SuaraKita Vol.7

Page 9

suarakita

Pesona

D’Haja

Profil Nama Nor Hasniza Binti Ahmad Nama Panggilan Puan Ija Tarikh Lahir 23 Mac 1981 Asal Kuala Terengganu Pendidikan Diploma Kejuruteraan Komunikasi, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Melaka Pekerjaan Pengarah Urusan D’Haja (M) Sdn Bhd Keluarga Anak sulung daripada enam beradik

Mengenai D’Haja • Koleksi D’Haja yang bermula dari harga RM100 cukup terkenal dengan rekaan beropol, selain menampilkan fabrik kapas viscos. D’Haja dikeluarkan dalam jumlah yang terhad bertujuan memberi nilai eksklusif kepada sesuatu rekaan dan pada masa yang sama untuk menyuntik kelainan kepada si pemakai. • Menampilkan pelbagai koleksi yang terdiri daripada warna - warna ceria daripada fabrik yang berkualiti tinggi, D’Haja sememangnya satu jenama yang mempunyai tanda dagangnya sendiri.

Pencapaian • Syarikat mula ditubuhkan pada 2010 dengan pembukaan satu butik di Bangunan Seremban Plaza, Negeri Sembilan. Kini memiliki tiga cawangan iaitu di Shah Alam, Danga Bay dan Paka. • Sehingga kini mempunyai 13 rangkaian pengedar di seluruh Malaysia. • Memenangi Anugerah Usahawan MARA 2013 (AURA). • Penaja utama untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013. • Pendakwah bebas, Dato’ Noor Bahyah Mahamood sebagai ikon tudung D’Haja, bergandingan bersama duta tudung tersebut, Irma Hasmie.

|9

april 2015


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.