Page 1

PERCUMA

KELUARAN 6 | Mac 2015

Pelajari Loghat Terengganu MS 18

Chef Zam Takluk Sajian MS 09

KUKUHKAN IMEJ NEGERI MS 10

i-Class Ganti e-Book MS 27


Kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM2.4 juta untuk pemberian insentif sebanyak RM100 bagi setiap bayi yang lahir sepanjang tahun ini, kata Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Shafaruddin Mustaffa.

“Bagi kelahiran bayi pada Januari dan sepanjang Februari ini, ibu bapa boleh menuntut insentif itu di pejabat YPKT berdekatan, mulai Mac ini dan membawa dokumen penting seperti kad pengenalan ibu bapa dan sijil kelahiran bayi.

Beliau berkata, kos tersebut adalah hasil rekod pendaftaran kanakkanak ke sekolah rendah secara purata, yang mencatatkan bilangan kelahiran antara 20,000 hingga 24,000 bayi setiap tahun.

“Borang permohanan skim itu boleh didapati di pejabat YPKT atau di Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri,” katanya.

“Oleh kerana kelahiran bayi bukan sesuatu yang boleh diketahui awal, jadi kita jangka kira-kira 24,000 bayi akan lahir tahun ini dan menikmati insentif tersebut.

Insentif itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika membentangkan Bajet 2015.

serta kasih Kerajaan Terengganu kepada generasi mudanya. Mohd Shafaruddin berkata syarat penerima ialah ibu atau bapa mestilah anak kelahiran Terengganu dan bayi tersebut harus lahir di manamana hospital di negeri berkenaan. “Namun, YPKT tidak memberi insentif RM100 itu dalam bentuk tunai sebaliknya dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i,” katanya.

Ia bertujuan meraikan kelahiran bayi baharu dalam kalangan pasangan suami isteri dan sebagai tanda cakna

600 ASNAF

TERLIBAT BANJIR DIBANTU Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengagihkan bantuan RM500 kepada 600 keluarga asnaf yang terlibat dengan banjir di seluruh Terengganu. Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Mohd Rozali Saleh berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.

2 |mac 2015

“Kami agak lambat memberikan pengagihan ini sebab sebelum ini waktunya belum sesuai yang mana kalau kami bahagikan wang di pusat pemindahan, mungkin ada keluarga yang tak dapat sebab mereka bukan terdiri daripada golongan asnaf dan kami tak mahu mereka rasa terasing. “Bagaimanapun,

MAIDAM

telah

memberi bantuan awal RM200,000 menerusi tabung bencana banjir negeri,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Rozali berkata, MAIDAM telah menyenaraikan dan mengenal pasti jumlah masjid dan surau yang mengalami kerosakan akibat banjir untuk dibaik pulih.


suarakita

MEN-T Pacu

Ekonomi, Tarik Pelaburan

Kerajaan negeri mengambil langkah menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih pesat di samping membantu meningkatkan daya tarikan pelaburan di Terengganu.

SM Imtiaz Setiu, KUALA NERUS DIBUKA

Dua buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) di Kuala Nerus dan Setiu mula dibuka dengan pengambilan pelajar perintis awal Februari lalu dalam usaha melengkapkan rangkaian sekolah itu di setiap daerah. Setiap sekolah itu menampung 100 pelajar dan beroperasi di premis sementara, bagi memenuhi permintaan yang begitu banyak daripada kalangan pelajar dan ibu bapa dari dalam dan luar negeri ini. Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong memberitahu, dengan perkembangan terbaharu itu, hanya daerah Marang belum diwujudkan sekolah berkenaan dan perancangan ke arah itu sedang giat dijalankan. “Kerja-kerja pengambilan tanah seluas kira-kira 20 hektar untuk projek pembinaan di Kampung Tok Mucung, Marang kini dijalankan dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan setelah urusan itu selesai,” katanya. Semasa pembentangan Bajet 2015 Disember lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan

persetujuan kerajaan untuk membina tiga lagi sekolah Imtiaz di daerah-daerah berkenaan dengan kos keseluruhan dianggarkan RM180 juta. Institusi yang diasaskan oleh kepemimpinan negeri ini bagi melahirkan golongan profesional dalam pelbagai bidang dan juga sebagai hafiz dan hafizah, dengan pegangan kepada ajaran agama semakin terkenal malah dijadikan ikutan oleh beberapa negeri. Disasarkan untuk mencapai taraf dunia, Imtiaz yang menjadikan al-Quran sebagai teras pembelajaran dalam suasana yang kondusif difahamkan dalam proses untuk bertaraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBT).

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu, kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan majlis itu yang bakal bertindak sebagai jawatankuasa pemikir dan pemandu bagi membantu kerajaan. Menurutnya, MEN-T akan menggariskan beberapa langkah dan perancangan tersusun untuk meningkatkan pendapatan rakyat serta merancakkan sektor perniagaan, perusahaan dalam pelbagai bidang termasuk yang masih kurang diceburi atau bertapak di negeri ini. “Segala apa bentuk kegiatan ekonomi, pelaburan dan sebagainya ini akan diteliti dan dirumuskan oleh MEN-T, seterusnya akan dibawa ke perbincangan mesyuarat Exco untuk pertimbangan kelulusan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Bajet 2015 dan IsuIsu Semasa di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun. Penerangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan. Dengan pelaksanaan MEN-T, Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri menyasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mampu meningkat sebanyak lapan peratus. “Usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini juga ke arah meningkatkan pendapatan perkapita rakyat Terengganu kepada RM8,000 sebulan menjelang tahun 2020,” katanya.

Majlis Pendaftaran dan Perasmian Minggu Suai Kenal SMIYT Setiu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh manakala majlis yang sama bagi daerah Kuala Nerus pula disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

|3

mac 2015


Walaupun Terengganu gah sebagai negeri Darul Iman, ada apa pada nama? Walaupun bermula secara ‘kecil-kecilan’, tidak semua pemimpin berani bertegas memperkasakan nilai-nilai mulia dalam Islam dengan menguatkuasakan undang-undang syariah. Walaupun banyak pihak mengakui cara hidup Islam membawa kebaikan tetapi bukan semua sanggup memartabatkannya atas pelbagai sebab. Bukan sahaja pemimpin, sebenarnya ramai yang tahu bahawa keruntuhan akhlak dan moral generasi muda disebabkan wujudnya pemisahan cara hidup mereka dengan budaya hidup Islam. Bagaimanapun banyak pemimpin memilih cara mudah dan murah dengan berkempen, berslogan dan beretorik. Hasilnya masalah tidak selesai juga kerana tidak dilakukan secara holistik, di mana semua pihak tidak saling bantu-membantu menangani perkara ini. Menyedari betapa sukarnya mempunyai pemimpin bijaksana yang yakin kepada kesejahteraan hidup beragama, kita perlu menyokong keazaman Kerajaan Terengganu dalam usaha menangani gejala keruntuhan akhlak dari peringkat awal lagi iaitu mengekang nilai-nilai yang bercanggah dengan Islam. Terengganu bukanlah negeri yang kritikal masalah keruntuhan akhlak termasuk membuang bayi luar nikah. Tetapi kerajaan Terengganu berpandangan jauh dan mengambil langkah bijak mengawal terlebih dahulu cetusan api hedonisme agar tidak merebak. Ini bertepatan dengan prinsip mengawal lebih baik daripada mengubat. Sebab itulah kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) baru-baru ini. Lebih padu, langkah ini mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Tanpa keazaman tinggi Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, enakmen jenayah syariah ini tidak mungkin dikuatkuasakan. Maka keazaman untuk menyelamatkan akhlak remaja Islam mesti disokong, bukan sahaja oleh orang Islam malah bukan Islam juga. Menguatkuasakan enakmen itu bertujuan mewujudkan masyarakat harmoni dan berakhlak tinggi yang memberikan pulangan kepada semua pihak.

Antara kesalahan jenayah syariah yang terkandung dalam enakmen ini ialah melarang berpakaian mencolok mata bagi wanita Islam, mengambil tindakan terhadap lelaki yang tidak bersembahyang Jumaat dan mengarahkan premis perniagaan serta pasar raya menutup operasi semasa sembahyang Jumaat. Islam kunci kepada segala kesejahteraan. Untuk membanteras keruntuhan akhlak, dekatkan dulu golongan sasaran dengan budaya hidup Islam. Hasilnya sudah tentu jauh lebih baik berbanding beretorik secara murahan kononnya sangat prihatin kepada remaja. Ramai sebenarnya sudah muak dengan laungan kosong, hipokrit dan tanpa tindakan. Keazaman Ahmad Razif wajar menjadi teladan pemimpinpemimpin Islam yang lain. Pendekatan ini juga membuktikan bahawa budaya hidup Islam berupaya menangkis nilai-nilai yang merosakkan kepada masyarakat termasuk bukan Islam. Tetapi seperti biasa, usaha murni sekalipun tidak lepas daripada pelbagai halangan dan buruk sangka pihak yang mungkin rasa terjejas dengan enakmen ini. Maka amat wajarlah kita semua berdiri teguh bersama Ahmad Razif dan memperbetulkan tanggapan mereka agar bertindak rasional dan usah campur tangan dalam hal ehwal Islam di negara ini atau perkara yang mereka tidak arif tentangnya. Mungkin orang luar ada persepsi liar kononnya larangan seperti itu boleh memundurkan masyarakat dan umat Islam. Tetapi dalam kalangan rakyat Terengganu yang hidup dalam persekitaran yang Islamik, undang-undang syariah itu tidak menjejaskan malah menjadi pemangkin kepada kemajuan kerana mereka sudah sebati dengan amalan dan ajaran Islam sejak dahulu lagi. Mengimbau sejarah, Terengganu adalah negeri terawal di negara ini menerima syiar Islam pada tahun 1303 atau lebih awal daripada itu. Ini menjadikan Islam satu elemen utama dalam budaya masyarakat Terengganu. Oleh kerana itu apa yang dilakukan oleh Terengganu boleh sahaja diikuti oleh negeri lain dengan syarat ada keazaman yang tinggi untuk terus berubah kepada kebaikan. Janganlah kita menjadi umat yang sombong dan tidak menerima perubahan ke arah kebaikan.

