Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 48

TI NTA TI NTA RORO HAHA NI NI

H A N FIT ! R E SIB Menghukum bersandarkan maklumat tular Senario hari ini menyaksikan masyarakat begitu kalut berfitnah, maklumat palsu, berprasangka buruk, pernyataan beremosi sehingga wujud salah faham yang membawa kepada caci, kutuk, menuduh malah membuat kesimpulan dan menghukum seseorang dengan bersandarkan maklumat yang diviralkan di media-media sosial. Tidak dinafikan, medium seperti WhatsApp, Instagram, Twitter, Facebook, WeChat dan pelbagai aplikasi lain lagi, banyak mendatangkan kebaikan walaupun dalam masa sama meninggalkan kesan negatif. Segelintir pihak menjadikan aplikasi talian ini sebagai punca pendapatan sehingga sanggup berhenti kerja meninggalkan gaji besar. Ada juga kelompok yang menggunakan platform ini sebagai medan menyeru ke arah kebaikan. Dalam ada baik terpalit juga buruknya, begitulah adat dunia. Teknologi itu diciptakan untuk memudahkan urusan kehidupan, namun ada pula pihak yang menyalahgunakannya. Kita sedia maklum, teknologi berubah dari semasa ke semasa dan ia sentiasa ditambah baik sehingga tanpa menekan apaapa butang pun, alatan canggih boleh berbunyi dan berfungsi. Hari ini, kecanggihan teknologi dan individu yang menggunakannya benar-benar mengubah prinsip hukum dan adab dalam menyebarkan maklumat menurut kaca mata Islam.

Berniat jahat Pendakwah, Prof Madya Mohd Nor Mamat, berkata terdapat beberapa golongan yang mencetuskan terjadinya fitnah alam siber ini antaranya mereka yang sememangnya berniat jahat, memfitnah orang, memburuk-buruk atau menjatuhkan nama baik orang lain. Golongan ini seharusnya dijatuhkan hukuman berat sebagai pemfitnah. Malah orang yang disabitkan kesalahannya dalam hal ini tidak layak untuk dipercayai katakatanya, tidak boleh menjadi saksi dan mereka boleh dihukum sebagai fasik. “Golongan ini tidak berwaspada dengan risiko silap faham dan kemungkinan dipergunakan bagi tujuan tidak baik. Mereka bukanlah berniat untuk menyebarkan fitnah, tetapi kurang sedar dengan tipu helah siber yang memungkinkan seribu satu penyalahgunaan.

48

SAMUDERA

ar

unya – Sin

l Akmal D

Syahidatu

“Kadangkala mereka ini adalah keyboard warrior yang sukakan perhatian. Saya fikir ramai golongan begini dalam masyarakat kita, kerana itu pendidikan mengenai etika Islam di alam siber perlu dipertingkatkan. Undang-undang yang sedia ada juga perlu diperketatkan,” katanya.

Golongan jahil Menurutnya, golongan jahil dan menyebarkan maklumat yang dirasakannya baik dengan tujuan memberi manfaat kepada orang lain tanpa menilai terlebih dahulu kesahihan. Andai kita termasuk dalam golongan sebegini, cepat-cepatlah ingat hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud berdiam diri itu lebih berpahala berbanding menyebarkan berita atau ilmu yang langsung tidak diketahui kebenarannya. Kelompok yang menjadi mangsa kepada permainan fitnah oleh golongan berkenaan seharusnya dibantu dan dibimbing agar lebih berhati-hati dengan risiko interaksi atau komunikasi di alam siber.

Budaya berbalas maki hamun Ustaz Mohd Nor berkata, golongan ini wujud dalam kalangan orang yang ‘baik-baik’ - bertindak reflektif kepada persekitaran negatif dan akhirnya bertindak secara negatif. Jangan pula sampai mengambil tindakan sendiri untuk mempertahankan diri dengan mencipta fitnah terhadap golongan lain. Situasi berkenaan lantas mewujudkan budaya berbalas maki hamun, dedahkan aib saudara seagama dan sebagainya. Akhirnya, suasana fitnah berterusan dan tiada kesudahan. “Saya percaya, suasana ini timbul dan dimulakan oleh kelompok yang kecil. Pihak yang terlibat tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. “Sifirnya mudah, jika mahukan keadaan aman dan harmoni tanpa fitnah memfitnah kitalah yang perlu mulakan perubahan untuk menjadi baik,” katanya yang juga Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Acis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Majalah Samudera Edisi 2/2018 by RMN Sea Power Centre - Issuu