Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 46

B ER ITA

EAST ASIAN INTERNATIONAL RELATIONS (EAIR) LIMA ‘ 19 DILANCAR 600 SYARIKAT PERTAHANAN FORUM TEMPATAN DAN ANTARABANGSA KOLABORATIF ULUNG PUSMAS TLDM & UKM BAKAL PAMER ASET

Oleh: PW I PRL Normahaily Mohd Nor Foto: Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac tahun depan telah dilancar dengan rasminya oleh Menteri Pertahanan, YB Hj Mohamad Sabu di Dewan Perkasa, Wisma Perwira di sini 4 September 2018 lalu. Seperti penganjuran sebelumnya, tumpuan pengunjung LIMA ’19 akan berpusat di dua lokasi berbeza iaitu di Resort World Langkawi bagi pameran maritim dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri bagi pameran aerospace. Pameran edisi ke-15 ini akan mempertontonkan aset dan teknologi terkini serta menyasarkan 60 peratus penyertaan dari sektor pertahanan dan 40 peratus sektor komersil selain bakal menarik sebanyak 600 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa. Bagi segmen maritim, dijangka sebanyak 10 kapal tentera laut asing terlibat dan TLDM sendiri akan menghantar asetnya dalam jumlah yang maksimum. Pameran pertahanan dwi tahunan ini dilihat bukan sahaja dapat mengukur sejauh mana pembangunan sistem ketenteraan negara termasuk keperluan pertahanan ruang angkasa serta maritim bahkan turut memberi pendedahan kepada pengunjung serta pasukan terbabit berkaitan evolusi industri perkapalan, pesawat dan peralatan ketenteraan supaya tidak ketinggalan dari segi teknologi terkini yang dibangunkan. Lima’17 lalu telah berjaya menarik sebanyak 555 pempamer dan 371 delegasi dari 49 negara serta turut menarik kehadiran 40,000 pelawat perniagaan dan 200,000 pengunjung awam.

46

SAMUDERA

Oleh: Kdr Mohd Zulkarnain bin Mohd Rawi TLDM Foto: BK Azamie bin Ab Rahim

KUALA LUMPUR - Forum East Asian International Relations (EAIR) telah dilaksanakan di Wisma Perwira ATM pada 15 Ogos 2018. Ia merupakan program julung kalinya dianjurkan secara bersama antara PUSMAS TLDM dan UKM. Forum ini membincangkan topik bertajuk ‘Analysing China’s Influence in The Developing Asia’ yang disampaikan oleh Prof Dr Evelyn Goh daripada Australian National University. Sambutan penyertaan amat memberangsangkan dengan kehadiran seramai 140 peserta termasuk Timbalan Menteri Pertahanan serta pegawai kanan tentera dan awam, ahli akademik serta penyelidik. Ketokohan Prof Dr Evelyn dan topik yang diwacanakan dilihat sebagai crowd puller penyertaan forum kali ini. Forum ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada PUSMAS TLDM dan UKM malah para ahli akademik, penyelidik dan pengamal di Malaysia untuk berinteraksi bersama para cendekiawan dan pakar tersohor dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Asia Timur. Ia juga membantu warga ATM untuk meluaskan jaringan hubungan dengan badan akademik dan juga profesional. Secara keseluruhan, forum ini menjadi titik permulaan yang baik untuk Jabatan Strategi Maritim, PUSMAS TLDM untuk berkenalan, berinteraksi dan bertukar maklumat serta pandangan bersama para cendekiawan berkaitan isu maritim tempatan dan serantau. Lebih banyak program seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Majalah Samudera Edisi 2/2018 by RMN Sea Power Centre - Issuu