Pengarang

SIDANG PENGARANG PENGARANG Fauzi Mohd

PENAUNG YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

PENOLONG PENGARANG Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Syazni Zainuddin Mohammad Ishak

PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris

Diterbitkan secara bulanan oleh

Dicetak oleh

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu Darul Iman Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

(No. Pendaftaran 144692-D)

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

4 |mac 2015

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail

PERCETAKAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU SDN BHD


suarakita

ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU

Saya begitu teruja dengan pendekatan urus tadbir Menteri Besar (MB) Terengganu yang baharu, bertemakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Terengganu TerBersih (TTB).

Allahyarham merupakan wakil rakyat yang sukar memberi ‘upah’ berupa wang kepada pengampunya. Sukar kita jumpa wakil rakyat yang bersikap begitu, sehingga Allahyarham tidak disukai segelintir orang UMNO sendiri.

Tujuannya tidak lain, demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri.

Ketika menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian. Jarang berlaku, tetapi itulah realitinya. Kenapa? Kerana Allahyarham mempertahankan integritinya. Malangnya, Allahyarham dijemput Allah terlebih dahulu. Al-Fatihah.

Beberapa pendekatan yang menjadi asas panduan adalah, urus tadbir yang baik (good governance), bersifat terbuka dan menerima pandangan orang lain (inklusif), dan agama sebagai wadah penyatuan. Melihat kepada semangat dan kesungguhan MB, tidak mustahil transformasi ini dapat direalisasikan. Sebagai rakyat marhaen yang mengikut perkembangan ini, izinkan saya memberikan sedikit buah fikiran, bukan membodek. Pertama, transformasi harus seiring dengan ajaran Islam bagi mendapat reda Allah. Baharulah semua kerja menjadi ibadah. Pemimpin dari segenap lapisan hendaklah disedarkan hakikat ini. Tanamkan dalam diri mereka rasa takut kepada Allah. Itulah makna integriti yang sebenar. Tugas itu adalah amanah Allah. Hari ini mesti lebih dari semalam. Esok mesti lebih baik dari hari ini. Proses pentarbiahan hendaklah dimulakan kepada ahli UMNO supaya lebih mengutamakan rakyat daripada diri sendiri. Itu sahaja cara jika UMNO mahu kekal berkuasa. Rakyat melihat apa yang kita buat, bukan apa yang kita cakap. Contohi dan ramaikan orang UMNO seperti Allahyarham Dato’ Razali Ismail, bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang selalu disebutsebut oleh MB. Allahyarham adalah seorang wakil rakyat yang sukar dicari ganti di negara kita.

Kedua, berusaha meminimumkan pergeseran dalam parti dan mengajak pembangkang agar tidak menjadi seteru berpanjangan, tetapi bersama berperanan ke arah kebaikan. Masalah dalaman UMNO sudah menjadi perbualan hangat. Hanya kerana rasa tidak puas hati terhadap tindakan parti, mereka sanggup bakar jambatan. Begitu juga, hanya kerana marahkan PAS, kita mengambil pendekatan bermusuh. Kita kubur segala kekuatan dan bakatnya. Akhirnya, semua tidak dapat dimanfaatkan. PAS pula terusan melihat UMNO sebagai seteru. Transformasi ini perlu disegerakan. Layani saudara seagama kita dengan baik tanpa mengira apa latar belakang dan ideologinya. Manfaatkan segala kekuatan yang ada pada musuh, selagi musuh tidak menghancurkan kita semua seperti TTB seterusnya, Telus Team Berkhidmat. Jadikan Islam sebagai wadah penyatuan. Pastikan masjid dan surau berfungsi sebagai agen penyatuan. Kalau boleh biarlah orang UMNO dahulu sampai dan yang mengimarahkannya. Baharulah cakap serupa bikin. Kita tidak mahu mendengar solat dua imam seperti yang pernah berlaku.

Ketiga, Terengganu TerBersih. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Bersih luar dan dalam. Antara fokus utama adalah kebersihan tandas awam dan tandas masjid. Nampak kecil, tapi impak besar, termasuk menjana pendapatan si miskin. Sedih, melihat masih banyak tandas masjid yang tidak terurus sehingga merosak imej Islam. Empat terbersih perlu diutamakan. Pertama; bersih diri, pakaian dan tempat. Kedua; bersih hati dengan sifat ikhlas. Sentiasa meletakkan Allah di depan setiap perkara yang dilakukan. Zikir, istighfar dan taubat jika melakukan kesilapan. Ketiga; bersih harta - dengan menunaikan kewajipan zakat dan infak. Keempat; bersih persekitaran bagi menjamin kehidupan yang normal dan sihat. Semua perkara ini mesti disampaikan kepada MB. Ingatlah pesanan Sultan Perak, Raja Nazrin Shah, ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke159, ditujukan khas kepada penasihat pemimpin. “Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengetahuan beta. Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangkan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan”. Sekiranya semua transformasi dipraktikkan maka ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’.

*Ini adalah pendapat peribadi Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan tidak semestinya mewakili pandangan Suara Kita. Beliau kini merupakan Professor di Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam, UniSZA.

|5

mac 2015


Rojak Kateh, mungkin kedengaran agak asing bagi sesetengah orang, tetapi makanan tradisional Terengganu itu mempunyai peminatnya tersendiri. Juadah unik yang diperbuat daripada urat keting lembu atau kerbau itu perlu direbus selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum dipotong kepada bahagian-bahagian kecil supaya menyerap penuh kuah air cuka berlada. Bagi menghasilkan kuahnya, cili kering dikisar kemudian dimasak bersama gula melaka, gula pasir, cuka dan sedikit garam dalam air mendidih hingga sebati untuk mendapatkan rasa masam, manis dan pedas yang pasti memikat rasa penggemar. Rojak kateh boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah keropok keping dan enak dijadikan kudapan pada waktu petang hari bersama secawan teh.

6 |mac 2015


BERKABUNG

suarakita

TIDAK HARAM

Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang termasuk kemangkatan pembesar Diraja atau mana-mana pembesar negeri adalah harus dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kata Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Mohd Rozali Saleh. Bagaimanapun katanya, amalan itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran upacara tertentu yang dilarang oleh Islam. “Berkabung itu masuk dalam hukum adat, maka ia tertakluk kepada kaedah al-Asl Fi al-Asya’ al-Ibahah yang bermaksud asal hukum sesuatu (yang adat dan bukan ibadat) itu adalah harus kecuali ada dalil syarak yang menunjukkan sebaliknya. “Walau bagaimanapun, keharusan itu mestilah tertakluk kepada beberapa syarat iaitu tidak bercanggah dengan akidah Islam seperti membabitkan kepercayaan terhadap sesuatu dan tidak berbentuk upacara ibadat,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai hukum berkabung sempena kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja yang merupakan nenda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Katanya, amalan berkabung juga tidak boleh ditiru atau diceduk dari adat resam agama-agama lain dan tidak melampaui batas seperti mendewa-dewakan orang yang telah mangkat itu. “Kalau berkabung yang hanya sebagai menunjukkan rasa simpati dan sedih serta tidak melanggar hukum syarak Islam contohnya kakitangan Melayu lelaki yang diminta memakai songkok berlilit kain dan perempuan pula perlu berselindang atau berkain

tudung berwarna putih, itu tidak menjadi masalah,” ujarnya. Menurut Rozali, isu ini timbul apabila ada sesetengah pihak menyamakan hukum berkabung itu dengan ihdad dan tazkiah sedangkan dua perbuatan itu berbeza dengan berkabung sempena kemangkatan para pembesar Diraja. “Ini kerana Ihdad bermaksud meninggalkan perhiasan dan wangi-wangian di waktu tertentu oleh seseorang wanita yang kematian orang yang menjadi kaum keluarganya tetapi berkabung bukan bermaksud begitu kerana sesiapa yang berkabung boleh memakai apa jua pakaian termasuk yang cantik-cantik. “Seseorang isteri yang wajib berihdad selama 4 bulan 10 hari atas kematian suaminya, akan menjalani masa ihdad dengan menahan diri dari mengenakan perhiasan, wangian dan segala perkara yang menjadi pendorong untuk melakukan jima’,” ujarnya. Katanya, berkabung dengan kematian para pembesar Diraja juga berbeza dengan hukum memberi takziah kerana ramai yang mengangap berkabung sehingga 40 hari itu terlarang kerana ia seolah-olah memberi takziah melebihi tempohnya iaitu tiga hari sahaja. “Takziah berlaku dengan ucapan atau kata-kata semangat dari pemberi takziah dan hukumnya adalah sunat untuk tiga hari sejurus berlaku kematian,” katanya. Menurut beliau, oleh kerana tidak bersamaan antara berkabung dengan ihdad dan takziah, maka berkabung itu ada hukumnya yang tersendiri iaitu harus kerana ia merupakan membuat sesuatu yang menjadi tanda simpati, turut bersedih, penghormatan dan sebagainya kepada peristiwa kemangkatan.

MBKT

‘TURUN DAN JEJAK’ MASALAH RAKYAT Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengamalkan pendekatan ‘turun dan jejak’ masalah rakyat di lokasi-lokasi berbeza bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan aduan pelanggan. Setiausaha MBKT, Marzuki Endut berkata, pihaknya akan menjadikan Hari Bertemu Pelanggan sebagai medan pertemuan utama yang akan diadakan di lokasi-lokasi berbeza pada masa akan datang bagi memudahkan orang ramai membuat aduan. Menurutnya, MBKT akan mengadakan pertemuan dengan pelanggan pada setiap bulan iaitu pada hari Rabu bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari sebagai platform untuk mendekati rakyat. “Selepas ini, program secara berkala pada setiap bulan bakal dilaksanakan di lokasi berbeza yang mudah dikunjungi dan menjadi tumpuan orang ramai selain di ruang legar MBKT. “Contohnya di Pasar Besar Kedai Payang atau mana-mana yang strategik. Mungkin kita juga akan buat di Batu Enam bagi memudahkan pelanggan, sebab nak datang sini (MBKT) jauh. “Kita tukar konsep, bukan hanya datang ke pejabat. Ia bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Sebab aduan daripada orang ramai ini adalah lebih tepat, bukan sekadar aduan tetapi ada masalah,” katanya di lobi Menara Permint semasa Hari Bertemu Pelanggan.

|7

mac 2015


UNISZA BANTU

5 AGRO BANK MINI

Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) dengan kerjasama Agro Bank akan mewujudkan lima buah Agro Bank mini, di negeri ini tahun ini. Pengerusi PPNT, Dato’ Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, lima Agro Bank mini tersebut dijangka beroperasi Mei ini. Katanya, Agro Bank mini tersebut akan ditempatkan di Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri di Kuala Terengganu, Pelagat (Besut), Bukit Payong (Marang), Kuala Berang (Hulu Terengganu) dan Chukai (Kemaman). Wan Zakaria berkata perancangan untuk mewujudkan Agro Bank mini itu dibuat pada tahun lepas, namun hanya dapat dilaksanakan tahun ini. “Agro Bank mini ini akan beroperasi seperti bank lain dan memberi kemudahan khususnya kepada anggota peladang,” katanya. Dalam perkembangan lain, Wan Zakaria berkata, PPNT mencatat keuntungan lebih RM300,000 pada tahun lepas.

ATASI BANJIR DI KUALA NERUS

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan membina tiga kolam tadahan air di dalam kampus, membabitkan peruntukan kira-kira RM400,000 bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berdekatan universiti itu. Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Yahaya Ibrahim berkata, ia bagi menampung lebihan air hujan yang tidak dapat ditampung dalam aliran atau longkang biasa. Menurutnya, dengan adanya kolam tadahan itu, aliran air akan dapat dialirkan dengan lebih cepat dan seterusnya mengelakkan universiti itu daripada mengalami banjir kilat sebagaimana yang berlaku hujung tahun lalu. “Apabila siap kelak, tiga kolam ini akan menampung dan akan bersambung dengan kolam sedia ada, mempercepatkan air mengalir. Sekarang ini kita dalam proses reka bentuk dan kolam ini akan dibangunkan serentak dengan projek hospital dan bangunan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2015 yang diadakan di Hotel Primula. Dalam perkembangan berkaitan, Yahaya menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan kejadian banjir di kawasan universiti berkenaan baru-baru ini disebabkan pembinaan hospital universiti itu. Menolak tanggapan itu, beliau berkata, pembinaan hospital berkenaan masih belum dimulakan, sebaliknya baru dalam proses untuk tender. “Banjir di Unisza baru-baru ini bukan berpunca dari universiti, sebaliknya berpunca dari kawasan perumahan sekitar yang tidak ada sistem saliran yang sempurna. “Tetapi bagi menyelesaikan masalah ini bersama-sama, kita bercadang untuk membantu mengatasi banjir, bukan di UniSZA sahaja tetapi keseluruhan Kuala Nerus kerana kita ada kepakaran,” ujarnya.

Dr Yahya beramah-mesra dengan beberapa wartawan yang hadir sempena Malam Anugerah Kewartawanan UniSZA 2015, di Hotel Primula, Kuala Terengganu.

8 |mac 2015


suarakita

ChefTakluk ZamSajian NAMA : PROFESOR ZAMZANI ABD WAHAB NAMA PANGGILAN : CHEF ZAM

KEPIMPINAN

TARIKH LAHIR : 19 APRIL 1970

• Presiden Persatuan Alumni Universiti Johnson & Wales, (Pelajar Malaysia)

ASAL : KAMPUNG BATU BUROK, KUALA TERENGGANU

• Penasihat Kesatuan Pelajar Malaysia Universiti Thames Valley (2003-2005)

PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA DI UNIVERSITI OF WEST LONDON

• Dilantik oleh untuk mewakili Duta Makanan (2003/2005)

PEKERJAAN : PENGARAH URUSAN KOLEJ ANTARABANGSA SILVERSPOON KELUARGA : ANAK BONGSU DARIPADA DUA BERADIK

JEMPUTAN RANCANGAN TELEVISYEN Periuk Hangus, My Chef, Masakan Bersama Marmite, Masam Manis Ramadhan, Heinz ABC Sweet Soy Sauce, Senyuman Kraft Singles Game Show, Siap Saji Scotts Towels, Healthy Living With PETRONAS, Pencarian IDEAL Chef Selebriti, What’s Cooking With Marmite?, Ole-Ole Chef Zam & Fimie, Dunia Wanita, Asia’s Best Kept Secret, Kuih Raya: Juara Antara Kolej, Kan Cheong Kitchen, The Flaming Chef, Serima Selera Dunia, Tak Tahan, Ole-Ole Malaysia, Berat Badan Unggul, Sucre Fest Chef Zam, The Malaysian Invasion, Aroma Selebriti MM Vita Oils, Rahsia Rasa MM Vita Oils, Romancing February, Garam Gula, Cak-Cak.

PENGALAMAN • Penceramah utama untuk ‘CINEMA A LA CARTE from the screen to your plate’ (ICFFKL, 2014) sempena makan malam promosi makanan dan budaya oleh Kedutaan Republic Bolivarian Venezuela pada 2014. • R&D Chef mewakili Asia bersama 25 chef terkemuka, pakar pemakanan dan pemasaran terkenal dari Amerika Utara pada sesi idea, pembangunan resepi dan cita rasa makanan untuk rangkaian Restoran Checkers & Rally, Florida, USA pada 2014. • Selebriti Demo Chef untuk Citrawarna & Citarasa Terengganu 2014. • Demo Chef untuk pembukaan rasmi ‘Mission Food’s Pita Bread’ pada 2014. • Terlibat dalam pembuatan bungkusan Tortilla terpanjang di Malaysia oleh Misi Makanan, Malaysian Book of Records.

MATRADE London Malaysia sebagai di London/Eropah

KERJAYA • Pengarah Urusan, Silverspoon International College, Malaysia (2010 hingga sekarang) • Ketua, Project Istimewa KDU College Sdn Bhd, Malaysia (2008-2010) • Pensyarah Kulinari Senior, KDU College Sdn Bhd, Malaysia (2005-2008) • Pensyarah Chef, Thames Valley University London, UK (2003-2005) • Pensyarah Kulinari, KDU College Sdn Bhd, Malaysia (1998-2003) • Pegawai Maklumat, Malaysia Tourism Promotion Board NYC, USA (1997) • Ketua Chef, Aseana Restaurant , Greenwich Village NYC, USA (1997) • Tutor Akademik, Johnson & Wales University Rhode Island, USA (1996)

PENCAPAIAN • Dilantik sebagai Profesor Pelawat oleh University of West London, United Kingdom pada 2011. • Penulis Buku Masakan Terbaik di Malaysia (Kategori Individu) ‘Everything Rice & Nice’, Gourmand, Paris (2011) • Dicalonkan untuk kategori ‘Chef Selebriti Paling Popular’, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2014

• Dilantik sebagai Demo Chef untuk Sunquick (Barkath Food) semasa Pameran Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2013.

|9

mac 2015


KERJAYA • Jurutera Projek Bridgecon Engineering Sdn Bhd (1992-1996)

PERSONALITI Dilahirkan pada 24 November 1967 di Kampung Tanjong, Kemasik. Beliau merupakan anak kedua daripada tujuh beradik. Beliau memilih Fadzliaton Ruhaizan Ramli, 38, sebagai peneman hidup dan dikurniakan empat permata hati. Keluarga bahagia itu kini menetap di Kampung Gong Chengal, Kemasik, Kemaman. Anak sulung, Nurul Fatin, 16, diikuti Muhammad Ali Hakim, 15, Nurul Aisyah Maisarah, 8, dan Muhammad Aiman Hariss, 2.

PENDIDIKAN • Sekolah Rendah Kebangsaan Kemasik (1974-1979) • Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasik (SRP) (1980-1982) • Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SPM) (1983-1984) • Kolej Pengajian Persediaan, Institut Teknologi Mara (A-Level) (1985-1987) • University of Middlesex London, United Kingdom (1987-1992)

10 |mac 2015

PENCAPAIAN AKADEMIK • Bachelor of Engineering in Civil Engineering, Middlesex University, London, United Kingdom. • Diploma in Industrial Studies, Middlesex University, London, United Kingdom. • Keahlian Badan Profesional Lembaga Jurutera Malaysia. • Jurutera Profesional Lembaga Jurutera Malaysia (P.E. NO. 12858)

• Pengurus Pembinaan Lankhorst Pancabumi Contractors Sdn Bhd (1996-1998) • Pengurus Projek Konsortium Kontraktor Berwibawa (1998-2000) • Pengurus Pembinaan Kanan Percon Corporation Sdn Bhd (2000) • Pembantu Jurutera Tempatan Khairi Sdn Bhd (2000-2004) • Pembantu Jurutera Jurutera Budiman Sdn Bhd (2005-2006) • Pembantu Jurutera WNA Consultan Sdn Bhd (2007) • Jurutera Tempatan Irsam Cinsult Sdn Bhd (2007-2008) • ADUN Kemasik (Mac 2008 sekarang) • Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri (2008-sekarang)


suarakita PENGLIBATAN DALAM POLITIK • Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Kemasik (2008-sekarang) • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman (2009-sekarang) • Ketua UMNO Cawangan Bukit Kukuran (2005-sekarang)

KESUKARELAWAN • Chukai Adventure Team (CAT) • Kerteh Divers Club • Persatuan Belia Seri Kerteh • Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Kemasik dan Kerteh • Rakan Anti Jenayah Kemasik

TEBATAN BANJIR ELAK AIR MELIMPAH Usaha kerajaan meningkatkan keselesaan penduduk terbukti apabila hampir sepuluh projek tebatan banjir di Terengganu dirancang bagi mengurangkan kesan limpahan air sungai di kawasan berkaitan siap dibina. Keseluruhan projek bernilai RM66.3 juta dan diselia bersama Jabatan Pengairan dan Saliran itu dirancang bagi mengelak air sungai atau kolam takungan melimpah kesan daripada air pasang surut dan hujan lebat. Antara projek tebatan yang siap dibina itu termasuk sistem saliran Sungai Paka, Dungun membabitkan kos RM4.75 juta; kolam takungan Sungai Pertang, Hulu Terengganu (RM5.18 juta); tebatan banjir, Chukai (RM23 juta) dan saliran Teluk Kalong, Kijal, Kemaman (RM6.49 juta).

kita bina tebatan tersebut supaya memudahkan pengaliran air yang lebih lancar sekali gus meningkatkan kapasiti sungai untuk mengalirkan air bagi mengelak limpahan air ke kawasan penempatan.

LPT II TANPA BAYARAN TOL SELAMA ENAM BULAN Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) II boleh menggunakan laluan empat lorong sepanjang 184 kilometer (km) secara percuma atau tanpa bayaran tol selama enam bulan, sebelum dikuatkuasa Ogos ini. Laluan LPT II yang dibuka pada 31 Januari lalu, kini dalam proses melantik pengurus atau penyelenggara lebuhraya dan bermungkinan mengambil masa enam bulan. Dalam tempoh itu, pengguna LPT II bermula dari Gemuroh ke Jabor boleh melaluinya secara percuma. Pihak kami dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) telah memanggil sembilan pengusaha lebuh raya, termasuk Plus Malaysia Berhad, Propel Berhad dan Lebuhraya Timur Barat (Metramac). Pengusaha yang memenuhi syarat, layak mengendali LPT II dan bermungkinan dapat beroperasi Ogos depan. Dianggarkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu mengambil masa lebih kurang empat jam, bakal memberi tarikan kepada pelancong untuk bercuti dan mengunjungi Terengganu, selain mendorong perantau untuk kerap kali pulang ke kampung halaman. Kos keseluruhan projek LPT II yang melibatkan projek Rancangan Malaysia ke-9 dan 10 itu bernilai kirakira RM 4.284 bilion.

Mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan rehat dan rawat, dua hentian sebelah dan 98 jambatan.

DRAWBRIGE BERJALAN MENGIKUT JADUAL Pembinaan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan muara utara dan muara selatan di Sungai Terengganu telah memulakan pembinaanya sejak Disember tahun lalu, berjalan mengikut jadual. Pembinaan jambatan sepanjang 630 meter dan selebar 30 meter itu dijangka siap pada Mac 2017 merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Projek jambatan ikonik itu direka untuk meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di ibu negeri Terengganu kini enam peratus telah siap. Kemudahan itu dibangunkan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bakal menjadi ikon pembangunan Terengganu. Berperanan sebagai laluan alternatif bagi mengurang kesesakan lalu lintas, terutama membabitkan laluan di Jambatan Sultan Mahmud ke Kuala Nerus. Keunikan rekabentuk jambatan ini pula pasti menjadi tarikan pelancong yang akan memperkukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air yang dinamik dan berdaya maju. Jambatan baru itu nanti akan menjadikan Sungai Terengganu mempunyai empat jambatan semuanya, selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Sekati (dalam pembinaan) dan Jambatan Manir.

Manakala, projek sama membabitkan saliran Pengkalan Pandan, Kemaman dengan peruntukan RM4.52 juta dan sistem saliran Padang Bual, Besut (RM1 juta) dijangka siap hujung tahun ini. Kerajaan Terengganu mengambil inisiatif membina infrastruktur itu kerana tidak mahu banjir teruk berulang. Oleh sebab itu,

| 11

mac 2015


Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise yang berpengkalan di Pulau Wan Man menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada pelancong termasuk menyusuri Sungai Terengganu. Terletak di bawah pengurusan TTI Management Sdn. Bhd. ia menyediakan lapan buah bot yang berkapasiti tinggi dengan muatan penumpang di antara 32 hingga 42 orang.

tiga buah bot yang berkapasiti 28 orang penumpang bagi setiap bot. Laluan perjalanan bot pada waktu malam adalah bermula dari Pulau Wan Man hinggalah ke Masjid Kristal seterusnya ke Kampung Losong ke Taman Selera Tanjung dan berpatah balik dengan mengikuti laluan berdekatan Duyong Marina Resort serta jeti nelayan.

TTI River Cruise menyediakan perkhidmatan aktiviti menyusuri Sungai Terengganu secara komersial sejak Mac 2009.

TTI Dining Cruise tersebut beroperasi bagi dua waktu sahaja iaitu pada pukul 8 malam dan 9.30 malam yang mana setiap perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam 15 minit.

Bermula September 2014, pihak pengurusan TTI memperkenalkan pula aktiviti menyusuri sungai sambil menikmati hidangan makan malam iaitu TTI Dining Cruise menggunakan

Harga pakej bagi Dining Cruise untuk setiap penumpang ialah RM49 bagi dewasa dan RM45 bagi kanakkanak manakala pengunjung yang berumur tiga tahun ke bawah tidak

akan dikenakan sebarang bayaran. Pengunjung yang menaiki bot tersebut diberi enam pilihan hidangan iaitu nasi lemak, nasi dagang, nasi tomato, spageti, roasted chicken dan grilled fish disertai hidangan kedua iaitu pemanis mulut seperti asam gupal, bubur jagung, bubur kacang dan kek. Pakej menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan waktu malam menyusuri Sungai Terengganu bakal dijadikan satu lagi produk pelancongan baru bagi Terengganu sekaligus dapat meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri ini. Menjelang penghujung tahun ini, TTI menjangkakan seramai 62,000 pengunjung akan mengikuti pakejpakej TTI River Cruise.

Antara hidangan istimewa yang disediakan kepada pengunjung TTI Dining Cruise

12 |mac 2015


suarakita

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengagihkan bantuan ehsan kepada kira-kira 5,000 nelayan di Terengganu melibatkan peruntukan kira-kira RM12 juta tahun lepas. Pengarah LKIM Terengganu, Mohd Zaid Mohd Nor berkata, setiap nelayan yang berdaftar, mempunyai lesen dan aktif ke laut, akan menerima bantuan ehsan RM200 sebulan. “Di Terengganu terdapat kira-kira 10,730 nelayan, namun ada yang tidak berdaftar dengan LKIM, tidak mempunyai lesen dan tidak aktif ke laut, maka mereka ini kita tidak layak untuk mendapat bantuan berkenaan. “Bantuan itu diteruskan macam biasa tahun ini,” katanya.

Mohd Zaid berkata, mulai tahun ini LKIM turut mengadakan program bantuan bakul di mana setiap nelayan yang mempunyai lesen dan berdaftar akan menerima bantuan berkenaan masing-masing bernilai RM100 seorang. “Selepas selesai hal-hal pentadbiran, kita akan agihkan bantuan kepada nelayan yang layak,” katanya. Sementara itu, Mohd Zaid berkata LKIM turut menyediakan peruntukan kira-kira RM1.2 juta bagi program Azam Tani dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan nelayan untuk keluar dari garis kemiskinan.

bot untuk keperluan mereka menangkap ikan. “Namun ada juga nelayan mahu bantuan berkenaan dijadikan modal berniaga kecil-kecilan kepada isteri mereka bagi menjana pendapatan keluarga. Dengan cara itu ia mampu meningkatkan pendapatan dan keluar dari garis kemiskinan,” katanya. Mohd Zaid berkata nelayan yang mahukan bantuan melalui program Azam Tani, mereka disyaratkan mendaftar melalui e-Kasih di tempat masing-masing bagi melayakkan mereka mendapat bantuan berkenaan.

Katanya, bagi program itu setiap nelayan layak memperolehi bantuan sehingga RM10,000 bagi mendapatkan enjin dan

| 13

mac 2015


Katanya, dua calon dari negeri ini mendapat keputusan 10 mumtaz (cemerlang) iaitu Mohd. Hafiz Izzudin Ahmad Ridwan dan Adleen Nur Mustafa Kamal dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).

Zakaria menunjukkan analisis prestasi STAM 2014 sebelum mengumumkan keputusan peperiksaan itu, di Institut Perguruan Guru Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus.

STAM : TERENGGANU

TERBAIK DALAM TEMPOH EMPAT TAHUN

Pencapaian pelajar dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.20 yang diumumkan Januari lalu meletakkan kedudukan negeri ini pada tahap terbaik dalam tempoh empat tahun.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Zakaria Hussin menyifatkan pencapaian kali ini suatu yang membanggakan, selain mampu mengatasi GPN Nasional 3.22.

“Keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding STAM tahun lalu (GPN 2.38), 2012 (2.37), 2011 (2.54),” ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang ke arah kecemerlangan. Beliau berkata demikian di Institut Penguruan Guru Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus.

RISDA TINGKAT

PENGELUARAN GETAH Risda Terengganu memperoleh peruntukan RM19 juta bagi projek pembangunan pekebun kecil getah di seluruh negeri tahun ini.

sara hidup keluarga peserta dalam tempoh pembangunan kebun tanam semula itu.

Pengarahnya, Rosly Yaacob berkata, bagi program tanam semula getah tahun ini, Risda Terengganu menyasarkan kawasan seluas kira-kira 1,650 hektar berbanding 1,400 hektar tahun lepas.

“Pemberian insentif itu adalah secara bulanan dengan kadar RM500 sebulan bagi tempoh empat tahun mengikut syaratsyarat ditetapkan,” katanya pada pelancaran Kempen Tanam Semula Getah Daerah Hulu Terengganu.

Beliau berkata, Risda juga melaksanakan Skim Insentif Sara Hidup Pekebun Kecil untuk tempoh jangka pendek bagi menampung kehilangan sumber pendapatan

Program itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato’ Rozi Mamat yang juga ADUN Telemong.

14 |mac 2015

“Seorang calon mendapat sembilan mumtaz, satu jayyid jiddan (sangat baik) iaitu Nur ‘Ain Zahriah Zulkifli dari Institut al-Quran Terengganu (IQT) manakala empat calon mendapat lapan mumtaz, dua jayyid jiddan iaitu Abdul Hakim Harun, Nurul ‘Afifah Saiful Bahrin (SMAASZA), Nur Ainaa Bahruddin (IQT) dan Nur Iffahsufra Ahmad dari Institut Pengajian Islam (INSPI). “Keputusan STAM pada kali ini merekodkan 27 calon berjaya memperoleh keputusan keseluruhan cemerlang berbanding 12 calon bagi tahun lalu,” katanya. Zakaria turut memberitahu, daripada 42 pelajar dari SMAASZA, sembilan atau 21.43 peratus mendapat mumtaz, 21 orang (jayyid jiddan) dan dan 12 (jayyid). Selain itu, daripada 48 pelajar dari IQT, 14 calon atau 29.17 peratus daripadanya memperoleh mumtaz, 18 (jayyid jiddan) dan masing-masing 16 (jayyid) manakala daripada 23 pelajar INSPI, empat calon daripada calon mendapat mumtaz, lima calon (jayyid jidan), 12 (jayyid) di samping seorang (maqbul).


suarakita

KSB TAMPUNG T-INVEST LEBIH BANYAK PENGGUNA

Kerajaan negeri memperuntukkan hampir 280 hektar tanah kepada Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (KSB) untuk mencapai tahap sebuah pangkalan yang terulung di Semenanjung Malaysia. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan itu bertujuan melengkapi KSB dengan kemudahan pelabuhan dan gudang-gudang yang diperlukan pengusaha petroleum termasuk yang sedia ada dan yang baharu. “Langkah tersebut merupakan perancangan untuk memajukan KSB supaya mampu menampung lebih ramai pengguna yang dijangka akan memulakan operasi bersesuaian dengan pembangunan yang mendatang. “Beberapa aktiviti baru seperti kemudahan membaik pulih kapal, membaiki kapal korek di pesisir pelabuhan serta kemudahan fabrikasi peralatan luar pantai juga dalam perancangan syarikat induk kepada KSB iaitu Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic) yang merupakan sebuah syarikat milik penuh kerajaan

negeri bagi meletakkan KSB setaraf dengan pangkalan terkemuka di rantau Asia,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd dan Kontraktor Perkongsian Pengeluaran di Hotel Primula. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang. Menurut Ahmad Razif, projekprojek tersebut disepanjang jangkamasa perlaksanaannya akan membuka banyak peluang perniagaan bagi kontraktor tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia dan anak watan negeri ini. “Apabila siap kelak KSB akan mampu menampung lebih banyak lagi pengguna bukan sahaja dari aktiviti pengeluaran petroleum bahkan industri lain saperti keluli dan industri pembuatan yang lain. “Ini sudah tentu membolehkan KSB menjadi pemangkin kepada pelbagai aktiviti di dalam penjanaan ekonomi berteraskan petroleum,” ujarnya.

SELARAS PROJEK PELABURAN NEGERI

Terengganu akan menyelaras semua aktiviti dan projek pelaburan dalam pelbagai sektor di bawah satu unit baharu yang dikenali sebagai T-Invest. Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata unit baharu yang dibentuk menerusi jawatankuasa khas itu bakal dianggotai golongan profesional daripada pelbagai bidang, sekali gus akan menjadi platform untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih pesat. “Kita akan memperkasakan ‘Terengganu Investment’ (T-Invest) dan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda supaya mengetuainya. “Kita lihat banyak projek pelaburan yang digerakkan berasingan dan (sepatutnya) perlu digabungkan supaya industri berkenaan akan meningkat dengan baik. “Antara lain program perubatan jika digabungkan dengan pelancongan akan mewujudkan sektor pelancongan kesihatan yang akhirnya akan lebih memperkasakan pelbagai industri di Terengganu,” katanya.

Ahmad Razif (enamkiri) bersama beberapa pegawai kanan kerajaan negeri bergambar dengan wakil KSB dan Kontraktor Perkongsian Pengeluaran di Hotel Primula, Kuala Terengganu.

| 15

mac 2015


Lensa

SuaraKita

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) beramah-mesra dengan penduduk Kampung Baru Tetambah, Kuala Terengganu sebelum mengusung dan memindahkan rumah milik seorang pesakit kronik di situ.

Hampir 100 peserta dari pelbagai latar usia menyertai pertandingan memancing ikan darat di Kampung Teluk Paku, Kuala Terengganu.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Terengganu, Dato’ Zulkifli Mohamad (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri Di Malaysia, yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Urus Air Selangor, Md Khairi Selamat di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.

Pasukan Sepaktakraw Pasta A bergambar bersama pihak pengurusan pasukan selepas berjaya menghadiahkan kejuaraan pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bawah 20 Tahun, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

16 |mac 2015

Beberapa remaja bermotosikal ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi bersepadu yang dijalankanJPJ, PDRM dan MAIDAM sempena Tahun Baru Cina di hadapan Mahkamah Terengganu, Kuala Terengganu.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan angpau dari `Chai SenYeh’ sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Selebriti terkenal, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin (duduk dua kanan) yang dilantik sebagai Duta Muhibbah Kehormat PBSM Terengganu bergambar bersama ahli PBSM yang lain di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Dua pegawai Muzium Terengganu menunjukkan Kalendar Aktiviti Muzium Negeri Terengganu sepanjang 2015 hasil, sebagai usaha mempromosi pelancongan negeri kepada pelawat dalam dan luar Terengganu.


suarakita

Sebahagian peluncur ombak bersama pelajar UMT pada program Surf & Save Our Turtle yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Beberapa kanak-kanak tidak melepaskan peluang mengikuti aktiviti lukisan pasir sempena Majlis Penutup Pertandingan Mewarna Warisan Kita anjuran Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.

Barisan hakim yang mengadili pertandingan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1436H/2015M di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu .

Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dibuktikan penduduk apabila bersepakat mengusung dan memindahkan rumah milik seorang pesakit kronik di Kampung Baru Tetambah, Kuala Terengganu.

Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Nerus ditemani ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri pada hari pertama persekolahan itu bermula.

Antara atlet Sukma Terengganu yang menjalani ujian kecergasan, di perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu bagi mengukur sejauh mana keupayaan sebelum menyertai kejohanan sukan yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Kegembiraan jelas terukir di wajah dua penerima bantuan selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir Parlimen Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

| 17

mac 2015


Bandar kecil Kuala Berang yang menjadi pusat pentadbiran Daerah Hulu Terengganu akan diperkenalkan sebagai Bandar Cahaya Bawah Tasik dengan tarikan limpahan cahaya lampu berwarna-warni yang mengindah dan menghidupkan suasana malam sekitarnya. ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, ia bakal menjadi satu simbol yang bakal mengingatkan semua bahawa daerah ini yang merupakan pusat pengeluar tenaga elektrik terbesar melalui Empangan Kenyir selain pusat ikon pelancongan. Menurut beliau, cadangan itu telah dikemukakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membiayai dan kini masih di peringkat perancangan dari segi pelaksanaan konsepnya kelak.

“Langkah ini diharap mampu mampu menjadi nilai tambah dalam menarik lebih ramai pelancong ke bandar ini yang mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai pusat dagangan silam, Batu Bersurat, selain ke Tasik Kenyir dan juga Hutan Lipur Sekayu. “Cetusan idea itu telah dikemukakan kepada syarikat utiliti tersebut sebaik sahaja mereka memaklumkan tentang pemilihan daerah ini sebagai salah satu daripada dua lokasi yang bakal mendapat manfaat melalui pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR). “Ini juga sebagai satu persediaan ketika Kuala Berang dijangka turut menerima kesan limpahan ekonomi apabila tasik bebas cukai pertama di dunia di Tasik Kenyir beroperasi kelak,” katanya. Empangan

JOM PELAJARI

Loghat Terengganu Perkataan

CAMEK 18 |mac 2015

Kenyir

atau

Kuasa Sultan Mahmud merupakan empangan terbesar di Semenanjung yang dikendalikan TNB. Menurut Tengku Putera, satu pertemuan antara TNB dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penghulu telah diadakan diikuti dengan Pegawai Daerah dan pihaknya bagi mendapatkan maklumat awal tentang pembangunan yang diperlukan penduduk setempat. Katanya, selain aspek pencahayaan, tumpuan turut dicadangkan bagi menaik taraf Dewan Terbuka Badan Kebajikan dan Sukan Komuniti Kuala Berang dengan kemudahan kolam renang dewasa serta kanak-kanak, gimnasium diikuti trek joging dan basikal.

Stesen

Dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘to

meddle’

Makna :

Contoh ayat :

1. Perbuatan memegang atau menyentuh dengan tangan akan sesuatu benda, yang memungkinkan berlakunya kerosakan.

1. Kalau pergi ke rumah sesiapa pun, adik jangan camek barang perhiasan yang terletak di atas meja.

2. Perbuatan memperkatakan sesuatu tentang orang lain atau mencampuri urusan orang lain, yang boleh menimbulkan perasaan kurang senang.

