Majalah Samudera Edisi 2/2018

Page 14

KESIAPSIAGAAN

M

aklumat daripada Pusat Pengawasan Persisir Pantai (CSS) Tambisan kepada KD SRI JOHOR yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan operasi maritim (KOM) menyatakan satu serangan hendap telah berlaku di Markas Taktikal Polis Marin Pulau Tambisan.

KD SRI JOHOR SIAGA

HUBUNGAN TERPELIHARA

Oleh: Lt Dya Nik Muhammad Husaini Nik Hazlan TLDM Foto: LK II KOM Muhammad Fadhli Hisyam Khoridan

Jeti di pulau tersebut telah dirampas dan tidak selamat untuk dimasuki. Joint Regional Command Centre (JRCC) di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) seterusnya telah mengarahkan KD SRI JOHOR melaksanakan pendaratan dan memberi bantuan sewajarnya serta menentukan jeti selamat dimasuki kerana ianya adalah laluan logistik utama di pulau tersebut. KD SRI JOHOR telah bergerak menuju ke lokasi dan menyiapkan Tim Mendarat bagi memberi bantuan. Taklimat dan perbincangan telah dilaksanakan bagi menentukan objektif tercapai kerana ‘kegagalan bukan pilihan’. Selesai taklimat, Tim Mendarat yang diketuai Pegawai Navigasi serta tujuh orang kru telah berlepas ke Pulau Tambisan dengan semangat perwira. Berbekal persiapan yang rapi dan keberanian yang tinggi, Tim Mendarat telah berjaya melaksanakan pendaratan di lokasi yang ditetapkan. Pendaratan tersebut telah berjaya mencapai objektif dan jeti di Pulau Tambisan telah selamat untuk kegunaan logistik pasukan sahabat di pulau tersebut. Begitulah senario latihan pendaratan KD SRI JOHOR di Pulau Tambisan, Lahad Datu bagi memantapkan keupayaan warga kapal. Meskipun keadaan laut agak bergelora, namun warga KD SRI JOHOR tetap komited dalam melaksanakan latihan

Tim Mendarat KD SRI JOHOR menerangkan penggunaan aplikasi K3M

kerana ‘keringat yang mengalir di medan latihan, menebus darah di medan pertempuran’. Selesai latihan mendarat, Tim Mendarat telah melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) bersama Pusat Pengawasan Persisiran Pantai (CSS) Tambisan dan Markas Taktikal Pasukan Polis Marin bagi memperkukuh jalinan kerjasama serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas di kawasan rondaan. Kesempatan berada di CSS Tambisan digunakan sebaiknya di mana anggota kapal berpeluang melihat sendiri bagaimana stesen ini beroperasi serta mengetahui keupayaan sistem

yang terdapat di sini bagi memantau aktiviti maritim di perairan pantai timur Sabah. Secara amnya, CSS Tambisan ini dilengkapi dengan radar dan kamera berkeupayaan tinggi bagi memantau aktiviti dengan berkesan di kawasan sempadan perairan negara. Tim Mendarat JUGA melaksanakan aktiviti Rakan Maritim (RAKAM 2.0) dan pengenalan Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada penduduk Kampung Tambisan. Walaupun telah berusia 50 tahun, KD SRI JOHOR akan terus berbakti tanpa mengenal erti mengalah kerana ‘jiwa muda’ sentiasa bersamanya.

Tim Mendarat KD SRI JOHOR melaksanakan latihan mendarat

14

SAMUDERA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.