Page 1


RMK-11

BERI FAEDAH BESAR KEPADA RAKYAT

Orang Muda

Kayuh Beca Tambah Pendapatan

Rancangan Malaysia ke-11 dijangka memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat di mana enam teras yang diperkenalkan melibatkan pelbagai golongan rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata RMK-11 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga mempunyai kesan yang positif kepada rakyat bukan sahaja kepada generasi yang ada sekarang malah generasi yang akan datang. “Ini kerana apabila Perdana Menteri memperkenalkan teras strategik yang keempat, menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan, ini sekaligus dapat memelihara dan memulihara alam sekitar dan sumber asli supaya ia akan tahan lama. “Ia sekaligus memberi peluang kepada generasi akan datang dapat menikmati faedah dan kebaikan yang kita nikmati sekarang,” katanya. Ahmad Razif berkata, enam teras yang diumumkan juga dapat memberi kelancaran yang baik kepada pembangunan negara serta memberi garis panduan yang lebih baik bagi menghampiri Wawasan 2020 yang akan dicapai dalam tempoh lima tahun lagi. Beliau turut berkata, RMK-11 kali ini dibuat berdasarkan kepada konsep inklusif di mana suara rakyat juga diambil kira bagi memberi keselesaan kepada mereka dan menjaga keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia. “Antara teras yang memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat ialah mentransformasikan perkhidmatan awam untuk produktiviti dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran,” ujarnya.

Tiga pemilik beca menunjukkan wang sumbangan RM400 untuk tempoh dua bulan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada pemilik Beca dan Bot Penambang di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu

Kerajaan negeri bercadang menambah beberapa insentif lain, selain sumbangan RM200 sebulan kepada pengayuh beca di Terengganu. Ia diharap dapat menarik minat golongan belia untuk turut sama menawarkan perkhidmatan itu kepada orang ramai, terutama pelancong luar. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata apa yang membanggakan, kirakira 20 belia sudah menyatakan minat untuk terlibat sama kerana mengetahui faedah yang diperoleh. “Sebagai permulaan, golongan ini akan terlibat dengan program kerajaan negeri, termasuk membawa pengunjung Pasar Malam KT Walk mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu pada setiap malam Jumaat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada Pemilik Beca dan Bot Penambang di Jeti Shahbandar. Katanya, golongan belia lebih bertenaga membawa pelancong ke lokasi lebih jauh, termasuk ke Pantai Batu Burok, Taman Shahbandar dan beberapa lokasi menarik lain. “Saya mengakui pendapatan pengayuh beca di Terengganu masih rendah iaitu antara RM30 hingga RM50 sehari berbanding Melaka. “Menyedari hakikat itu, penambahbaikkan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, termasuk menyediakan laluan khas untuk pengayuh beca dan menyediakan peruntukan untuk menghiasi beca dengan bunga dan kelengkapan tertentu,” katanya.

TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU 2 |jun 2015


suarakita

Terengganu Sasar 70 PKS Miliki Skim MeSTI

60 KELUARGA DAPAT SUBSIDI RUMAH

RM88 RIBU

Seramai 60 keluarga menerima kunci Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Cerong Binjai, Chendering, Kuala Terengganu. Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, semua penerima rumah berkenaan diharap dapat menikmati hidup yang lebih selesa. “Rumah ini berkeluasan 851 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air. “Harga asal bagi satu unit rumah ini adalah RM163,333. Tetapi kerajaan negeri telahpun memberi subsidi menjadikan harga jualan hanyalah RM75,000 seunit,” katanya pada majlis penyerahan rumah tersebut. Kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 70 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima pengiktirafan skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dari Jabatan Kesihatan sebelum akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata setakat ini sebanyak 38 PKS sudah mempunyai pensijilan berkenaan termasuk sebuah syarikat pengeluar keropok lekor. “Ini diharap akan memberi dorongan kepada lebih banyak PKS untuk mendapatkan pensijilan MeSTI kerana ia adalah skim keselamatan makanan yang direka khusus untuk membantu pengusaha PKS mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan. “Kejayaan memiliki MeSTI adalah satu tanda aras terhadap keselamatan dan kebersihan makanan yang akan diyakini oleh ramai orang

seterusnya akan melonjakkan lagi jenama tersebut di pasaran dalam dan luar negara,” katanya selepas perasmian Hari Kesihatan 2015 peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.

Tambah Mohd Sabri, keistimewaan lain turut diberi kepada pemilik RPMM selain dari subsidi oleh kerajaan negeri sebanyak RM88,333, pemilik juga memperoleh penghapusan 5.5 peratus kadar faedah bayar balik membolehkan mereka membayar secara bulanan dengan harga lebih murah. “Tempoh pembayaran juga dilanjutkan selama 30 tahun berbanding 25 tahun sebelum ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 10 pengusaha premis makanan di negeri ini telah menerima pengiktirafan sebagai Premis Makanan Bersih, S e la m a t d an S iha t (BeSS) daripada Jabatan K e s iha t a n Negeri Terengganu. Dari jumlah itu, sebanyak tujuh premis menerima pengiktirafan itu pada tahun ini manakala tiga premis pula menerimanya pada tahun lepas. “Ini adalah satu peningkatan di mana tahap kesedaran pengusaha makanan semakin meningkat kerana pengiktirafan ini akan menambah nilai dalam perniagaan makanan mereka,” katanya.

Lima penerima bersama replika kunci yang diterima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Cerong Binjai, Chendering, Kuala Terengganu

|3

jun 2015


Bajet untuk program kebersihan kepada MBKT meningkat sekali ganda kepada RM24 juta pada tahun 2015 berbanding RM12 juta pada tahun 2014. Apa pentingnya peruntukkan yang begitu besar dibelanjakan hanya untuk kebersihan? Jawapannya, inilah cara kerajaan membantu rakyat. Negeri yang bersih membantu meningkatkan sektor pelancongan domestik sekali gus membantu para peniaga, penjaja kecil, pengayuh beca, pemandu teksi dan pengusaha kedai makan menambah pendapatan mereka. Yang penting, kerajaan akan terus membantu rakyat dengan pelbagai kaedah dan cara. Bagi sektor perumahan, kerajaan negeri menurun harga Rumah Mampu Milik kepada RM68,000 daripada RM73,000. Bayaran bulanan diturunkan kepada RM189 daripada RM323. Bayaran perkhidmatan sebanyak 5.5 peratus dihapuskan.

MISI YANG TIDAK PERNAH TERHENTI Misi membantu rakyat tidak pernah terhenti sebaliknya ia menjadi satu kemestian yang tiada titik noktah. Kerajaan Terengganu mahu melihat usaha memakmurkan rakyat akan terus diperkasakan setiap masa dalam apa juga keadaan kerana keperluan rakyat hendaklah didahulukan. Setiap gerak yang dilakukan oleh kerajaan diharapkan dapat menggembirakan rakyat. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengharapkan jalinan kerja yang baik di antara semua pemimpin masyarakat dengan pihak kerajaan. “Saya amat berharap supaya pemimpin masyarakat di peringkat bawahan hingga ke atas mengambil

tahu masalah rakyat. “Tengok-tengoklah anak buah masing-masing dan tanya apa masalah mereka. Ini akan membantu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” ujarnya. Sebab itulah, Majlis Perundingan Rakyat ditubuhkan di semua daerah dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk menggerakkan kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi bagi mengenal pasti masalah dan kehendak rakyat untuk dijadikan asas dalam pembangunan negeri.

Di samping itu, kerajaan negeri akan membina 320 unit rumah teres Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara percuma kepada keluarga miskin di seluruh Terengganu yang bernilai RM40,000 seunit. Setiap DUN dibina 10 unit. Misi ini tidak pernah terhenti walaupun adakalanya ia mengambil masa yang agak lama dan peruntukkan kewangan yang besar.

Ketua Editor

Di samping itu, kerajan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM33.5 juta pada tahun 2015 dalam usaha meningkatkan tahap kualiti kebersihan.

