1 minute read

TEKNOLOGI Komunikasi Satelit X-Band

Next Article
SURAT PEMBACA

SURAT PEMBACA

Satelit Measat-3b yang telah dilancarkan pada 12 September 2014 di French Guyana membuka satu dimensi baru Rangkaian Komunikasi ATM. Satelit Measat-3b berada pada jarak 36,000km menyediakan liputan di seluruh Benua Asia hingga ke sebahagian besar Australia.

Perolehan Terminal Komunikasi Satelit X-Band turut memperkasakan keberkesanan Sistem Perintah dan Kawalan serta dapat mendominasi semua aspek proses penyaluran, pengumpulan, pencapaian, penggunaan serta pengurusan maklumat. Terminal Satelit X-Band terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian ruang angkasa (space segment) iaitu Satelit Measat-3b sendiri dan bahagian daratan (ground segment) merangkumi terminal tetap dan terminal mudah alih. Pusat Komunikasi Satelit yang terletak di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh merupakan pusat kawalan operasi bagi keseluruhan terminal satelit ATM.

Advertisement

Terminal Satelit X-Band ditempatkan di beberapa lokasi strategik telah merubah corak penyampaian serta perkongsian maklumat. Kini pengantaran maklumat dapat dilaksanakan samada menggunakan suara, data, dan video serta mempunyai liputan yang meluas. Rangkaian ini juga dapat diintegrasikan dengan Sistem P4, NCO, internet, AMSS dan navy.mil.my.

Kapal-kapal besar TLDM kini dilengkapi dengan Naval Terminal berupaya berkomunikasi dengan markas-markas pemerintahan sepanjang pengoperasian di dalam mahupun tugasan di luar negara. Selain itu, Terminal Communication on The Move (COTM) dan Communication on The Pause (COTP) yang diperolehi oleh Markas Pemerintahan Armada Barat dan Timur dapat meningkatkan serta meluaskan rangkaian komunikasi di pangkalan dan unit serta kawasan yang tidak mempunyai kemudahan kerana terminal mudah alih sedia untuk diatur gerakan oleh Tim X-Band Markas yang telah ditubuhkan. Perolehan terminal ini akan diperkembangkan ke markas dan unit TLDM secara berperingkat sehingga tahun 2021.

KOMUNIKASI SATELIT X-BAND

Oleh: Lt Mohamad Shazrul Izwan bin Mihad TLDM Infografik: Malaysia Military Power

This article is from: