Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 34

U N SU N G H ERO

KAMI SEDIA WALAU TIDAK DILIHAT DUNIA! Oleh: Lt Kdr Melissa binti Yayanto TLDM Foto: N.S Shah / Arkib PUSMAS TLDM

K

ehebatan dan kredibiliti PASKAL di lapangan pertempuran tidak perlu dihamparkan lagi sementelahan beberapa siri kejayaan seperti operasi menyelamat kapal MT Bunga Melati 2 dan MT Bunga Melati 5 di Somalia (2008) dan operasi menyelamat kapal MT BUNGA LAUREL (2011) telah terpapar di media sosial. Walau begitu, masih terdapat beberapa operasi yang digempur oleh PASKAL namun tidak dihebahkan kepada masyarakat seperti kisah pencerobohan di Lahad Datu. PASKAL merupakan antara kumpulan terawal yang bertembung dengan insiden tersebut. Menyingkap kembali kisah yang berlaku pada 2013, penulis berkesempatan bertemu bual dengan anggota PASKAL yang terlibat dalam operasi yang dikenali sebagai Op Daulat.

Laksana tugas perisikan Op Daulat diaktifkan berikutan kehadiran tetamu tidak diundang, Kumpulan Militan Kesultanan Sulu (KMKS) yang menceroboh Sabah pada awal 2013. “Sabar bos, tak lama sahaja lagi. Lepas ini kita akan perintah Sabah. Kita akan tukar Malaysia”. Perbualan yang diperolehi ketika melaksanakan tugas perisikan amat membimbangkan PASKAL. Sejak awal 2013, Tim Sel Risik Gempur (SRG) PASKAL telah ditempatkan di Felda Sahabat untuk mengesahkan maklumat kemasukan KMKS di kawasan tersebut. Operasi pemantauan dilaksanakan oleh Tim Penggempur PASKAL di perairan negara menggunakan bot TLDM bersama bot tempatan seperti sampan, jongkong dan bot nelayan sebagai penyamaran, manakala Tim SRG ditugaskan membuat pemantauan di darat.

Lelaki bersenjata mencurigakan Pada 12 Februari 2013, sekembalinya sekumpulan nelayan dari memancing di awal pagi memberitahu Tim SRG mereka melihat beberapa buah bot laju yang tidak dikenali membawa penumpang yang ramai menuju ke pantai Tanduo. Namun, beberapa bot berkenaan berpatah balik dalam keadaan kosong dan hanya meninggalkan satu bot di pantai Tanduo. Turut kelihatan, sekumpulan lelaki berpakaian celoreng, bersenjata dan berkain putih di kepala bergerak menuju ke atas bukit berdekatan. Lantas, Tim SRG bergerak ke Kg Tanduo untuk membuat pengesahan berbekalkan senjata yang disembunyikan.

34

SAMUDERA

Menyamar sebagai penduduk kampung Tim SRG berjaya menemui kumpulan berpakaian celoreng lengkap bersenjata M16 dan Garand 7.62. Kelihatan dua orang berjubah putih sedang menyampaikan taklimat kepada kumpulan bersenjata ini. Kehadiran mereka disambut dengan pandangan tajam kumpulan tersebut. Masih menyamar sebagai penduduk kampung, Tim SRG cuba berlagak biasa dan berjalan melintasi kumpulan tersebut.

Sempat tinjau kawasan sekeliling Namun, satu suara menyergah mereka, “Mana kau nak pergi? Aku tak pernah nampak muka kau. Ini kawasan persendirian!” Walaupun terkejut, namun dengan tenang mereka menjawab mereka ingin ke rumah Ali (anak Mad Bon) untuk meminjam bot dan pergi memancing. Sesi soal jawab memberi kesempatan kepada Tim SRG meninjau kawasan sekeliling dan mendapati terdapat beberapa anggota berkawal di tepi jalan dan laluan masuk.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.