SIDANG PENGARANG PENAUNG YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

suarakita CARA LAMA DIMENSI BARU

4 |jun 2015

KETUA EDITOR Fauzi Mohd PENOLONG KETUA EDITOR Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Mohd Syazni Zainudin

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris Ameer Farhan Mohd Rusli

Diterbitkan secara bulanan oleh

Dicetak oleh

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Tel : 09-666 8611 Faks : 09-666 0611

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

PERCETAKAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU SDN BHD


suarakita

6. Membina Malaysia Pasca 2020.

1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat

• Rakyat merupakan tonggak negara

• Menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan

• Semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara

2. RMK11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk meningkatkan pertumbuhan

• Meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta

• Menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan

• Mengurus kewangan awam secara berhemat

3. RMK11 mempunyai enam teras strategi

• Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi

• Menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan keunikan flora dan fauna negara ini.

• Rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh

• Prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan

• Sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu

7. RMK11 berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini

• RMK11 mengutamakan tindakan

• Berpaksikan rakyat

• Mengambil kira perspektif jangka panjang

• Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

• Meningkatkan kesejahteraan rakyat

• Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

• Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing

9. Membina negara maju

• Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

• Menjana kekayaan melalui inovasi

• Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

• Mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri

• Membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global

8. Rakyat Malaysia akan lebih produktif

• Produktiviti sektor swasta

• Produktiviti sektor awam

4. RMK11 akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti

10. Membangun secara mampan

• Bertumpukan rakyat

• Gaya hidup hijau

• Produktiviti dan kecekapan

• Reduce, reuse and recyle (3R)

• Kerajaan digital

• Pembelajaran hijau

5. Semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama mencapai aspirasi negara

11. Komited dalam mewujudkan sebuah masyarakat inklusif

• Kualiti hidup yang selesa untuk semua

• Seorang graduan bagi setiap isi rumah

• Komuniti usahawan produktif

• Dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu

|5

jun 2015


Ketupat Sotong Ketupat sotong merupakan juadah yang sinonim dengan musim mencadat sotong yang kebiasaannya bermula April hingga Jun saban tahun di Terengganu.

Untuk menyediakan hidangan enak ini, hanya memerlukan sotong (sederhana besar) dibuang kulitnya, beras pulut, santan, halba, halia, bawang merah, garam, gula dan lidi. Beras pulut dibasuh dan direndam seketika sebelum dimasukan 2/3 ke dalam badan

6 |jun 2015

sotong yang kemudian dikemaskan/ditutup bahagian atasnya dengan lidi.

Kemudian, sotong tersebut dimasak atas api sederhana bersama kuah dari campuran santan, halba, halia dan bawang merah yang dimayang serta garam dan gula secukup rasa dalam satu periuk sehingga sotong masak dan boleh dihidangkan.


suarakita

Tabung Haji Bayar Zakat RM3.8 Juta Kepada Ahmad Razif (tengah) bergambar bersama barisan penerima surat tawaran mengerjakan ibadah umrah daripada Yayasan 1 Ummah di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus

MAIDAM

Lembaga Tabung Haji (TH) membayar zakat perniagaan berjumlah RM3.8 juta kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Pembayaran zakat perniagaan TH bagi tahun kewangan berakhir 2014 itu disampaikan Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH, Adi Azuan Abdul Ghani kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Ahmad Razif menyampaikan kelengkapan umrah kepada penerima

YAYASAN 1 UMMAH Taja Jemaah Umrah

Seramai 44 orang jemaah dari Parlimen Kuala Nerus menerima surat tawaran mengerjakan ibadah umrah daripada Yayasan 1 Ummah.

“Pemilihan dilakukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan antaranya prestasi kerja cemerlang oleh bakal jemaah ini,” katanya.

Penyampaian itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau ditemui ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Sempena Program Khas Umrah Yayasan 1 Ummah 1436H/2015M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus.

Penasihat Yayasan 1 Ummah, Dato’ Jailani Ngah berkata, program tersebut pertama kali diadakan dan Parlimen Kuala Nerus dipilih sebagai peneraju. “Yayasan 1 Ummah dinaungi oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri dan amat beruntung kerana Kuala Nerus dipilih sebagai peneraju bagi program ini.

Adi Azuan dalam sidang media selepas itu berkata, pembayaran zakat bagi Negeri Terengganu mencatat peningkatan sebanyak RM170,398.09 (4.7 peratus) berbanding RM3,638,133.16 (2013). “Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2014 yang dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah bernilai RM49.87 juta berbanding RM46.29 juta (2013). “Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat ini adalah sejajar dengan prestasi dan pencapaian keseluruhan TH yang memberangsangkan bagi 2014,” ujarnya.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Sultan Mizan sebagai wakil Maidam menerima zakat perniagaan yang diserahkan wakil Lembaga Tabung Haji, Adi Azuan.

|7

jun 2015


MAIDAM Pungut Zakat RM120 Juta

Jumlah hasil terkumpul pungutan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi tahun 2014 sebanyak RM120,119,520.63. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM78,603,907.78 telah diagihkan kepada asnaf mengikut lapan golongan yang layak menerimanya bagi tahun yang sama. “Sebanyak RM19,837,356.43 diagihkan kepada fakir, miskin (RM29,825,374.56), amil (RM13,040,670.95), muallaf (RM3,883,506.20).

Razali ketika sesi penggulungan Sidang DUN

“Sementara riqab RM1,427,224.99, gharimin (RM 134,256.76), fisabilillah (RM10,426,967.89) dan ibnus sabil sebanyak RM34, 550,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri.

BUBAR GLC YANG TIDAK UNTUNG Anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang tidak menguntungkan perlu dibubarkan agar tidak terus merugikan kerajaan dan rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap GLC hendaklah bersedia membuat transformasi ke arah memastikan pelaburan yang diputuskan memberi impak dan pulangan positif kepada rakyat. “Mereka yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah diminta bersikap tegas, mengubah minda, sentiasa ikhlas dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab demi memelihara kepentingan rakyat dan kerajaan negeri. “Sudah tiba waktunya individu berkaitan memainkan peranan untuk menjamin kemampuan syarikat dan secara langsung menangkis isu-isu yang melibatkan integriti, rasuah serta ketirisan di semua peringkat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Ulang Tahun TDM Berhad (TDM) ke-50, di Permai Hotel. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pengerusi TDM Berhad, Tan Sri Dato’ Wan Abu Bakar Wan Omar. Ahmad Razif berkata, beliau percaya syarikat boleh bankrap jika gagal menjadikan integriti sebagai tonggak utama pentadbiran.

8 |jun 2015

Ahmad Razif bersama Wan Abu Bakar menyempurnakan gimik perasmian sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun TDM Berhad (TDM) Ke-50, di Permai Hotel, Kuala Terengganu.


suarakita

seperti yang dilakukan kerajaan negeri menerusi Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 yang melibatkan penyertaan pengamal media daripada 30 buah negara. Kata seorang anak tempatan, Hazran Mustafa, “sotong-sotong itu bukan sahaja banyak tetapi saiznya juga panjang dan gemuk-gemuk.’’

Pada waktu itu, ia banyak berkeliaran di sekitar perairan pantai Terengganu.

Pada waktu ini, kaum nelayan akan berusaha menambah pendapatan mereka melalui penyewaan bot bagi tujuan itu.

Ketika itulah kita dapat melihat berbondong-bondong peminat aktiviti itu memenuhi jeti-jeti utama menunggu giliran ke tengah laut.

Menurut Hazran, orang ramai perlu mengambil peluang mengalami sendiri pengalaman mencandat sotong.

Ada yang datang berkumpulan dan tidak kurang pula yang datang bersendirian.

“Buang rasa terlalu takut untuk ke tengah lautan. Pasti akan ada hasil yang mengembirakan.

Ada juga pihak yang mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan pertandingan mencandat sotong

“Keunikan perkataan mencandat menyebabkan ramai yang teringin turut serta dalam aktiviti itu,” katanya.

Mencandat sotong tidak memerlukan joran. Pemancing hanya perlu menyediakan tali pancing, umpan tiruan dan bekas penggulung tali yang dikenali sebagai koyan. Setiap kali umpan diturunkan ia mesti mencecah dasar. Ia bertujuan untuk memerangkap sotong yang kebanyakan berkeliaran di dasar laut. Setiap kali umpan mencecah dasar, pemancing perlu membuat tarikan secara perlahan-lahan seperti bermain layang-layang. “Ini yang paling seronok. Kita tarik perlahan-lahan, jika terasa tersangkut sesuatu, kita perlu membuat sentapan dan menarik terus ke atas bot,” kata Hazran. Ada kala pemancing mendapat bonus kerana bukan sahaja sotong yang melekat, kadang-kadang ikan pun boleh tersangkut sama.

|9

jun 2015


Koperasi Jom Bertani Terengganu memperuntukkan sejumlah RM350,000 sebagai usaha menggerakkan tujuh pertubuhan di bawah konsep ‘Koperasi Jom Bertani’ di Terengganu, di mana setiap koperasi memperoleh RM50,000. Peruntukan yang diagihkan melalui Jabatan Pertanian Negeri Terengganu itu sebagai modal mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Tani ahli koperasi yang juga golongan petani termasuk sayuran dan buah-buahan tempatan. Antara koperasi terlibat, Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad, Koperasi Jom Bertani Permaisuri Setiu Berhad, Koperasi Jom Bertani Langkap Setiu Berhad dan Koperasi Bela Rakyat Jertih Berhad. Koperasi lain, Koperasi Tani Dungun Berhad, Koperasi Tani Kuala Berang Berhad dan Koperasi Kampung Wa Dungun Berhad. Pengurusan, pemantapan dan pemantauan koperasi itu dibimbing Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya sentiasa aktif dan berdaya saing.

10 |jun 2015

Melalui pendekatan itu, sudah pasti setiap ahli koperasi mampu memperoleh keuntungan berganda kerana hasil pertanian dijual terus peruncit tanpa melalui orang tengah.

Keyakinan itu hasil gandingan mantap dan sokongan kuat bersama 31 jabatan dan agensi berkaitan di mana sudah berjaya melahirkan 761 usahawan bagi tahun lalu.

Terdapat juga ahli koperasi menghasilkan produk Industri Kecil dan Sederhana seperti kerepek ubi kayu, empeyek kacang, karipap segera dan kerepek pisang.

Sekadar menyebut beberapa contoh, SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu menerusi skim Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) telah mewujudkan seramai 76 usahawan muda manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula membiayai lebih daripada 300 usahawan melalui Skim Pembiayaan Putera.

Kerajaan mempergiatkan Program Pengukuhan dan Pemantapan secara berperingkat-peringkat dengan mengutamakan koperasi baharu yang ditubuhkan. Sebanyak 30 koperasi baharu di Kemaman dan Dungun telah mengikuti program itu sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai aspek terutama berkaitan pengurusan wang, penjanaan perniagaan dan pemasaran produk.

Kita yakin jumlah itu akan meningkat setiap tahun berdasarkan pemintaan orang ramai terutama golongan belia yang membuat permohonan pinjaman dan menyertai kursus tertentu.

900 Usahawan Baharu

Kerajaan menyarankan belia yang berhasrat memulakan perniagaan atau sudah memulakan perniagaan agar mendalami kemahiran itu dengan menyertai program-program keusahawanan.

Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) mensasarkan kira-kira 900 usahawan baharu mampu memiliki perniagaan sendiri dalam pelbagai sektor, sepanjang tahun ini.

Program itu antara lain bagi menyediakan platform kepada belia untuk meneroka peluang-peluang bisnes melalui slot perkongsian pengalaman dan program sampingan.


suarakita Berasal dari Kampung Gong Balai, Marang. Dilahirkan pada 14 Mei 1960, mempunyai dua suri rumah tangga, isteri pertama Azizah Kadir, 55, manakala isteri kedua pula Masliza Abd Rashid, 45. Hasil perkongsian hidup kedua-dua isteri dikurniakan sembilan cahaya mata.

PENDIDIKAN

PENGLIBATAN DALAM POLITIK • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bukit Besi (1990-1996) • Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Bukit Besi (1992-1960) • Ketua UMNO Cawangan Bukit Besi (1996-1998) • Setiausaha UMNO Bahagian Dungun (2008-2013) • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun (2013-Sekarang) • Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Bukit Besi (2013-Sekarang)

JAWATAN KINI

• Diploma Pengurusan (Teknologi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2012-2014) • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (1977)

KERJAYA • Pegawai Jasa Parlimen Dungun (1998-2010) • Ketua Koordinator Seranta, Yayasan Pelajaran Mara (2010-2013) • Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi (Mei 2013-Sekarang) • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri (Mei 2013-Sekarang)

• Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (2014-Sekarang) • Pengerusi PBK Supplies & Services Sdn Bhd (2014-Sekarang) • Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu Negeri Terengganu (GABEM) (2014-Sekarang) • Pengerusi Majlis Perunding Koperasi Negeri Terengganu (2013-Sekarang) • Pengerusi Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu (2013-Sekarang) • Pengerusi Majlis Perunding Koperasi Parlimen Dungun (2013-Sekarang) • Penasihat Perdasama Negeri Terengganu (2013-Sekarang)

Ini termasuklah melalui taklimat mengenai Program Karavan Komuniti, Program Usahawan Tani (FAMA), Klinik Usahawan & Kaunter Agensi Keusahawanan dan Program Jom Belia Niaga.

Perniagaan mengunakan karavan bukan dikhususkan untuk jualan makanan sahaja tetapi juga boleh melibatkan jualan pakaian, perkhidmatan menggunting rambut dan jualan barangan kraf.

Usahawan Niaga Menerusi Karavan

Berdasarkan rekod Yayasan Pembagunan Usahawan (YPU), terdapat 15 permohonan termasuk yang sudah memiliki karavan menyatakan minat untuk menyertai Program Karavan Bersama Komuniti yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Usahawan terutama peniaga jalanan di Terengganu diminta melakukan transformasi dalam perniagaan masing-masing termasuk menceburi bidang jualan menerusi karavan (lori kecil) berikutan kekangan mendapatkan lokasi dan premis niaga. Menjadi harapan kerajaan negeri untuk mewujudkan komuniti usahawan karavan kerana strategi itu mampu membantu golongan sasar memacu perniagaan mereka sekaligus meraih pendapatan lebih tinggi. Kaedah itu dilihat lebih banyak mendatangkan manfaat, berikutan tidak perlu menyewa premis yang dikatakan semakin mahal, lokasi perniagaan tidak statik dan boleh memilih kawasan perniagaan yang digazedkan kerajaan.

Kita mensasarkan sekurangkurangnya 20 pemilik karavan bakal menyertai program itu untuk bersama-sama bergerak ke lokasi dan hari yang ditetapkan. Perancangan itu termasuk menempatkan pemilik karavan bersama-sama peniaga di Pasar Malam KT Walk dan karnival Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Seboleh-bolehnya kerajaan mahu usahawan muda dan peniaga jalanan menceburi perniagaan mengunakan konsep itu, pastinya mudah, persekitaran terjaga, boleh memilih lokasi dan barangan berniaga.

| 11

jun 2015


Dibina pada tahun 1888, Rumah Tele ataupun dikenali juga sebagai Istana Tele merupakan tempat kediaman Tengku Nik iaitu isteri Sultan Terengganu ke11, Sultan Zainal Abidin III. Tele bermaksud ruang belakang yang dikhaskan untuk kaum wanita sahaja pada ketika itu. Rumah yang dibina dalam bentuk senibina tradisi Terengganu dengan berbentuk Rumah Bujang Berpeleh atau Bujang Berserambi dan berdinding Janda Berhias ini diperbuat daripada kayu cengal tanpa mengguna sepucuk paku. Pembinaan rumah berusia 127 tahun itu menggunakan sistem belira, pasak dan pemeting sahaja. Pada dindingnya dihiasi dengan ukiran yang bermotifkan ayat-ayat Quran yang diukir dengan begitu halus dan cantik. Kebanyakkan ayat-ayat yang diambil adalah daripada surah-surah dan mempunyai makna yang tertentu umpamanya ayat untuk mengelakkan dari sebarang malapetaka. Ianya pernah menjadi rumah tetamu Raja Chulalongkorn, Thailand serta pegawai-pegawainya ketika baginda mengadakan lawatan ke Terengganu pada tahun 1889. Rumah ini dipindahkan dari kawasan dalam Kota Istana Maziah di sebabkan kerja-kerja pembesaran istana dan tempat letak kereta kemudiannya dipindah dan dipasang semula di suatu tapak di Jalan Negara, Batu Burok. Pada tahun 1988, rumah tersebut dibuka, dipindah serta didirikan semula di kawasan Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Losong.

