Page 1

PERCUMA

KELUARAN 5 | Februari 2015

SUKAN

Menjamin Masa Depan MS 10

408

Rumah Rosak Banjir Dibaikpulih MS 30

Feri Tasik Kenyir MS 22


SOP BANJIR

TERENGGANU TERBAIK

INDEKS JENAYAH

TERENGGANU TURUN 11 PERATUS Kadar jenayah indeks di Terengganu menurun sebanyak 11 peratus bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu berbanding tempoh sama pada tahun 2013, kata Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa. Menurutnya, berdasarkan penurunan sebanyak 3,213 kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan pada tahun lalu berbanding 3,610 pada tahun sebelumnya yang menunjukkan pengurangan 397 kes. Beliau berkata, kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan program pencegahan jenayah yang dijalankan secara holistik dan agresif dengan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri ini. “Kami sentiasa komited untuk menurunkan kadar jenayah di negeri ini dan penurunan yang dicatatkan itu melepasi sasaran yang ditetapkan Bukit Aman sebanyak lima peratus,” katanya. Selain itu, Jamshah berkata, pihaknya juga berjaya meningkatkan kadar penyelesaian kes sebanyak 57.4 peratus atau 1,959 kes berbanding 54.3 peratus atau 1,844 kes pada tahun 2013 manakala kadar pertuduhan pula mencapai sebanyak 35.11 peratus berbanding dengan 35 peratus tahun sebelum ini.

2 |februari 2015

Prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai oleh Terengganu dalam persiapan awal menghadapi banjir sehinggalah ke pasca banjir mencapai tahap membanggakan. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihaknya khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terlibat dengan kesemua urusan banjir akan melihat atau mengkaji SOP dilaksanakan oleh Terengganu untuk dicontohi negeri lain. Menurutnya, langkah yang dilaksanakan di negeri ini mencapai tahap paling tinggi dan wajar dicontohi supaya dapat menggunakan pendekatan terbaik apabila berdepan musibah banjir. “Langkah dari segi persiapan awal untuk menghadapi banjir berjalan lancar sehinggalah selepas bencana. “Ia boleh dikatakan mencapai tahap pingat emas dan boleh dicontohi negeri lain untuk kita bertukar-tukar pendapat serta mempelajari bagaimana mahu

berdepan musibah banjir dan masalah lain yang dihadapi,” katanya. Kata beliau, pihaknya akan melihat SOP yang dijalankan di Terengganu dari segi bekalan makanan dan bagaimana mengagihkan penempatan banjir untuk kampung ditentukan lebih awal. “Oleh itu, rakyat tidak kelam kabut bila berlaku bencana dan tahu ke mana hendak dituju. “MKN akan lihat secara keseluruhan dan kita akan ambil yang terbaik,” katanya pada sidang media ketika majlis penyampaian bantuan banjir di SK Durian Mentangau. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Zabidi Zainal dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.


suarakita

Nasib Bekas Pekerja PERWAJA Dapat Perhatian pekerja itu nyata mengembirakan walaupun nilai yang diperoleh tidak besar. Kerajaan negeri memperuntukkan RM468,500 sebagai pemberian ehsan kepada 937 pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja) yang diberhentikan berikutan syarikat kilang besi keluli nasional itu menamatkan operasi akhir tahun lalu. Agihan wang RM500 kepada setiap

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan berusaha setakat yang termampu bagi meringankan beban mereka yang terlibat. Katanya, dia berharap mana-mana syarikat di negeri ini, memberi peluang kepada bekas pekerja Perwaja itu.

“Kebanyakan mereka pekerja mahir kerana rata-ratanya mempunyai pengalaman 10 hingga 30 tahun, hampir sama denga usia Perwaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Sumbangan Kepada Bekas Pekerja Perwaja di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman yang juga merupakan ADUN Kemasik.

ataupun pembangunan katanya.

menggalakkan Bukit Besi,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030, di Taman Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun. Ahmad Razif berkata, peningkatan imej bandar itu akan diberi tumpuan di kawasan jalan utama bandar iaitu Jalan Jerangau- Jabor yang menjadi penghubung kepada dua pudat bandar iaitu Bandar Bukit Besi dan Bandar Seri Bangun.

Kerajaan negeri merancang meningkatkan imej Bandar Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah Negeri Terengganu bagi tempoh 15 tahun lagi. Bagi merealisasikan hasrat itu, draf Rancangan Kawasan Khas Bukit Besi Bandar Bersejarah 2030 dilancarkan, pada 17 Januari lalu. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, draf itu menjadikan bandar berkenaan memiliki perancangan terperinci bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan menyegerakan tindakan

perancangan terbabit.

di

kawasan

“Saya berharap supaya dokumen perancangan ini dapat membantu menyegerakan pembangunan Bukit Besi dan akan menjadi rangka asas kepada Majlis Perbandaran Dungun dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sebagai panduan serta hala tuju perancangan dan juga pembangunan masa hadapan. “Draf itu juga bertujuan memperincikan keperluan bagi mendapatkan peruntukan

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan juga sudah menetapkan konsep pembangunan dengan memfokuskan kepada pertumbuhan Bandar Bukit Besi sebagai Bandar Bersejarah dengan menekankan pelancongan warisan, pendidikan dan perkhidmatan. Kawasan yang dibangunkan katanya, meliputi keluasan 3,200 hektar bermula dari persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II di Bukit Besi hingga ke kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bukit Besi. “Pelancongan warisan menerusi pemuliharaan artifak sejarah Bukit Besi mampu menjana pertumbuhan ekonomi akan datang,” ujarnya.

|3

februari 2015


Banjir yang melanda hampir ke serata negeri menduga kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan jentera kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terbela. Bukan sahaja di Terengganu, peristiwa malang yang melanda negeri berjiran seperti Kelantan dan Pahang pastinya meruntum jiwa hampir kesemua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik di Terengganu. Penderitaan yang dialami mangsa banjir berterusan mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menyalurkan bantuan demi bantuan. Di Terengganu, jentera kerajaan serta berpuluh-puluh organisasi berganding bahu membentuk satu pasukan iaitu Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bagi membolehkan kerja yang berat menjadi ringan. Tambahan pula, inilah masa yang terbaik untuk kesemua yang terlibat secara langsung menjadi ‘sahabat’ dan kesempatan bersama ini pastinya akan menjadi kenangan pahit manis yang tidak dapat dijual beli. Rasa simpati atas apa yang berlaku, rakyat di negeri ini juga berasa terpanggil untuk sama-sama menggembleng tenaga dan wang ringgit dengan menjadi sukarelawan bagi memastikan kawasan yang terjejas banjir khususnya Kelantan dapat dipulihkan semula. “Yang mustahak sekarang adalah semangat solidariti tanpa mengira fahaman politik. Sebab itu saya sudah nyatakan komitmen bahawa Skuad Sukarelawan TTB yang sebelum ini membantu mangsa banjir di Terengganu, turut digerakkan bagi membantu Kelantan dan Pahang.

Mengambil iktibar daripada bencana banjir di Kelantan yang diibaratkan sebilangan penduduk seperti ‘tsunami’, ADUN Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman berkata, beliau dan jentera yang ada tidak akan menyerah kalah untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas banjir khususnya di Kuala Krai. “Carilah titik persaman, carilah titik penyatuan untuk kita semua tanpa mengira fahaman politik duduk bersama demi memulihkan kehidupan rakyat. “Kalau nak kenal siapa kawan kita yang sebenar, inilah masanya,” kata Ramzi. Demi rakyat, carilah titik perpaduan atau solidariti yang mungkin tidak pernah diimpikan sebelum ini. Solidariti atau perpaduan turut menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 November tahun lalu apabila mengucapkan perkataan itu sebanyak lima kali dalam tempoh 15 minit pertama ucapannya. Semangat membantu dan bersolidariti di kalangan rakyat di negara ini tidak hanya memuncak ketika negara dilanda musibah. Sebaliknya, tanpa bencana atau musibah besar sekalipun, semangat untuk membantu ditambah dengan paparan gambar dan informasi oleh media mengenai penderitaan yang ditanggung masyarakat terlibat, menaikkan lagi semangat orang ramai untuk tampil membantu.

“Inilah komitmen dan solidariti sesama kita, mungkin juga suasana di Kelantan hari ini akan turut berlaku di Terengganu suatu hari nanti, jadi kita perlu saling membantu,” kata Ahmad Razif.

Pengarang

SIDANG PENGARANG PENAUNG YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu PENASIHAT I Ahmad Fauzan Abdul Kadir Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar PENASIHAT II Che Mansor Che Kerma Pengarah Unit Komunikasi Negeri

4 |februari 2015

PENGARANG Fauzi Mohd PENOLONG PENGARANG Aida Abd Rahman WARTAWAN Suriati Ali Noraini Jusoh Syazni Zainuddin Mohammad Ishak

JURUFOTO Harish Fadzillah Abu Kassim Hasmizi Ab Hamid Tg Syamim Tg Ismail PEREKA GRAFIK Che Ku Nubailah Che Ku Aris


suarakita Malah kita ingin sekali membantu golongan pelajar yang berjiwa besar meneroka ilmu duniawi dan ukhrawi selari dengan kepesatan perubahan teknologi yang berkualiti tinggi. Oleh sebab itulah semasa pembentangan bajet Negeri Terengganu 2015 yang lalu, saya menekankan roh pentadbiran yang berdimensi baharu ini berslogankan ‘dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat’.

Terdapat lapan prinsip yang mendokongi Transformasi Terengganu Baharu (TTB), prinsip kelapan ialah memperkasakan pendidikan. Proses memperkasakan pendidikan memerlukan suatu transformasi yang berani dan berterusan. Maka sebagai seorang bekas pendidik saya sangat memahami bahawa penggerak utamanya adalah para guru. Sentuhan warga pendidik adalah sentuhan ‘keramat’ yang mampu dijana melewati pemikiran biasa. Dengan izin Allah SWT kita telah buktikan prestasi pencapaian UPSR pada tahun 2014 sebagai Juara 5A, Juara GPA, Juara kelulusan minima Gred C. Alhamdulillah, sifat muafakat membawa berkat terserlah dengan nyata sekali diantara pihak pengurusan di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, PIBG, dan pelbagai agensi. Adunan inilah yang memberi kekuatan luar biasa bagi pendidikan negeri Terengganu. Apa tidaknya, anda warga pendidik telah menabur khidmat bakti tanpa mendahulukan upah dan laba. Syabas dan terima kasih semua. Doa saya agar semua dilimpahi barokah daripada Allah SWT hendaknya. Inilah sebenarnya kalimat indah yang sentiasa berlegar di sanubari saya, warga pendidik yang dimiliki oleh negeri Terengganu ini bukan alang kepalang. Sentiasa berdiri gagah di barisan hadapan, sentiasa berpasakkan angan menerobosi realiti kehidupan, yang pasti rintangan mendatang tetap dianggap peluang. Demi anak didiknya, jika patah sayap bertongkat paruh murid pasti di hadapan, walaupun kadang-kadang belaian kasih anak sendiri tidak kesampaian. Pengorbanan anda semua, saya dan barisan kepimpinan tidak akan

kesampingkan, malah sentiasa mensyukuri. Kami juga insaf dan sedar bahawasanya apa jua kemenjadian kita, sehingga petah menyebut alif, ba, ta, a, b, c, dan mengira 1, 2, 3 semuanya berasal daripada seorang guru biasa.

Maka dalam skop inilah juga saya dengan berlapang dada turut menyeru warga pendidik di segenap penjuru alam, mari kita imarahkan ‘Muafakat Itu Membawa Berkat’. Dalam soal pendidikan kita tidak ada kompromi. Biarlah kita tidak popular di kalangan kelompok tertentu, asalkan masa depan rakyat terpelihara. Apa lagi yang lebih penting selain ilmu penuh di dada, sekali kita dinobatkan sebagai juara dipersada, tidak mungkin lagi kita menoleh ke belakang.

Percayalah anda warga pendidik dan khalayak pendidikan sentiasa dekat di hati kami. Tanpa anda siapalah kami.

Kita buktikan solidariti bukan sekadar cakap tetapi kita warga pendidik amalkan secara cermat dan berhemat.

Saya melihat sumbangan warga pendidik mempunyai impak yang tinggi dalam melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu gerakan secara berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar pendidikan yang digubal menggambar aspirasi kerajaan bagi menentukan hala tuju pendidkan Negara dan menjadi teras kepada matlamat Wawasan 2020 yang hanya berbaki kira-kira lima tahun sahaja lagi. Tempoh sesingkat ini tidak langsung memungkinkan kita warga pendidikan leka dengan isu-isu picisan yang boleh membantut kerancakkan kecemerlangan selari dengan harapan pucuk pimpinan tertinggi negara yang berhasrat menjadikan pendidikan bertaraf dunia.

Sebab itulah melalui TTB saya menjadikan agenda pembangunan pendidikan sebagai salah satu prinsip yang perlu diberi keutamaan. Dalam hal ini sekali lagi saya menyeru warga pendidik, marilah kita memperkemaskan tekad untuk terus melestarikan kecemerlangan. Sederapkan langkah perbetulkan arah, insya Allah segala yang payah akan dipermudah dan yang betul tidak lagi dipersalah. Kluster Pendidikan di bawah PUTRA ditubuhkan oleh kerajaan adalah semata-mata untuk merancang, memantau serta manambah nilai keberkesanan perancangan pembangunan pendidikan. Kecemerlangan akademik, kokurikulum dan adab-adab kehidupan bermasyarakat menjadi pertimbangan utama. Saya dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan ingin melihat pelajarpelajar yang terdidik daripada institusi pendidikan di negeri Terengganu yang terkenal dengan negeri anjung ilmu ini, berani berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Integriti merupakan asas kepada tadbir urus pendidikan yang berkualiti. Integriti atau kejujuran seseorang pendidik itu lebih penting daripada ilmu dan kepakaran dalam penyampaian ilmu kepada para pelajar. Seorang pendidik yang berintegriti akan melaksanakan amanah sebagai seorang pendidik dengan hati yang tulus ikhlas. Ilmu dan kemahiran yang dicurahkan kepada kepada muridnya akan tiba ke hati secara bermakna. Sebaliknya pendidik yang tidak berintegriti pengajarannya hanyalah sekadar penyampaian dari metakognitif semata-mata. Saya amat serius dalam aspek ini, sebab itu di dalam Transformasi Terengganu Baharu, integriti tercatat sebagai prinsip ke-4. Rencana ini merupakan sebahagian daripada perutusan khas Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sempena sesi persekolahan tahun 2015

|5

februari 2015


Kuih asam gumpal yang lemak manis diperbuat daripada sagu mata ikan atau sagu biji, inti kacang hijau serta santan sebagai bahan utama. Proses menghasilkan kuih tradisional yang popular di negeri pantai timur itu memerlukan sagu biji direbus dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam bagi membangkitkan rasa. Sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan digumpal bulat menggunakan tangan. Ia kemudiannya dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

6 |februari 2015


suarakita

SEKTOR

PELANCONGAN SASAR RM2.5 BILION

KAY MARINE

TEMBUSI PASARAN

AUSTRALIA

Pembuat kapal aluminium milik bumiputera, Kay Marine Sdn. Bhd. (Kay Marine) optimis memperluas pasarannya di peringkat antarabangsa dengan mengorak langkah menembusi pasaran Australia. Pengerusinya, Dato’ Wan Mohd. Albakri Wan Md. Noor berkata, ia terbukti apabila Kay Marine berjaya mendapat projek pembinaan kapal yang kelima daripada luar negara setelah mendapat tempahan daripada kerajaan Australia. Katanya, sejak 15 tahun lalu, nilai tender yang diperolehi syarikat tersebut untuk pasaran antarabangsa mencecah RM90 juta hasil pembinaan kira-kira 30 buah kapal pelbagai guna yang ditempah khas sebelum ini daripada negara Nigeria, New Zealand, kepulauan Mauritus dan termasuk Australia sendiri. Menurut beliau, hasil daripada pemasaran dibuat oleh wakil syarikatnya di Perth, Kay Marine telah mendapat tender pembinaan tongkang yang ditempah kerajaan Australia untuk kegunaan di Pulau Krismas disana.

“Tongkang aluminium bersaiz 2 x 10.8 meter setiap satu yang diberi nama ‘Berani’ dan ‘Percaya’ telah berjaya disiapkan dalam tempoh lapan bulan bermula 28 Januari lalu iaitu sebulan lebih awal daripada tempoh kontrak sebenar. “Dua buah tongkang berharga RM7.5 juta itu akan diserahkan kepada Jabatan Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah, Australia pada 17 Januari lalu,” ujarnya kepada pemberita selepas mencuba salah satu tongkang berkenaan bersama pengamal media di Pulau Duyong,. Katanya, tongkang aluminium pelbagai guna itu boleh dijadikan sebagai ‘bot tunda’ untuk menunda kapal yang berat 8 hingga 10 tan selain mampu mengangkut kargo dari kapal ke pulau dengan muatan hingga 30 tan. Sehingga kini katanya, Kay Marine telah membina lebih 450 buah kapal pelbagai saiz untuk agensi kerajaan dan juga swasta sejak beroperasi pada 1992.

Industri pelancongan Terengganu disasarkan menjana pendapatan sebanyak RM2.5 bilion menerusi kunjungan kira-kira 5 juta pelancong tahun ini. Sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Terengganu mencapai sasaran kehadiran 4 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM2 bilion. Manakala tahun lalu pula, menerima kunjungan kira-kira 4.5 juta pelancong domestik dan luar Negara ke Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata usaha kerajaan negeri mempromosi Terengganu sebagai destinasi pelancongan pilihan tidak terhenti setakat itu malah diteruskan dengan kesinambungan TMT 2016. Katanya, pada masa sama, pelbagai program tahunan peringkat antarabangsa dianjurkan di lokasi menarik di negeri ini sebagai langkah menambat hati pelawat terutama pelancong luar negara. “Antaranya, Terengganu International Press Tour of Terengganu yang akan diadakan selama seminggu dan berakhir 3 Mei depan dengan menghimpunkan kira-kira 200 pengamal media tempatan dan luar Negara. “Mereka akan dibawa ke destinasi tersohor, selain memperkenalkan pelbagai produk Industri Kecil dan Sederhana,” katanya. Menurutnya, World International Islamic Festival (23 hingga 31 Ogos) pula bertujuan membuka peluang, memperkenalkan dialog, meningkatkan tahap kesedaran dan memberi lebih pemahaman di antara komuniti sesama Islam dan bukan Islam sejagat. “Penganjuran program seumpama itu diyakini mampu mencapai sasaran 5 juta pelancong pada tahun ini, tambahan pula lokasi tersohor, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu akan dijenamakan semula sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. “Bagi tujuan itu, Majlis Pembangunan Tasik Kenyir (MPTK) akan ditubuhkan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah),” ujarnya.

|7

februari 2015


WARIS ATLET BOLA BALING NEGERI TERIMA

PAMPASAN

EMPANGAN KENYIR

ELAK BANJIR LEBIH BESAR Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengakui, Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir menjadi penebat utama kepada banjir di Terengganu menjadi lebih buruk.

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan pampasan RM100,000 kepada bapa allahyarham Muhammad Naim, Mat Nasir di Wisma Darul Iman.

Keluarga kepada atlet bola baling negeri, Muhammad Naim Mat Nasir dari pasukan Terengganu Hanelang yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 14 Disember 2013 lalu menerima pampasan daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT). Pampasan berjumlah RM100,000 itu melalui Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok daripada MCIS Zurich Insurance Berhad. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui MSNT sebelum ini menyediakan skim perlindungan insurans kemalangan secara berkelompok untuk semua atlet dan pegawai di bawah jabatan itu. “Setiap atlet dibawah MSNT dilindungi insurans. Dengan adanya pampasan seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat kemalangan,” ujarnya.

Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, UMT tidak akan melakukan kajian terperinci di lembangan Sungai Terengganu kerana kawasan berdekatan sungai itu terselamat daripada bencana banjir besar ekoran wujudnya empangan Kenyir. “UMT menumpukan lembangan Sungai Besut, Sungai Kemaman dan Setiu yang dikatakan antara punca utama beberapa kawasan berdekatan sungai itu berlaku banjir besar.

Terengganu 2015 UMT di Taman Tamadun Islam. Ibrahim turut memberitahu, kumpulan itu perlu membuat kaji selidik atau analisis dari semua sumber maklumat yang ada seperti laporan akhbar, temubual mangsa banjir atau bahan-bahan maklumat yang lain. “Selain membuat kerja pengukuran di lapangan untuk mengenalpasti paras ketinggian air banjir, kita turut mengkaji dari mana datangnya sampah-sarap dan segala kayukayan sama ada datang dari tumbuhan atau pembalakan,” katanya.

“Kajian yang dilakukan 16 penyelidik pelbagai universiti tempatan, termasuk empat penyelidik UMT akan dibahagikan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan perlu mengawal satu lembangan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan penyerahan replika cek berkenaan kepada Mat Nasir Majin, bapa kepada allahyarham Muhammad Naim di Wisma Darul Iman. Sementara itu, Mat Nasir berkata, beliau sekeluarga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan skim perlindungan sebegitu untuk anaknya. “Saya rasa terharu dan bersyukur dengan apa yang ditinggalkan arwah untuk kami. InsyaAllah, wang itu akan digunakan sebaik mungkin termasuk mengadakan majlis doa selamat untuk arwah,” ujarnya.

8 |februari 2015

Rakan media memilih hidangan yang disajikan sempena Majlis Apresiasi Media Terengganu 2015 UMT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


suarakita PENCAPAIAN : 1. Juara Keseluruhan Kejuaraan Silat Terbuka Belgium 2012 2. Ketiga Keseluruhan Kejohanan 4Th Asean School Games 2012, Surabaya 3. Juara Keseluruhan Pemilihan Ke Asean School Games Surabaya 2012 4. Naib Juara Keseluruhan Kejohanan Pencak Silat Terbuka Upsi 2011 5. Juara Keseluruhan Pencak Silat Open Belgium 2011

Nama

Shahrul Fahmi Abu Bakar @ Harun

Asal

Ampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Tarikh Lahir 14 Januari 1975

Pendidikan

Sijil Pelajaran Malaysia

Pekerjaan

Pembantu Operasi Makmal Di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin

Nama Isteri Rosmawati Ibrahim

Keluarga

Anak Ke-6 Daripada 9 Beradik

PENGLIBATAN SEBAGAI JURULATIH NEGARA : 1. Jurulatih (Elit) Kejuaraan Terbuka Belgium 2012 Dan 2013

Silat

2. Jurulatih Asian Pencak Silat 2012, Singapura 3. Jurulatih Kejohanan 4Th Asean School Games 2012, Surabaya 4. Jurulatih Indonesia

(Elit)

Sukan

Sea

2011

5. Jurulatih (Elit) Kejohanan Pencak Silat East Asean Ke-3 Kl 2011 6. Jurulatih (Elit) Kejohanan Pencak

Silat Open Belgium 2011Dan 2013

6. Naib Juara Keseluruhan Pencak Silat Kebangsaan 2010 Perak

7. Jurulatih Kejohanan Pencak Silat Asean Singapura 2011

7. Naib Juara Keseluruhan Silat South East Asean Vietnam 2010

8. Jurulatih Kejohanan Silat South East Asean Ke-2 Vietnam 2010

8. Naib Juara Keseluruhan Sukan Pencak Silat Sukma 2010 Melaka

9. Jurulatih (Pelapis) Majlis Negara Malaysia 2005-2010

Sukan

9. Juara Keseluruhan Pencak Silat Pra Sukma 2010 Pahang

10. Jurulatih Kejohanan Silat Remaja Dunia Singapura 2007

10. Ketiga Keseluruhan Pencak Silat Remaja Kebangsaan 2010 Johor

PENGLIBATAN SEBAGAI JURULATIH TERENGGANU :

11. Juara Terengganu 2010

Keseluruhan Kebangsaan

Sukan (Sutera)

12. Juara Keseluruhan Kejohanan Pelapis Tahun 2005, 2009, 2010

1. Jurulatih Kejohanan Sukan Malaysia 1996, 1998, 2006, 2008, 2010, 2014

13. Naib Juara Keseluruhan Remaja Kebangsaan 1999

2. Jurulatih Kejohanan Silat Sukan Wanita Kebangsaan 2007, 2010, 2012

14. Naib Juara Keseluruhan Kejohanan Pelapis Tahun 2006, 2007

3. Jurulatih Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan 1996 Hingga 2013

15. Tempat Ketiga Keseluruhan Kejohanan Pelapis Tahun 2008

4. Jurulatih Kejohanan Silat SekolahSekolah Malaysia 2005, 2006, 2007, 2012

16. Juara Keseluruhan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2005, 2006

5. Jurulatih Kejohanan Pemilihan Ke Asean School Games 2012 Dan 2013 6. Jurulatih Kejohanan Silat Remaja Kebangsaan 1999, 2005, 2007, 2010, 2011 7. Jurulatih Kejohanan Pelapis Kebangsaan 2005 Hingga 2010 8. Jurulatih Pusat Latihan (Pelapis) Msnt 2005-2010

Negeri

9. Jurulatih Program Tunas Harapan Msnt 1992-1996

Silat

17. Naib Juara Keseluruhan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia 2007 18. Naib Juara Keseluruhan Silat Pra Remaja Dunia 2007 Singapore 19. Juara Keseluruhan Sukan Pencak Silat Sukma Terengganu 2008

FALSAFAH HIDUP Kejayaan Untuk Kepuasan Diri, Bukan Untuk Dihormati Dan Dihargai |9

februari 2015


PERSONALITI

KERJAYA

Anak jati Kampung Chapu, Hulu Terengganu dilahirkan tanggal 9 Julai 1971. Memilih To’ Puan Suhaiza Abd Malek sebagai suri hidup pada 30 Ogos 1995 serta dianugerah lima cahaya mata iaitu Muhammad Anis Mirza, 19; Muhamad Amirul Mirza,17; Muhamad Faris Mirza, 15; Alysa Qistina, 11 dan Rafikh Hariri Mirza, 9.

• Guru SK Tengkawang (1995-1997)

PENDIDIKAN • SK Kuala Jeneris dan SK Tengkawang (1978-1983) • Sekolah Menengah Kebangsaan Matang (1984-1988) • Diploma Perguruan Kota Bharu, Kelantan (1993-1995) • Bachelor of Information Technology (Honour), Open University Malaysia

10 |februari 2015

• Guru SK Kuala Jeneris (1998-2000) • Guru Penyelia Pusat Kegiatan Guru SK Tengkawang (2001-2004) • ADUN Telemong (2004 hingga kini) • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri (2008-Jun 2010) • Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri (Julai 2010-2014) • Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri (2014 hingga kini).

PENGLIBATAN DALAM POLITIK • Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Chapu (1997-2008) • Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu

dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu (1998-2004) • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu (2004-2008) • Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Telemong (2008 hingga kini) • Ketua UMNO Cawangan Kg Chapu dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu (2008 hingga kini).

JAWATAN LAIN YANG DISANDANG • Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu • Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu • Pengurus Persatuan Bola Sepak T-TEAM


suarakita Tenaga Muda Luar Biasa • Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan belia di Terengganu, saya amat teruja malah tidak pernah menduga, hikmah di sebalik musibah banjir yang melanda negara khususnya Pantai Timur berjaya menerbitkan budaya muafakat, kasih-sayang dan jati diri yang luar biasa di kalangan orang muda berusia seawal 15 hingga 40 tahun apabila menyertai kerja amal secara sukarela menerusi Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB). • Keahliannya bertambah dengan mendadak sehinggakan lebih 1,500 orang mendaftar bagi tujuan menjayakan Misi Kemanusian Pasca Banjir di Machang dan Kuala Krai, Kelantan serta Pekan, Pahang barubaru ini. • Memikul mandat yang diberikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman supaya Skuad Sukarelawan TTB didaftarkan sebagai unit khusus, sekaligus memperkasakan gerakannya dengan menghantar mengikuti kursus asas berdasarkan kemahiran dan kecenderungan masing-masing seperti bantuan kecemasan, memadam kebakaran dan pengendalian bot. • Skuad sukarelawan yang dibentuk bukan hanya membantu dalam bencana banjir, malahan kerja amal yang lain sejajar dengan hasrat kerajaan negeri melahirkan modal insan berkualiti. Oleh itu, penubuhannya bukan semata-mata mengejar kuantiti keahlian, sebaliknya menekankan kualiti.

Perkasakan Belia • Kenaikan insentif dari RM2,000 kepada RM5,000 kepada persatuan belia yang aktif pada 2015 antara usaha kerajaan negeri melalui bajet 2015 yang mendukung proses pembaharuan transformasi bersifat inklusif menerusi pembangunan insan dalam persatuan. • Kira-kira 500 persatuan yang berdaftar dan hanya 60 peratus

dikenalpasti aktif sehingga kini yang akan menerima geran tahunan itu secara terus supaya mampu mentadbir urus dan menggerakkan aktiviti persatuan masing-masing sejajar dengan tuntutan semasa dan gagasan TTB. • Akan menilai semula badanbadan bukan kerajaan (NGO) supaya mampu diselaraskan di bawah satu bumbung, iaitu Majlis Belia Negeri Terengganu selain menyediakan kursus-kursus pentadbiran, bengkel dan juga motivasi supaya barisan kepimpinan mendapat ilmu bagi meningkatkan prestasi serta memastikan kelangsungan setiap persatuan. • Kerajaan negeri juga turut menyasarkan tahun 2015 akan menghasilkan 5,000 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai latihan kemahiran yang dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) dan pusat latihan lain seperti Kolej Universiti Tati (TATiUC) dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC)

Sukan Menjamin Masa Depan

• Antara kemudahan sukan yang akan dibina termasuk kompleks sukan di Hulu Terengganu berharga RM50 juta dan litar motosikal di Gong Badak bernilai RM10 juta, antara usaha mengekang budaya berlumba haram di kalangan segelintir anak muda . • Bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan Akademi Sukan Terengganu (AST), iaitu menjadi platform penyambung khidmat bagi bekas pelajar-pelajar di sekolah sukan negeri ini. • Kerajaan negeri mahu memastikan atlet bukan sahaja mencipta kejayaan di bidang sukan, malah cemerlang dalam bidang akademik sekaligus menjamin masa depan sebaik menamatkan pengajian di AST kelak. • Perancangan rapi bagi merealisasikan impian itu secepat mungkin sedang dilaksanakan dengan menggunakan idea dan nasihat dari pakar di bidang sukan termasuk mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negera, Dato’ Zolkples Embong yang dilantik sebagai Penasihat Sukan Negeri Terengganu, sejak Disember lalu.

• Kerajaan Terengganu bersetuju untuk membiayai sepuluh biasiswa kepada atlet negeri ini bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang sukan pada setiap tahun. Menerusi biasiswa itu, atlet terpilih berpeluang menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan seterusnya membantu dalam membangunkan sukan di negeri ini. • Pada tahun ini juga, Terengganu memperuntukkan RM17.3 juta untuk pengurusan sukan. Malah, bajet itu tidak termasuk bagi membangunkan infrastruktur yang moden dan menepati keperluan masyarakat dan penggemar setiap acara sukan di setiap daerah.

| 11

februari 2015


Muzium Negeri Terengganu yang diiktiraf terbesar di Asia Tenggara menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya antaranya perahu besar yang diberi nama Kemajuan. Perahu Besar Kemajuan yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran T.65 adalah dari jenis Pinis Dogol dan mempunyai ukuran 73 kaki panjang, 22 kaki lebar dan 8 kaki 6 inci kedalaman dengan kadar muatan lebih kurang 2,500 pikul. Perahu tersebut adalah kepunyaan Hajjah Nik Haji Muhammad Kaya dan cucunya, Haji Long Haji Su yang tinggal di Kampung Losong atau kini dikenali sebagai Losong Haji Muhammad Kaya. Ia mula dibina pada tahun 1946 iaitu selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan dipercayai proses pembinaannya memakan masa selama lapan bulan di bawah seliaan Haji Muhamad Abd. Hamid sebagai tukang penimbal atau dikenali juga sebagai ketua tukang perahu besar yang tinggal di Kampung Duyung. Perahu ini memulakan pelayaran yang pertama menuju ke Barn Lern di Selatan Siam, Thailand untuk mengangkut garam pada tahun 1947 yang dinakhodai sendiri oleh Haji Long bersama 12 orang awak-awak. Selepas tahun 1952, perahu ini dinakhodai oleh Che Ngah Hitam sehinggalah operasinya terhenti pada tahun 1980 apabila kegiatan pengimportan garam tidak aktif lagi. Pada Januari 1982, perahu besar ini telah dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu oleh anak Hajjah Nik, Haji Abdul Rahman Bin Haji Taib untuk diabadikan di Muzium Maritim, Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong sebagai warisan sejarah pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu.

12 |februari 2015


KEMAS, PALOH SUNGAI KIAT

JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL

suarakita 19 pasukan lain bagi kategori yang sama. Tempat kedua bagi kategori JKKK dimenangi JKKK Gong Baru dan ketiga JKKK Taman Perumahan Wakaf Tembesu, dengan masingmasing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,500. Pengerusi JKKK Paloh Sungai Kiat, Mohd Zaki Mohd Yusof berkata, latihan secara intensif selama dua minggu ditambah dengan persepakatan yang baik di kalangan 33 peserta terdiri dari pelbagai usia, membolehkan pasukannya muncul johan pada tahun ini. “Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesungguhan kami berlatih dan menghayati bait-bait lagu selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w membolehkan kami meraikan kejayaan yang cukup bermakna ini. “Sebelum ini, kami pernah meraih johan perarakan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Kuala Terengganu pada 2012 sebelum mengulangi kejayaan sambutan di peringkat negeri kali ini,” katanya.

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Terengganu (KEMAS) mencipta rekod tersendiri apabila dinobatkan johan pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2015, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Pasukan yang disertai 40 ahli dengan diketuai Penolong Pengarah KEMAS, Rokzhadi Othman yang mengenakan pakaian biru laut senada, berjaya membawa pulang RM3,000 selepas menjuarai kategori Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.

“Kami menjalani latihan hanya dua kali sebelum menyertai pertandingan perarakan kali ini. Berkat kerjasama, pengalaman dan kejayaan yang pernah diraih KEMAS dalam pertandingan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan yang lalu memberi keistimewaan untuk kami mengamalkan kaedah dan disiplin yang sama untuk sekali lagi menjuarai perarakan ini buat julung kalinya,” katanya. Sementara itu, Pasukan JKKK Paloh Sungai Kiat muncul johan bagi kategori JKKK sekaligus menewaskan

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Tengku Seri Temenggong Raja dengan diiringi Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman. Sebelum itu, Ahmad Razif bersama kira-kira 3,000 peserta berarak sambil berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dari Taman Shahbandar ke Stadium Negeri. Perarakan sejauh 2.4 kilometer yang disertai 77 pasukan termasuk 20 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut disertai pemimpin tertinggi dan pegawai kanan kerajaan serta ketuaketua jabatan.

Pasukan itu menewaskan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu, masing-masing meraih tempat kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1.500) bagi kategori yang sama. Jurulatih pasukan KEMAS, Mohd Ridzwan Ngah berkata, pasukannya hanya mengambil masa dua hari berlatih memandangkan masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen tugas dan kekangan, bagaimanapun daripada pengalaman menyertai pertandingan perbarisan sempena Kemerdekaaan setiap tahun dan dua kali muncul johan di pertandingan itu, memberi kelebihan kepada pasukan mereka.

Beberapa pasukan yang menyertai perarakan dari Taman Shahbandar ke Stadium Negeri sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2015, baru-baru ini.

| 13

februari 2015


Kerja-kerja membaik pulih jalan yang rosak teruk akibat banjir akan disegerakan melibatkan peruntukan kira-kira RM231 juta, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Pasir Raja dan Kampung Syukur.

“Setakat ini untuk kerosakan jalan sahaja di Terengganu saya dapat makluman dari pihak JKR adalah sebanyak RM231 juta.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Razif turut memberi sumbangan kepada 171 keluarga yang terlibat dalam musibah baru-baru ini dan bersetuju memberi peruntukan untuk menaik taraf dewan itu.

“Bagi jalan negeri, kos baik pulih dianggarkan RM31 juta manakala jalan persekutuan pula RM200 juta,” katanya di Dewan Orang Ramai Pasir Raja, Dungun selepas menyampaikan saguhati kepada mangsa-mangsa banjir Kampung

Turut hadir, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.

“Kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan RM100,000 untuk menaik taraf dewan ini untuk keperluan penduduk,” katanya.

T-Food Tawar Harga Berpatutan

Kerajaan negeri akan mewujudkan medan selera baharu, T-Food di tepi muara Sungai Terengganu dengan mengenakan harga terkawal.

T-Food yang terletak berhampiran Dataran Shahbandar di Tanjung diperkenalkan bagi menarik lebih ramai pengunjung dan mengubah persepsi negatif orang ramai mengenai kedai makan di negeri ini yang mengenakan harga mahal. Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan T-Food dijangka dapat mengembalikan semula tarikan ramai pengunjung di medan selera sedia ada dengan

14 |februari 2015

menggunakan konsep ‘cara lama, dimensi baru’.

“Kemudahan baharu itu akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana akan dilengkapi penghawa dingin serta tukang sapu dengan konsep yang lebih santai, moden dan bersih. “Semua makanan Terengganu seperti keropok, satar, kuih akok dan apa sahaja akan ditempatkan di medan selera baharu itu. Peniaga berkenaan akan kita pilih dan menerima insentif daripada kerajaan negeri supaya harga yang ditawarkan nanti berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berbincang dengan pihak berkaitan untuk menetapkan kaedah terbaik bagi mengatasi tohmahan negatif ramai pihak berhubung kadar harga makanan di Terengganu mahal dan membebankan.


BENTENG

suarakita

PEMECAH OMBAK ATASI HAKISAN PANTAI TOK JEMBAL

Keraj aan Pusat memperuntukkan kira-kira RM70 juta bagi membina benteng pemecah ombak sejauh 3.2 kilometer di kawasan Pantai Tok Jembal berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pembinaan benteng dan kerja-kerja menambak batu diperlukan bagi mengelak kawasan pantai itu terus terhakis akibat banjir dan ombak besar yang melanda sejak kebelakangan ini. Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, kerjakerja itu perlu disegerakan bagi mengelak lebih banyak kemudahan berharga musnah.

termasuk Institut Oseanografi dan Persekitaran Universiti Malaysia Terengganu (INOS) dengan nilaian harta RM100 juta berada dalam zon kritikal. “Jika gagal mengambil langkah selamat, bangunan itu bakal musnah sama seperti, bangunan pam air masin, pusat penyelidikan dan kincir angin milik UMT yang musnah tahun lalu melibatkan kerugian kirakira RM20 juta,” katanya selepas mengadakan tinjauan hakisan di pantai itu. Hadir sama, Naib Canselornya Prof Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan Pengarah JPS Terengganu Ir C Poobalan.

“Berdasarkan pemantauan, kita dapati beberapa bangunan

Terengganu

TERBERSIH - RM24 JUTA UNTUK KEBERSIHAN

Selaras dengan slogan ‘Terengganu TerBersih’ atau TTB, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menambah peruntukan sekali ganda untuk kebersihan pada tahun ini berbanding RM12 juta tahun lalu. Datuk Bandar MBKT, Mohd Kamil Othman berkata, peningkatan itu sejajar dengan kos pengurusan untuk menambah jentera dan kakitangan MBKT bagi melancarkan kerja-kerja kebersihan dan keindahan di seluruh bandar. Dalam pada itu, MBKT akan menambah tender (kontrak) kebersihan berbanding 14 syarikat swasta yang sedia ada bagi menjaga kawasan masing-masing. “Selain itu juga jumlah jentera (lori kompaktor) juga akan turut ditambah. Pertambahan itu sekaligus akan menyebabkan jumlah bajet kebersihan tahunan bagi tahun 2015 akan meningkat menjadi RM24 juta,” katanya. Mohd Kamil berkata, usaha bagi memastikan tahap kebersihan Bandaraya Kuala Terengganu dapat dipertingkatkan pada tahun ini adalah mewujudkan usaha secara kolektif dengan ahli-ahli majlis (MBKT) dan melantik mereka sebagai ketua ataupun bapa angkat supaya menjaga kawasan masing-masing.

Idris (tengah) mendengar penerangan Dr Ibrahim (kiri) mengenai hakisan pantai ketika meninjau Pantai Tok Jembal berhampiran UMT

“Saya juga akan memberi kuasa kepada ahli majlis untuk memantau dan menilai tahap kebersihan ini. Malah saya juga yakin ahli majlis akan bertanggungjawab terhadap kebersihan di samping membantu tugas pegawai di jabatan saya,” katanya.

| 15

februari 2015


Lensa

SuaraKita

Dato’ Ahmad Razif bersama isteri To’Puan Halina Zakaria membantu penduduk setempat mengupas bawang bagi menyediakan makanan untuk Skuad Sukarelawan Kemanusiaan TTB di Kem Bukit Keluang, Besut.

Sebahagian peserta English Teaching Assistant (ETA) khusyuk mendengar taklimat pada Majlis Penyerahan Guru English Teaching Asistants (ETA) di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Kamil Othman menyerahkan wang sumbangan banjir kepada wakil Media Prima Terengganu, Nasif Badruddin selepas Perlawanan amal antara T-Team dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dato’ Ahmad Razif bermesra dengan pelajar istimewa Amir Fazdrin Baharuddin,11 pada Majlis Penyampaian Sumbangan Awal Persekolahan 1Malaysia 2015, di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus.

Seorang penduduk Dabong, Kuala Krai ceria menunggang motosikal sambil membawa anak kecil walaupun penempatan mereka terjejas teruk akibat bencana banjir.

Pengamal media bergambar kenangan bersama Naib Canselor, Prof Dato’ Ibrahim Komoo pada Majlis Apresiasi Media Terengganu 2015 UMT, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

16 |februari 2015


suarakita

Gelagat beberapa kanak-kanak pra sekolah yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2015 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah beberapa murid Sekolah Kebangsaan Minda Talong selepas menerima sumbangan di Masjid Kampung Minda Talong, Hulu Dungun.

Aksi spontan beberapa Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) yang dipilih sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) sebelum sesi bergambar sejurus menerima sijil pentauliahan AKRAB di Wisma Darul Iman. Dua kakitangan TATiUC menunjukkan lencana `TATiUC Di Hatiku’sempena Majlis Sanjungan Budi 2015 dan pelancaran TATiUC Di Hatiku, di Hotel Awana Kijal.

Tetamu membaca surah Yasin sempena majlis tahlil kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja, di Istana Syarqiyah Chendering, Kuala Terengganu.

Peserta bersemangat menyertai perarakan bermula Taman Shahbandar ke Stadium Negeri, Kuala Terengganu sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu.

Wajah ceria kanak-kanak yang juga mangsa banjir berlatar belakangkan rumah transit sumbangan Kerajaan Terengganu di Dabong, Kuala Krai.

| 17

februari 2015


Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baharu dilantik berjanji untuk menggalas tanggungjawab sejak 1 Januari lalu dengan penuh amanah dan komited bersandarkan harapan tinggi daripada stakeholder (pihak berkepentingan), iaitu penjawat awam dan rakyat Terengganu. Cabaran yang dihadapi Dato’ Osman Muda ialah bagi memastikan penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik. Beliau berkata, segala permasalahan yang timbul akan diselesaikan dengan kerjasama semua pegawai tadbir serta kakitangan kerajaan agar komposisi pentadbiran kerajaan negeri sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Saya percaya, tugas baharu saya ini tidak semudah yang disangka kerana pasti ada cabaran yang bakal ditempuhi kelak untuk menyediakan perkhidmatan terbaik. “Bagaimanapun, dengan sokongan dan kerjasama semua pegawai dan tuan-puan sekalian, inshaAllah ianya dapat dihadapi dengan lancar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman (WDI) 2015. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih terhadap mantan SUK terdahulu, Dato’ Mazlan Ngah berikutan banyak jasa dan khidmat bakti yang pernah disumbangkan sepanjang menerajui pentadbiran negeri sebelum ini. Tambah beliau, perjumpaan pertama dengan penjawat awam di WDI selaku pusat pentadbiran negeri dengan menekankan konsep ‘Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri: Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat’, amat penting bagi menentukan arah serta hala tuju penjawat awam negeri. Katanya, sebagai pusat pentadbiran yang menjadi nadi utama pembangunan sesebuah negeri, baik dari segi perancangan, pelaksanaan, kewangan dan pencetus dasardasar kerajaan, WDI sudah melalui pelbagai pembaharuan sama ada dari segi kepimpinan dan juga perubahan dasar. “Di sini telah berlaku berbagai-bagai perubahan samada perubahan kepimpinan atau perubahan dasar, malah pahit maung penjawat awam dan kerajaan negeri sendiri.

Osman bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Samiun Salleh (kiri) menjulang trofi johan keseluruhan yang diraih Pejabat SUK Terengganu di Kejohanan Sukan SUK SeMalaysia Kali Ke- 5 2014 sempena Perhimpunan Bulanan Warga Wisma Darul Iman 2015.

18 |februari 2015

“Oleh itu untuk melihat perubahan berlaku samada berjaya atau tidak, kita warga kerja Wisma Darul Iman perlu memainkan peranan yang penting. Tindak tanduk kita di sini menjadi satu tanda aras kejayaan kakitangan kerajaan negeri,” ujarnya.


suarakita

Jenazah bekas Raja Permaisuri Agong Ke-4, Tengku Ampuan Intan Zaharah Tengku Setia Raja selamat dimakamkan di Makam Diraja Masjid Abidin, kira-kira pukul 4 petang, 25 Januari lalu. Suasana sayu menyelubungi pekarangan makam yang terletak bersebelahan Masjid Abidin itu dan sejurus majlis selesai setelah bacaan talkin dan doa disempurnakan oleh Mufti Negeri, Dr. Zulkifli Muda, 86 das tembakan meriam dilepaskan. Sebelum itu, jenazah Almarhum disemayamkan di atas Perbalaian Tiga Tingkat, Istana Maziah dari pukul 11 pagi hingga 1 petang untuk memberi kesempatan kepada pemimpin dan beribu rakyat menziarah dan memberikan penghormatan terakhir. Almarhum yang mangkat pada usia 87 tahun di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.26 petang sehari sebelum itu dan disembahyangkan di Istana Maziah selepas solat zuhur. Jenazah Almarhum yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada pukul 10.15 pagi hari sama. Antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan ialah Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff; Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud dan anakanda Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh serta anggota Exco kerajaan negeri. Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah iaitu Sultan Terengganu Ke-14 pada 3 April 1944 di Kuala Terengganu dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949. Menghormati kemangkatan itu, Menteri Besar meminta semua perhimpunan ramai, majlis atau acara anjuran kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta yang menyelitkan unsur hiburan ditegah penganjurannya di seluruh negeri ini dalam tempoh perkabungan yang diisytiharkan selama 40 hari sehingga 4 Mac ini.

Tengku Seri Temenggong Raja menyiram air mawar ke atas makam Almarhum Tengku Ampuan Intan Zaharah di Makam Diraja Terengganu, Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun kata Ahmad Razif, arahan itu dikecualikan untuk majlismajlis atau acara-acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah. “Adalah diharapkan supaya arahan ini dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak sebagai menghormati kemangkatan dan tempoh pengkabungan selama 40 hari,” katanya.

| 19

februari 2015


Minat mendalam dalam bidang pertanian mendorong Rahazni Yusof, 41, kerani di sebuah syarikat swasta menceburi tanaman cendawan tiram kelabu atau nama saintifik Pleurotus sajor-cabu sejak sembilan bulan lalu. Melihat sambutan tanaman itu di pasaran tempatan, beliau nekad mengusahakan tanaman tersebut secara komersial di belakang rumahnya di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit. Terpegun dengan keunikan cendawan tiram kelabu yang lain daripada lain dan tidak memerlukan penjagaan rapi membuatkan Rahazni sanggup mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM13,000 untuk memulakan projek ‘belakang rumah’ itu yang dilakukan kerana minat selain untuk memenuhi masa lapang.

Katanya, beliau mendapatkan maklumat berkaitan cendawan melalui internet selain turut mengikuti kursus penanaman cendawan di Jabatan Pertanian Negeri di Ajil, Hulu Terengganu sebelum mengambil keputusan untuk mengusahakannya tanaman itu secara serius. Menurutnya, penanaman cendawan kebiasaannya mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan. Sejak mula diusahakan April lalu, cendawan-cendawan yang ditanamnya telah berjaya dituai dan keuntungan yang diperoleh sangat memuaskan memandangkan beliau

masih baru dalam bidang tersebut. Rahazni berkata, hasil tanaman cendawan yang dijual dengan harga RM10 bagi sekilogram makin mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat termasuk sebuah kopitiam di bandaraya Kuala Terengganu yang telah menjadi pelanggan tetap. Menurut Rahazni, beliau bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan termasuk menambah bilangan rumah cendawan dengan harapan tanaman tersebut boleh dipasarkan secara lebih meluas.

Beliau membina sebuah rumah cendawan seluas 15 kaki x 25 kaki yang mampu memuatkan 5,000 bongkah beg tanaman cendawan yang disusun dalam rak-rak kayu. “Semasa baru berjinak dengan tanaman cendawan ini, saya hanya mencubanya untuk 2,000 bongkah bagi melihat potensi cendawan yang ditanam. “Apabila ia mengeluarkan hasil yang memuaskan, saya menambah 4,000 bongkah beg cendawan bagi membolehkannya mengeluarkan lebih banyak hasil,� ujarnya.

20 |februari 2015

Cendawan yang dikumpul sebelum dipaketkan dengan harga RM10 sekilogram.


Dabong

‘ANAK ANGKAT’ TERENGGANU

suarakita “Kuala Krai sebuah kawasan yang besar dan bukan mudah untuk diuruskan. Daripada 225 buah kampong, 109 buah kampong terlibat bencana banjir,” katanya kepada media semasa mengiringi lawatan Ahmad Razif ke Dabong. Selain bertemu mangsa banjir di rumah sementara itu, Ahmad Razif dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria turut menyampaikan barangan keperluan seperti tilam, tikar dan berangan elektrik seperti kipas dan periuk nasi. Hadir sama, Speaker DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof. Selain Dabong, bantuan turut diperluaskan ke Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan. Selain 21 buah rumah transit yang siap dalam masa tiga hari, sebuah surau telah dibina di Kampung Kuala Nil untuk kegunaan mangsa bencana.

Kawasan terjejas banjir di DUN Dabong akan dijadikan ‘anak angkat’ Kerajaan Terengganu agar nasib penduduk di kawasan Parlimen Kuala Krai itu terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurut Ramzi, Dabong memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan.

Ahmad Razif memberitahu, perhatian akan terus diberikan kepada Dabong.

Sokongan Kerajaan Terengganu serta penglibatan lebih 6,000 anggota Skuad Sukarelawan TTB Terengganu dalam melaksanakan misi kemanusiaan pasca banjir sangat besar nilainya.

“Saya juga menyeru pihak korporat, NGO dan orang perseorangan untuk sama-sama membantu. Lihatlah Dabong dan Kuala Krai serta tempattempat yang lain,” ujarnya.

“Di Kuala Krai, sebanyak 1,231 buah rumah telah hanyut dan musnah sepenuhnya. Daripada jumlah itu, 285 buah terletak dalam kawasan DUN Dabong.

Selepas itu, Menteri Besar bersamasama Skuad Sukarelawan TTB dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) yang melakukan operasi pembersihan di Sek. Men. Keb. Dabong.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan disambut baik ADUN Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman.

| 21

februari 2015


Industri pelancongan di Tasik Kenyir bertambah rancak dan menarik apabila perkhidmatan Feri Tasik Kenyir yang dianggarkan bernilai RM2 juta sebuah bakal beroperasi pada Mac nanti. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan negeri bersetuju membeli dua kenderaan air bagi tujuan itu, di mana sebuah lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap akhir Februari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan Feri Tasik Kenyir, di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Mohd Jidin turut memberitahu program khas di Pengkalan Gawi bakal dianjurkan pada Mac ini semata-mata mahu memperkenalkan feri itu kepada orang ramai, selain pergiatkan promosi tentang tasik tersohor itu. Reka bentuk feri berkelajuan 22 knot itu direka khas untuk disesuaikan

dengan aktiviti dan puluhan lokasi menarik di Tasik Kenyir. Keistimewaan bot dua tingkat itu turut dilengkapi ruang pantri dan tandas mesra alam bagi kemudahan pelancong. Bahagian bawah feri menempatkan tempat duduk untuk 100 penumpang manakala tingkat atas pula disediakan ruang santai bagi membolehkan penumpang menikmati dan menyaksikan pemandangan Tasik Kenyir.

Katanya, pengunjung dan pelancong asing yang mahu ke Kenyir Island Hopping dan Zon Bebas Cukai di tasik buatan manusia itu boleh menaiki feri dengan kadar tiket yang berpatutan. “Kerajaan sedang berusaha membawa dua feri itu ke jeti Pengkalan Gawi secara serentak, mungkin melalui jalan darat atau pengangkutan udara. “Usaha itu sebagai pelengkap perkhidmatan pengangkutan air di Tasik Kenyir untuk pelancong yang mahukan lebih kepuasan di mana sebelum ini sudah mempunyai 50 rumah bot yang dikendalikan Ketengah,� katanya.

22 |februari 2015

Mohd Jidin (kanan) memerhati krew sedang memandu uji Feri Tasik Kenyir.


suarakita

Bijak berdepan apa jua masalah membuatkan Bibi Nazima Mohamed Akbal, 42, tetap ceria dan tersenyum walaupun sebaliknya terpalit kesukaran bergelar isteri wakil rakyat. Isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib itu mengakui masyarakat umum sememangnya memandang pangkat itu sebagai mudah dan popular. Sebaliknya perlu bersama-sama suami memikul beban dan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat, selain perlu bijak mengatasi konflik. “Saya pasti masyarakat umum masih ingat tentang krisis pertukaran Menteri Besar pada Mei tahun lalu, di mana ketika itu suami turut terpalit dengan pelbagai isu. “Sebagai isteri, pastinya sedih dan seakan buntu untuk berdepan dengan situasi tegang itu. “Berkat doa dan kekuatan mental, masalah itu dapat diselesaikan secara singkat dengan memperjelaskan kepada rakyat perihal sebenarnya,” katanya. Bibi Nazima berkata demikian ketika ditemui dirumahnya di Ajil, Hulu Terengganu. Hasil

perkongsian

hidup

selama

18 tahun bersama suami tercinta yang juga ADUN Ajil, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata. Permata sulong diberi nama Muhammad Hattim Iqbal, 17 diikuti Muhammad Shaqir Iqbal, 16, Muhammad Jehangir Akhbar, 9, Bibi Laiya Rahil, 7 dan Muhammad Del Akhbar, 4.

bersama suami, malah sentiasa ditemani kakitangan Agensi Tranformasi Rakyat Terengganu (ATRA),” katanya.

Bibi Nazima berkata dia akur dengan kerjaya suami sebagai wakil rakyat di mana lebih banyak masa bersama rakyat berbanding keluarga. “Saya dan anak-anak memahami situasi itu dan tidak boleh samakan ketika suami menjawat tugas sebagai guru. “Nasib baik saya tidak berkerja, boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada kelima-lima di mana empat daripadanya bersekolah,” katanya Katanya, setiap kelapangan pasti ada aktiviti berfaedah bersama rakyat, termasuk mengikuti majlis bacaan Yasin, turun padang menjenguk penduduk uzur dan miskin serta menziarah mereka yang kematian saudara. “Saya tidak bergerak seorang atau hanya

| 23

februari 2015


BAJET BERGANTUNG

PEROLEHAN HASIL PETROLEUM

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah diarah menyenaraikan mana-mana projek yang perlu ditangguh atau diteruskan, selaras dengan penyusunan semula Bajet Terengganu 2015 bagi disesuaikan dengan perolehan sebenar hasil negeri. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri hanya akan memfokuskan kepada projek-projek yang mampu memenuhi kepentingan dan keperluan rakyat sebagai langkah penjimatan ekoran penurunan harga minyak. Sehubungan itu juga, beliau telah meminta Pegawai Kewangan negeri mendapatkan jumlah sebenar daripada Kementerian Kewangan berkaitan hasil daripada petroleum dan gas yang masih menjadi pergantungan sumber hasil negeri. “Sebelum kita terima ini (laporan), kita buat langkah penjimatan dan kita akan lihat balik projek-projek sama ada diteruskan atau sebaliknya,” katanya di Wisma Darul Iman. Pada masa sama, Ahmad Razif turut menyampaikan cek perlindungan insurans berjumlah RM100,000 kepada keluarga atlet bola baling Terengganu, Allahyarham Muhamad Naim Mat Nasir yang maut dalam nahas jalan raya pada 2013. Menteri Besar selanjutnya memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan membuat perubahan bajet yang berkaitan kepentingan rakyat. Jelas beliau, ini termasuklah pemberian dana raya, dana remaja, bantuan pakaian sekolah, baucar RM500 kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran, wang RM100 untuk kelahiran bayi dan sebagainya. “Mungkin juga kita akan fikir untuk banyak fokuskan projek-projek kecil untuk bantu kontraktor-kontraktor kelas G1, G2 atau F dan D. “Secara automatik boleh galakkan pertumbuhan ekonomi setempat. Mereka boleh gunakan pekerja tempatan atau barangan tempatan,” katanya.

24 |februari 2015

TERENGGANU - MEDAN KUKUHKAN HUBUNGAN DAGANG

Selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Sumatera Utara, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Terengganu berjaya membuat satu lagi persefahaman.

MoU yang ditandatangani oleh Pengerusi DPIM, Dato’ Dr Abdul Latiff Awang dan Ketua Umum Kadin Medan, Ir Rudi Zulham Hasibuan turut disaksikan wakil Kerajaan Terengganu, Mohd Shahrir Abdul Ghani serta wakil dari Wali Kota Medan, Kamarul Fatah.

“Saya yakin dengan adanya kerjasama ini, usahawan dari Terengganu terutamanya dalam bidang Industri Kecil Sederhana (IKS) dapat mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih jauh,” katanya. Bagi Rudi Zilham yang juga kontraktor di Medan berkata dengan adanya penerbangan terus dari Medan ke Kuala Terengganu, ia amat memudahkan usahawan mereka terlibat secara langsung dengan ahli-ahli perniagaan dari Terengganu.

Abdul Latiff berkata, dengan MoU itu, ia akan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara Terengganu dan Medan.

“Dengan termerterainya MoU bersama, ia akan memudahkan lagi usahawan dari Medan dan Terengganu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Selepas menandatangani MoU bersama Kadin Sumatera Utara, kita berjaya membuat satu lagi persepakatan dengan Kadin Medan dimana mereka mempunyai lebih dari 300 pengusaha dari pelbagai bidang.

“Penerbangan terus dari Medan ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu ke Medan akan menjadikan batu loncatan untuk mereka bergerak lebih pantas dalam melakukan pertukaran barang dagangan mereka,” katanya.


suarakita

Masjid Kampung Kelulut di Marang asalnya sebuah rumah kampung milik pemnduduk tempatan, Allahyarham Hassan Salleh. Tanah dan rumah itu diwakafkan untuk diubahsuai secara bergotong royong oleh kariah masjid yang diketuai pengerusi masjid itu, Allahyarham Arifin Muda atau dikenali penduduk kampung sebagai Pok Pin, pada awal 1956. Tapak asal masjid itu hanya 1 hektar, kini diperluaskan menjadi 3 hektar selepas Kerajaan Terengganu bersetuju membeli 2 hektar lagi tanah bersebelahan milik arwah Hassan. Pembinaan Masjid Kelulut yang baharu itu mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah dengan peruntukan kira-kira RM 5 juta bermula pada 14 Mac 2011 dan dapat digunakan sepenuhnya pada Februari 2013. Struktur kubah masjid bercirikan sisik ikan dan berpagar rendah begitu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan. Masjid itu turut dilengkapi kemudahan empat bilik kuliah, bilik jenazah, tandas orang kurang opaya dan dapur.

| 25

februari 2015


“Kita dapat mengubah persepsi yang mengatakan orang muda tidak suka membantu sedangkan, mereka sebenarnya tidak diberi peluang,” ujar Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman ketika Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan TTB (Transformasi Terengganu Baharu) di Sek. Keb. Bukit Mentok II, Kemaman awal Januari lalu. Anggota sukarelawan yang terdiri daripada gabungan persatuan belia, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi serta pusat kemahiran mendapat penyertaan hampir 2,000 orang. Tampil dengan baju t berwarna biru dan hitam dengan tulisan ‘TTB’, skuad itu dijadikan pasukan simpanan bagi membantu mangsa bencana di seluruh negara. Ia dipengerusikan bersama oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Zaidi Muda. Walaupun ditubuhkan dalam tempoh yang singkat, Skuad Sukarelawan TTB berjaya mengumpul hampir 1,000 anggota untuk digerakkan ke Dungun dan Kemaman dalam Misi Kemanusiaan Pasca Banjir dengan

26 |februari 2015

memberi fokus kepada aktiviti pembersihan di tempat awam seperti sekolah, masjid, balai raya dan klinik awam.

Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada dua kawasan yang terjejas iaitu di Machang dan Kuala Krai.

Mohd Johari berkata, skuad itu dibantu agensi-agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa tempatan.

“Kita semua telah lihat kemusnahan yang begitu luar biasa. Jadi, untuk membantu kita juga mesti gerakkan pasukan yang luar biasa ke sana. Semangat dan rasa simpati datang dengan sendirinya.

“Tumpuan utama kita di Terengganu. Selepas keadaan di sini sudah pulih dan kembali stabil, sukarelawan dihantar ke negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Pahang untuk melaksanakan misi sama,” jelasnya. Melihat kepada kesan banjir yang begitu teruk di Kelantan, skuad itu turut digerakkan bersama Kerajaan Terengganu ke negeri itu bagi membantu memulihkan kehidupan mangsa banjir. Misi ‘luar biasa’ disertai kira-kira 2,000 Skuad Sukarelawan TTB daripada pelbagai agensi dan jabatan selain 1,600 buah kenderaan termasuk jentera berat digerakkan semalam secara berpe¬ringkat ke Kelantan. Zaidi berkata, Terengganu yang

rombongan turut disertai

“Kita berjaya kumpulkan ramai sukarelawan yang sedia membantu. Walaupun kita ada sedikit kekurangan dari segi pengangkutan, makan minum, tempat tinggal serta risiko dijangkiti penyakit, namun itu semua tiada halangan untuk kita samasama membantu,” katanya.


suarakita Misi ke Kelantan mendapat kerjasama baik daripada Ahli Parlimen Machang, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakob dan ADUN Dabong, Dato’ Ahmad Ramzi Abdul Rahman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed. Sumbangan kepada mangsa banjir daripada Kerajaan Terengganu berjumlah RM200,000 turut disampaikan melalui kepada Ahli Parlimen Machang dan ADUN Dabong. Selain itu, kerajaan negeri turut membina 21 unit rumah transit melalui 100 tukang rumah dan 30 tan kayu kayan serta atap yang dibawa dari Terengganu. Bantuan berupa set keperluan diri kepada 3,500 mangsa banjir turut disampaikan oleh Ahmad Razif di Machang dan Dabong. Tidak terhenti setakat itu sahaja, hampir 1,000 anggota Skuad Sukarelawan TTB digerakkan sekali lagi ke Dabong, Kuala Krai secara bergilir-gilir selama dua minggu. Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing telah memainkan peranan penting bagi menjayakan hasrat itu. Misi berikutnya diteruskan ke Pekan, Pahang bagi operasi pembersihan di kawasan tersebut. Sebanyak RM100,000 diserahkan kepada ADUN Chini, Dato’ Abu Bakar Harun dan RM10,000 kepada ADUN Bebar, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff untuk mangsa banjir oleh kerajaan negeri. Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin berkata, negeri-negeri lain patut mencontohi Terengganu dalam mewujudkan skuad sukarelawan dalam menghadapi pasca banjir. “Ini merupakan satu inisiatif yang baik dicetuskan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu dalam menghadapi pasca banjir,” katanya.

| 27

februari 2015


Di Terengganu, kawasan hulunya bukan sekadar mempunyai ‘kuala’ iaitu Kuala Berang, juga ‘pantai’ iaitu Pantai Ali. Walaupun namanya jarang disebut orang, Kampung Pantai Ali mempunyai sejarah silam yang begitu jauh dari pengetahuan generasi hari ini. Menurut bekas ketua kampung itu, Abdullah Othman, Pantai Ali mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi sejarahnya mahupun namanya sendiri yang unik. “Walaupun diberi nama Pantai Ali, ia sebenarnya kawasan sungai yang besar dan jauh dari pantai tetapi disebabkan pasirnya yang halus seperti pasir pantai, ini mungkin menyebabkan kampung ini diberi nama seperti itu,” katanya. Abdullah berkata, pada tahun 1982 satu penemuan hebat telah menggamit cabaran ahli arkeologi dan pakar sejarah yang tidak digembar-gemburkan kepada umum. “Pada waktu itu, kami penduduk kampung bersetuju untuk membina jalan raya di kawasan ini jadi beberapa orang pekerja diarahkan untuk menggali kawasan sekitar dan secara tidak sengaja menjumpai artifak lama. “Kami juga agak terkejut apabila menemui dua buah tempayan besar, sederhana dan tembikar tanah yang kecil berserta dengan besi bersoket,” katanya. Menurut kajian yang telah dijalankan katanya, tempayan yang telah ditemui itu dipercayai telah wujud sejak dari zaman logam. Artifak itu kini ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu bagi mengelakkan ianya terjejas dan sekaligus dapat memberi petunjuk kepada kajian tamadun awal manusia di pesisir Sungai Terengganu.

28 |februari 2015


suarakita Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu akan menggunakan sistem penyampaian aduan yang dikenali sebagai MySMS 15888 bermula 1 Januari ini. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, perkhidmatan aplikasi MySMS itu diperkenalkan bagi membantu menyebarkan maklumat serta memudahkan urusan orang ramai.

MySMS

MUDAHKAN ORANG RAMAI BUAT ADUAN

Katanya, sistem tersebut merupakan medium penyampaian alternatif yang membolehkan tugasan dilaksanakan dengan kadar segera selain dapat menangani masalah kelewatan maklumat melalui surat dan mengurangkan tanggungan bil telefon yang agak tinggi. “Melalui kaedah tersebut, segala maklumat berkaitan dengan bidang kuasa syariah termasuklah panggilan sesi penghakiman akan menjadi lebih mudah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Sistem Aduan MySMS di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Katanya, melalui sistem mySMS modul kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS) Aduan mengunakan talian 15888, orang awam boleh secara mudah dan ringkas menyampaikan aduan terus kepada pihak Mahkamah Syariah Terengganu untuk diambil

Wan Mohd Zakri (kiri) memotong riben sebagai simbolik pelancaran Sistem Aduan MySMS di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu.

tindakan penyelesaian dalam kadar segera. “Manakala, melalui mySMS modul Broadcast pula, Pembantu Hakim setiap dewan bicara Mahkamah

Terengganu Perhebat KEPAKARAN GURU Kerajaan negeri merancang untuk menjalin kerjasama dengan University of Connecticut, Amerika Syarikat bagi membolehkan kursus khas teknik pengajaran dan pembelajaran kreatif di bawah kendalian institusi pengajian tinggi itu dilaksanakan di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pendekatan itu secara tidak langsung dapat memastikan guru mendapat pendedahan dan kemahiran baharu dalam mengenal pasti

serta membimbing murid terutama golongan yang mempunyai bakat istimewa. Sehubungan itu, katanya, satu rombongan yang disertai anggota Kluster Pendidikan dan guru sekolah rendah akan dihantar ke sana pada pertengahan tahun ini bagi membincangkan perkara itu. “Sejak 2004, Terengganu menghantar guru dan pengetua dari sekolah terpilih mengikuti program itu dan sehingga kini lebih 200 menyertainya.

Syariah Terengganu boleh menghantar notis tangguhan kes kepada pelanggan dengan pantas,” ujarnya.

“Program di bawah Yayasan Terengganu itu masih diteruskan, bagaimanapun berikutan kosnya yang semakin meningkat jadi, kita melihat usaha mengendalikan kursus tersebut di Terengganu adalah lebih efisyen,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Terengganu. Kata Ahmad Razif, menerusi lawatan itu, pihaknya akan berbincang dengan universiti itu untuk menggunakan khidmat pensyarah serta modul yang sama akan dilaksanakan di negara ini bagi membolehkan lebih ramai guru mendapat manfaat daripadanya.

| 29

februari 2015


408 RUMAH

ROSAK BANJIR DIBAIKPULIH

Terengganu mengenalpasti hanya lima buah rumah dikategorikan sebagai musnah keseluruhan akibat banjir tempoh hari yang perlu digantikan dengan yang baharu bernilai antara RM40,000 hingga RM48,000 dengan kadar segera. Manakala 408 rumah pula dikategorikan rosak dengan kerja membaik pulih melibatkan kos antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap rumah.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, nilai membina dan membaikpulih rumah berkenaan dibuat berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kabinet, pada 15 Januari lalu. “Rumah itu akan dibina berasaskan kepada pelan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan Bencana yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nilai

RM40,000 hingga RM48,000, jadi boleh dibina tinggi (bertiang) atau atas tanah. Perkara itu kita serahkan kepada Yang Berhormat di kawasan terlibat. “Manakala kerosakan rumah sebanyak 408 buah yang akan dinilai oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk menentukan pembaikian antara RM5,000 hingga RM10,000 sebuah,” katanya selepas Mesyuarat Minggu Exco. Tambah beliau, kerja baikpulih rumah berkenaan akan dilaksanakan tanpa melalui banyak prosedur dan lebih pantas dengan bantuan pelbagai agensi berkaitan termasuk di kalangan pelajar Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Selain itu, katanya pembinaan dan kerja baik pulih rumah yang terbabit dengan pasca banjir itu lebih kepada melakukan kerja amal dan memberi bantuan serta tidak bertujuan meraih keuntungan semata-mata. Laporan sebelum ini, Kerajaan Pusat mengemukakan dua model rumah bagi pembinaan semula kediaman yang musnah 100 peratus akibat bencana banjir terutama di Kelantan, baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model pertama adalah binaan terus di atas tanah manakala model kedua binaan di atas tiang setinggi 2.44 meter de¬ngan keluasan 660 kaki persegi atau 61.31 meter persegi. Beliau berkata, rumah berharga RM48,000 yang mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, dapur, ruang tamu serta masing-masing satu bilik air dan bilik mandi itu akan dibina dalam masa 75 hari. Sementara itu kata Ahmad Razif, bantuan RM1,000 kepada kirakira 17,000 keluarga mangsa banjir di seluruh Terengganu telah mula diagihkan secara berperingkat. “Jumlah sumbangan RM500 daripada kerajaan negeri, sementara RM500 lagi daripada Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu,” ujarnya.

30 |februari 2015


suarakita

BANDAR BAHARU KUALA PING RAZIF JANJI BANTU SKUAD TERENGGANU, T-TEAM

Kampung Kuala Ping di Telemong, Hulu Terengganu akan dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan desa dan dijadikan bandar baharu bagi menjana ekonomi penduduk setempat menjelang 2018.

Ahmad Razif menendang bola sebagai gimik memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi baharu pemain Liga Malaysia pasukan Terengganu dan T-Team musim 2015, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kerajaan negeri memberi komitmen penuh dan berjanji akan membantu jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi pasukan bola sepak Terengganu dan T-Team semasa kempen Liga Malaysia musim ini. Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bagi memastikan tumpuan kedua-dua pasukan terhadap kempen tersebut tidak terjejas dan tergugat. “Ini komitmen yang saya janjikan kepada kedua-dua pasukan,” katanya selepas majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi baharu pemain Liga Malaysia pasukan Terengganu dan T-Team musim ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan

dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Beliau berkata untuk mencapai satu-satu kejayaan, keduadua pasukan berkenaan perlu membuat perubahan dan kerajaan negeri sentiasa berada di belakang menyokong dalam hal ini. “Kita mahu kedua-dua pasukan saling bantu-membantu serta berganding bahu dalam mengharumkan nama Terengganu di persada bola sepak tanah air,” katanya. Beliau turut berharap setidaktidaknya Terengganu membawa pulang satu piala musim ini.

ADUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat berkata, bandar baharu berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam termasuk 300 unit rumah kos rendah, lot-lot kedai yang dibentuk secara berpusat, stesen bas, pasar tani moden serta kemudahan sukan. Beliau berkata, pembangunan bandar baharu di Kuala Ping itu telah dirancang secara rapi lebih 10 tahun lalu dan pembinaanya diharap bermula tahun ini melalui bajet kerajaan negeri dan Pusat. “Untuk perumahan kita telah mendapat bajet dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam RM35 juta dan untuk pembangunan fasiliti sukan kita mendapat bajet dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM6 juta,” katanya. Menurutnya, untuk membina lot kedai pihaknya mendapat peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak RM10 juta dan keseluruhan bajet untuk pembangunan tahun ini dijangka berjumlah RM50 juta. “InsyaAllah, kita akan lancarkan pembangunan bandar ini pada tahun ini dan kita jangkakan dua hingga tiga tahun lagi akan dapat membentuk sebuah bandar baharu yang lengkap untuk kemudahan penduduk,” katanya.

| 31

februari 2015


UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Jalan Pejabat, 20200, Kuala Terengganu Darul Iman | Tel : 09-623 0582 Faks : 09-631 7504

SuaraKita Vol.5  

Majalah SuaraKita adalah terbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu di bawah Kerajaan Negeri Terengganu yang memaparkan maklumat terkini ten...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you