2. Biarkanlah dia buat apa yang dia suka, kita jangan camek hal orang lain.


suarakita

6 WAKILI TERENGGANU KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul johan pertandingan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2015/1436 Hijrah bagi kategori 1-30 juzuk di Taman Tamadun Islam. Kelancaran dan ketepatan bekas penuntut Institut al-Quran Terengganu (IQT), Ikhwan Amin Hidayat, 21, menjawab soalan yang diajukan oleh panel hakim dalam

memperdengarkan bacaan hafazan al-Quran bagi kategori tersebut membolehkan beliau mencatat markah tertinggi. Ikhwan yang berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu menyifatkan kemenangan itu adalah hasil usaha, dorongan dari ibu bapa dan guru-guru yang pernah mengajarnya dahulu. “Saya mula menghafaz pada umur 16 tahun dan ketika itu saya masih belajar di IQT. “Kejayaan ini merupakan hasil daripada didikan ibu bapa serta guruguru di IQT yang membimbing saya dalam bidang hafazan,� katanya. Antara pencapaian terbaik Ikhwan ialah beliau pernah mewakili Malaysia pada pertandingan Al-Quran Antarabangsa di Algeria pada tahun 2013.

Sementara itu, bekas pelajar IQT, Nurul Syaabaniah Yahya, 22, yang berasal dari Marang menjuarai kategori sama bagi peserta perempuan. Ikhwan dan Nurul Syaabaniah masingmasing membawa pulang wang tunai RM8,000, plak penghargaan dan sijil penyertaan. Bagi kategori 1-10 juzuk lelaki dimenangi oleh Muhammad Rayyan Abdullah dari IQT dengan markah 98.16 peratus manakala bagi perempuan dimenangi oleh Wan Nor Hidayah Wan Abdul Razak dari Imtiaz Kuala Terengganu dengan markah keseluruhan 94.53 peratus dan masing-masing membawa pulang RM4,000, plak penghargaan dan sijil penyertaan. Untuk kategori 1-20 juzuk lelaki, johan dimenangi oleh Syed Ahmad Hisyam Engku Taufik dari IQT dengan markah keseluruhan 92.65 peratus manakala bagi perempuan dimenangi oleh Asma Abdullah dengan markah 89.225 peratus dan masing-masing membawa pulang RM6,000, plak penghargaan dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib. Kesemua enam pemenang bagi kategori masing-masing akan mewakili Terengganu ke Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah pada Mac ini.

| 19

mac 2015


ZQ Bepang Pulut Surau Panjang memang tidak asing lagi bagi penggemar makanan tradisi di Terengganu dan lebih membanggakan apabila produk keluaran Bumiputera menerusi Warisan Unggul Maju Enterprise itu mampu menembusi pasaran antarabangsa. Pengusahanya, Zakaria Arifin, 61, berkata, selain mendapat tempahan untuk pasaran tempatan bepang pulut keluarannya turut mendapat sambutan di Brunei. “Antara peniaga luar dan orang perseorangan yang selalu membuat

tempahan termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan beberapa lagi negeri lain. “Setiap hari, kami wajib menyediakan sekurang-kurangnya 2,300 bungkus bepang pulut yang dipaketkan dengan harga 50 sen bagi setiap bungkus untuk memenuhi permintaan pelanggan. “Ini tidak termasuk lagi dengan tempahan yang meningkat secara mendadak sehingga mencecah tiga kali ganda pada musim-musim tertentu terutamanya pada musim cuti persekolahan dan perayaan,” ujarnya yang mengusahakan

perniagaan itu bersama isteri Minah Osman,64, ketika ditemui di bengkel bepang pulut miliknya di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu. Menurut Zakaria yang mesra disapa Pok Ya, penghasilan bepang pulut memerlukan kecekapan dan penelitian untuk memastikan produk yang berkualiti. Katanya, sebungkus bepang pulut resepi warisan keluarganya itu dijual dengan harga 50 sen, 80 sen dan RM1 bergantung kepada berat kandungan. Katanya, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu banyak membantu usaha yang dilakukan untuk memajukan perniagaannya dengan memberikan bantuan mesin dan juga khidmat nasihat. “Sepuluh tahun lalu, pak cik kerja bawa lori balak sebelum mengambil keputusan untuk berhenti dan membantu isteri membuat bepang pulut. “Sejak itulah bermulanya perubahan yang pak cik lakukan termasuk memohon bantuan mesin dan sebagainya kerana sebelum ini ia dilakukan secara tradisional,” katanya yang kini turut menurunkan warisan ibunya itu kepada anak dan cucu.

20 |mac 2015


suarakita

Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dinaiktaraf dan distruktur sebagai salah satu hab pelancongan di Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, satu jawatankuasa dibentuk dalam melakukan penstrukturan kembali lapangan terbang tersebut. “Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu bagi menjadikan lapangan terbang kita sebagai hab pelancongan. “Beberapa kemudahan lain seperti penyediaan kargo serta helipad untuk kemudahan melakukan servis helikopter juga akan tersedia kelak,” katanya. Beliau ditemui pada Majlis Penerangan GST, Bajet 2015 dan Isu-Isu Semasa di UiTM Dungun. Tambah Ahmad Razif, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah

bagi membuat persediaan bagi melancarkan Tahun Melawat Terengganu pada 2016 atau 2017. “Buat masa sekarang, bangunan lapangan terbang telah pun dilengkapi dengan informasi serta promosi-promosi pelancongan negeri bagi kemudahan pelancong yang melawat Terengganu,” katanya.

| 21

mac 2015


Imej Baru PAWE Di Setiap Parlimen Pembantu Rumah Terengganu berhasrat menawarkan khidmat pembantu rumah berimej baru kepada majikan yang memerlukan perkhidmatan menguruskan kediaman melalui program ‘Home Manager’. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhamad Pehimi Yusof berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan kebergantungan kepada pekerja asing bagi perkhidmatan pembantu rumah. “Untuk permulaan, seramai 25 peserta terpilih sedang mengikuti kursus selama 14 hari bulan lalu yang melibatkan pembelajaran dari segi teori dan pratikal yang melibatkan teknik pengurusan kediaman, komunikasi, pendidikan anak-anak, kepatuhan kepada majikan dan pelbagai lagi yang dikendalikan anak syarikat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) iaitu Permodalan YPK Sdn Bhd. “Selain dapat membuka peluang pekerjaan kepada wanita sama ada ibu tunggal, beliawanis atau siswazah mengganggur supaya mempunyai pendapatan, program ini turut membantu rakyat Terengganu yang memerlukan perkhidmatan seumpama ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pengurus Kediaman (Home Manager) di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Terengganu. Turut hadir, Pengarah YPK, Mohd Shafaruddin Mustaffa. Menurut Muhamad Pehimi, program yang julung kali diperkenalkan YPKT tersebut memberi banyak manfaat kepada bakal majikan yang mengupah pengurus kediaman ini termasuk subsidi yang disediakan kerajaan negeri. Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri mensasarkan untuk melatih seramai mungkin pengurus kediaman secara berperingkat sehingga berupaya membekalkan khidmat mereka ke luar Terengganu.

22 |mac 2015

Muhammad Pehimi mengambil peluang berbual dengan sebahagian peserta pengurus kediaman selepas melancarkan program itu, di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Terengganu.

Kerajaan Terengganu bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap Parlimen di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini terdapat lima PAWE telah ditubuhkan iaitu di Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman. “Ini bermakna tiga PAWE lagi akan dibina di Terengganu menjelang 2018. “Tiga kawasan yang akan dibina ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program PAWE di Kampung Paya Rawa, Besut. Muhammad Pehimi berkata, pewujudan PAWE telah memberi peluang kepada warga emas menjalankan

aktiviti di dalam komuniti sekali gus membolehkan mereka berkomunikasi sesama mereka. “PAWE juga akan dijadikan sebagai pusat informasi kepada warga emas untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program serta kemudahan yang disediakan kerajaan negeri dan pusat kepada rakyat, khususnya warga emas. “Sebenarnya kerajaan negeri menyediakan banyak kemudahan untuk rakyat tetapi ramai rakyat yang tak tahu kerana maklumat tidak sampai kepada mereka,” katanya. Tambahnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM contohnya telah melaksanakan kemudahan terbaik kepada warga emas iaitu menerusi Program Khidmat Bantu di rumah dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).


suarakita

Karaktornya yang peramah dan ceria membuatkan figura yang berasal dari Kampung Kuala Jeneris, Hulu Terengganu ini begitu senang didekati sesiapa sahaja. Biarpun dibesarkan sebuah penempatan yang jauh dari bandar, pemilik nama To’ Puan Suhaiza Abdul Malik tidak pernah kekok membawa diri khususnya di acara rasmi selaku isteri kepada wakil rakyat sejak tiga penggal yang lalu. Suri hidup ADUN Telemong yang juga Pengerusi Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, memilih untuk tidak bekerja sejak menempuhi fasa perkahwinan tanggal 31 Ogos 1995 demi memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga tercinta. “Tugas sebagai isteri wakil rakyat bukan untuk bermegah, tetapi cabaran amat besar kerana saya perlu kuat demi menyokong perjuangan YB bagi memikul amanah dan kehendak rakyat. “Jika YB tiada dalam kawasan, saya bersama kakitangan Pejabat DUN serta Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) akan turun padang bagi mewakili suami saya,” katanya. Wanita yang lahir tanggal 6 Mac 1973 itu mengakui pada awal fasa perkahwinan, dia dan anak-anak agak sukar menerima kekangan waktu ketua keluarga mereka itu, bagaimanapun lama-kelamaan perkara itu tidak menjadi masalah lagi. Menurut Suhaiza lagi, waktu terluang di rumah yang terletak di Taman Permint Permata, Kuala Berang banyak diisi dengan aktiviti mendekorasi dalaman dan landskap persekitaran sambil melayani kerenah anaknya, Ain Alya Qistina serta memastikan keperluan suami dan anakanak lain Mohd Hanis Mirza, (penuntut Universiti Tenaga Nasional); Mohd Amirul Mirza, (Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpurr) Mohd Faris Mirza (Imtiaz Kuala Berang); Alysa Qistina dan Rafik Harire Mirza (Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang) sentiasa dipenuhi. Selain itu, bekas pelajar Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan itu juga dikenali di kalangan rakan dan ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) sebagai seorang yang aktif serta gemar bersukan. Malah, dia turut tidak akan melepaskan peluang beraksi dalam latihan dan pertandingan badminton serta bola jaring di sekitar Hulu Terengganu dan juga luar daerah itu. Suhaiza yang pernah menyandang jawatan Pengerusi Biro Sukan Srikandi pada penggal lalu turut menyifatkan bidang itu seakan sudah sebati dalam dirinya sejak alam sekolah lagi, ditambah pula suaminya turut menyandang portfolio sama mendorongnya untuk sentiasa menemani Rozi demi memberi sokongan padu kepada kontinjen Terengganu walau di mana pun kejohanan berlangsung.

| 23

mac 2015


Inovasi dan kreativiti dalam menyebarkan dan memberi kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat selaras dengan perkembangan teknologi semasa perlu dipertingkat.

“Kerjasama daripada semua agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Penerangan Negeri (JPN) Terengganu amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat TTB selain mempertahan kerajaan sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang berkata, langkah itu perlu sebagai usaha memperkasakan masyarakat sekaligus dapat membantu kerajaan negeri menterjemahkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan berkaitan faedahnya kepada rakyat Terengganu dengan lebih efektif.

“Sebagai perantara kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, sudah tentu peranan yang dimainkan oleh JPN Terengganu sangat besar. Oleh itu, kerajaan negeri amat memerlukan komitmen dan daya kreativiti yang tinggi dalam menyebarkan sebarang maklumat dengan pendekatan yang lebih dinamik termasuk penggunaan media baru,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Taklimat Minda di Hotel Tanjung Vista. Turut hadir, Penolong Pengarah JPN Terengganu, Muhd Nor Aswadi Md Nor. Kata A. Latiff, dengan jalinan kerjasama yang kukuh antara kerajaan negeri dengan pihak JPN Terengganu, beliau yakin lebih banyak program atau aktiviti yang boleh dianjurkan secara bersama untuk membuka minda masyarakat dan menyebarkan dasar-dasar kerajaan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan yang berbeza dengan sebelum ini.

14 AKTIVITI

Kalendar Muzium TERENGGANU 2015

Mohd Jidin (kiri) sambil disaksikan Mohd Yusof menandatangani kalendar aktiviti pelancongan negeri sebagai simbolik pelancaran Kalendar Muzium Terengganu 2015, di Kompleks Muzium Negeri, Kuala Terengganu.

Sebanyak 14 aktiviti utama menghiasi Kalendar Aktiviti Muzium Terengganu sepanjang tahun ini. Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee di Kompleks Muzium Negeri. Pengarah Muzium Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, pembuka

24 |mac 2015

tirai adalah pertandingan Mewarna Warisan Kita 2015 pada 28 Februari ini disusuli dengan pertandingan Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu pada 8 hingga 9 Mac di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. “Pada 6 April hingga 31 Julai pula akan berlangsung Pameran Organ Manusia, Seminar Batu Bersurat (9 hingga 10 Mei), Perayaan Hari Muzium Antarabangsa 18 Mei serta Warna-Warni Cuti Sekolah pada 30 Mei hingga 13 Jun,” ujarnya. Katanya, Program Muzium dan Masyarakat akan diadakan pada 11 hingga 13 Jun diikuti Pameran

Pengangkutan Air Dunia Melayu pada 6 Ogos hingga 31 Disember. Dalam tempoh itu juga akan berlangsung Seminar Pakai Patut Melayu pada 24 hingga 25 Ogos kemudian diikuti Rampai Budaya pada 19 hingga 23 September. “Pertandingan Gamelan Kebangsaan pula akan berlangsung pada 19 hingga 21 Oktober diiikuti Festival Gamelan Sedunia pada 24 hingga 26 Oktober. Pada 14 hingga 31 Disember juga akan berlangsung Pameran Maal Hijrah serta Program Rampai Sari yang bermula 21 November hingga 31 Disember,” ujarnya.


suarakita

Masjid Kampung Dusun, Hulu Terengganu berstruktur kayu yang dibina tanpa paku pada awal 1926 antara masjid tertua di Terengganu, kaya dengan seni ukiran khat terutama pada sisir angin pintu dan dinding. Dibina hasil muafakat dan gotong-royong penduduk kampung di kawasan hanya seluas 0.4 hektar itu kelihatan masih teguh walaupun berusia hampir 90 tahun. Sepanjang tempoh itu, dua kali dibaikpulih oleh kontraktor bertauliah bagi memberi keselesaan kepada jemaah. 70 peratus seni bina asal yang bercirikan rumah tradisional masih dikekalkan, bertujuan untuk tatapan generasi akan datang Bertambah menarik, beduk yang pastinya jarang kelihatan di masjid-masjid mahupun di surau lain di Terengganu masih tergantung di beranda Benduk itu hanya dipalu imam atau bilal bagi memaklumkan ada kematian penduduk kampung berdekatan. Masjid yang mampu memuatkan 600 jemaah, mempunyai tiga imam dan seorang bilal bertugas, dipadatkan dengan pelbagai program berilmu, termasuk kelas mengaji orang dewasa, ceramah agama dan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

| 25

mac 2015


Toh menyampaikan sumbangan hasil kutipan masyarakat Tiong Hua kepada tabung bencana banjir negeri kepada Ahmad Razif (tiga kanan) sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

RM2.8 JUTA AGIHAN DANA RAYA TAHUN BARU CINA

Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta sebagai agihan Dana Raya Tahun Baru Cina kepada 8,134 masyarakat Cina di Terengganu sempena sambutan perayaan masyarakat itu baru-baru ini Berdasarkan jumlah itu, RM1.7 juta diagihkan kepada 4,373 penerima yang kategori berpendapatan rendah, manakala RM819,000 untuk 2,730 warga emas; RM233,000 (654 ibu tunggal dan duda) dan RM113,300 untuk penerima Orang Kurang Upaya. Peruntukan paling tinggi di kawasan Kuala Terengganu dengan agihan RM1.3 juta kepada 3,729 penerima

26 |mac 2015

diikuti Kemaman RM717,700 (2,065 penerima) dan Dungun pula sebanyaka RM418,200 (1,175 penerima). Daerah lain, Besut melibatkan agihan RM191,100 kepada 536 penerima: Marang RM167,300 (471 penerima) dan Setiu pula RM18,900 membabitkan 56 penerima.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Samiun Salleh berkata, peruntukan itu diagihkan mengikut daerah masing-masing. “Sumbangan secara tahunan itu sebagaimana juga agihan kepada masyarakat Melayu dan India pada

sambutan perayaan masing-masing,� katanya. Tradisi tahunan Kerajaan Terengganu sejak tahun 2005 itu melibatkan kategori keluarga miskin di mana menerima RM400. Manakala empat lagi kategori lain iaitu keluarga miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), orang bujang berusia lebih 40 tahun dan ibu atau bapa tunggal diagihkan sebanyak RM300.


MADRASAH, PONDOK MODEN DIBUKA

Madrasah moden yang pertama di Terengganu akan dibuka April ini seiring dengan hasrat kerajaan negeri bagi membangunkan sebanyak mungkin sekolah pondok dengan pendekatan baharu di Terengganu ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah itu juga sejajar dengan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu. “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) setuju untuk memberikan tapak Sekolah Agama Batu Rakit yang dulu dijadikan madrasah moden pertama di negeri ini, dan

permohonan bagi pengambilan pelajar tingkatan satu tanpa mengira kelayakan akademik sudah dibuka,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Al-Hiwar Agamawan Bersama Menteri Besar di Kediaman Seri Iman. Katanya, langkah awal ini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi mempunyai minat untuk belajar agama, namun sekolah-sekolah sedia ada tidak dapat menampung. “Pelajar yang tidak cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi pandai me¬ngaji dan berminat menguasai

suarakita bidang agama boleh masuk ke madrasah ini,” katanya. Menurut beliau, buat permulaan peluang dibuka kepada pelajar lelaki sahaja dengan sejumlah 200 orang akan tinggal di asrama. Dalam perkembangan lain katanya, sekolah pondok moden iaitu Desa Taqwa di Kampung Telemong khusus untuk memberi peluang kepada golongan pesara dan veteran mendalami ilmu agama juga akan dibuka dalam masa terdekat. “Sekolah pondok berkenaan yang dilengkapi pelbagai prasarana termasuk asrama, dewan dan bilik kuliah kini sudah siap sepenuhnya dan ia dijangka mula beroperasi pada bila-bila masa sahaja. “Sepanjang bulan puasa nanti, golongan veteran boleh mengikut program keagamaan di madrasah ini yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk majlis berbuka puasa, sembahyang tarawih, qiamullail dan sebagainya secara berjemaah,” katanya.

i-Class Ganti e-Book

Pada masa sama memudahkan pembelajaran pelajar dan pelaksanaannya mampu menjimatkan peruntukan kerajaan negeri sehingga RM10 juta setahun, berbanding agihan e-Book.

Kerajaan negeri memutuskan untuk melengkapkan kaedah pembelajaran sekolah-sekolah rendah di Terengganu dengan sistem i-Class bermula tahun ini sekali gus menggantikan pemberian e-Book yang telah dihentikan. Ia membolehkan setiap sekolah dilengkapi sistem komputer dan internet secara lebih berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, buat permulaan sebanyak 17 sekolah rendah di Terengganu yang dikenal pasti mempunyai capaian internet akan dilengkapi sistem i-Class. Katanya, sistem tersebut dilaksanakan berperingkat-peringkat dan dijangka kesemua 400 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini akan dilengkapi i-Class dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. “Sistem baharu yang lebih canggih itu juga akan dikendalikan oleh syarikat

Top IT Sdn Bhd. yang sebelum ini turut menguruskan kemudahan e-Book. “Hasil kajian, kita dah buat keputusan untuk tidak lagi beri e-Book mulai tahun ini walaupun kemudahan itu banyak beri kesan positif kepada pelajar mengenali Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT),” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Mewarna Warisan Kita anjuran Muzium Negeri Terengganu. Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri, Mohd Yusof Abdullah. Seramai 600 peserta, terdiri kanakkanak tadika dan pelajar sekolah rendah menyertai progam bertujuan memupuk semangat cintakan warisan Melayu dan mencungkil bakat seni daripada seawal usia.

| 27

mac 2015


Desa yang tidak jauh dari kepesatan bandar Kuala Terengganu, namun `fizikalnya’ masih kekal terpelihara dengan alam semula jadi dan amalan masyarakat Melayu dahulu yang tetap menebal. Pulau Sekati yang terletak berhampiran Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong dan hanya 15 minit dari Bandar Raya Kuala Terengganu, mempunyai keunikannya yang tersendiri. Untuk ke kampung tersebut, hanya satu laluan sahaja menghubungkan Pulau Sekati dengan kawasan lain iaitu sebatang jambatan kecil yang boleh dilalui oleh motosikal sahaja. Walaupun begitu, segala kemudahan lengkap tersedia di pulau tersebut seperti dewan serbaguna, gelanggang futsal, dan pelbagai lagi kemudahan asas. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan

28 |mac 2015

Kemajuan Kampung (JKKK) Pulau Sekati, Mohd Hafez Harun, walaupun kedudukan kampung tersebut di pinggir Bandar Kuala Terengganu masih ramai yang tinggal di situ. “Buat masa sekarang, kampung ini mempunyai 45 buah rumah dengan kepadatan penduduk mencapai 250 orang. “Ramai daripada mereka merupakan golongan tua dan kanak-kanak manakala bagi golongan belia mereka lebih selesa untuk berhijrah ke luar atas keperluan semasa,” katanya kepada Suarakita. Tambah Hafez, kampung tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri sehingga membawa kepada nama Pulau Sekati. “Kerana kedudukannya yang sedikit terpinggir, Pulau Sekati dahulunya dijadikan tempat menyabung ayam.

“Daripada apa yang diceritakan kepada saya oleh orang-orang tua di sini, Pulau Sekati mendapat namanya kerana jumlah hadiah yang ditawarkan oleh Sultan Terengganu kepada Raja Chulan iaitu sekati emas untuk menyabung ayam di pulau ini,” katanya. Tambahnya, keistimewaan lain kampung tersebut, golongan kanak-kanak masih meneruskan tradisi lampau apabila tetap menikmati masa lapang mereka bermain permainan tradisional yang sukar dilihat masa kini seperti bola tin dan tarik upih. Selain itu, permuafakatan antara penduduk juga masih kuat menerusi amalan gotong-royong di majlis keraian dan kenduri perkahwinan.


suarakita

SME CORP

MAIDAM

MENDIDIK, BUKAN MENGHUKUM Tindakan yang lebih praktikal akan diambil oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berhubung isu berkelakuan tidak senonoh di khalayak umum dan tempat awam. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata konsep yang akan digunakan lebih menjurus kepada mendidik golongan belia di Terengganu. “MAIDAM mengambil tindakan yang menjurus kepada mendidik bukannya menghukum. “Golongan belia merupakan aset negara yang perlu kita beri tunjuk ajar dan mereka perlu dibimbing serta diberi nasihat agar tidak terjerumus dalam masalah sosial,” katanya. Beliau ditemui ketika Majlis Penghargaan Skuad Sukarelawan Permata TTB di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir. Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu Mohammad Sulong dan Yang Dipertua Permata, Rashdam Amirul Ashraf Roslan.

Tambah Ahmad Razif, dalam mendidik pesalah tersebut khususnya remaja penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan bukanlah bersifat untuk menghukum. “Mereka yang bersalah ini mungkin kita akan berikan kaunseling serta nasihat ataupun diajak menyertai khidmat masyarakat seperti membantu di rumah orangorang tua,” katanya. Beliau berkata, melalui perjumpaan dengan pesalah tersebut, pihak kerajaan akan mendengar hujah yang mereka ingin sampaikan. “Salah satu konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) adalah inklusif di mana suara rakyat merupakan suara keramat. “Jadi kita akan dengar apa yang ingin disampaikan oleh mereka dan dari situlah kita bakal laksanakan penguatkuasaan yang efisien,” katanya.

BANTU USAHAWAN TERJEJAS BANJIR SME Corp Terengganu memperuntukkan RM1.3 juta untuk membantu usahawan yang terjejas akibat banjir akhir tahun lalu bagi meringankan beban kewangan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata setakat ini, SME Corp Terengganu mengenal pasti 43 usahawan dari Dungun dan Kemaman yang terjejas akibat bencana itu. “Kesemua mereka akan menerima geran antara RM20,000 hingga RM100,000. Ia bergantung kepada taksiran kerugian yang dialami mereka seperti kemusnahan premis perniagaan dan kerosakan peralatan akibat bencana itu. “Selain itu, SME Corp Terengganu turut menerima permohonan daripada 35 usahawan dari daerah lain yang turut terjejas banjir dan bantuan akan diberi agar mereka dapat meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Bingkisan Pasca Banjir anjuran SME Corp, Kerajaan Terengganu dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Terengganu. Dana Kecemasan Perusahaan Kecil Dan Serdehana (PKS) yang diwujudkan SME Corp Malaysia dan Malaysia Industrial Development Finance (MIDF) itu merupakan langkah proaktif oleh pihak kerajaan agar usahawan PKS yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir dapat beroperasi semula.

| 29

mac 2015


Kerajaan Terengganu tidak pernah meminggirkan masyarakat Cina di negeri ini walaupun satu-satunya kerusi yang ditandingi wakil kaum itu di DUN Bandar tewas kepada parti pembangkang. Selain melantik bekas ADUN Bandar, Dato’ Toh Chin Yaw sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Besar, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM500,000 untuk menjaga kebajikan kaum itu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Chin Yaw yang juga Pengerusi MCA Negeri akan menjadi penghubung antara kerajaan negeri dengan masyarakat Cina. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Kamil Othman dan Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabi Alwi. Ahmad Razif yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri akan memberi komitmen sepenuhnya untuk memastikan calon MCA akan

30 |mac 2015

kekal bertanding mewakili BN di DUN Bandar. “Cuma saya minta MCA kena kerja kuat untuk mengambil semula kerusi ini kerana tiada wakil rakyat (MCA) banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan mengenai permasalahan masyarakat Cina khususnya,” katanya.


suarakita

JKM BELANJA RM3.9 JUTA URUS MANGSA BANJIR

Rohani (tengah) menyampaikan replika cek bantuan bencana banjir kepada pemangku Pengarah JKM Terengganu, Shaballah Zainal Abidin.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan kira-kira RM3.9 juta bagi membantu mangsa banjir yang terlibat dalam bencana gelombang pertama dan kedua di Terengganu, akhir tahun lalu. Peruntukan yang diperoleh daripada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu disalurkan dalam bentuk makanan, kelengkapan diri dan pelbagai keperluan asas kepada mangsa banjir di 498 pusat pemindahan. Berdasarkan rekod, seramai 52,255 mangsa membabitkan 13,473

keluarga yang berpindah dibekalkan pelbagai kelengkapan dan keperluan diri, termasuk selimut, tilam, tuala, makanan, minuman, tikar dan sebagainya. Barang-barang tersebut itu dihantar ke 146 pusat pangkalan hadapan dan 11 mini depoh di seluruh daerah di Terengganu, dalam tempoh sebulan sebelum musim banjir. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’Sri Rohani Abdul Karim, berkata pihaknya bangga dengan pengurusan banjir di

ONE-OFF RM500

UNTUK PELAJAR IPT JUN INI Pemberian baucer bernilai RM500 secara one-off untuk anak Terengganu yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan mula diagihkan pada Jun ini serentak dengan kemasukan pelajar baru ke universiti.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang diumumkan pada sesi pembentangan Bajet 2015 itu bertujuan membantu pelajar memiliki komputer riba. “Pemberian baucer RM500 kepada pelajar yang berjaya ke IPT awam

mahupun swasta akan diadakan serentak dengan pemberian Wang Persediaan ke universiti yang dikendalikan Yayasan Terengganu.

“Ini bermakna, wang yang diterima pelajar menerusi kedua-dua bantuan secara serentak oleh kerajaan negeri itu membolehkan mereka membeli sebuah komputer riba untuk kegunaan pembelajaran di universiti,” ujarnya. Beliau berkata pada majlis Perasmian Karnival ICT Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Terengganu, terutama di Kemaman. “Apa yang membanggakan langkah itu layak mendapat pengiiktirafan ‘Gold Standard’ oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. “Negeri lain wajar contohi Terengganu, di mana menyediakan ruang khas untuk setiap keluarga, bilik menyusu, selain perlu mengikuti latihan simulasi sebelum tiba musim banjir,” katanya.

Menurut beliau, pengeluaran baucer akan dibuat oleh TOP IT Industries Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan perniagaan teknologi komunikasi termasuk senarai-senarai vendor yang dipersetujui untuk membekalkan kemudahan ICT ini akan ditentukan olehnya. “TOP IT ini bertindak sebagai operator yang akan melaksanakan program baucer RM500 dengan kerjasama Yayasan Terengganu,” ujarnya. Dalam pada itu katanya, baucer tersebut hanya boleh ditunaikan di Terengganu dengan kemudahan pembekal akan dibuka di setiap daerah.

| 31

mac 2015


Seorang petani mengandar rumput di tengah bendang di Kampung Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus.

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu Darul Iman | Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

SuaraKita Vol.6  

SuaraKita adalah merupakan majalah terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu di bawah kerajaan negeri Terengganu yang memaparkan aktiviti p...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you