12 |jun 2015


suarakita

Tiada Hiburan Melampau, Mesra OKU - Sultan Mizan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa bangga dengan usaha yang diambil oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam membangunkan Paya Bunga Square (PB Square). Sultan Mizan bertitah, dengan pengalaman PMINT dalam bidang pembangunan hartanah yang telah mencapai tahap matang sejajar dengan usia 50 tahun penubuhannya. Baginda yakin PMINT mampu untuk menguruskan kompleks komersial pertama di Terengganu yang menempatkan tiga komponen berbeza iaitu ruang niaga, pejabat dan hotel itu dengan baik. “Beta percaya, PB Square akan menjadi mercu tanda yang bakal menjadi tarikan baru ditengah Bandaraya Warisan Pesisir Air yang pasti akan merubah suasana dan lanskap bandar Negeri Terengganu,” titah baginda ketika merasmikan PB Square. Berkenan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Sultan Mizan juga mahu supaya PMINT menitik beratkan struktur binaan yang perlu bersifat mesra terhadap pengunjung-pengunjung lemah seperti golongan kelainan upaya (OKU).

863 pasangan telah mendapat manafaat daripada Program Bulan Madu Kali Kedua sejak ia diperkenalkan pada 2009 sehingga April 2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof. Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan itu, jumlah peserta pada tahun pertama diperkenalkan hanya 15 pasangan (2009), 91 pasangan (2010), 40 pasangan (2011), 157 pasangan (2012), 88 pasangan (2013), 369 pasangan (2014) dan sehingga April lalu pula melibatkan 103 pasangan.

Sultan Mizan bersama Sultanah NurZahirah mencemar duli melawat Paya Bunga Square (PB Square) selepas majlis perasmian.

“Kemudahan yang bersesuaian seperti laluan yang memudahkan pergerakkan golongan ini harus diberi keutamaan yang sama rata,” titah baginda. Dalam pada itu, baginda juga mahu setiap kompleks komersial yang dibina tidak menganjurkan aktiviti hiburan yang melampau atau aktiviti yang tidak berfaedah kepada rakyat. “Tidak salah untuk bersosial tetapi biarlah ianya satu aktiviti yang sihat dan memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat,” titah baginda.

“Terengganu satu-satunya negeri yang mempunyai program seperti itu sebagai mekanisme bagi menyemarakkan hubungan suami isteri selain menyelamatkan rumah tangga pasangan yang hampir retak. “Program ini sudah menunjukkan hasil yang sangat positif dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu sentiasa memantau perkembangan semua peserta agar mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

| 13

jun 2015


program tersebut yang dilaksanakan o leh 6 0 p ela ja r S a ins Sos i al (antropologi dan dakwah) dengan kerjasama Pusat Kesenian dan Warisan Unisza telah memakan masa selama 16 hari. “Para pelajar kita secara bergilir-gilir menyiapkan penulisan kalimah Allah di mana ia bermula seawal 8.30 pagi hingga 11 malam tanpa henti. “Hasil karya lukisan cat air ini dihiasi dengan corak berkonsepkan identiti Islamik dan tidaklah menjurus kepada seni khat,” katanya. Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyempurnakan satu penulisan kalimah Allah yang kesejuta sebagai simbolik bagi mengakhiri penulisan tersebut.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi Projek Tulisan Sejuta Kalimah Allah yang menggunakan lukisan cat air terpanjang pernah dilakukan di negara ini.

kepada Naib Canselor Unisza Prof Dato’ Dr Yahaya Ibrahim sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada majlis pelancaran Karnival Unisza Universiti Komuniti ‘Dari Mata Turun ke Hati’ di Gong Badak.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBOR, Mohd Azwarin Ahmad

Juru Perunding Projek Tulisan Sejuta Kalimah, Abdul Halim Omar berkata,

Menurut Abdul Halim, apa yang uniknya lukisan cat air ini adalah campuran cat dan air yang menggunakan air zam-zam sepenuhnya. “Fakta menarik tentang sejuta kalimah jika dilihat dari sudut lain, panjang kalimah ini boleh disamakan dengan panjang kalimah ialah 8.528 kilometer dan ia juga boleh disamakan dengan keluasan 95 kali padang bola ataupun bersamaan 19 kali ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC,” katanya.

Kembalikan Kutipan Cukai Pintu Kepada Rakyat

Transformasi Terengganu Baharu (TTB),” kata Yang Dipertua MPD, A. Rahman Che Ali. MPD mensasarkan akan memperolehi sebanyak RM12 juta melalui kutipan cukai taksiran pada tahun ini dan jumlah itu akan terus dilaksanakan pelbagai projek lagi untuk rakyat.

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) akan terus menggunakan hasil kutipan cukai pintu yang dibayar penduduk di daerah ini untuk membina pelbagai projek untuk keperluan rakyat. Sebanyak RM8.2 juta cukai taksiran berjaya dikutip pada tahun lalu dan hasil kutipan terbabit telah banyak dilaksanakan projek untuk rakyat.

14 |jun 2015

“Melalui kutipan itu, kita telah laksanakan pelbagai projek untuk rakyat seperti membaiki dan membina jalan, membina taman permainan, tempat beriadah, pengindahan lanskap, membina longkang dan sebagainya. “Ini semua projek kita tumpukan untuk keperluan rakyat selaras dengan usaha kerajaan negeri menerusi gagasan

“Pada tahun 2013 kita mengutip sebanyak RM 6.1 juta manakala tahun 2014 kita berjaya mengutip sebanyak RM8.2 juta dan peningkatan itu membuktikan rakyat mulai sedar betapa pentingnya membayar cukai taksiran. “Saya sangat berterima kasih dan menghargai rakyat Dungun yang membayar cukai taksiran kerana mereka sedar bahawa cukai yang mereka bayar itu dikembalikan semula kepada mereka melalui pelbagai projek yang MPD laksanakan kepada rakyat,” kata A. Rahman.


suarakita

Gabungkan Idea Bekas Pengarah

Pengalaman bekas-bekas Pengarah Pendidikan negeri yang sudah teruji dalam membantu memacu dan melonjakkan sistem pendidikan di negeri ini wajar digembleng bersama untuk dijadikan panduan bagi memastikan kejayaan berterusan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, usaha tersebut selaras dengan beberapa prinsip yang terkandung dalam pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang terarah kepada usaha memperkasa pendidikan bagi memastikan masa depan bangsa dan negeri lebih cemerlang. “Sebagaimana yang kita amalkan dalam pendekatan kerajaan iaitu transformasi termasuk menggandingkan idea tiga bekas Menteri Besar dalam menerajui negeri, kita cuba lakukan dengan menggandingkan idea cetusan lapan bekas pengarah untuk terus mencorak budaya kecemerlangan. “Justeru, kerajaan negeri ingin mengusulkan kepada Jabatan Pendidikan supaya membuat program ‘brainstroming’ atau seminar berkaitan dengan menggunakan idea-idea daripada mereka. “Jika idea-idea ini digabungkan, saya yakin kita akan dapat satu kekuatan luar biasa dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-44 di

Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak. Hadir sama P e n g e r u s i Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin. Sempena sambutan itu juga, sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada warga pendidik, beliau mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membiayai 50 orang guru mengerjakan umrah manakala guru bukan Islam berpeluang memilih destinasi percutian mereka dengan peruntukan sekitar RM7,000 setiap seorang. Selain bacaan ikrar, upacara menaikkan bendera serta persembahan koir dan orkestra, turut diadakan penyampaian Tokoh Guru Negeri 2015 yang diterima oleh bekas Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Salleh Busu, 62. Anugerah Guru Cemerlang pula diterima oleh Zurina Mat Hu¬ssin (kategori Guru Pendidikan Khas) dan Azlinawati Aziz (Guru Kelainan Upaya) manakala anugerah Guru Inovatif Menengah (Nurlida Che Husin), Rendah (Tun Azlina Lokman), Pra

Bekas Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Salleh Busu dipilih sebagai Tokoh Guru 2015

Sekolah (Zarina Sidek) dan Kumpulan (Mohd. Farizan Mohd. Saad dan Rohani Abdul Rahman). Turut disampaikan anugerah Kepimpinan ICT yang diterima oleh Suhami Muhammad manakala Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Paka 2 bagi anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang sementara Anjang Ali bagi anugerah Guru Nilam Ne¬geri di samping Ghazali Che Noh bagi anugerah Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dalam majlis yang sama, TDM Berhad dan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad masingmasing menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Jabatan Pendidikan negeri sebagai satu tanggungjawab sosial korporat untuk pembangunan pelajar terutama di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

| 15

jun 2015


Lensa

SuaraKita

Hampir 100 peserta Program Senam Sihat dan Ramah Mesra Bersama Isteri Menteri Besar, To’Puan Halina Zakaria bergambar kenangan sebelum memulakan aktiviti

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Dua peserta berpadu tenaga dalam pertandingan mengukur kelapa pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Empat pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang membersihkan persekitaran Pantai Teluk Ketapang.

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria bersama petugas jentera Wanita UMNO selepas Majlis Makan Malam Penghargaan Bersama Jentera PRK Rompin

16 |jun 2015

Gelagat sebahagian kanak-kanak Taska Permata YPK ketika mengadakan persembahan Sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Terengganu

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari memotong kek sebagai simbolik menyambut ulangtahun RTM Ke-69 di Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu,


suarakita

Peserta pertandingan beca berhias melalui pentas utama untuk diadili sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

Persembahan koir daripada wakil guru-guru memeriahkan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus

Dua peserta Muay Thai mempamerkan aksi sempena Karnival Tranformasi Terengganu Baharu, di Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) ceria bersama mantan Menteri Besar Terengganu ke-10 dan ke-12, sebelum memulakan Program Malam Semarak Kasih Lestari Budi, di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Tradisi menumbuk emping masih diteruskan oleh penduduk Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu

| 17

jun 2015


Wan Abu Bakar (tiga kanan) ketika mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-49 TDM Berhad di Hotel Permai, Kuala Terengganu

Pelaksanaan strategi yang tepat serta berani mengambil tindakan berbeza daripada pesaingnya adalah antara faktor kejayaan program pemulihan TDM Berhad (TDM) yang diperkenalkan pada 2004. Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari berkata, berikutan itu pendapatan TDM meningkat sebanyak 68 peratus daripada RM230.4 juta pada 2004 kepada RM386.1 juta pada 2014. Malah keuntungan syarikat turut melonjak 249 peratus daripada RM15.6 juta kepada RM54.4 juta bagi tempoh sama. Sejak 2007, TDM telah membayar dividen kepada semua pemegang saham termasuk

pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri Terengganu dan anak-anak syarikatnya. “Jumlah bayaran dividen meningkat daripada RM4.3 juta yang dibayar pada tahun berkenaan kepada RM14.8 juta pada 2014. “Kita juga memperuntukkan sebanyak dua peratus kepada kerajaan negeri bagi membantu usaha-usaha kemasyarakatan,” katanya dalam buku bersempena sambutan ulang tahun ke-50 TDM. Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan ulang tahun syarikat itu pada satu majlis.

“Kami mahu TDM menjadi penyumbang kekayaan Terengganu yang mana hasilnya dapat disalurkan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat negeri yang bertepatan tema sambutan ulang tahun TDM ke-50 iaitu TDM Cemerlang Bersama Rakyat,” katanya.

Badrul Hisham berkata, ketika ini TDM mempunyai 45,389 hektar

JOM PELAJARI

Loghat Terengganu Perkataan

Sek-e’h 18 |jun 2015

ladang sawit di Terengganu serta Kalimantan di Indonesia dan dua buah kilang memproses buah sawit, masing-masing di Kemaman dan Sungai Tong (Setiu), manakala sebuah lagi kilang kini dibina di Kalimantan.

Dalam Bahasa Inggeris bermaksud Makna : Terlalu kenyang / sukar bernafas Contoh ayat : 1. Ular sawa itu menelan seekor anak kambing, menyebabkannya tidak dapat bergerak laju kerana terlalu sek-e’h.

Sated

2. Saya makan memang tidak banyak, sedikit pun sudah sek-e’h. 3. Melihatkan kepada gelagat muda-mudi yang menjolok mata sekarang, membuatkan dada aku sek-e’h.


suarakita

bersama-sama berganding bahu dalam merancang pembangunan dan bersedia untuk menerima perubahan yang berlaku nanti dengan hati terbuka,” titah baginda dalam majlis itu. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Sultan Mizan mencemar duli mendengar penerangan ringkas berkaitan daerah baharu Kuala Nerus pada Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus di Kampung Baruh Tok Jiring, Kuala Nerus.

Sul tan Te re n gg a nu, S ult a n Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan peletakan batu asas Pusat Pentadbiran Kuala Nerus sekali gus mengisytiharkan kawasan seluas 187.76 hektar itu sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus. Sultan Mizan dalam titahnya melahirkan keyakinan penubuhan daerah baharu itu akan mampu mengubah landskap pembangunan Kuala Nerus menjadi daerah yang maju setanding dengan daerah lain di negeri ini dan dalam masa sama memberi kemudahan kepada lebih 200,000 penduduk.

Bagaimanapun, baginda mengingatkan kerajaan negeri agar merancang pembangunan di daerah itu secara teliti supaya pertumbuhan yang bakal dilaksanakan kelak berteraskan kepada tiga aspek penting iaitu fizikal, modal insan serta tidak mengabaikan ekosistem alam semula jadi. “Keputusan menubuhkan daerah ini adalah amat tepat dan selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memberi dan meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat. “Sukacita beta mengingatkan rakyat terutama penduduk di sini agar

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria. Berkeluasan 39,752 hektar, Kuala Nerus merupakan daerah kelapan di negeri ini dan telah diisytiharkan secara rasmi sebagai daerah baharu oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 18 September tahun lalu. Pembangunan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus yang berkonsepkan moden dan bandar hijau itu akan menempatkan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah, bangunan guna sama kerajaan negeri serta Persekutuan, pusat komersial di samping kemudahan lain.

| 19

jun 2015


Biarpun sentiasa sibuk dengan jadual latihan sebagai pemain bola sepak profesional, pemilik nama Hairuddin Omar, 36, seorang yang berfikiran jauh. Beliau kini sudah mempunyai sebuah syarikat yang bergiat aktif menghasilkan pes ikan bakar iaitu Adeq Sue Resources Sdn Bhd (Adeq Sue). Sebelum ini, beliau yang dikenali Hai-O yang merupakan anak kelahiran Setiu, telah mengusahakan Restoran Adeq Sue Ikan Bakar di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu sejak 2011 dan ramai pelanggan bertanyakan mengenai pes masakan yang disediakan di restorannya itu. Berikutan sambutan menggalakkan katanya, beliau membuat keputusan untuk mengembangkan sayap perniagaan dengan memberi tumpuan dalam pembuatan pes dan sos bagi memenuhi permintaan para pelanggan. “Setelah berfikir dan melihat permintaan daripada pelanggan, saya buat keputusan mengkomersialkannya.

tinggi untuk

“Walaupun mengambil masa hampir tiga tahun, tetapi ia menjadi kenyataan apabila hasrat untuk mempunyai kilang sendiri tercapai dengan penubuhan syarikat Adeq Sue pada 19 Mac 2014 di Permint Perdana 2, Seberang Takir, Kuala Nerus. Katanya, usaha beliau dipermudahkan melalui bantuan agensi-agensi kerajaan termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SME Corp. Malaysia (SME Corp.), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

“Biarpun bisnes makanan sangat besar dan mencabar, saya yakin dengan usaha yang gigih produk Adeq Sue mampu berkembang maju,” katanya yang telah 16 tahun bergelar pemain profesional dan kini bermain dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Setakat ini, terdapat 14 produk berjenama Adeq Sue termasuk pes ikan bakar petai (pedas), sos tiga rasa, sambal bilis, serta sambal belacan yang dijual dengan harga berpatutan,” ujarnya.

Tambah Hai-O, walaupun produknya telah menembusi pasaraya tempatan, untuk perancangan jangka panjang pihaknya akan meneroka pasaran antarabangsa untuk memasarkan produk-produk Adeq Sue.

