GA GALLEY LLEY SA SAM MUUDDERA ERA
K
ehidupan warga TLDM yang berkhidmat di kapal boleh disimpulkan dengan satu perkataan; rutin. Dari rutin pertukaran awasan, rutin latihan sehinggalah ke rutin istiadat harian, perkara ini menjadi lumrah bagi setiap warga kapal TLDM dalam melaksanakan tugas. Walaupun begitu, terdapat satu perkara yang berubah s etiap hari dan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua; waktu makan dengan menu masakan yang berbeza.
Signature Dish
Sajian yang enak dan berkhasiat terbukti mampu menaikkan moral anggota. Tambahan pula semasa keadaan laut yang bergelora dan cuaca buruk sering membuatkan warga kapal tidak lalu makan.
MURTABAK CHEESE YU
“Sebagai anggota berkepakaran Bendari (BDI), adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan warga kapal mendapat makanan yang berkhasiat untuk melakukan kerja harian,” ujar LK I BDI Hei Khair Wahab, staf Bendari Kapal. “Namun begitu, ia agak mencabar kerana perlu sentiasa memikirkan menu yang berbeza bagi memenuhi cita rasa warga kapal,” tambahnya lagi. Justeru, KD YU telah menganjurkan ‘YU Cook-Off Challenge 2018’ bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam masakan di kalangan warga kapal. Keputusannya, LK PAP Ahmad Hazizul Ismail yang merupakan salah seorang staf persenjataan kapal telah memenangi pertandingan tersebut dengan air tangan beliau iaitu Murtabak Cheese YU. Menu ini pada mulanya bertujuan dijadikan menu sampingan untuk supper namun kerana rasanya yang sedap dan amat digemari warga kapal, menu ini telah dijadikan signature dish kapal. Menu ini akan dihidangkan ketika menerima kunjungan tetamu istimewa dan tidak asing lagi bagi warga KD YU. Penyediaan murtabak ini memerlukan kesabaran dan sedikit masa namun dengan kerjasama warga kapal, ia menjadi mudah dan tidak mustahil untuk disediakan. Penyediaan murtabak serta inti dilakukan oleh LK PAP Hazizul sendiri dan dibantu oleh LK I PWP Hafiz Azhan manakala kuah leleh dan keju disediakan oleh staf Bendari kapal. Apa yang menarik mengenai murtabak ini adalah ianya tidak berminyak, mempunyai kulit luar yang crispy, keju yang dibuat secara in-house dan inti yang padat. Campuran bahan-bahan ini mampu membangkitkan aroma yang sukar diungkap dengan kata-kata di samping simfoni rasa dengan kepelbagaian tekstur dan penggunaan bahan-bahan bermutu.
Oleh: Lt Kdr Zayyani bin Mohd Fauzi TLDM Foto: Lt Wan Mohd Saiful Adli bin Wan Ahmad TLDM
Berikut merupakan resipi yang dikongsi khas untuk menghasilkan Murtabak Cheese YU:
Bahan-bahan Murtabak
1 kg tepung gandum 500ml air 2 biji telur 2 sudu besar susu pekat krimer Garam Gula Marjerin
Penyediaan
Campurkan semua bahan. Gaul sehingga sebati dan menjadi doh. Biarkan doh selama 2 jam. Setelah 2 jam, doh berkenaan dibuat bebola. Bebola yang terhasil disapu marjerin. Biarkan selama 5 jam.
Inti
Isi ayam dipotong dadu Kentang dipotong dadu Cili kering kisar Serbuk kari daging Bawang besar Lobak merah dipotong dadu Garam Gula
Penyediaan
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Masukkan serbuk kari daging (setelah naik bau). Tunggu sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang yang dipotong dadu. Tumiskan bahan tadi sehingga masak. Masukkan cili kering kisar. Garam dan gula secukup rasa. Asingkan kuah kari dan campurkan bawang yang dipotong dadu untuk dibalut bersama tepung.
Kuah Leleh
Bawang Cuka Pewarna Merah Gula
Penyediaan
Hiris bawang besar (dipotong mayang). Campurkan pewarna merah, cuka dan gula. Gaul sehingga sebati. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Siap dihidang.
Keju in-house Susu segar Cuka Garam
Penyediaan
Panaskan periuk dan masak susu segar sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan cuka 4 sudu besar dan secubit garam. Kacau bahan tadi sehingga rata dan terhasil ketulan susu. Tapis ketulan susu guna kain untuk asingkan keju. Kisar keju tanpa air untuk menjadikan krim. Biarkan dalam peti sejuk dan siap diguna sebilang masa.
SAMUDERA
53