Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 45

LK I NUR FATIN

OBSES JENTERA BERAT Oleh: PW I PRL Normahaily Mohd Nor Foto: BM TLR Suhairi Hj Mohamed Ali

M

ungkin hanya ibu yang faham dia, memiliki perwatakan jauh berbeza daripada adik-beradiknya yang lain, kasar dan lasak. Tidak hairanlah kenapa Laskar Kelas Satu Nur Fatin Shahiera Mohd Halil, 25, begitu obses dengan jentera berat dek sifatnya yang agak ‘keras’ itu. Melihat sisi peribadinya, sukar untuk menidakkan minat mendalam gadis berhati waja ini dalam bidang yang telah diceburi hampir tujuh tahun sejak memasuki TLDM pada 3 Oktober 2011. Selesa kerjaya pemandu Berkongsi pengalaman, anak kedua daripada tiga beradik kelahiran Kuantan, Pahang ini begitu selesa meniti hariharinya sebagai pemandu di Depot Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut. Menyedari profesion pilihannya didominasi anggota lelaki, Fatin sentiasa optimis dan positif dengan kemampuan dirinya, walaupun dia satu-satunya ‘bunga’ dalam kelompok tersebut. “Tidak pernah wujud jurang antara kami dan saya selesa bekerjasama dengan mereka, tambahan pula ini peluang untuk saya menimba ilmu kerana mereka banyak pengalaman. Walaupun berbeza genre, Fatin bertuah kerana rakan sekerja banyak membantu dan memberinya semangat malah mereka jugalah yang mencabarnya untuk berada di posisi sekarang.

PERSO N A LITI

memandu jentera berat tidak sama seperti memandu kereta. Bagi saya, keselamatan di atas jalan raya adalah satu keutamaan. Salah pengendalian, ia boleh mengundang padah malah boleh membawa maut. “Alhamdulillah, sehingga ke hari ini belum pernah berlaku perkara tidak diingini. Pada saya, selagi kita mematuhi prosedur dan langkah-langkah keselamatan, risiko kemalangan pasti boleh dielakkan,” katanya yang pernah membuat perjalanan jarak jauh dari Lumut ke Terengganu, Johor dan Perlis. Curi perhatian Mungkin satu fenomena luar biasa melihat kelibat seorang wanita memacu jentera berat pasukan keselamatan di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Tidak dinafikan, ia menarik perhatian pengguna jalan raya lain yang menganggapnya unik. Fatin mengakui situasi tersebut dan dia sudah lali. “Kadang kala lucu juga. Mana tidaknya, setiap kali saya memandu trak atau bas, pengguna jalan raya lain mencuri pandang dan menoleh dua tiga kali ke arah saya seolah-olah tidak percaya,” Fatin menceritakan pengalamannya. Fatin berbangga kerana sifat keterbukaan pihak pengurusan tertinggi TLDM merapatkan jurang antara anggota lelaki dan wanita telah membuktikan anggota wanita punya kelebihan bukan calang-calang sekali gus menyangkal skeptikal wanita itu lemah. Bukti keupayaan wanita “Tiada yang mustahil dan biarpun memiliki kekuatan tidak sehebat anggota lelaki, saya mahu buktikan bahawa wanita juga setanding mereka dan bukan sekadar mencukupkan kuota,” tegas Fatin yang ingin menjadi inspirasi kepada laskarnita lain.

“Saya sahut cabaran mereka dan nekad mahu mencabar kemampuan diri dalam ruang kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki. Paling utama, saya sukakan kerja lasak,” ujar Fatin yang cekap mengendalikan bas dan trak. Tidak ambil mudah Seperti rakan-rakan sebidang, Fatin tidak ambil mudah tentang kenderaan yang dikendalikannya. Selain persiapan lengkap sebelum memandu, dia juga sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal. “Semasa memandu saya berikan tumpuan 100 peratus, tajamkan mata, peka dengan keadaan sekeliling dan paling penting saya sentiasa ingat risiko

SAMUDERA

45


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Majalah Samudera Edisi 2/2018 by RMN Sea Power Centre - Issuu