Menurut beliau, syarikatnya juga telah dianugerahkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bulan Mac lalu.

Katanya, usaha meluaskan perniagaan itu juga adalah sebagai persiapan jika beliau mengambil keputusan berundur daripada dunia bola sepak suatu hari nanti.

20 |jun 2015


DUN Seberang Takir Bebas

suarakita

DADAH

Kawasan DUN Seberang Takir akan dijadikan sebagai projek perintis dalam menjadikan ianya kawasan DUN Bebas Dadah menjelang akhir tahun 2016. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam merialisasikan projek tersebut. “Untuk permulaan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM50,000 kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu. “Universiti Sultan Zainal Abidin pula akan membantu dalam melakukan kajian tentang unsur-unsur serta punca yang menyebabkan mereka ini terlibat dalam gejala dadah,” katanya. Beliau berkata selepas merasmikan Hari Antidadah

Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Dataran Permata, Seberang Takir. Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri, Rohayu Ahmad. Menurut Ahmad Razif, DUN Seberang Takir telah dipilih kerana ia merupakan salah satu kawasan yang tinggi kadar penyalahgunaan dadah. “Sejak dahulu lagi, Seberang Takir merupakan kawasan ‘hitam’ dalam jenayah yang melibatkan dadah,” katanya. Tambahnya, jika program yang dilaksanakan itu berjaya dilakukan di DUN Seberang Takir, ianya akan diperkembangkan di kawasan lain di seluruh Terengganu.

Samiun Salleh

PBT

KENA TEGAS

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disarankan supaya bertindak lebih tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan ditetapkan PBT termasuk mendakwa pesalah di mahkamah. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Samiun Salleh berkata, tindakan tegas itu sebagai usaha untuk mengelak daripada pesalah mengulangi kesilapan yang sama. “Apa yang kita dapat lihat skarang, pesalah ini tetap melakukan kesalahan yang sama walaupun berulang kali telah disaman. Ini kerana tiada tindakan susulan dilakukan.

Ahmad Razif ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus

“Jika tindakan diambil sehingga ke mahkamah, pesalah akan lebih takut untuk melakukan kesalahan dan lebih menghormati peraturan yang ditetapkan oleh PBT,” katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Kolokium Transformasi Integriti Penjawat Awam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus. Turut hadir, Pengarah Institut Darul Iman (Idaman), Prof. Dr. Ibrahim Mamat dan Naib Canselor UniSZA Prof. Dato’ Dr. Yahaya Ibrahim. Samiun berkata, undang-undang yang ada sekarang hanyalah sekadar memberi kompaun dianggap tidak memberi kesan lagi kepada pesalah.

Peserta Program bersama poster masing-masing mengajak orang ramai menjalani gaya hidup sihat tanpa dadah

“Tindakan lebih tegas adalah perlu supaya masyarakat lebih peka terhadapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka,” katanya.

| 21

jun 2015


Sebanyak 30 peratus rakyat Terengganu berusia 18 tahun ke atas dikenal pasti merokok, angka kedua tertinggi di Malaysia selepas Kelantan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hasil kajian itu juga membuktikan ramai di kalangan ahli masyarakat khususnya di Terengganu masih gagal mengamalkan pemakanan yang baik, tidak aktif bersukan dan tabiat merokok. “Mengikut perangkaan dianggarkan 80 peratus kes kejadian jantung koronari awal adalah berpunca daripada kombinasi pemakanan

yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal dan tabiat merokok. “Disebabkan tabiat buruk itu juga, kemasukan ke hospital disebabkan penyakit jantung dan paru-paru sentiasa meningkat setiap tahun,” katanya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong di Majlis Perasmian Penutup Persidangan Saintifik Perubatan Keluarga Malaysia Ke-18, di Hotel Primula Beach. Turut hadir Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia, Dr Norsiah Ali.

YT Sedia Bantuan

Beli Komputer Kepada Pelajar IPT Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan kira-kira RM700,000 kepada anak Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi bantuan pembelian komputer, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau berkata, bantuan yang baharu diperkenalkan itu bertujuan memudahkan proses pembelajaran pelajar Terengganu di IPT, memandangkan komputer adalah keperluan penting kepada mereka. Pelajar menunjukkan wang tunai RM500 yang diterima pada Majlis Pelancaran Bantuan Pembelian Komputer Pelajar, di Seberang Takir, Kuala Nerus

22 |jun 2015

Ahmad Razif berkata untuk permulaan, bantuan sebanyak

Beliau berkata, menerusi langkah pencegahan termasuk perubahan gaya hidup yang lebih sihat. Katanya, satu transformasi kesihatan hendaklah dilakukan termasuk menjadikan kawasan rekreasi seperti pantai dan bukit di Terengganu sebagai pusat bagi menyampaikan mesej-mesej kesihatan agar rakyat dapat mengamalkan budaya hidup lebih sihat. “Ini amat penting dalam usaha kita melahirkan individu, keluarga dan komuniti dan negeri yang sihat,” katanya.

RM500 akan diagihkan kepada 1,375 pelajar peringkat diploma yang akan memulakan pengajian sesi 2015/2016. “Pada mulanya kita berhasrat memberi bantuan dalam bentuk baucar, tetapi disebabkan beberapa aspek teknikal dan selepas perbincangan lanjut, kita memutuskan untuk beri dalam bentuk tunai yang lebih mudah. “Kita harap bantuan ini membolehkan pelajar memiliki komputer sendiri yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran mereka,” kata Ahmad Razif selepas penyampaian bantuan persediaan YT peringkat matrikulasi dan diploma serta Pelancaran Bantuan Pembelian Komputer Pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir. Hadir sama, Pengarah YT, Mohamad Sulong. Ahmad Razif berkata bantuan pembelian komputer itu akan diperluaskan kepada penuntut peringkat ijazah tahun depan.


suarakita

Setia Berbakti

Bersama Empat Peneraju

Menjadi antara isteri wakil rakyat ‘paling lama’ menyebabkan isteri ADUN Permaisuri, Dato’ Mohd Jidin Shafee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri itu, sentiasa menjadi rujukan dan tempat berkongsi cerita di kalangan isteri wakil rakyat yang lain. To’ Puan Zaimah Ab Aziz terlibat dalam arena politik secara tidak langsung sejak 1995, apabila suami beliau dipilih majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-9, sekali gus mengubah rutin harian wanita yang lahir tanggal 21 Julai 1959 itu untuk memikul tugas lebih mencabar selain peranan sedia ada sebagai isteri, ibu dan juga pegawai kerajaan sejak 28 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu juga, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) sejak empat tahun lalu, sudah bergiat cergas dengan persatuan berkenaan melibatkan empat peneraju (isteri Menteri Besar) sehingga kini. Atas faktor itu juga, ibu kepada lima cahaya mata lelaki, Mohd Jamel Aziz, 31, (pegawai tadbir negeri); Ahmad Faris Hafizuddin, 26 (jurutera syarikat swasta); Muhammad Hazim Azri, 23 (penuntut Universiti Putra Malaysia); Ahmad Yusri Hilmi, 17 dan Muhammad Izzat Husaini, 14, masing-masing pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman) terus diberi kepercayaan menjadi ‘orang penting’ dalam persatuan, selain turut dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Setiu bermula 1998 sehingga kini. Wanita yang memiliki Bacelor Sains Pembangunan Manusia, UPM, kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meluangkan masa hanya pada cuti hujung minggu untuk menemani suami tercinta turun padang bertemu mata dengan penduduk di sekitar Permaisuri. “Memegang status sebagai isteri wakil rakyat bukan tiket untuk saya bersenang-lenang dan banyak menghabiskan masa bersama suami terutama menghadiri majlis rasmi sehingga mengabaikan tugas di pejabat. “Sejak dahulu lagi, saya akan menyusun jadual tugasan sebaik mungkin dan hanya akan meluangkan masa mengikut suami di majlis yang sangat penting dan perlu sahaja. Jika perlu mengambil cuti dan pelepasan saya akan memohon lebih awal, sementara kerja hakiki di pejabat akan diselesaikan terlebih dahulu. “Alhamdulillah majikan dan kakitangan di jabatan amat memahami dan menyokong setiap tugasan saya selama ini,” kata wanita yang berasal dari Jalan Petani, Kuala Terengganu ini lagi. Bukti komitmen beliau terhadap tugasan di pejabat, membolehkan beliau yang memulakan perkhidmatan di YPKT sebagai Penolong Pengarah (pentadbiran dan kewangan) pada 19 Julai 1995, menerima pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri pada 2013 dan tiga kali di peringkat jabatan selain juga dua kali mendapat pengiktirafan yang sama ketika berkhidmat sebagai pegawai tadbir di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (1987-1995).

