melaksanakan ASW Sanitation di hadapan GT utama. GT turut dibantu aset-aset udara seperti P8 Poseidon dan P3C Orion. Peranan pihak musuh telah dimainkan oleh GT 176.3.2, yang terdiri daripada USS PREBLE, USS DEWEY, HMCS OTTAWA dan HMNZS TE MANA serta disokong oleh aset-aset kapal selam.

Semasa tiba di lokasi pendaratan amfibi, kapal diberikan tanggungjawab untuk melindungi GT daripada ancaman bawah permukaan. GT 176.1 telah melaksanakan pendaratan di dua lokasi berasingan dengan komposisi tim dari pelbagai negara termasuk sebuah platun dari 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia.

KD LEKIU melaksanakan evolusi pengisian minyak di laut bersama USNS Henry J, Kaiser

Fasa penutup Eks RIMPAC dilaksanakan pada 2 Julai 2018 setelah semua kapal selamat merapat di Joint Base Pearl Harbour-Hickam (JBPHH). Closing Brief dilaksanakan di sebelah pagi manakala Closing Reception yang dilaksanakan di USS CARL VINSON dan dihadiri wakil kesemua peserta RIMPAC 18.

Pengalaman berjauhan dari tanah air selama 99 hari dan belayar sejauh 12,861 batu nautika telah mengeratkan lagi hubungan kru KD LEKIU. Pelbagai aktiviti menarik memenuhi rutin harian kru kapal seperti pertandingan sukan dan sosial antara Wisma dan Jabatan, solat berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil pada setiap minggu serta tayangan filem. Krew KD LEKIU juga berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha di perantauan dengan penuh kemeriahan walau berjauhan dari keluarga dan sanak saudara.

Sepanjang pelayaran ini juga, kru KD LEKIU turut diduga dengan pelbagai kes kesihatan seperti demam viral yang merebak disebabkan pengudaraan tertutup kapal, demam campak dan kes pergigian. Selain itu juga, terdapat kru KD LEKIU yang menerima khabar gembira jauh di perantauan apabila isteri kepada dua orang pegawai telah selamat melahirkan cahaya mata. Di sebalik kegembiraan, terdapat juga dugaan sepanjang pelayaran apabila bapa kepada seorang anggota telah kembali ke rahmatullah dan beliau tidak berpeluang bertemu bapanya untuk kali terakhir. Pegawai Memerintah KD LEKIU juga turut tidak terlepas dari dugaan apabila menerima perkhabaran isteri beliau dimasukkan ke hospital akibat hypertension. Pengorbanan, dugaan dan rintangan yang dilalui oleh beberapa kru KD LEKIU dihadapi dengan tenang dan tabah serta mendapat sokongan moral dari semua krew kapal.

RIMPAC 18 adalah antara usaha Amerika Syarikat mengeratkan hubungan di antara tentera negara di rantau Pasifik. Warga TLDM yang terlibat dalam eksesais ini telah menunjukkan tahap kecekapan dan profesionalisme yang tinggi. Konsep penganjuran eksesais banyak memberi ruang kepada negara-negara peserta berinteraksi. Pelayaran ini berakhir dengan kepulangan KD LEKIU ke Pangkalan TLDM Lumut pada 31 Ogos 2018.

This article is from: