Page 1

PERCUMA

KELUARAN 3 | Disember 2014

Madu

Pasir Gajah Tembusi Pasaran Singapura MS 20

Chicken Cottage Sasar 240 Cawagan Baharu MS 21

FOSIL DINOSAUR

Tarik Pemain Industri Terokai Terengganu MS 10 & 11

Di Tasik Kenyir MS 26 & 27


PRESTASI

Kewangan

Terengganu Lebih Baik - Audit Prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding pada 2012, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3. Laporan itu menyebut hasil pengauditan mendapati penyata kedudukan kewangan berakhir 31 Disember 2013 mencatat baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM759.96 juta, peningkatan ketara sejumlah RM380.66 juta (100.4 peratus) berbanding baki RM379.30 juta pada 2012. Menurut laporan itu, Akaun Hasil Disatukan menunjukkan kerajaan negeri mencatat lebihan yang tinggi iaitu sejumlah RM401.57 juta berbanding RM293.42 juta pada 2012. “Lebihan ini menjadikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan telah meningkat kepada RM461.50 juta berbanding RM59.93 juta pada tahun 2012,” kata laporan itu. Dalam perkembangan sama, baki Pinjaman Boleh Dituntut menurun RM27.34 juta atau 7.6 peratus dan prestasi pembayaran balik hutang Awam pada 2013 adalah baik kerana jumlah Hutang Awam menurun RM33.51 juta manakala baki tunggakan bayaran balik Hutang Awam turut menunjukkan penurunan sebanyak RM14.49 juta. Sementara itu, laporan berkenaan menjelaskan bahawa Jabatan Audit Negara mendapati rancangan pembangunan kerajaan negeri menerusi pencapaian perbelanjaan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada 2013 adalah sederhana baik dengan RM945.62 juta atau 76.3 peratus daripada RM1.24 bilion peruntukan diluluskan. Ia meliputi 747 projek atau 77.9 peratus daripada 959 projek yang dirancang berjaya disiapkan, 177 projek dalam pelaksanaan dan baki 35 projek belum dimulakan. Laporan Audit Negara 2013 juga mendapati prestasi pencapaian pengurusan kewangan di 16 jabatan dan agensi di Terengganu bagi tahun lepas adalah baik.

2 |disember 2014

Ahmad Razif dan Shahrizat bermesra dengan peserta selepas melancarkan Skuad An-Nur dan Juwita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan negeri, Gong Badak.

Terengganu

Perintis Pasarnita

Terengganu muncul negeri perintis mewujudkan tapak jualan kekal Pasarnita khusus kepada usahawan wanita yang berkecimpung dalam perniagaan untuk menjana ekonomi masing-masing. Inisiatif yang disarankan oleh Pejabat Penasihat Pembangunan dan Ikhtisas Wanita Pejabat Perdana Menteri itu sebagai langkah membela nasib golongan hawa di seluruh negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, lokasi yang bersesuaian akan dikenalpasti kelak bagi membolehkan tapak jualan kekal Pasarnita itu beroperasi tidak lama lagi di negeri ini. “Sebagai kerajaan yang peka dan mengutamakan kebajikan serta keperluan rakyat, sudah tentu kita akan terus membantu memberi sokongan kepada golongan sasar ini termasuk mewujudkan pasarnita.

“Kita akan melihat di mana tempat yang paling strategik untuk merealisasikan hasrat ini. Malah kerajaan negeri akan menawarkan sewa yang paling minimum kepada usahawan

yang terlibat dan sekiranya mereka daripada kategori kurang berkemampuan kita mungkin akan berikan tapak secara percuma,” katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Skuad An-Nur dan Juwita peringkat negeri Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus. Turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil merangkap Amirah Skuad An-Nur Kebangsaan. Sementara itu, Shahrizat berkata kewujudan Pasarnita itu secara tidak langsung dapat memperkasa usahawan di Terengganu terutama wanita di negeri ini yang sinonim dengan perniagaan. “Justeru, saya berharap kerajaan negeri lain turut tampil mengikut jejak langkah Terengganu dalam hal ini bagi memberi peluang dan kemudahan kepada usahawan wanita untuk memasarkan produk mereka,” katanya.


suarakita

TINTS Cipta Rekod Baharu Negara Pameran Perkayuan Antarabangsa Terengganu (TINTS) 2014 mencipta rekod baharu apabila diiktiraf Buku Rekod Malaysia sebagai karnival jualan gaharu terbesar di Malaysia. Pameran empat hari itu dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan sokongan Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menandatangani replika sijil Buku Rekod Malaysia itu yang disaksikan wakilnya, Helilia Juana Hashim, di Majlis Penutup TINTS 2014 di Pusat Dagangan Terengganu. Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dato’ Noriah Kasnon. Sementara itu, Noriah berkata TINTS berjaya menghimpunkan 50 syarikat di sektor perkayuan dan 16 syarikat

Ahmad Razif ketika merasmikan Pameran Perkayuan Antarabangsa Terengganu (TINTS) 2014 di TTC.

penjual gaharu dari dalam dan luar negara termasuk dari Sri Lanka dan Thailand pada pameran kali ini.

The Pegasus Country Club Hab Promosi Produk Terengganu Di UK Produk keluaran usahawan tempatan memperkukuhkan kedudukannya di pasaran Eropah apabila Kompleks Sukan The Pegasus Country Club di Essex, United Kingdom bakal menjadi hab mempromosi produk Terengganu, mulai tahun depan.

Dato’ Abdullah Taib yang merupakan jutawan anak Terengganu.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia mendapat persetujuan pemilik kompleks sukan itu,

“Antara produk yang akan dipromosikan ialah batik, songket, tembaga dan produk hasil industri

“Persetujuan ini adalah sebagai titik permulaan untuk membantu lebih ramai usahawan Terengganu menembusi pasaran luar negara.

perkayuan yang berkualiti tinggi dan mempunyai keunikan tersendiri untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya. Ahmad Razif berkata, beliau mahu usahawan tempatan benar-benar bersedia kali ini kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, telah ada usahawan yang mendapat tempahan dari pasaran luar negara, namun jumlah pengeluaran produk adalah terhad dan tidak dapat menampung permintaan itu. “Contohnya, industri batik dan songket, ada usahawan yang pernah mendapat tempahan daripada Prada, tetapi kita tidak mampu bekal, kerana permintaan yang terlalu tinggi melebihi pengeluaran. “Sebab itu, kita mahu jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dapat memastikan bahawa kita benarbenar bersedia dalam pelbagai aspek sebelum karnival promosi ini dijalankan,” katanya.

Kompleks Sukan The Pegasus Country Club di Essex, United Kingdom.

|3

disember 2014


Meraikan Suara Rakyat “Mesyuarat memutuskan bekalan bahan mentah tidak lagi mengikut peraturan sebelum ini, diagihkan seminggu selepas banjir, sebaliknya akan terus disalurkan menerusi peruntukan kerajaan negeri,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Perkara itu dicapai selepas Taklimat Khas Jawatankuasa Bencana di Wisma Darul Iman yang dihadiri Menteri Besar baru-baru ini. Keputusan itu tidaklah terlalu besar untuk dijadikan tajuk berita, tetapi apabila memikirkan keperluan rakyat yang terlibat dengan banjir di pusat pemindahan, ‘prosedur biasa’ diketepikan bagi memberi keutamaan kepada rakyat yang berdepan dengan bencana. Ia merupakan satu contoh yang ringkas bagaimana pendekatan ‘Transformasi Terengganu Baharu (TTB)’ yang diperkenalkan pentadbiran Ahmad Razif perlu bergerak secara menyeluruh agar apa yang dihasratkan menepati keperluan rakyat. Agensi dan jabatan kerajaan yang menjadi ‘mata, teliga, tangan dan kaki kerajaan’ kepada rakyat perlu bergerak seiring untuk memacu perubahan. Pihak berkenaan perlu memikirkan jalan penyelesaian terbaik kepada masalah rakyat dan tidak menjadikan ‘peraturan’ dan ‘prosedur’ sebagai halangan besar untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan. Sebab itulah pendekatan ‘inklusif - suara rakyat suara keramat’ menjadi prinsip pertama dalam TTB yang perlu diambil kira samada ia perlu tindakan segera atau jangka masa panjang.

Tindakan kerajaan negeri menambah baik sistem e-aduan memberi lebih ruang kepada rakyat untuk bersuara melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) serta gambar yang lebih efisyen dan lancar. Kemudahan berkenaan memudahkan orang ramai membuat aduan yang akan dipanjangkan ke agensi atau jabatan kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut seterusnya dipantau oleh Ahmad Razif sendiri memandangkan sistem itu disambungkan terus ke Pejabat Menteri Besar. Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Mutimedia Negeri, A Latif Awang berkata, sistem e-Aduan mendapat reaksi positif dari orang ramai. Katanya, sejak dilancarkan Oktober lalu, lebih 600 pengguna sama ada melalui laman web, panggilan telefon, telefon pintar telah menghantar aduan, memberi maklum balas, cadangan, pertanyaan dan menyampaikan idea kepada kerajaan negeri. “Semua aduan itu dipanjangkan ke agensi atau jabatan kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut, selain turut di pantau pegawai berkaitan,” katanya. Kemudahan berkomunikasi yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat perlu digunakan sebaik mungkin. Sejauh mana keberkesanan perkara ini, ia terletak kepada tindakan daripada pihak berwajib dan bentuk aduan yang disampaikan. Keterbukaan yang ada pada kepimpinan kerajaan negeri tidak wajar disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana kerajaan perlu meneliti setiap aduan yang diterima samada ia bersifat segera, jangka panjang atau mempunyai kepentingan tertentu.

Pengarang

SIDANG PENGARANG PENAUNG YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

4 |disember 2014

PENGARANG Fauzi Mohd PENOLONG PENGARANG Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Syazni Zainuddin Mohammad Ishak

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris Izham Amiruddin


suarakita dari pantai dan akan mendap di kawasan-kawasan tertentu,” ujarnya. Sebagai contoh, berdasarkan data kajian, corak taburan logam plumbum bagi kawasan perairan pantai Terengganu sebelum dan selepas musim tengkujuh menunjukkan perbezaan. Semasa sebelum musim tengkujuh, kepekatan plumbum dicatatkan berjulat 38.98 hingga 83.47 miligram/ gram (mg/g) berat kering dengan purata kepekatan 54.96 hingga 9.89 mg/g berat kering. Sebut sahaja musim tengkujuh, apa yang terlintas di kepala kebanyakan kita hanyalah ‘bencana’. Musim lautan bergelora dan berbahaya, nelayan menjadi penganggur kerana tidak dapat mencari rezeki di laut dan perkembangan pelancongan pantai sedikit sebanyak terjejas. Lebih daripada itu, hujan lebat berharihari yang membawa malapetaka banjir yang lazimnya memusnahkan harta benda dan adakalanya mengorbankan nyawa. Mangsa banjir juga terpaksa meninggalkan kediaman untuk berpindah ke tempat yang selamat, lalu apa yang berlaku di rumah menjadi tanda tanya. Itulah gambaran tidak menyenangkan yang lazim kita fikirkan tentang musim tengkujuh atau musim angin monsun timur laut yang bertiup dari bulan November hingga bulan Mac. Ia terjadi apabila udara sejuk bergerak keluar dari daratan Siberia ekoran tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang sangat kuat di situ. Ledakan udara sejuk yang kuat ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, sekali gus menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak. “Kebanyakan kita memang melihatnya sebagai fenomena negatif semata-mata, sedangkan ia sebenarnya mempunyai kebaikan di sebaliknya,” kata pengarah dan penyelidik dari Institut Oseanografi dan Kajian Maritim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof.

Madya Dr. Kamaruzzaman Yunus yang dipetik dari sebuah laporan berita baru-baru ini. Beliau menyimpulkan kajian terbaru tentang musim tengkujuh yang diterajuinya. Kamaruzzaman memberitahu, kajian selama dua tahun itu mendapati, musim tengkujuh berupaya membersihkan dasar laut pesisiran pantai Terengganu, Johor dan Pahang yang menjadi kawasan kajian mereka. “Apabila berlaku pencemaran di daratan dan sungai, bahanbahan yang menyumbang kepada pencemaran itu akan dibawa ke laut dan termendap di dasarnya. Kajian kami mendapati selepas musim tengkujuh, bahan tercemar yang terenap di dasar laut pesisiran negerinegeri itu berkurangan berbanding sebelumnya,” jelasnya. Menurut beliau, bahan-bahan pencemaran yang terenap terutamanya logam-logam berat seperti zink, plumbum, kobalt dan kuprum secara umumnya berkurang lebih daripada separuh selepas musim tengkujuh. Tambahnya, semasa musim tengkujuh, bukan sahaja fizikal ombak yang bergelora, bahkan terdapat aliran kuat di bawah laut. Ini menyebabkan bahan-bahan tercemar dibawa ke kawasan-kawasan laut dalam yang lebih jauh. “Semasa musim tengkujuh enapan pasir halus di dasar yang mengandungi logam berat akan terlarut semula di dalam air laut. Kemudian ia akan tersebar ke kawasan-kawasan yang lebih jauh

Bagaimanapun, selepas berlaku musim tengkujuh, purata kepekatan plumbum menjadi berkurangan sebanyak 28.9 mg/g berat kering dan berada pada julat 24.54 hingga 48.72 mg/g berat kering. Ini menunjukkan kepekatan plumbum telah mempamerkan pengurangan kepekatan menghampiri separuh daripada sebelum musim tengkujuh. “Hal ini menjadikan lautan di pesisiran-pesisiran pantai kembali bersih, hidupan laut yang menjadi sumber makanan lebih terjamin kebersihannya dan menambah produktiviti sumber perikanan di perairan,” ujarnya. Kajian tersebut dilakukan di laut sepanjang 50 kilometer dari pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor. Kawasan kajian meliputi 30 stesen di pantai Terengganu, 36 stesen di pantai Pahang dan 40 stesen di pantai Johor. Para saintis yang terlibat mengkaji di stesen-stesen berkenaan sebanyak tiga kali sebelum musim tengkujuh dan tiga kali selepas musim tengkujuh. Seramai 10 orang saintis yang mempunyai asas dalam kimia, biologi marin dan fizik terlibat dalam kajian tersebut beberapa tahun lalu. Kajian selama dua itu dilakukan dengan usaha sama satu institusi lain iaitu Institut Oseanografi Universiti Malaysia Terengganu dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). “Setakat ini, itulah hasil yang boleh diterima pakai daripada kajian ini. Bagaimanapun, kami perlu melakukan kajian lagi untuk memperoleh lebih pengesahan,” kata Kamaruzzaman.

|5

disember 2014


Kuih Lok Lik dihasilkan daripada beras pulut yang digoreng tanpa minyak bersama sedikit garam, gula melaka, kelapa muda yang telah diparut dan sedikit air pula dimasak sehingga pekat. Bahan-bahan tersebut disatukan dalam lesung kayu yang kemudian ditumbuk sehingga lumat sebelum dibentuk bulat dan disaluti dengan lebihan beras pulut yang telah digoreng. Itulah kuih tradisional Terengganu yang suatu ketika dahulu menjadi hidangan masyarakat kampung setiap kali selepas musim menuai padi. Namun kini, ia agak sukar didapati dan mungkin generasi kini ada yang tidak tahu akan rupa Lok Lik.

6 |disember 2014


suarakita

IQT Perkenal

Program Yusof al-Qaradawi

ADUN Batu Rakit Bazlan Abd Rahman yang turut hadir di Majlis Jasa Mu Di­kenang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, bersalaman dengan peserta.

Kembali Bertaut Setelah 32 Tahun

Dua sepupu Raja Husin dan Tuan Yusof kembali berdamai.

Setelah 32 tahun tidak bertegur sapa angkara perbezaan fahaman politik, dua orang sepupu Raja Husin Raja Ismail, 52, dan Tuan Yusof Tuan Long Soh, 61, melupakan sengketa dan kembali bertaut menerusi Program Kasih Bertaut di Kampung Gong Penaga, Besut baru-baru ini. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra sambil disaksikan oleh ahli keluarga masingmasing dalam majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Antara pesara guru yang menerima anugerah Jasamu Dikenang bergambar kenangan bersama isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria (ketiga dari kiri) yang turut menerima pengiktirafan di majlis itu.

Institut Al-Quran Terengganu (IQT) bakal memperkenalkan program Yusuf al-Qaradawi, sebagai satu lagi landasan bagi melahirkan lebih ramai tokoh dan ilmuwan bidang agama dalam kalangan anak negeri, bermula tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, melalui program yang mengambil sempena nama ulama terkemuka itu, seramai 50 pelajar tingkatan empat akan menjadi kumpulan perintis pengajian yang menggabungkan bidang sains dan juga agama itu. “Program Yusuf al-Qaradawi ini gabungan antara sains dan agama. Pelajar yang terpilih

mulai tahun depan akan turut menguasai pengajian agama selain subjek-subjek sains merangkumi fizik, kimia dan biologi. “Mereka inilah akan kita hantar untuk menyambung pelajar ke Mesir dengan harapan, selepas pulang ke Malaysia nanti, mereka akan berkembang menjadi tokoh agama yang turut memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai lapangan lain,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program majlis Jasamu Dikenang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), di Hotel Primula, Kuala Terengganu.

Detik manis itu tercipta hasil kegigihan seorang bekas aktivis PAS, Raja Ayub Raja Kecil yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan kedua sepupu itu mengatur pertemuan dengan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Perbalahan tercetus daripada bapa masingmasing yang saling tidak bertegur sapa setelah mempunyai pandangan dan fahaman politik berbeza sejak tahun 1980-an lagi dan keduaduanya telah pun meninggal dunia. Bagaimanapun ‘perbezaan’ itu terus diwarisi oleh kedua anak mereka dan masing-masing tidak pernah ada ruang penyatuan sehinggalah pertemuan yang diatur oleh dengan Tengku Zaihan yang berkunjung ke rumah mereka. Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri.

|7

disember 2014


RAGBI Terengganu

Sasar Juara Kebangsaan

2017

Aida Murid Cemerlang Kebangsaan

Pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Nur Aida Zafirah Mahamad Zainudin, 12, muncul johan bagi anugerah murid cemerlang kokurikulum sekolah rendah perempuan peringkat kebangsaan 2014. Aida menerima sijil dan piala kemenangan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Dato’ Sufa’at Tumin di Hotel Permai. Anak ketiga daripada empat beradik dari Kampung Pauh itu mewakili negeri dalam sukan bola jaring sejak Tahun Empat dan terpilih mewakili negara dalam kejohanan bola jaring peringkat dunia tahun lalu. Selain itu, Aida turut terpilih mewakili Terengganu dalam hoki serta acara olahraga seperti merentas desa. “Saya aktif dan sangat meminati bidang sukan kerana mendapat sokongan tidak berbelahbahagi daripada kedua orang tua, Mahamad Zainudin Wahab dan Nik Aliza Wan Mohd Muhayiddin yang juga merupakan guru di daerah yang sama. “Walaupun demikian, saya masih mengutamakan akademik dan mensasarkan pencapaian 5A dalam UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) sebagai meneruskan kecemerlangan memperolehi 5A pada percubaan sebelum itu,” katanya. Aida ditemui sejurus menerima hadiah bersama 175 guru dan pelajar lain yang turut menerima anugerah kecemerlangan kokurikulum bagi keseluruhan 24 kategori yang dipertandingkan.

8 |disember 2014

Mahdi (tengah) melempar bola ragbi sebagai gimik Pelancaran Program Mengenalpasti Bakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Akademi Ragbi Terengganu (ART) akan menggunakan khidmat dua tenaga pengajar profesional, termasuk pemain daripada pasukan New Zealand bagi membangunkan sukan tersebut di peringkat akar umbi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Mahdi Musa berkata, jurulatih yang dipilih Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu untuk melatih pemain pelapis muda, mulai tahun depan. Katanya, bagi jurulatih tempatan pula, pihak pengurusan akademi bersetuju memilih pemain ragbi kebangsaan, Hafiz Zainal. “Buat permulaan, seramai 15 pemain berusia 13 tahun dipilih dan akan ditambah pada tahun seterusnya untuk menyertai akademi itu. “Sasaran pertama, menjuarai Kejohanan Kebangsaan Bawah 15 Peringkat Kebangsaan 2017 nanti.

mahu Ragbi tahun pada

“Pihak kami yakin dengan sasaran itu kerana skuad sedia ada, Pasukan Ragbi Terengganu berjaya memasuki peringkat akhir Kejohanan Piala Agong, baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Mengenalpasti Bakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Menurut Mohd Mahdi, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman akan dijadikan sebagai ‘Sekolah Projek’ atau lokasi latihan di samping perlu mengikuti kem, bengkel dan program tertentu berkaitan sukan itu. “Mereka yang terpilih cukup beruntung kerana turut menerima biasiswa, bantuan kelas tambahan dan bayaran asrama. “Pemilihan pelajar untuk menyerati ART akan dikenakan syarat tertentu termasuk sekurang-kurangnya memperoleh 3A dalam Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.


suarakita

NAMA Hairuddin Bin Omar ASAL Kampung Saujana, Setiu TARIKH LAHIR 29 September 1979 PENDIDIKAN Sijil Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, Seberang Takir PEKERJAAN Pemain Bola Sepak Profesional Dan Usahawan

BOLA SEPAK

2002-2008 - Berpindah ke Pahang, Juara Liga Super, Juara Piala FA

1990 Mula mewakili sekolah, daerah dan negeri sejak berusia 11 tahun (Bawah 12, Bawah 15, Bawah 16 dan 18 Tahun)

2009 Berpindah ke T-Team, Naib Juara Liga Perdana dipinjamkan ke Negeri Sembilan (Juara Piala Malaysia 2009)

PENCAPAIAN

Mewakili negeri sehingga terpilih ke Skuad Remaja Kebangsaan Bawah 19 Tahun Dan Skuad Olimpik 2000. 1999-2002 - Menyertai pasukan Terengganu sebagai pemain bola sepak profesional, Juara Piala FA, Naib Juara Piala FA, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia 2000 - Menyertai pasukan kebangsaan, Piala AFF di Bangkok 2001 - Naib Juara Sukan SEA

2010 - Menyertai Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) 2012 - Menyertai ATM (hingga sekarang) , Juara Liga Perdana, Juara Piala Sumbangsih, Naib Juara Piala Malaysia USAHAWAN 2011 Memulakan perusahaan Restoran Ikan Bakar Adeq Sue, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu

2014 - Melangkah setapak lagi membuka kilang di Sebarang Takir bagi memproses produk makanan jenama Adeq Sue seperti Sos Ikan Bakar, Sos Ikan Bakar Petai, Sos Tiga Rasa, Sambal Bilis, Sambal Belacan, Cili Giling

IDOLA HIDUP Ahli Korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

|9

disember 2014


TENGKU PUTERA TENGKU AWANG

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri

Tarik Pemain Industri Terokai Terengganu

• Menetapkan satu aras dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya saya dan semua pihak terlibat termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bergerak sederap bagi menyediakan prasarana yang mampu menarik lebih banyak pemain industri dan berdaya saing di kalangan negeri-negeri maju di Malaysia

PERSONALITI • Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berasal dari Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu dan dilahirkan tanggal 14 Jun 1959. Berkahwin dengan To’ Puan Hajah Halijah Ali, memiliki lima cahaya mata Tengku Haphiz, 31; Tengku Nur Haphizah, 29; Tengku Nur Haqimah, 27, Tengku Nur Hidayah, 23 dan Tengku Muhammad Haqimi 16 • Memiliki Diploma Pentadbiran Awam UiTM serta Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) • Bekas Pengurus Bank Bumiputera Malaysia Berhad (1984-1994) ini gemar melakukan aktiviti berbasikal dan beriadah bersama keluarga di tempat menarik di waktu senggang

PENGLIBATAN DAN PENGALAMAN POLITIK • Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri (1995-1999); ADUN Telemong (1995-2004) dan Timbalan Menteri Kewangan II (2004-2006) • Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2004-2008); Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu (2008-2013) dan ADUN Kuala Berang (2013-Sekarang) • Terbaru, beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu • Pernah menyandang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (2009 -2013); Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (2009) dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (20042008)

10 |disember 2014

• Turut menerajui UMNO Bahagian Hulu Terengganu sebagai Ketua UMNO Bahagian (1995-Oktober 2013) dan pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu (1993-1995)

• Terengganu memiliki 29 kawasan industri bermula dari Selatan hingga ke Utara negeri yang dibangunkan sejak sekian lama, malah sudah melalui beberapa fasa pembangunan yang ketara sehingga kini merangkumi industri perkayuan, industri berat, industri petroleum dan gas, industri ringan, industri bercampur dan sebagainya

SASARAN KATALIS UTAMA - 29 KAWASAN INDUSTRI • Sektor perindustrian dan perdagangan negeri menjadi keutamaan dan katalis utama kepada kemajuan sesebuah negara dan negeri. Saya melihat pada masa kini, kepesatan pembangunan selepas era 90-an apabila pelbagai kerja-kerja membangunkan infrastruktur serta inisiatif kerajaan negeri serta Pusat mendekatkan Terengganu dengan pasaran dunia luar yang lebih global

• Bagi menuju negara berpendapatan tinggi dan Negeri Maju 2020, kita perlu bersedia untuk bersaing di pasaran yang lebih kompetitif . Sasaran selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kita sudah bersedia untuk memasuki fasa dua bagi menarik pemain-pemain industri dan juga pedagang supaya melihat Terengganu dalam konteks yang menyeluruh serta berdaya saing

• Membuka kawasan industri yang berdaya saing di kawasan perindustrian baru pada 2014 dengan menumpukan kawasan perindustrian Lembah Perasing, Kemaman, Lot Q (Kerteh) dan Taman Industri Antarabangsa Terengganu (TIIP) • Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di tiga kawasan perindustrian utama seperti di Gong Badak dan Chendering (Kuala Terengganu), Teluk Kalong, Bukit Labuhan (Kemaman) dan Mak Lagam (kawasan Ketengah) • Menyediakan pakej insentif yang lebih kompetitif kepada sektor pembangunan mesra alam dan industri tambah nilai yang tinggi dengan mensasarkan sekurangkurangnya empat syarikat melabur dalam industri taman solar di Sungai Bari, CJ Arkema (syarikat usaha sama antara CJ CheilJedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis), perusahaan silika dan taman solar (tambahan)


suarakita

TEROKAI PELUANG • Kebanyakan tanah bermula daripada kawasan perindutrian Lembah Perasing (Jabor, Kemaman) sehingga Gong Medang (Besut) hampir keseluruhan sudah dimajukan. Oleh yang demikian kawasankawasan yang masih tinggal dan strategik bersaiz lebih kecil terutamanya di luar bandar seperti di Penarik dan Sungai Bari (Setiu) serta kawasan Batu Rakit dan Ketengah • Apabila menyebut mengenai peluang dan juga daya saing, ini bermakna kita mesti menyediakan keperluan yang lengkap supaya industri boleh berkembang serta pelabur berminat dan tertarik untuk memajukan perusahaan mereka. Jadi hasrat kerajaan kita supaya dengan tumbuh pelaburan baru akan mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu • Banyak kawasan industri yang bergerak maju seperti Kerteh dan Teluk Kalong, bagaimanapun sesetengah kawasan tidak seimbang dan bergerak perlahan yang akan menjadi teras dan tanggungjawab utama saya bagi menyusun balik kawasan industri untuk memastikan keseimbangan pembangunan • Kerajaan negeri turut mensasarkan akan berlaku peningkatan ketara dan wujud daya saing apabila siap sepenuhnya akses utama , Lebuh Raya Pantai Timur Fasa II dan disokong dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa seperti lapangan terbang dan pengangkutan awam lain • Sebagai pemimpin setempat, kemajuan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu antara mercu tanda baharu pelancongan negeri apabila siapnya projek Kenyir Island Hoping, turut merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur di kawasan yang masih kekal terpelihara hutan simpan, flora dan fauna

OPTIMIS DAN REALISTIK • Prinsip saya adalah untuk memberikan sumbangan yang terbaik selagi terdaya dan ada pihak yang mempercayai keupayaan saya untuk menghasilkan projek yang membawa kebaikan berganda kepada rakyat dan generasi akan datang • Di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, saya dan barisan Exco yang lain pastinya akan bergerak seiring bagi mencapai matlamat yang

mengutamakan keperluan rakyat berdasarkan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) • Pada masa yang sama, sebagai ADUN Kuala Berang, saya mahu menjadikan DUN itu muncul ‘Bandar Bawah Tasik’ yang selamat, menarik dan bersih. Saya juga berhasrat membuka minda penduduk supaya bertanggungjawab mengekalkan kebersihan serta keselamatan supaya kawasan itu lebih menarik dan maju sekaligus melestarikan sungai dan warisan sejarah bagi memacu sektor pelancongan

| 11

disember 2014


Rumah Anak Raja Jambi Unsur tradisi binaan Jambi membuatkan rumah yang terletak di Kampung Laut, Pasir Gajah, Air Putih menjadi satu peninggalan sejarah yang sangat berharga di Kemaman. Menurut catatan sejarah, Rumah Jambi yang mula dibina pada 1933 oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar bersama pengikutnya mengambil masa hampir empat tahun untuk siap sepenuhnya. Engku Mahmud merupakan anak raja Jambi di Sumatera yang melarikan diri ke Tanah Melayu ketika diserang tentera Belanda dalam Perang Dunia Pertama meletus pada 1914. Dengan saiznya yang besar, rumah berusia 77 tahun itu dibina menggunakan alang dan kasau yang besar untuk menampung saiz rumah tersebut sekaligus memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengangkatnya ke atas semasa pembinaannya. Atap asal rumah pula ialah atap genting yang diimport dari Malibar, India melalui Singapura dan dibawa ke Pasir Gajah menerusi Kuala Kemaman dengan menggunakan tongkang, yang mana proses membawa atap itu dikatakan mengambil masa selama dua tahun.

12 |disember 2014


suarakita

Rumah Teres PPRT Percuma Untuk 320 Keluarga Miskin Kerajaan negeri akan membina 320 rumah teres Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara percuma kepada 10 keluarga miskin di setiap 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), mulai tahun depan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia sebahagian usaha kerajaan negeri bagi memastikan rakyat miskin di Terengganu dapat memiliki rumah sendiri walaupun tidak mempunyai tanah.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Rumah Mampu Milik (RMM) Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu.

“Sekarang, masih ada kira-kira 2,000 RMM yang siap dibina di lapan lokasi seluruh negeri tetapi belum diagihkan kepada rakyat.

Sebanyak 172 penerima fasa pertama menerima kunci rumah berkenaan yang bernilai RM68,000 setiap unit.

“Kita akan selesaikan agihan semua rumah tahun ini dan saya sudah arahkan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu menyemak semula senarai pemohon yang layak tetapi belum mendapat rumah untuk diberi pertimbangan,” katanya.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan membina 10,000 lagi rumah mampu milik pada tahun depan selepas semua kerja pengagihan RMM sedia ada diselesaikan akhir tahun ini.

“Saya sudah meminta wakil rakyat mengenal pasti kawasan sesuai, tiga atau empat hektar untuk dijadikan kawasan penempatan khas golongan ini dengan bajet sebanyak RM40,000 bagi seunit rumah. “Kita akan bina rumah PPRT menggunakan konsep baharu iaitu rumah teres lebih selesa dan lengkap dengan infrastruktur asas termasuk taman permainan dan surau. Untuk permulaan, 10 keluarga yang benarbenar layak akan memilikinya,” katanya.

Ahmad Razif (tengah) merasmikan Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Rumah Mampu Milik di Kampung Batu Hampar.

Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian penerima kunci rumah dan surat tawaran.

| 13

disember 2014


Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri memperuntukkan sehingga hampir RM60 juta bagi tujuan pembiayaan kepada seramai 902 usahawan pelbagai bidang di negeri ini sepanjang tahun ini. Pengarahnya, Abdullah Muhammad memberitahu, bagi pembiayaan perniagaan, pinjaman dihadkan sehingga RM500,000 manakala bagi kontraktor pula sebanyak RM1 juta.

RM60 Juta Biaya 902 Usahawan Terengganu

“Jumlah RM500,000 itu untuk syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.) sahaja. Kalau perseorangan, kita boleh bagi sehingga RM250,0000 sahaja. “Kalau dia (usahawan) nak lebih, maka perlu menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. untuk dipertimbangkan sehingga RM500,000 (pembiayaan). “Untuk kontraktor yang diperuntukkan sehingga RM1 juta itu pula, mereka mestilah mendapat tender atau sebut harga atas dia sendiri dan kerja tidak boleh diserahkan kepada pihak lain,” katanya. Dalam pada itu, Abdullah berkata, pihaknya berpuas hati dari segi pembayaran balik pinjaman oleh usahawan yang dibiayai oleh Mara.

Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas dan pemuliharaan dasar laut Pulau Bidong, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Gambar hiasan.

“Terengganu merupakan antara negeri yang pencapaiannya sentiasa berada di tangga ketiga terbaik di

seluruh negara baik dari segi pinjaman perniagaan atau kutipan sewaan,” ujar beliau.

bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pulau itu sebagai Pulau Warisan Negeri, katanya.

karang dan hidupan di pulau itu musnah,” katanya.

Beliau berkata, projek itu akan bermula awal tahun depan menerusi kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi.

“Sebelum ini Coral Malaysia telah menyempurnakan projek perintis dengan menubuhkan sebuah Galeri Dasar Laut di pulau berkenaan dan kerajaan negeri akan terus kembangkan dengan mempelbagaikan lagi khazanah yang ada di dasar laut tersebut.

Langkah memulihara Pulau Bidong, yang terkenal dengan peninggalan sejarah pelarian Vietnam itu

“Kerja-kerja pembaikan ini akan dilakukan dengan teliti bagi mengelak sebarang ekosistem seperti batu

14 |disember 2014

Mohd Jidin berkata, satu kawasan helipad di pulau berkenaan akan diwujudkan bagi memudahkan kedatangan pelancong melalui jalan udara terutamanya pada musim tengkujuh. “Di pulau itu terdapat sebuah pusat penyelidikan bidang sains marin milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT). “Jika musim tengkujuh, laluan laut sukar untuk dilalui, jadi dengan adanya jalan udara, para penyelidik boleh menggunakan alternatif ini,” katanya.


suarakita

‘1 TERENGGANU CONTACT CENTRE’

Peserta BOTR 2014 bergambar kenangan sebelum memulakan perjalan ke Tasik Kenyir.

BOAT ON THE ROAD Jadi Program Antarabangsa

Mulai tahun depan Kerajaan Terengganu akan menaik taraf program ‘Boat On The Road’ (BOTR) ke peringkat antarabangsa dengan melibatkan peserta dari dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, ia berikutan sambutan pada program tahun ketiga yang diadakan itu mendapat sambutan baik daripada peserta. “Awal-awal program BOTR dulu ia hanya disertai peserta dalam negeri sahaja, tetapi sekarang ia mampu menarik peserta dari luar negara seperti Kumpulan Dream Chaser Explorer dari England yang menyertai kategori casting. “Program kali ini turut menampilkan wira Everest negara 2004 Muhammad Muqharabbin Mokhtarruddin yang menyertai dalam kategori boat house, selain peserta daripada agensi kerajaan Terengganu, Jabatan Bomba, Pejabat Setiausaha Kerajaan dan bahagian Pelancongan dan Tourism Malaysia,” katanya.

Mohd Jidin berkata, kerajaan negeri akan menambah baik program itu pada tahun hadapan kerana ia juga mampu memperkenalkan Terengganu ke peringkat antarabangsa. Katanya tujuan program itu diadakan antara lain selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi yang mampu menjana ekonomi. “Ia juga bagi memperkenalkan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu sebagai destinasi memancing terbaik di rantau ini dan sebagai destinasi percutian ekopelancongan terkenal,” katanya. Mohd Jidin berkata program yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 itu, menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat melalui sukan rekreasi memancing bersama rakan dan keluarga. Pada program tiga hari dua malam itu seramai 180 peserta melibatkan 50 pacuan empat roda yang bermula dari Tol Gombak mengambil bahagian untuk merebut hadiah keseluruhan RM73,800.

A Latiff.

Kerajaan Terengganu akan melaksanakan projek pembangunan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian kerajaan kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A. Latiff Awang berkata, bagi memantapkan lagi sistem penyampaian, kerajaan negeri akan membina ‘1 Terengganu Contact Centre’ sebagai pusat pangkalan data setempat. “Pusat ini akan dibina secepat mungkin dan dijangka beroperasi awal tahun depan secara 24 jam setiap hari dan melalui pusat ini rakyat boleh mengemukakan cadangan serta membuat aduan melalui aplikasi telefon, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS). “Kerajaan bercadang melantik 50 kakitangan untuk melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya pada Majlis Mesra Media di Hotel Permai. A. Latiff berkata kerajaan negeri juga akan membangunkan sebuah sistem yang dinamakan Sistem Maklumat Sokongan Eksekutif Menteri Besar yang akan mengumpul semua data mengenai jabatan kerajaan di Terengganu. “Melalui sistem ini, kerajaan akan mudah menguruskan data yang sebelum ini menggunakan sistem manual dan bertulis. Apabila sistem ini dibangunkan, jabatan hanya perlu memasukkan data secara online dan ia dapat diakses oleh jabatan kerajaan lain. “Selain itu, kami akan turut meletakkan skrin digital di tempat awam untuk memaparkan maklumat kepada rakyat termasuk semua acara rasmi kerajaan secara langsung,” katanya. Beliau berkata beberapa tempat di seluruh negeri sudah dikenal pasti untuk diletakkan skrin digital tersebut antaranya premis kerajaan, dataran dan masjid terpilih.

| 15

disember 2014


Lensa

SuaraKita

Sebahagian peserta yang menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2014.

Ahmad Razif bermesra dengan mangsa banjir di Pusat Pemindahan SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus.

Gelagat kanak-kanak Taska Permata Keluarga ketika membuat persembahan pada Majlis Hafaz Muqaddam Taska Permata Keluarga.

‘Kenyir Elephant Village’ menjadi produk tarikan terbaru di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pegawai Tadbir Negeri (TCS) mengabadikan kenangan sebelum beraksi di Kejohanan Sukan TCS di Bukit Besi.

Kanak-kanak menghafaz muqaddam pada Majlis Hafaz Muqaddam Taska Permata Keluarga Terengganu 2014 di Taman Tamadun Islam (TTI).

16 |disember 2014


suarakita

Ahmad Razif ketika berada di pusat pemindahan.

Mohd Zubir bermesra dengan kanak –kanak tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) pada Majlis Khatam al-Quran di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Melihat Gerhana Bulan Di Pantai Pandak Cendering.

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengadakan tinjauan di Kg Aur Chendering, Kuala Terengganu.

Mahdi memberi nasihat kepada pemain cilik ragbi pada Program Mengenalpasti Bakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Wau terbesar milik Abdul Halim Abdul Samad pernah menyertai Festival Wau Antarabangsa di Paris.

| 17

disember 2014


Ghazali berucap pada Majlis Khatam al-Quran Pelajar KAFA Terengganu 2014, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus.

Seramai 136,120 murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Terengganu berjaya khatam al-Quran sejak program itu diperkenalkan tahun 2008 dalam usaha membudayakan alQuran dalam jiwa rakyat di peringkat kanak-kanak. Berdasarkan jumlah itu, seramai 13,877 pelajar khatam pada 2008, diikuti 14,241 pelajar (2009); 16,929 pelajar (2010); 20,133 pelajar (2011); 21,610 pelajar (2012); 24,330 pelajar (2013) dan 21,610 pelajar pula khatam pada 2014. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, pada tahun ini seramai 25,000 pelajar berjaya khatam dalam majlis yang diadakan secara serentak di tujuh daerah di Terengganu. Katanya, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah paling tinggi 6,485 pelajar, diikuti Setiu (3,738); Besut (3,628); Marang (2,897); Dungun (2,962); Kemaman (2,704) dan Hulu Terengganu (2,586). “Kerajaan negeri sememangnya komited bagi memastikan sebahagian besar murid sekolah rendah di negeri ini khatam al-Quran sebelum menjejakkan kaki ke sekolah menengah,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Khatam al-Quran Pelajar Kafa Terengganu 2014, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus.

18 |disember 2014

Sebahagian murid KAFA memperdengarkan bacaan al-Quran.

Ghazali turut memberitahu, pihaknya komited dan serius meningkatkan kecemerlangan Kafa dengan melantik lebih 3,000 guru Kafa di seluruh Terengganu yang dibayar elaun RM800 sebulan.

“Melalui usaha itu, setiap pelajar mampu mempercepatkan kaedah pembacaan al-Quran dan mendalami ilmu fardu ain,” katanya.


suarakita

Hospital Baharu

TDM

Di Kuantan Dibuka

Dua hospital swasta baharu milik anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad di Kuantan dan Kuala Terengganu dijangka mula beroperasi menjelang akhir tahun ini dan tahun depan. Pengerusi TDM Berhad, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar berkata, pembinaan kedua-dua hospital berkenaan melibatkan kos keseluruhan kira-kira RM400 juta. “Bagi Pusat Perubatan Kuantan (KMC), segala kelengkapan sudah siap cuma tunggu kelulusan Kementerian Kesihatan untuk memulakan operasi yang kita jangka akhir tahun ini.

Bangunan Kuantan Medical Centre milik TDM Berhad.

“Manakala Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), sedang dalam pembinaan yang kini sudah siap 75 peratus. Kita jangka ia dapat disiapkan sepenuhnya pertengahan tahun depan dan dapat beroperasi pada akhir tahun depan atau awal 2016,� katanya. Selain KTS dan KMC, TDM Berhad turut memiliki dua buah lagi hospital iaitu Pusat Perubatan Kelana Jaya

(KJMC) dan Pusat Perubatan Taman Desa (TDMC), kedua-duanya di Kuala Lumpur. Wan Abu Bakar berkata, bidang perubatan dan kesihatan adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan TDM, selepas pelaburan dalam bidang kelapa sawit yang kini mempunyai kira-kira 44,000 hektar ladang sawit termasuk di Kalimantan, Indonesia.

| 19

disember 2014


Madu Suci keluaran Koperasi Warga Pasir Gajah Kemaman Berhad (KOWPAG) antara salah satu produk tempatan yang dihasilkan di ladang yang terletak di Pasir Gajah, Kemaman. Menurut Pengurus KOWPAG, Mohamad Khairil Faaizin Mohd Jati, madu yang dikeluarkan oleh mereka amat bermutu kerana lokasi ladang ternakan lebah kelulutnya yang terletak jauh dari kawasan pencemaran serta diliputi pelbagai jenis tumbuhan liar semulajadi. “Dengan keluasan ladang yang seluas tiga ekar serta memuatkan sebanyak 100 sarang lebah kelulut buat masa sekarang, kami amat

20 |disember 2014

menjaga mutu madu kelulut kami. “Selain dari tumbuhan liar yang telah ada di ladang ini, kami turut menanam pelbagai jenis tumbuhan pokok buahan, hiasan landskap dan teduhan yang dapat menambahkan lagi sumber makanan kepada lebah kelulut. “Kerja - kerja penuaian, penyimpanan, pembungkusan dan pengedaran utama pula dikawalselia dan dilaksanakan sendiri oleh pihak pengurusan KOWPAG bagi menjamin keaslian serta ketulenan madu lebah kelulut kami,” katanya ketika ditemui di ladang tersebut.

Khairil berkata buat masa sekarang, Madu Suci telah pun berada dalam pasaran Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. “Kami telah berjaya memasarkan produk madu kami di sekitar Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan tidak lama lagi Madu Suci akan turut berada di pasaran Singapura. “Madu kelulut keluaran KOWPAG boleh didapati dengan harga serendah RM25 sehingga RM150 bergantung pada saiz,” ujarnya. Untuk mendapatkan Madu Suci serta keterangan lanjut boleh menghubungi Pejabat KOWPAG di talian 09-8504319


suarakita

CHICKEN COTTAGE Sasar 240 Cawangan Baharu

Francais makanan segera halal bertaraf antarabangsa ‘Chicken Cottage’ yang dibeli oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd, (Terengganu Inc), menyasarkan membuka 240 cawangan baharu sebelum 2020. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan perkara itu pada majlis menandatangani perjanjian pemegang saham antara wakil TI Overseas Resources Ltd dan Global F&B Management Inc serta TI Global Food Management Ltd (TIGF), di Wisma Darul Iman. Ahmad Razif yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata, kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya TI Global Food Management Ltd, dengan rakan usaha sama Global Food Brands Inc, mengambil alih perniagaan Chicken Cottage Limited (CCL), pemilik jenama yang berpusat di Croydon, London. “Menerusi pengambilalihan 70 peratus kepentingan perniagaan dengan nilai pelaburan sebanyak RM25 juta ini pada Februari lalu, kita

menandakan pengurusan perniagaan Chicken Cottage secara keseluruhannya diserahkan kepada TIGF. Ketika ini, Chicken Cottage yang berpangkalan di United Kingdom (UK), berkembang menjadi satu rantaian makanan halal terbesar di UK serta mempunyai 120 cawangan di seluruh dunia. Ahmad Razif berkata, pengambilalihan itu membolehkan syarikat melebarkan sayapnya dalam pasaran terutama di negara Timur Tengah, Afrika, India, China dan Australia.

kini menjadi pemegang francais induk kepada rangkaian restoran makanan halal segera ini. “Malah, TIGF telah merangka pelan strategi lima tahun (2015-2019) dengan menyasarkan pembukaan 150 francais baharu Chicken Cottage untuk pasaran Asia Pasifik termasuk Malaysia. Selebihnya (90 francais baharu) bakal dibuka di Eropah termasuk di UK,” katanya. Majlis menandatangani perjanjian itu antara tiga pihak berkenaan

Katanya cawangan di Malaysia pula akan dibuka selewat-lewatnya suku tahun ketiga atau keempat tahun 2015 dengan destinasi francais pertama di Terengganu sebelum diperluas ke Kuala Lumpur. Menurutnya lokasi sudah dikenal pasti, termasuk di Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, bagi memulakan perniagaan halal bertaraf antarabangsa itu. “Perniagaan Chicken Cottage dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang di serata dunia berdasarkan permintaan makanan halal yang tinggi selain kejayaan perniagaan di UK,” ujarnya.

Ahmad Razif menunjukkan dokumen perjanjian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pemegang Saham Di Antara TI Overseas Resources LTD Dan Global F&B Management Inc Dan TI Global Food Management LTD, di Wisma Darul Iman.

| 21

disember 2014


Halina (tengah) menunjukkan piala yang diperoleh Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN Se-Malaysia (PTIWRBNM) 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Selangor.

Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 2014 diadakan selama lima hari melibatkan penyertaan seramai 629 orang dari 14 negeri untuk bertanding dalam perlawanan badminton dan tenpin boling bagi merebut Piala Pusingan Badminton dan Tenpin Boling.

“Semangat kesukanan perlu diterap dalam semua lapisan masyarakat bagi melahirkan generasi yang proaktif untuk kemajuan negara dalam jangka panjang,” katanya.

Bertemakan ‘Mesra Melalui Sukan’ Terengganu diwakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Barisan Nasional Negeri Terengganu (Serikandi).

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang Dipertua Serikandi, To’ Puan Halina Zakaria berkata, penganjuran program tersebut secara tidak langsung dapat menanam sikap cintakan sukan dalam kalangan isteri golongan pemimpin yang sering menjadi contoh kepada rakyat.

Pertandingan akhir menyaksikan Rosmah mengambil bahagian mewakili Bakti yang berpasangan dengan Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Pengangkutan Dato’ Seri Liow Tiong Lai, menewaskan Datin Sarimah Besuran dan Raya Erom daripada

22 |November 2014

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Sabah (Bakisa) dengan keputusan 15-2, 15-3 dalam perlawanan regu pertama. Bagaimanapun, Bakisa mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Bakti dengan keputusan 3-2. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan Badan Amal dan Usaha Perak (Baiduri). Majlis penutup disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


suarakita

Isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempat berborak dengan Halina.

Halina bersama Rosmah bergambar sebelum beraksi.

Gelagat peserta yang disempat dirakam lensa Suarakita.

November 2014|

23


Hayati Strategi Perang Rasullullah Hadapi

PRU 14

Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam. Beliau berkata, buku itu akan digunakan pakai Biro Latihan UMNO dengan menekankan strategi kepimpinan melalui teladan. “Untuk berjaya, perlu ada perubahan dan transformasi dari segi gaya berfikir dan sebagainya. Mereka (ahli UMNO) perlu sentiasa ditegur dan diingatkan agar keluar dari zon selesa,� katanya.

Muhyidin memalu gong sebagai gimik perasmian Majlis Konvensyen UMNO Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terengganu.

UMNO Terengganu akan menghayati ilmu perperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran sebagai satu usaha tersusun bagi menghadapi PRU ke-14.

buku terbitan Institut Perkembangan Minda (Inmind) akan diguna pakai dalam memastikan kesiapsiagaan pemimpin UMNO di semua peringkat menghadapi pelbagai cabaran.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tiga buah

Tiga buka tersebut ialah Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi,

24 |November 2014

Beliau berkata demikin ketika berucap pada Majlis Konvensyen UMNO Terengganu yang disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Jelas Ahmad Razif, UMNO negeri akan terus melipatgandakan usaha bagi menghadapi PRU ke-14 yang dijangka lebih getir dalam tempoh hingga empat tahun lagi.


suarakita

Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering dibuka pada awal 2013 bagi menggantikan masjid lama yang agak sempit dan uzur. Terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu, masjid yang mendapat jolokan sebagai ‘masjid kaca’ itu boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah. Dibina di kawasan seluas satu hektar, ia mempunyai struktur dan reka bentuk yang cukup unik dan agak berlainan dengan masjid-masjid lain yang ada di Terengganu. Hampir keseluruhan dinding dan pintu masjid itu diperbuat daripada kaca. Terdapat juga ukiran kayu di bahagian tepi bumbung. Panorama cahaya, reka bentuk dan kaca lebih menyerlah pada waktu malam.

November 2014|

25


Yunus (kiri) menerangkan sesuatu berkenaan fosil yang temui kepada Ahmad Razif S Antara

Penemuan terbesar fosil haiwan prasejarah dinosaur di Terengganu oleh 17 penyelidik Jabatan Mineral dan Geosains serta Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) pada bulan lalu membuka dimensi baharu dalam dunia penyelidikan ilmu geologi. Perkembangan tersebut cukup bermakna kerana fosil yang ditemui menerusi Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 di sekitar Sungai Chichir, Gunung Gagau, Tasik Kenyir itu adalah lebih lengkap berbanding penemuan di negeri lain sebelum ini apabila menjumpai dua gigi, empat tulang dan beberapa kesan tapak kaki dinosaur. Turut ditemui dalam ekspedisi yang disertai pensyarah dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM); Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersamasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) pada 13 hingga 23 Oktober itu adalah fosil tumbuhan,

26 |November 2014

kayu terpetri serta singkapan batu arang di Sungai Pertang. Fosil gigi berukuran kira-kira 1.5 sentimeter yang ditemui dalam

bongkah batuan konglomerat itu dipercayai milik spesies Iguanadon, dinosaur jenis herbivor iaitu pemakan tumbuh-tumbuhan. Kesan tapak kaki yang panjangnya 15 sentimeter di atas bongkah pasir pula, selain milik Iguanadon dipercayai turut menjadi milik dinosaur daripada keluarga Theropod dan Sauropod. Bagaimanapun, fosil tulang dalam singkapan batu pasir pebel di sungai tersebut masih belum dapat dipastikan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, penemuan tersebut akan memberi kekuatan dan nilai tambah ke arah merealisasikan usaha kerajaan negeri agar Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan, seterusnya Geopark Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


suarakita

“Alhamdulillah setelah penat meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya mereka membuat penemuan yang menggembirakan menjumpai fosil gigi, tulang dan kesan tapak kaki di sekitar Sungai Chichir,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Darul Iman. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Dato’ Yunus Abdul Razak. Menurut Yunus, kajian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti spesies haiwan yang lenyap beratus juta tahun lalu itu.

Antara fosil dinosaur yang ditemui.

Katanya, kejayaan itu terus memberi rangsangan kepada ahli kaji bumi untuk melakukan usaha pencarian kerana negara ini mempunyai beberapa tempat batuan berusia Jura Kapur antara 65 juta dan 203 juta tahun yang sesuai untuk haiwan itu hidup di sini. “Dari hari pertama ekspedisi di Sungai Chichir lagi kita sudah menjumpai fosil, bagaimanapun penemuan itu tidak cukup kuat kerana tapak kaki serta gigi dinosaur pada bongkah batu itu mungkin jatuh atau dihanyutkan dari hulu sungai tetapi apabila menjumpai fosil dalam singkapan batuan di situ, sekali gus kita yakin kawasan itu merupakan lokasi kewujudan haiwan berkenaan,” katanya.

Haiwan Sauropod, rangka dan tapak kaki.

Awal tahun ini, Jabatan Mineral dan Geosains mendedahkan penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 dan 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Empangan Paya Peda, Hulu Besut yang membawa kemungkinan kewujudan haiwan berkenaan. Haiwan Therapod, rangka dan tapak kaki. November 2014|

27


BURUNG KETITIR

Payang Kayu Dapat Nama Biarpun lokasinya kira-kira 60 kilometer jauh dari bandar pusat bandar Kuala Terengganu, ia tidak pernah menghalang hampir 500 warga Kampung Payang Kayu, Kuala Berang untuk saling bantu membantu menjaga keindahan dan keceriaan kampung itu. Penduduk kampung Payang Kayu saling bekerjasama dalam melakukan sebarang perkara apatah lagi jika ia berkaitan dengan kebersihan kampung malah tidak sesekali mengabaikan kebersihan halaman rumah masing-masing. Terdapat 117 buah rumah di kampung tersebut. Penduduk kampung itu bekerja kampung seperti menorah getah, menanam kelapa sawit, termasuk menternak lembu dan juga kambing sebagai sumber pendapatan. Menceritakan tentang asal usul kampung itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Payang Kayu, Ramli Omar berkata, daripada apa yang diceritakan secara turun temurun daripada nenek

-

Antara landskap yang terdapat di Kampung Payang Kayu.

moyangnya, ia bermula dengan kisah pedagang dan pokok Kepayang. “Suatu masa dahulu, terdapat serombongan pedagang dari negeri Johor datang untuk berniaga di sini dan salah seorang daripadanya membawa burung ketitir tetapi terlepas ketika dalam perjalanan itu. Walau bagaimanapun, pedagang terbabit tidak berputus asa menjejaki burung ketitirnya sehinggalah sampai di bawah sepohon kayu Kepayang yang rendang.

“Memandangkan hari telah petang, rombongan berkenaan mengambil keputusan bermalam di situ dan keesokkannya terperanjat apabila melihat burung yang dicari sedang bertenggek di atas pokok Kepayang tempat mereka berteduh. “Selepas peristiwa itu, ketua rombongan pedagang telah mendapat ilham untuk mendirikan sebuah kampung di kawasan berkenaan dengan menamakan penempatan baru itu sebagai Kampung Payang Kayu dan daripada peristiwa itulah kampung tradisional ini mendapat nama,� ceritanya. Ramli berkata, komitmen dan semangat permuafakatan penduduk nyata berbaloi apabila Payang Kayu berjaya menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2008/2009.

Ramli.

28 |November 2014


suarakita

KKLW Serah 36 Bangunan MID Kepada Terengganu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyerahkan 36 bangunan Medan Info Desa (MID) dan geran permulaan RM60,000 kepada Kerajaan Terengganu. Geran itu diagih bagi membaiki kerosakan kecil pada sebilangan bangunan berusia 12 tahun itu.

“Walaupun terlewat, masyarakat pelbagai peringkat umur sudah mendapat manfaat terutama berkaitan ICT,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan MID Dana Khas di Wisma Darul Iman kepada Setiausaha

Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah. Sementara itu, Mazlan berkata, Terengganu memohon jasa baik KKLW supaya dapat menambah peruntukan bagi membaik pulih tujuh lagi MID. “Apa yang dimaklumkan perutukan yang diagih itu hanya melibatkan pembaikian kerosakan 12 MID. “Kita terpaksa memohon peruntukan itu kerana masih ada bangunan yang rosak, termasuk tiga MID pernah ditenggalami air sehingga menyebabkan pelbagai kerosakkan berlaku,” katanya.

Ketua Setiausaha KKLW, Dato’ Seri Ibrahim Muhamad berkata, bangunan itu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) atau dikenali sebagai Pusat Bestari.Com. Katanya, geran yang diagihkan itu akan digunakan bagi membaiki kerosakan kecil, termasuk pendawaian semula, menambah kelengkapan dan sebagainya. “Kita akui, penyerahan itu agak lewat kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ibrahim (kanan) menyerahkan replika kunci kepada Mazlan tanda simbolik bangunan MID milik kerajaan Terengganu.

Seramai 11,423 kanak-kanak tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) dari seluruh Terengganu diraikan dalam majlis khatam al-Quran diadakan secara serentak di seluruh negeri. Di Kuala Terengganu, seramai 3,895 kanakkanak pra sekolah berusia lima dan enam tahun diraikan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak yang dirasmikan Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong. Selain itu, seramai 1,581 kanak-kanak turut khatam al-Quran di daerah Besut, diikuti 848 orang di Setiu; Marang (934); Hulu Terengganu (1,344); Dungun (1,272) dan Kemaman (1,549). Semua majlis khatam al Quran di peringkat daerah dirasmikan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan. Mohd Zubir berkata Program Pintar al-Quran itu adalah antara usaha kerajaan negeri melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia sebagai pelapis pemimpin negara pada masa depan.

November 2014|

29


Ahmad Razif menerangkan sesuatu kepada peserta Program Titian Bestari, di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Hulu Terengganu.

Sifar Keciciran

Pelajar Selepas SPM Kerajaan negeri terus memperkasakan beberapa inisiatif bagi mencapai sasaran sifar pelajar bermasalah dan tercicir dalam pelajaran. Antara program yang dijalankan ialah Program Melakar Kasih, Menyemai Impian bagi pelajar berisiko dan bermasalah serta Program Titian Bestari bagi mengurangkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir. Program yang diberi nama Melakar Kasih, Menyemai Impian selama tiga hari dua malam yang bermula sejak tahun lalu melibatkan kira-kira 1,000 pelajar yang mempunyai masalah disiplin diadakan bersama ibu bapa. Ibu bapa akan ditempatkan di hotel bersama anak untuk menyertai

program yang berkonsepkan bulan madu dimana dalam masa yang sama mereka boleh menyelami masalah dihadapi anak mereka dan mencari kaedah terbaik bagi mengatasinya. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sejak program itu dijalankan ia mampu memberikan impak positif di mana peratusan pelajar yang dibuang sekolah juga turut berkurangan. “Kebanyakan pelajar menunjukkan perubahan positif dan secara tidak langsung dapat membantu menangani tekanan yang dialami guru untuk mengendalikan dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang kondusif di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Titian Bestari, di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Hulu Terengganu. Program Titian Bestari yang diadakan sejak 2010 itu bertujuan mengatasi masalah pelajar lepasan SPM yang tercicir dan gagal menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi. Setiap tahun seramai 3,000 pelajar dikenalpasti tercicir dan bermasalah di sekolah dipilih untuk menyertai program tersebut. Bagaimanapun, ia tidak mempengaruhi rekod cemerlang dalam pendidikan yang dipegang Terengganu selama ini. Tambah Ahmad Razif, Yayasan Terengganu telah menyumbang sebanyak RM1 juta bagi menjayakan program ini di mana turut melibatkan Kolej Universiti Tati (TATiUC), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan beberapa pusat kemahiran yang ada di negeri ini. “Kesemua mereka akan ditempatkan secara percuma selama 3 bulan di pusat-pusat ini dan mereka diberi peluang untuk memilih kursus yang diminati selepas SPM nanti. “Ia secara tidak langsung memotivasikan mereka dan memberi persediaan kepada mereka untuk memilih kerjaya selepas sekolah,” katanya.

Ahmad Razif menyampaikan sijil perhargaan kepada peserta program.

30 |November 2014


suarakita

Berikutan kebimbangan mengenai masalah hakisan pantai di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, kerajaan memperuntukkan RM70.5 juta bagi projek pengurusan pantai di kawasan itu bagi mengatasi masalah itu. Pengarah JPS Terengganu, Ir. C. Poobalan berkata, projek yang diberikan tahun ini merupakan projek dua tahun dan dijangka selesai pada 2016. “Kami juga mendapati hakisan pantai Tok Jembal dalam keadaan yang kritikal dan langkah pencegahan sedang dijalankan,� katanya. Sebelum ini, media melaporkan kajian simulasi kelautan yang dijalankan empat tahun lalu oleh penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis. Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal. Poobalan berkata, rancangan mereka untuk mengatasi masalah

Hakisan pantai Tok Jembal dibaik pulih.

hakisan itu ialah dengan membina empat pemecah ombak luar pesisir, benteng hakisan terminal dan rawatan penyuburan pantai. Katanya, benteng pemecah ombak adalah sebahagian daripada sistem pertahanan pantai bagi mengurangkan intensiti tindakan ombak di kawasan pantai dan dengan itu mengurangkan hakisan pantai atau menyediakan tempat perlindungan yang selamat. “Bagi benteng hakisan pula, ia adalah satu struktur kejuruteraan pantai bagi membentuk satu tebing yang dapat menghalang aliran air dan mengehadkan pergerakan mendapan.

“Rawatan pantai pula digunakan dengan menambah pasir atau mendapan dalam jumlah yang banyak di pantai untuk menangani hakisan dan melebarkan kawasan pantai,� katanya. Poobalan berkata, pada masa ini perkembangan projek pengurusan pantai itu kini sudah mencapai 15 peratus dan berikutan musim monsun bulan ini, pembinaan benteng pemecah ombak ditunda berikutan ombak besar. Katanya selain Tok Jembal, beberapa kawasan lain di Terengganu juga menghadapi masalah hakisan tetapi tidak seteruk di kampung itu pada masa ini. November 2014|

31


SuaraKita Vol.3  

Majalah yang memaparkan pelbagai aktiviti kerajaan negeri Terengganu dengan slogan Cara Lama Dimensi Baru diterbitkan oleh Unit Komunikasi N...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you