| 23

jun 2015


LPT3

Diteruskan Ke Kelantan

SERAP GST DALAM CAJ

PBT

Selepas Johor, Terengganu muncul negeri kedua yang menyerap cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam setiap caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu kenyataan mengumumkan, pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco setelah mendapat maklum balas daripada setiap PBT. Menurut beliau, dalam mesyuarat itu, kesemua tujuh PBT di negeri ini bersetuju untuk menyerap jumlah GST yang dikenakan dalam perkhidmatan mereka. “Jumlah GST yang akan diserap pada tahun ini secara keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM1.6 juta,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, penyerapan itu melibatkan sembilan komponen utama GST iaitu sewa bangunan, sewa pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewa kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan; sewaan kenderaan, mesin dan jentera serta jualan borang, pelan dan dokumen. “Ini merupakan komponen-komponen utama sahaja dan komponen kecil yang lain pula terpulang kepada setiap PBT untuk membuat serapan bergantung kepada jumlah kemudahan yang ditawarkan. “Sebagai contoh, bagi Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), sebanyak 16 item yang dikenakan GST akan diserap oleh PBT terbabit termasuklah jualan tiket dan barangan di Taman Rekreasi dan Zoo Mini Kemaman dan sebagainya,” jelasnya.

24 |jun 2015

Ir Rosli ketika menjawab soalan (BN- Kuala Besut) pada Persidangan Dun Ke-13

Sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu, Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengkaji dan meneliti projek pembinaan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang menghubungkan Gemuruh, Terengganu ke Tumpat, Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, sememangnya kerajaan mempunyai perancangan untuk meneruskan lebuh raya itu dari Terengganu ke negeri jiran, Kelantan. Beliau memberitahu, namun perkembangan selanjutnya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan perkara itu pernah berbangkit dalam mesyuarat yang disertai pihakpihak terlibat pada Mac lalu yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Jelasnya, kajian itu turut merangkumi beberapa kriteria termasuk usaha pengurangan

kos paling minimum serta mengelak berlaku pembaziran daripada pengambilan tanah milik kerajaan di sepanjang jajaran LPT3 itu nanti. “Ia juga mengambil kira dari segi impak sosial kepada masyarakat sekitar, kesan ekonomi dan pembangunan kawasan terlibat,” katanya. Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman (BN-Kuala Besut) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13. Menurut Rosli, kerajaan juga merancang menaik taraf jalanjalan persekutuan khususnya jalan pantai menghubungkan Besut, Kuala Terengganu hingga ke Kemaman yang dijangka dilaksanakan dari 2016 hingga 2020.


suarakita Reka bentuk Masjid Makmur Losong Dato’ Amar yang dihiasi seni ukir glassfibre rainforced concrete putih pasti membuatkan jemaah yang bertandang ke masjid itu terpegun. Pengerusi Masjid Makmur Losong Dato’ Amar, Jaafar Omar berkata mula dibina pada 22 Julai 1995 dan siap dua tahun kemudiannya. “Ia mempunyai menara setinggi lima tingkat dan dilengkapi dua kubah berwarna keemasaan melambangkan keagungan Islam. “Tapak masjid seluas kira-kira 1 hektar itu milik seorang penduduk Allahyarham Wan Hitam Wan Long dan telah diwakaf untuk membina masjid yang mampu memuatkan 700 jemaah,” katanya. Menurutnya, apa yang menarik, bangunan berhampiran milik masjid berhawa dingin itu menyediakan kemudahan Pusat Komputer Bestari.com bagi membolehkan penduduk setempat mengakseskan pelbagai maklumat dan menggunakan komputer secara percuma. “Mempunyai enam unit rumah berkembar yang disewakan dan seunit kediaman dikhaskan untuk imam. Hasil kutipan sewa dimasukkan ke dalam tabung masjid,” katanya.

| 25

jun 2015


Suasana meriah dan penuh warna-warni melatari Taman Awam Batu Burok dengan ribuan pengunjung bersesaksesak untuk menyaksikan Pertandingan Kenderaan Berhias 2015 yang cukup menarik. Program sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diserikan dengan keberangkatan baginda dan Sultanah Nur Zahirah untuk bersama rakyat di samping menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd. Zubir Embong; barisan Exco kerajaan negeri, para pembesar serta kenamaan negeri yang lain.

26 |jun 2015


suarakita

Kenderaan dan beca berhias itu memulakan perarakan di Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin kemudian menuju ke Jalan Persinggahan dan berakhir di Taman Awam Batu Burok bagi membolehkan orang ramai melihat secara dekat sepanjang laluan kira-kira lima kilometer itu. Dalam pertandingan bertemakan ‘17 Tahun Pemerintahan-Dirgahayu Tuanku’ itu, Pejabat Daerah Kemaman (PDK) muncul sebagai johan selepas mengetepikan tujuh daerah lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Kenderaan itu dipilih berikutan keunikannya yang menampilkan konsep industri berat berasaskan minyak dan gas yang cukup sinonim dengan daerah itu di samping mengekalkan budaya

setempat dan alam semula jadi yang menarik.

mengetengahkan visi Kemaman Idaman,” ujarnya kepada pemberita.

Pejabat Daerah Dungun yang menampilkan imej Istana Maziah dan Syarqiyyah di tempat kedua dengan hadiah RM15,000, diikuti Pejabat Daerah Setiu di tempat ketiga (RM10,000) manakala Pejabat Daerah Besut dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu masing-masing di kedudukan keempat serta kelima dan membawa pulang RM5,000.

Menurut Mohd. Zulkifli, kenderaan berhias yang kosnya mencecah kirakira RM40,000 itu akan dibawa berarak mengelilingi bandar Cukai untuk tontonan masyarakat setempat pula.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mohd. Zulkifli Abu Bakar berkata, penat lelah menyiapkan kenderaan berhias selama seminggu berbaloi apabila berjaya menarik perhatian para hakim. “Cetusan idea diperoleh daripada semua pihak di jabatan merangkumi bahagian reka bentuk, landskap serta elektrik. Akhirnya kami sepakat untuk menghasilkan kenderaan yang

Sementara itu bagi kategori beca berhias, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menggabungkan elemen seni warisan dan moden, muncul sebagai johan dengan menerima hadiah wang tunai RM3,000. Tempat kedua dimenangi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) manakala Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) (ketiga), Percetakan Yayasan Islam Terengganu (keempat) dan Felda Wilayah Terengganu (kelima).

| 27

jun 2015


Dengan namanya yang unik, mungkin ada yang beranggapan kampung tersebut mempunyai ramai gadis. Namun begitu, Kampung Awek yang terletak di daerah Besut bukanlah diberi namanya disebabkan oleh ramai jelitawan tinggal di kampung itu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Awek, Rahim Harun berkata ramai yang berpendapat sedemikian, namun ternyata ianya adalah meleset. “Walaupun perkataan ‘awek’ itu mempunyai kaitan dengan perempuan, namun nama kampung ini adalah bersempena bunyi kerbau menguak. “Disebabkan kampung ini dikelilingi oleh sawah, jadi tidak hairanlah banyak kerbau yang berkubang sambil menguak. Bunyi itulah punca nama kampung ini diberi nama Kampung Awek,” katanya. Kampung itu juga dahulunya terkenal dengan pelbagai aktiviti tradisional, namun kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah. “Contohnya Silat Labi yang terkenal di sekitar kampung ini pada suatu ketika dahulu, namun kini masyarakat setempat rata-rata tidak mengenalinya seni itu tidak diwarisi oleh generasi hari ini,” katanya. Walaupun sesetengahnya kini hanya tinggal sejarah, masih ada aktiviti tradisional dijalankan di Kampung Awek seperti gasing dan wau bagi memberi pendedahan terutamanya kepada generasi belia.

28 |jun 2015


Terengganu Bakal Miliki

suarakita

UTC

Terengganu bakal mempunyai sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) dalam masa terdekat, yang dijangka akan memberi lebih banyak manfaat dan kemudahan kepada rakyat negeri ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pusat berkenaan dijangka akan mula dibina secepat mungkin pihaknya kini sedang dalam proses tinjauan tapak sesuai. “Selepas lawatan ke tapaktapak yang disenaraikan, kita akan lihat mana yang sesuai sebelum membuat keputusan dan ketengahkan perkara ini kepada kerajaan pusat. “Antara tapak yang dilihat berpotensi ialah di Plaza Paya Bunga dan satu lagi di kawasan Kuala Nerus. Kebiasaannya, tapak yang dipilih mestilah bangunan sedia ada, kos yang murah, mudah untuk orang ramai hendak pergi, tempat yang strategik, ada

pengangkutan, kemudahan parkir dan seumpamanya,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian 1Malaysia Entrepreneur (1MET) Terengganu di Menara PMINT. Jelasnya, peruntukan untuk pembinaan UTC itu sudah ada dan pihaknya akan melaksanakannya secepat mungkin, namun perlu membuat perbincangan lebih lanjut dengan kerajaan negeri berkenaan perkara itu. “Kos untuk pelaksanaan UTC ini kebiasaannya sekitar RM25 juta ke RM50 juta, tapi di sini (Terengganu) kita tak tahu lagi. Kita kena panggil penilai dan apabila kerajaan negeri sudah bersetuju, kita akan pilih kontraktor dan sebagainya, kemudian barulah boleh mulakan pembinaannya,” katanya.

TATiUC

Sasar Kemasukan 1,000 Pelajar Terengganu Advanced Technical Institute University College (TATiUC) mensasarkan pertambahan kira-kira 1,000 pelajar baru bagi sesi pengajian yang bermula Oktober ini. Kemasukan itu menjadikan keseluruhan bilangan pelajar diploma dan ijazah di TATiUC dalam pelbagai bidang hampir 3,000 orang. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata berdasarkan rekod, TATiUC mencatatkan peningkatan jumlah pelajar antara 15 hingga 20 peratus pada setiap tahun. “Graduan TATiUC mempunyai peluang yang baik untuk mendapat pekerjaan di pelbagai sektor dan syarikat ternama sebaik tamat pengajian,” katanya selepas majlis menandatangani tiga memorendum persefahaman (MoU) bersama tiga syarikat terkemuka dalam negara iaitu Dream Technology System Sdn.Bhd, Kolej Universiti Lincoln dan SIRIM Berhad. Majlis MoU tersebut ditandatangani Rektor TATiUC, Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang mewakili TATiUC bersama wakil syarikat masing-masing. Kolej Universiti Lincoln diwakili Pro Canselornya, Dato’ Dr. Bibi Florina Abdullah, SIRIM diwakili oleh Presidennya, Dato’ Zainal Abidin Mohd manakala Dream Technology System diwakili Pengurus Kanan Automotif, Muhammad Zamri Abu Seman.

| 29

jun 2015


194 Terima

Rumah Baharu

“Rumah ini mula dibina pada tahun 2009 dengan melibatkan kos RM38 juta. “Jumlah keseluruhan rumah yang dibina di sini adalah sebanyak 466 buah dan kita telah pun berjaya menyerahkan kunci kepada pemilik untuk kumpulan pertama serta kedua,” katanya. Beliau berkata di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Kumpulan Kedua RMM Gong Chengal. Turut hadir Pegawai Daerah Kemaman, Dato’ Mohd Rozali Saleh. Rosli berkata, pihaknya akan menyegerakan penyerahan rumah itu sebaik sahaja ianya siap dibaiki kelak.

Ir. Rosli Othman bersama penerima kunci RMM Gong Chengal, Kemasik

Berita gembira buat 194 penduduk apabila penantian memiliki rumah sendiri yang lebih selesa menjadi kenyataan selepas menerima kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Gong Chengal, Kemasik. Mereka adalah penerima kumpulan kedua, selepas 45 penerima

mendapat kunci rumah di RMM berkenaan pada April tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman, berkata selepas melakukan penyerahan kunci bagi kumpulan kedua itu, masih terdapat kira-kira 200 unit rumah yang tidak diserahkan kepada pemohon.

“Saya difahamkan sebahagian dari rumah ini telahpun dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka telah melakukan kecurian seperti wayar elektrik serta memecahkan tingkap rumah tersebut. Jadi kita perlu melakukan baik pulih dahulu sebelum menyerahkan kepada kumpulan penerima seterusnya nanti,” katanya.

Teraju Salur RM62 Juta Bantu Usahawan Terengganu

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) menyalurkan pengagihan Dana Mudahcara sebanyak RM62.3 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera di Terengganu bagi membantu syarikat bumiputera yang berpotensi di negeri ini.

Pengarah Kanannya, Norizan Sharif berkata, sehingga kini melalui dana yang disalurkan itu, sebanyak 22 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM494.8 juta. “Projek-projek berkenaan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Terengganu sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 3,594 orang,” ujarnya.

30 |jun 2015

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Garis Mula Insken500: Prapelancaran Latihan dan Bimbingan Insentif Perniagaan di Wisma Darul Iman yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi, Roslee Daud. Menurut beliau, Teraju sudah meluluskan Dana Mudahcara sebanyak RM167.4 juta kepada 48 projek bagi koridor pantai timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan) dimana dengan jumlah tersebut (RM62.3 juta) Terengganu adalah negeri tertinggi mengatasi Pahang dan Kelantan.


suarakita

Hospital Ekuin Pertama Pantai Timur

Kerajaan negeri berjaya merialisasikan hasrat pemilik-pemilik kuda di sekitar Pantai Timur apabila Hospital Ekuin pertama di wujudkan di Terengganu International Equestrian Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

“Hospital Ekuin ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih bagi memberi keselesaan kepada kuda,” katanya selepas merasmikan hospital itu.

“Fasiliti yang canggih ini akan menarik pemilik-pemilik kuda untuk menghantar kuda mereka bagi mendapatkan rawatan di sini,” katanya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata hospital tersebut adalah hasil kerjasama dari beberapa pihak.

Turut hadir Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Hospital Ekuin itu beroperasi setiap Rabu dan Khamis manakala jika terdapat pertandingan, ianya akan dibuka sepanjang hari.

“Kita mendapat kerjasama dari Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Selangor Turf Club (STC), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu.

Tambah Ahmad Razif, dengan kemudahan yang disediakan, secara tidak langsung sukan berkuda di negeri ini akan berkembang sekaligus dapat merancakkan pelancongan.

2,000 GURU MOHON MASUK BERKHIDMAT DI TERENGGANU

Hampir 2,000 guru dari luar negeri ini memohon untuk berkhidmat di sekolah menengah dan rendah di seluruh Terengganu tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, seramai 1,099 guru dari luar Terengganu mohon ditempatkan di sekolah menengah manakala 878 lagi di sekolah rendah.

“Saya harap guru yang memohon masuk ke Terengganu faham situasi keperluan sebenar iaitu mengutamakan guru opsyen Bahasa Inggeris. “Proses keluar dan masuk guru ke sesebuah negeri adalah perkara biasa sepanjang tahun,” katanya.

guru dari Terengganu ditukarkan ke negeri lain.

memohon

“Seramai 148 guru dari sekolah menengah memohon keluar dari Terengganu manakala 124 lagi dari sekolah rendah,” katanya. Tambahnya, bermula tahun ini, proses pergerakan keluar dan masuk guru diberi hak kepada pegawai pendidikan daerah (PPD). “Kementerian Pelajaran telah perkenalkan sistem traffic light dengan memberi kuasa kepada PPD untuk menentukan pergerakan masuk dan keluar guru bermula tahun ini,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Shafruddin berkata, terdapat juga seramai 447

| 31

jun 2015


Pertandingan Motorcross di Kuala Ping

SuaraKita Vol.9  

Majalah SuaraKita dengan slogan Cara Lama Dimensi Baru adalah terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu ringkasnya UKOM iaitu agensi di baw...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you