Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 32

SEJA RA H TLD M

SEJARAH KD SRI REJANG Oleh: Kdr Azeman bin Yusoff TLDM Foto: Arkib PUSMAS TLDM

K

D SRI REJANG ditauliahkan secara rasminya pada 28 Mac 1978 oleh Menteri Pertahanan Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud. KD SRI REJANG (KDSR) beroperasi sebagai sebahagian daripada Rejang Security Command (RASCOM) dalam 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu. Untuk keperluan operasi, KDSR berada di bawah RASCOM. Sementara untuk pentadbiran dan Command and Control pula berada di bawah Panglima Wilayah Laut 2. Pangkalan ini bermula pada tahun 1964 sebagai Pejabat Tentera Laut Tempatan Sementara yang bertempat di Simpang Tiga iaitu di antara Kampung Hilir dan Kampung Nangka. Pangkalan ini dianggotai oleh seorang pegawai dan 50 anggota lain-lain pangkat sebelum dinaik taraf sebagai sebuah pangkalan pada tahun 1976. KDSR ini terletak di Sungai Antu, Kem Sri Rejang. Kawasan operasi KDSR meliputi Sibu, Kanowit, Song, Durin, Sarikei dan Binatang (Bintangor). Tujuan penubuhan pangkalan ini adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Tentera Darat dalam menentang pencerobohan pasukan sukarela perang dan gerila Indonesia yang menyusup masuk ke Sarawak setelah konfrontasi ketenteraan dilancarkan oleh Presiden Sukarno pada awal tahun 1963. Konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia berakhir pada tahun 1967.

KD HANG TUAH berlabuh di jeti KD SRI REJANG pada tahun 1983

Selepas berakhirnya konfrontasi, peranan utama pangkalan ini beralih kepada membantu pasukan ATM khususnya Tentera Darat dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia. Dalam hal ini, pangkalan berperanan dalam membendung pengganas komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) di Sarawak pada era Sarawak Communist Insurgency (1962 – 1990). KDSR membantu dalam menyediakan pengangkutan air untuk pergerakan anggota ke kawasan operasi di kawasan pendalaman, mengangkut

keperluan logistik dan membuat rondaan keselamatan di sungai-sungai dalam Lembah Rejang. Era Sarawak Communist Insurgency berakhir setelah termeterainya perjanjian perdamaian pada 17 Okt 1990 di antara PARAKU dengan dengan kerajaan Malaysia. Seterusnya setelah berakhirnya insurgency di Sarawak, Pangkalan KDSR telah ditutup pada 3 Nov 1991 dan ini diikuti pula oleh pembubaran Rejang Security Command (RESCOM) pada 6 Apr 1995.

Upacara menaikkan panji-panji di unit KD SRI REJANG

Perbarisan pegawai dan anggota KD SRI REJANG

PELAKA KD SRI REJANG 1. Mahkota. Melambangkan Kerajaan mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi. 2. Allah dan Muhammad. Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. 3. Lingkaran Tali Berbentuk Bulatan. Melambangkan semangat perpaduan dan kelautan. 4. Parang Ilang. Parang Sarawak (senjata warisan pahlawan Iban) sebagai simbol melambangkan semangat juang untuk bertempur. 5. Terabai Merah Hitam. Perisai pahlawan Iban sebagai lambang kepahlawanan yang diterapkan ke dalam jatidiri warga KD SR REJANG. 6. Warna Kuning. Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang terdapat di negara Malaysia. 7. Jalur Biru Putih. Ombak laut yang sentiasa mencabar. 8. Bunga Raya. Melambangkan bunga kebangsaan negara Malaysia.

32

SAMUDERA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Majalah Samudera Edisi 2/2018 by RMN Sea Power Centre - Issuu